Saturday, October 16, 2010

Cinta Bukan Milikku - 3

Assalamualaikum w.b.t.h....


Ke hadapan gadis yang amat aku hormati. Iqa.... Maafkan Zariq. Aku tak layak buat insan sebaik Iqa. Yang masih menjaga adat-adat ketimuran gadis kampungnya. Kau istimewa Iqa. Dan Aku bukan insan terpilih yang boleh memilikimu. Maafkan aku. Mungkin Kak Nur tak pernah bercerita tentangku padamu Iqa. Maaf Iqa... Maaf... Hanya rayuan ini yang meronta-ronta untuk keluar dari mulutku... Terlalu banyak tipu helah padamu Iqa. Aku sakit Iqa... Sakit...




Mungkin sukar lagi untuk diubati sakitku ini, sakit yang merendahkan kelayakan ku sebagai lelaki. Mungkin sebab aku pernah dinodai dosa-dosa besar satu tika dulu. Aku tak layak buatmu, bila bicaramu mengenai bakal anak-anak kita... Aku tak layak buatmu bila kau pintaku mengimami solatmu dan mengajarmu mengalun ayat-ayat suci Al-quran. Aku insan hina... Dan tak mungkin aku akan jadi sebaikmu...

Aku suami orang Iqa... Aku pernah berkahwin semasa aku di US, Puteri Salmiah. Gadis kecil milikku dan Ima isteriku. Anakku istimewa, aku dtinggalkan bersama 'Puteri' oleh Ima. Kerana malu mempunyai anak cacat. Ima tak sepertimu. Bangga dengan adikmu yang istimewa. Aku jadi sebak bila bibir kecilmu tidak henti-henti memuji adik Hisyam mu. Serta merta aku teringatkan Puteri yang hampir setahun lebih kutinggalkan dengan ibu. Tanpa menjenguknya walau sekejap.

Iqa....
Aku dan Ima masih suami isteri yang sah. Kami tidak pernah terfikir untuk berpisah. Cuma antara aku dan Ima, wujudnya jarak yang menghalangi. Ima masih di US dan aku bergelumang dosa di sini. Puteri adalah kesan noda aku dan Ima. Maafkan 'daddy' Puteri. Tatkala kau membaca email ini, Puteri telah kujemput untuk menetap bersamaku. Aku ingin melihat perubahan-perubahan Puteri. Sepertimana pengalamanmu membesarkan adikmu Hisyam. Alangkah bermaknanya kau, bila adikmu mengorak langkah pertama di usia 10tahun. Dan alangkah indahnya hidupmu bila Hisyam memanggil namamu. Aku ingin merasai semua itu. Kau memahami jiwa adik mu Hisyam lebih dari jiwa orang lain....Kerana kaishmu pada Hisyam seluas duniawi.

Terima kasih Iqa, aku ingin membina semula keluargaku yang pincang denganmu andai kau sudi. Akan kutinggalkan Puteri pada Ima demi untukmu. Maafkan aku Iqa. Aku melukakanmu. Andai diberi peluang aku ingin bernaung di bawah lembayung kasih mu yang seluas duniawi Iqa. Tapi aku tak mampu.

Maafkan aku...'

Aku tersenyum, senang bicaramu lelaki. Kau sepahkan satu sudut milikmu demi mengemaskan sudut yang belum tentu engkau miliki... Maafkan aku Zariq.... Cintamu bukan milikku. Alhamdullillah... Aku bersyukur kerana Allah swt mendengar doaku. Belum sempat hati ini jatuh sayang pada Zariq. Kau telah membawanya pergi dariku, sakit ku ini mungkin hanya setakat ini. Semoga kebahagiaan terukir buatmu, Zariq. Ingin sekali aku menemui Puteri mu. Tapi siapalah aku, cukuplah dengan kenangan bersamamu selama ini, Zariq. Terima kasih Tuhanku.


"Iqa....Iqa.....Sabar dik...."

Kedatangan Kak Nur memhentikan lamunanku. Aku tersenyum, biar kututup rasa sedihku. Kak Nur menghampiriku dan memelukku erat.

"Tenang dik, akak dapat berita..."
"Apa dia kak?"

Panik aku dengan sikap Kak Nur. Erat Kak Nur memeluk dan menarikku ke ruang tamu. Kelihatan Abang Lan turut memandangku sayu. Kenapa?! Apa yang terjadi? Takkan mereka mahu mainkan aku? Aku tersenyum.

"Kenapa suspen sangat ni? Ada apa Abang Lan?"
"Sabar, dik... Tadi sepupu Iqa call abang, Airil. Dia suruh Iqa balik."
"Hah?!"

Aku cuba mengawal perasaan terkejutku. Kenapa Airil suruh aku balik dengan Abang Lan dan Kak Nur? Apa yang terjadi?

"Pergilah kemaskan apa-apa yang patut. Nur, tolong Iqa. Kita bertolak malam ni terus."
"Kenapa ni?!"

Aku hairan, namun langkah Kak Nur kuturutkan jua. Maklumlah abang Lan menunggu aku dan Kak Nur. Selepas bersiap aku masih terpinga-pinga. Hairan. Apa yang terlah terjadi di kampung?!

Aku semakin keliru. Kenapa Kak Nur dan abang Lan bersikap sedemikian. Ya allah! Lindungilah keluargaku.
"Iqa tidurlah dulu, nanti sampai kat kampung Ika. Akak kejutkan."
"Kenapa sebenarnya kak? Apa yang dah jadi?"
"Ika..."

Abang Lan terdiam.

"Bagitahulah kak, abang Lan. Jangan buat Ika macam ni."
"Kalau akak bagitahu. Ika kena janji, Ika kawal diri Ika ya."
"OK! Ika janji, tapi kenapa?!"
"Hmm.... Sebenarnya, tadi Airil bagitahu abang Lan. Aziah ngan Azril accident. Dilanggar van. Diorang dah takde, Ika. Pagi esok, jenazah akan di bawa balik ke rumah. Sebab tu Airil suruh Abang Lan ngan Kak Nur bawa Ika balik."


Apakah yang patut aku buat Ya allah! Pedih menusuk-nusuk ke jantungku. Aku tersenyum. Mengangguk pada Kak Nur yang memandangku sayu.

"Terima kasih, abang Lan. Kak Nur."

Suaraku tersekat di kerongkong. Airmataku bergenang. Aku kehilangan adik-adik kembarku. Kehilangan insan yang paling rapat denganku. Kali terakhir aku menemui mereka 4 bulan lepas sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur. Macam manalah dengan abah dan mama. Mereka kehilangan anak. Ya allah! Tempatkanlah adik-adikku di tempat orang yang beriman. Sepanjang perjalanan, tidak kering bibirku menghadiahkan surah Al-Fatihah dan ayat-ayat suci lain.

Tabahlah hati, jangan bersedih. Airmata... Janganlah kau mengalir, bersabarlah. Akal, aku perlukan peranan mu untuk hadapi situasi ini. Ya Allah swt.... Tabahkan hatiku. Sabarkan jiwaku yang semakin sakit membendung keluakaan ini. Janganlah sedih hati, janganlah mengalir airmata, perginya adik-adikku tak mungkin kembali lagi. Aman lah adik-adik ku di Sana... Aku halalkan dan maafkan segal-galanya, aku iringkan pemergian kalian dengan jambangan kasih sayangku. Sabarlah hati. Janganlah menangis.

"Ika....Jangan dipaksa hati tu. Akak tahu macam mana perasaan Ika. Kalau Ika perlu lepaskan mereka dengan tangisan. Menangislah dik."

Aku menyembunyikan kelukaanku dengan tawa kecil. Namun, hati tetap pedih. Lantas airmata terburai membasahi pipi. Aku cuba menahannya sebaik mungkin.

"Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali"

Alunan muzik dari radio, seolah-olah menguji kesabaranku. Lantas aku teresak jua. Kak Nur dan Abang Lan hanya membiarkan aku dengan kelukaanku.

No comments:

Post a Comment