Thursday, October 14, 2010

Cinta bukan Milikku - 1

Bosan?! Ataupun sememangnya aku keliru dengan semua ini. Sakitkah hati aku? TIdak?!! Andai hati ini terusik, pasti bukan senyuman yang kuhadiahkan untuknya yang segak dan anggun di pelamin birunya. Jelingan Taufik membuatkan senyum dan tawaku hilang. Kenapa?! Kenapa dik?! Salahkah aku gembira di hari bahagia insan yang pernah menyayangiku? Mungkin silapku kerana tidak pernah memberikan ruang untuknya bertahta di hatiku. Maafkan aku Izam, aku tak boleh menyayangimu lebih dari seorang kawan. Walaupun berbakul surat bermadah cinta kau berikan, biarpun berjenis-jenis hadiah yang berbungkus kemas kau berikan. Kau bukan milikku, dan aku bukan milikmu. Mungkin satu tamparan hebat untukku kerana terpaksa berada di sini untuk meraikan hari bahagia. Ini semua kerana permintaan Umi. Kalau tidak mana betah hati ini untuk berlama-lama di sini. Aku tahu, pandanganmu memberikan seribu kedukaan. Aku lebih sayangkan persahabatan yang terjalin antara kita bertiga lebih dari keinginan aku untuk turut menyayangi dan menghargai perngorbanan mu terhadapku selama ini. Maafkan aku Izam! Maafkan aku.



"Kakak kejam... Kenapa buat abang macam tu? Tiadakah terselit di hati akak untuk menyayangi abang. Saban malam adik tengok abang memuja kakak. Bermunajat pada Yang Esa. Lembutkan hati kakak. Tapi ternyata adik silap menilai akak, hati akak tak pernah wujud ruang untuk di sayangi oleh sesiapa. Adik kesal kak. 6 tahun kak. Hati apalah hati kakak tu?!"
"Taufik... Akak tak boleh. Kak Zie sayangkan abang. Mana boleh?!"
"Bullshit!! Sampai bila? Kakak ingat akak tu baik sangat untuk buat pengorbanan untuk orang macam Kak Zie tu? Siapa yang tolak akak 4 tahun dulu? Hingga 5 hari akak terlontar kat hospital? Akak jatuh dari curam tu sebab Kak Zie pentingkan diri sendiri. Satu-satu Adik ingat kak? Hancur hati adik, dia buat akak macam sampah. Tapi perempuan itu juga yang akak sayang. Lebih baik akak bunuh aje diri akak tu sebelum akak menghambakan diri pada kawan macam dia tu. Adik benci kakak."

Airmataku berlinang bila mengingatkan Taufik. Sampai hati adik. Aku cuba bertenang, langkah kuhayun ke dapur. Cuba membantu mana-mana yang patut. Sabarlah hati. Janganlah kau bersedih lagi. Pasrahlah. Mungkin ini suratan takdirku. Alhamdulillah aku akan cuba bertahan. Aku kehilangan adik yang kusayangi sebab Izam. Aku kehilangan Zie, teman akrabku juga sebab Izam. 1001 kisah Izam berkait dengan dukaku hari ini. Allah swt menduga hamba yang lemah sepertiku. Terima Kasih, Allah swt. Kau berikan aku kekuatan hari ini.

"Iqa...."
Aku tergamam, Izam menarikku. Beberapa mata memandangku hairan. Kecoh bila 'Raja sehari' turun dari pelamin dan menarikku masuk ke bilik peraduan. Aku terpinga-pinga.

"Kalau kau tak suka, atau bersedih sebab perkahwinan ni. Aku akan ceraikan Miah. Aku tak sanggup tengok kau bersedih macam ni. KIta kahwin, sayang. Aku minta maaf. Maafkan aku, Iqa. Janganlah menangis lagi. Aku tak boleh tengok kau macam ni."

DI luar keadaan mulai riuh rendah. Raja sehari hilang dari pelamin. Izam buat gila.

"Kau gila, Zam. Aku tak pernah cintakan kau. Tak pernah aku kecewa sebab kau kahwini Miah. Aku bahagia tengok kau bahagia. Pergilah pada Miah. Jangan malukan dia macam ni."
"Aku nak kau ada depan mataku, jangan lari dari pandanganku walaupun sesaat, Iqa."

Apa salahku padamu Izam?! Sampai begini hukumanmu pada aku? Aku mengangguk lemah. Menyetujui permintaannya. Aku mengiring Izam naik semula ke pelamin. Dan aku. Aku dijadikan tunggul di ruang tamu rumahnya. Sebaik majlis selesai terus aku meminta diri dari Umi untuk pulang. Kepada Miah turut kukhabarkan kepulanganku. Izam?! Biarlah dia dengan kebahagiaannya. Tahniah Izam. Lupakanlah 'cinta monyet' kau pada ku selama 6 tahun ini Izam. Bahagiakan Miah. Aku berterima kasih padamu kerana pernah menghargai dan menyayangiku. Entah mengapa airmataku menitis ketika sedang memandu pulang. Airmata yang tidak diketahui untuk apa, yang pasti hatiku terasa sakit dan pedih.
Syawal menjelma, sengaja mama menyuruhku menjemput kawan-kawanku datang bertandang ke rumah. Kesemua teman-temanku di jemput. Bermacam cerita yang di kongsikan bersama. Seronok bila sesekali berkumpul begini. Sengaja hari ini kuadakan rumah terbuka. Alhamdullillah. Segalanya berjalan lancar. Sedang asyik aku melayani karenah rakan-rakan.

"Assalamualaikum..."
Aku menyambut di muka pintu. Miah?! Izam?! Sinar bahagia terpancar di wajah Miah.



"Waalaikumsalam, masuklah MIah, Izam. Lama akak tak jumpa. Macam mana sekarang?!"

Miah memelukku. Pelik. Miah tak pernah berbaik-baik denganku sebegini.

"Dah 4 bulan kak, Insyaallah tahun depan. Miah akan jadi ibu. Abang, kan?"
"Tahniah."

Tersekat suaraku di kerongkong. Aku memaniskan muka. Sakitkah hatiku bila melihat mereka bahagia? Izam tak lekang dari ku. Setiap langkahku diekori Izam. Kenapa dia masih menyeksaku sebegini.

"Macam mana kau sekarang Iqa? Rindu aku pada kau. Sampai hati kau lupakan aku macam ni."
"Zam...Awak dah berkeluarga, dan tak lama lagi awak akan dapat baby. Jangan buat Miah macam ni. Tak baik."
"Aku tak pernah cintakan dia. Aku sayangkan kau. Kalau tak sebab Umi, aku tak kahwin dengan dia."

Izam mengeluh, meraup rambutnya. Mana mungkin kau tidak cintakan MIah, andai kau pernah menyentuhnya Izam. Jangan jadi hipokrit. DIa isterimu yang telah kau sentuh dan anak dalam kandungannya itu benih cinta kau dan Miah. Hentikanlah penipuan kau ini Izam. Kasihanilah Miah.

"Aku akan kahwin, Zam. Dan tak lama lagi aku akan bertunang."
"Hah?! Dengan siapa?"

Aku terpaksa menipumu Izam. Siapalah yang bodoh ingin memilikiku. Aku insan kerdil yang tidak punyai apa-apa. Hanya kau yang gila memujaku. Hanya engkau yang bodoh Izam. Gadis kampung yang berkelulusan gred 2 dalam SPM. Yang tidak punyai paras rupa dan tiada apa-apa keistimewaan. Itulah aku, kau saja yang memujaku umpama aku puteri dari kayangan, walhal akulah puteri katak yang hodoh.

"Mama dan abah yang tentukan."
"Jangan terima kalau kau tak nak Iqa. Kalau kau nak kahwin, aku sanggup tinggalkan Miah. Kahwin dengan aku, kita bina keluarga kita, Iqa."
"Bodoh!"
Terpacul perkataan itu keluar dari mulutku. Izam terdiam.

"Mama dan abah dah terima pinangan mereka, aku terpaksa akur. Semuanya abah dan mama yang uruskan. Maafkan aku, Zam. Aku tak layak untukmu. Aku tak boleh hidup susah di sampingmu. Aku tak betah tinggal di pondok buruk Umi untuk jangka masa yang panjang. Aku gadis bandar. Mana betah aku makan budu dan belacan. Aku tak suka semua tu. Selama ni, aku bertahan sebab aku sayangkan adik. Kalau tak sebab Taufik. Aku takkan singgah menjenguk keluarga kau yang terpencil di hujung kampung. Aku benci semua tu, mama dan abah dah jumpa lelaki idaman aku. Aku dan dia akan sama-sama bina mahligai kami."

Izam mulai geram dengan pengakuan gila ku. Biarlah kau pandang aku jijik, daripada aku meruntuhkan keluargamu. Maafkan aku, Izam.

"Aku benci kau, aku tak sangka selama ini. Aku begitu hina di pandanganmu. Aku tahu, aku miskin! Orang kampung! Umi aku tiada harta macam mama dan abah kau. Tapi aku ada nilai diri, iqa. Patutlah Taufik beria-ia menyuruh aku membencimu. Baru hari ni aku tahu, gadis yang aku puja dan sayang rupanya enggang yang takkan setaraf dengan cacing macam aku ni. Melata dalam tanah."

Aku tersenyum sinis. Izam menarik Miah. Syawal yang sepatutnya aku smabut dnegan gembira. Akhirnya membuatkan aku kehilangan seorang teman. Pergilah Izam. Jangan dihirau katak hodoh ini lagi.


No comments:

Post a Comment