Friday, October 1, 2010

Badai Pasti Berlalu - 49

Matanya leka memerhati keindahan lautan yang terbentang, bebuih ombak yang memutih. Kepalanya lentok elok di atas bahu sasa itu, jemarinya mengait mesra jemari kasar itu. Kakinya menguis memainkan pasir pantai. Mindanya memainkan kembali kejadian sebentar yang lalu. Sesekali bibirnya mengukir senyuman, sesekali juga wajahnya merona merah menzahirkan betapa malunya tatkala teringatkan perlakuan dan tutur kasarnya terhadap lelaki itu. Tapi, kejadian itu semua bukan juga salah dirinya seorang, apa yang pasti lelaki itulah puncanya. Tapi, takdir dan keadaan juga sudah menentukan perjalanan cerita hidupnya begitu lalu untuk apa dia terusan menyalahkan orang lain.



“Auch… mak kau sakitnya! Hei… tak baik tahu buat begini pada tunang sendiri. Tak sayang abang ya cik Aina sayang…? Aduh… sampai hati awak… sakit perut abang tahu tak?” Balas Ismail, dia masih terduduk, tangannya menggosok-gosok perutnya yang senak di tumbuk gadis itu.

“What? Abang? Awak tunang saya? Saya sayang awak? Huh, jangan nak perasanlah! Memang patut pun awak kena tumbuk dengan saya, padan muka!” Tingkah Iman.



Abang! Berbulu telinga Iman mendengar, meremang bulu romanya. Iman ketawa agak sinis, bibir dicebik-cebik tanda jengkel.



“Iman… percayalah. Saya ini tunangan awak…” Tekan Ismail.



‘Tunang konon! Kalaulah awak tunang saya, sudah lama saya peluk cium awak, tak adalah saya tumbuk awak sungguh-sungguh, awak tahu tak? Sakit perut awak, sakit lagi perut saya awak peluk tadi, senak! awak tahu tak? Sekarang awak tu cuma kenangan bagi saya, kenangan yang menyakitkan, awak tahu tak? Pelukan awak membuatkan hati saya bertambah berdarah, awak tahu tak? Renungan awak menghunus tangkai hati saya, sakit! awak tahu tak?’



“Apa awak tak sayangkan saya? Iman… memang saya ni tunang awak, Pak Samad tu pakcik saya, awak tahu tak?” Tekan Ismail lagi, bahu Iman diraih perlahan, wajah Iman dipandang geram.

“Aaaa… What? Tunang? Pak Samad, pakcik awak???” Mulut Iman terngaga luas.

“Ya Aina. Saya inilah ABANG awak tu.” Ismail mengangguk kecil, matanya merenung Iman menggoda. Sekali lagi mulut Iman ternganga luas.



‘Oh, patutlah selama ini tak pernah telepon saya, asyik-asyik SMS, asyik-asyik SMS! Bila saya telepon ‘ABANG???’ tak ada jawapan. Mentang-mentanglah Hotlink kat Giant RM6.99, sesuka hati awak saja nak kenakan saya ya. Patutlah muka seposen awak tu ada saja mana saya pergi. Rupa-rupanya…’



“Hei, tutuplah mulut awak tu, nanti masuk lalat, tahu?” Bisik Ismail.



Ismail merapatkan wajahnya mendekati wajah Iman, bibirnya mula mencari sasaran tapi Iman lebih pantas mengelak, wajahnya dipalingkan ke sisi. Ismail mengeluh hampa, ciumannya hanya terdampar di pipi mulus gadis itu. Namun, itu sudah memadai bagi dirinya yang sememangnya merindui gadis itu.



Iman melepaskan ketawa perlahan, wajahnya yang seketika tadi merah mula beransur tenang, menaikkan serinya. Entah mengapa dia terasa lega, kepalanya ringan tiba-tiba, hatinya melonjak gembira. Tanpa menunggu sesaat tubuh Ismail dirangkul erat bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi. Perut Ismail digosok perlahan, kesian… tak pasal-pasal kena debik dengannya tadi. Namun, kemudiannya dia menangis perlahan, teresak-esak, airmata tanpa diundang berjuraian jatuh.



“Iman, kenapa menangis ni, hmm?” Tanya Ismail pelik.

“Saya benci awak, saya benci awak, awak tahu tak?” Kata Iman, wajahnya di sembamkan ke dada bidang Ismail.

“Hei, kenapa benci pulak? Bukan ke awak sayangkan saya? Apa yang tak kena pulak ni?” Tanya Ismail gusar.

“Kenapa awak buat saya macam ni? Saya terseksa, awak tahu tak? Hati saya terluka, saya ingatkan saya akan kehilangan awak Ismail…” Luah Iman dalam sendu yang masih bersisa. Kegelisahan dan luka di hatinya sebelum ini ternyata tidak berasas!

“Iya? Kenapa awak tak melamar saya? Kenapa mesti buat keputusan menerima seseorang yang awak sendiri tak kenal?” Tanya Ismail.

“Saya malu! Masakan saya sendiri yang meminta awak mengahwini saya. Apa kata family awak nanti. Saya betul-betul tak sanggup, malu…” Jawab Iman jujur.

“Lah, apa salahnya. Tulah, dulu saya sendiri yang melamar banyak sangat alasannya. Padan muka!” Balas Ismail selamba, hidung Iman dipicit perlahan.

“Ismail!!!” Jerit Iman.

“Ya tunangku sayang…” Sahut Ismail, kembali merangkul tubuh Iman, mereka berdua ketawa riang.



Baru kini Iman tahu bahawa Pak Samad dan Makcik Zubaidah itu merupakan saudara Ismail. Pak Samad dan bapa Ismail merupakan sepupu dekat. Rupa-rupanya, ibu Iman juga berpakat dengan Ismail, patutlah wanita itu begitu memaksa dirinya untuk berkahwin. Wanita itu memberinya pilihan, tapi pilihan itulah yang menjerat dirinya. Ibu, ibu…



Lamunan tiba-tiba terhenti, Iman bingkas berdiri seraya mengibas-ngibas butiran-butiran pasir yang melekat di skirt yang dipakainya. Kemudian, tangan Ismail di tarik supaya turut bangun bersamanya. Ada sesuatu yang ingin dia perkatakan pada lelaki itu, tunangannya! Ismail hanya menuruti langkah Iman. Mereka beriringan menyusuri pantai Stulang yang kelihatan cantik tatkala senja berlabuh begini. Burung-burung berterbangan bebas, cengkerik dan unggas malam mula riuh berkicauan, deruman angin dan ombak bersatu memainkan irama indah.



“Ismail, betul awak terima diri saya seadanya? Bersedia menerima kekurangan dan kelebihan saya? Keluarga saya? Betul awak sayangkan saya? Menyintai saya sepenuh hati awak?” Tanya Iman. Ismail mengangguk yakin setiap pertanyaannya.

“Iman, saya berjanji akan jadi suami yang baik buat awak. Saya sudah bersedia ke arah itu, hanya awak yang akan menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Percayalah sayang…” Tutur Ismail, ada sinar yang terpancar di matanya. Jemari Iman di genggam erat.

“Ikhlas?” Tanya Iman meminta kepastian.

“Iya sayang… Lagipun saya sudah banyak kali melamar awak, cuma awak tu ajer yang jual mahal, tak bersedialah, takutlah, apalah. Kalau saya tak buat begini mesti sampai bila pun saya tak dapat mengikat awak, kan?” Jawab Ismail, sebelah tangannya mengusap perlahan pipi mulus Iman.



Iman tersengih manja seraya memeluk erat tubuh Ismail sekali lagi. Ya, dia menyayangi dan menyintai Ismail sepenuh hatinya. Nama lelaki itu sudah terukir di hatinya, dia percaya Ismail mampu menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab, lelaki yang di yakini dapat membimbing hidupnya dunia dan akhirat. Dia bersyukur kerana lelaki itu telah melamarnya, sudi memperisterikan dirinya yang serba kekurangan ini. Dan, dia berjanji akan menjadi isteri yang baik dan solehah kepada lelaki itu. Dia bersedia memikul tanggungjawab yang besar itu walau hakikatnya dia masih belum bersedia sepenuhnya.



“Ismail, bagaimana dengan keluarga awak? Mereka terima saya?” Iman meleraikan pelukan.

“Alah… mereka semua dah kenal awak. Kelmarin, awak dah jumpa dengan umi dan abah saya kan? Kakak-kakak saya yang bertiga tu pun awak dah kenal kan? Anak-anak buah saya pun awak dah tahu kan? So, what’s the problem?” Laju saja Ismail menjawab.

“Oh, jadi majlis tu memang sudah di rancang ya, hmm?” Iman menyoal geram.

“Yup, tapi insiden baby Auni jatuh memang tak ada dalam agenda rasmi, lari sikit dari plot yang di rancang. Tapi, hasilnya excellent! Extravaganza! Cuma…”

“Cuma apa?”

“Cuma hasilnya terlambat sikit, sepatutnya ending dia malam tu tapi… awak siang-siang sudah cabut lari!” Ismail menjawab dengan gelak ketawa. Iman tersenyum malu.

“Ismail… tapikan, saya macam pernah nampak muka umi awak, kakak-kakak awak yang bertiga tu pun sama.” Ujar Iman.

“Really?” Tanya Ismail, Iman mengangguk tanda pasti.



Sewaktu diperkenalkan oleh Amira hatinya tertanya-tanya. Dia bagaikan pernah melihat Oma juga makcik-makcik Amira yang bertiga itu. Di mana, dia terlupa tapi, wajah mereka memang cukup dikenali. Adakah mereka sememangnya pernah bertemu? Atau, barangkali hanya perasaan dia saja. Entahlah…



“Kampung’s Spagetti, Puding Kastad…” Bisik Ismail dekat ditelinga Iman. Iman ternganga.

“Apa yang awak merepek ni, kat sini mana ada benda tu semua. Jangan nak mengada-ngada eh.” Tegur Iman.

“Eh mengada-nda apa pulak. Kampung’s Spagetti, Puding Kastad… makcik nak awak yang buat tau.” Sekali lagi Ismail mengulangi ayatnya.

“Oh my God! I got it, I got it… alamak Ismail, malunya saya… Ya Allah apa saya nak buat ni?” Iman kalut. Ismail di sebelahnya ketawa kuat, kelakar melihat telatah Iman saat itu.

“Jangan takut, awak lulus ujian, tu pasal saya hantar rombongan meminang.” Ismail mengenyit mata nakal, Iman tersenyum malu.



“Papa Is…” Panggil Iman nakal.

“Ya, Mama Iman, ada apa sayang?”

“Jom, kita balik dah nak masuk waktu maghrib ni nanti ibu saya bimbang pulak.” Iman menarik tangan Ismail.

“Eh, sekejap.” Tahan Ismail. Iman menegrutkan dahinya, kenapa?

“Iman sayang… nanti dah jadi isteri saya, jangan tumbuk saya lagi ya, sakit… abang tak tahan.” Bisik Ismail perlahan.

“Ok. Tapi, tak boleh janji sangatlah eh. Kalau ‘abang’ saya tu buat hal, lebih daripada tu dia dapat. Ingat, saya ada black belt tau.” Balas Iman selamba.

“Black belt ya sayang… ok, tapi ingat… ‘abang’ awak ni ada lebih daripada itu tau.” Ujar Ismail dengan maksudnya yang tersendiri. Iman mencebik bibir.

Malamnya, sekian kalinya, Ismail memperkenalkan Iman kepada ahli keluarganya. Sesekali mereka berdua menjadi bahan usikan ahli keluarga yang sememangnya mesra itu. Wajah Iman yang putih bersih itu beberapakali berubah warna, Ismail yang sentiasa di sisinya langsung tidak mahu membantu meredakan usikan malah dia sendiri lebih galak mengusik Iman dari mereka semua.
Gelaran ‘Mama Iman’ bagaikan sudah tidak janggal di pendengaran Iman, nama itu di panggil manja, disapa mesra, di jerit kuat oleh beberapa anak kecil termasuk Amira sendiri di rumah itu. Sungguh! Iman merasakan itu adalah saat yang paling membahagiakan di dalam hidupnya, dikelilingi keluarga yang mesra dan bahagia, anak-anak kecil yang comel dan ceria juga di samping lelaki yang bakal melayari hidup bersamanya.

2 comments:

  1. wah....
    trkjutnya....
    x sngka is 2 tngn iman slma ni....

    ReplyDelete