Saturday, October 2, 2010

Takagi Sayang - 7

AKU buka mata perlahan-lahan. Eh, aku kat mana ni? Ni gambar aku masa bertunang, siapa yang gantungkan kat bilik ni? Besar gedabak pulak tu? Aku terasa kepalaku masih pening. Lebih-lebih lagi bila berada dalam bilik yang memang asing ini.

"Eh..dah sedar pun.." Ina muncul tiba-tiba. Segera dia duduk di sisiku.

"Kita kat mana ni Ina?" soalku sambil memandang sekeliling.

"Kat bilik abang Aznil," Ha? Aku terpandang sesuatu. Gambar lelaki yang sedang tersenyum di tepi kolam udang harimaunya amat kukenali.

"Tapi..macammana along boleh ada kat sini?"

"Along pengsan kat tepi sungai tadi," Aku pengsan? Pengsan sebab..Terasa air mata bergenang-benang tunggu masa nak menitik. Wajah Ina kutatap.

"Along teringatkan abang ke?" soalnya perlahan. Aku diam. Bilik Aznil kuperhati lama. Kemas dan bersih. Sayang tuannya dah tak ada. Cuma bau perfume CK kegemarannya saja menerawang. Aku tiba-tiba terpandang sesuatu pada gambar pertunanganku.

"EVERYDAY I LOVE YOU, SWEET DIAN.." My God! Terasa mukaku kering tak berdarah. Dia cintakan aku? Kenapa tak cakap awal-awal? Dan air jernih itu turun laju tak henti-henti. Aku pun begitu Aznil..

"Along..along kenapa menangis ni?" Aku pandang Ina lama. Kali ini aku pulak yang menangis dibahunya. Biar Ina tahu betapa aku benar-benar kehilangan Aznil.

"La..ngapa ni?" ibu Aznil tiba-tiba masuk dan meluru mendapatkan aku.

"Mak ngah..Dian nak Aznil mak ngah!" tanpa segan silu lagi aku berkata begitu depan ibunya. Peduli apa aku, tunang aku. Lagipun dua minggu kami akan menjadi suami isteri, siapa tak sedih? Ibu Aznil segera memelukku membuatkan aku bertambah hiba.

"Yan..astarfirullah..bawa mengucap Yan..kenapa ni?" Mak muncul tiba-tiba dan duduk di sisiku.

"Yan menyesal selalu sakitkan hati dia, Yan tahu Yan yang salah..Yan tak sanggup hidup tanpa dia," Mak dan ibu Aznil tersenyum sesama sendiri.

"Betul ni? Tak main-main?" La..nak meraung rasanya bila ditanya soalan bodoh di saat-saat begini.

"Kalau Aznil ada sekarang jugak Yan nak kawin dengan dia," ujarku bersungguh-sungguh. Tapi..semuanya tak berguna lagi..

"Betul ke?" Aznil tiba-tiba muncul dari balik langsir pintu bilik. Aku terlopong. Aznil? Wajah mak , mak ngah som dan especially wajah Ina kutatap tak mengerti.

"Sebenarnya kan ..along..abang Aznil tak apa-apa..yang accident teruk tu motor dia je..along pengsan tadi abang Aznil yang dukungkan ke sini," Ina membuat penjelasan bila mata aku tak berkedip merenungnya. What? Alamak..malunya aku! "Tadi kau kata.." "Ina salah faham..sorry..!!" Ina tersipu-sipu. Kau punya pasallah ni! Getusku geram. "Itulah..dulu sampai nak putus tunang, ni baru dapat berita macam ni dah pengsan-pengsan.." sindir mak tajam. Aduii..bisanya.

"Tak apalah, tu tandanya sayang!" sampuk ibu Aznil lalu mengajak Ina dan emak keluar. Aznil perlahan-lahan menghampiriku. Aku tunduk, tak tahu nak sorok muka kat mana lagi.

"Sampai pengsan ye sayangnya awak kat saya?" usiknya. Aku tidak menyahut. Semua ni Ina punya pasallah bodoh!

"Err..teruk ke awak?" soalku bila melihat tangan kirinya berbalut.

"Don't worry, tak serius ni..by hook or by crook kita mesti kawin jugak minggu depan.." ujarnya selamba membuatkan aku tersenyum lucu.

"Thanks!" ucapnya tiba-tiba.

"Kenapa?"

"sebab membuktikan sedalam mana cinta awak terhadap saya, baru saya tahu selama ini saya tak bertepuk sebelah tangan. Awak tahu tak..saya selalu terfikir kalaulah awak langsung tak ada hati kat saya macammana kehidupan kita nanti..tapi syukurlah..saya dah nampak apa yang bakal kita lalui bersama nanti.." Aznil tersenyum.

"Sebelum tu..yang kat sungai dulu macammana?" soalku masih tak puas hati. Geram lagi pasal tu sebenarnya.

"Itulah lain kali cuba dengar dulu..itu anak buah saya Mimi, anak abang sulung saya yang jadi lecturer kat USM..dia memang sebaya dengan awak..tu dia ada kat luar tu.." Anak buah?

"Saya tak kenal pun.."

"Mana nak kenal..dia form 1 sampai form 5 kat asrama penuh, pas tu pegi State plak baru seminggu tu balik ke Malaysia ni.." terangnya membuatkan aku tersengih. Ngape tak beritahu awal-awal..manalah aku kenal semua anak buah dia..buat malu aku je...

"Awak tak marah lagi kan?" soalnya sambil mengeluarkan sebentuk cincin emas putih bermata satu dari poket seluarnya.

"Cincin yang awak baling hari tu tak sempat nak sambut. Ni saya gantikan," ujarnya lalu menyarungkan ke jari manisku.

"Ni je?" soalku mengusik.

"Dian, will you marry me?" Aku cuma mengangguk dan tersenyum.

"I love you," lafaznya lantas mencium tanganku. Mak..aku rasa nak pengsan sekali lagi. Romantik gila siut! Tak pernah-pernah dia macam ni!

"Ehemmm!!!" Aku cepat-cepat menarik tanganku. Ina, Fina, Rina dan juga Mimi anak buah Aznil sedang tertawa di sebalik langsir.

"Dosa..dosa..belum sah lagi.." usik Ina.

"Along..sekarang percaya tak keajaiban cinta?" soal Fina.

"Keajaiban yang menakjubkan..ada orang mati kerana cinta..merana."

"Pengsan!!"

"Sibuklah kau orang! Pergi main jauh-jauh!" marahku campur malu. Aznil cuma tertawa kecil. Pasti dia juga merasakan sesuatu yang aku rasa saat ini. Cepatlah hari berlalu..agar Aznil segera menjadi milikku selamanya

No comments:

Post a Comment