Monday, September 27, 2010

Takagi Sayang - 2

Burrrkk! Opocot mak, kambing @ tenuk! Aku segera berpaling ke belakang.
Aznil tertawa kelucuan. Heii bukan dia tak tahu pantang aku kalau sendawa macam bunyi katak!

"Awak ni buruk laku la!"

"Tak apa, janji awak sayang kat saya," Cheh! Aznil tertawa lagi.

"Kan saya dah pesan, saya tak suka awak buat macam tu?" ujarku geram.

"Tak apa, yang tak disuka tu la yang menambahkan kemesraan!" jawabnya
selamba.

"Mesra? Mesra macammana? Mesra macam ni?" soalku sambil tangan meluru
mencubit lengannya.

"Adoiiii! Aww..Adoiii!!" rasakan! Cubitan semakin bertalu-talu hinggap di lengan dan perutnya. Biar, puas hati aku!

"EHEMMM!" Alamak! Abah?

"Dah lama Nil?" soal abah bersahaja dalam nada cool sambil meletakkan
seplastik sayur di atas meja.

"Err..baru je abah, Eh!! Pak long!" Aznil sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku bulat mata kasi amaran. Gila, ingat abah suka agaknya. Abah tu buka aku tak tahu, nampak je cool..kang kalau bukak ceramah kang.. berdesing-desing telinga! Tapi tak tahulah kalau dengan Aznil bakal menantu kesayangannya ini. Kadang-kadang aku tak faham abah ni. Namun aku dapat merasakan, kalau aku tolak pinangan dari keluarga Aznil dulu pasti abah suruh terima juga. Bapa Aznil dengan abah memang kawan baik sejak dari kecil lagi. Tak hairanlah kalau kami dijodohkan
semata-mata untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Iyelah, kalau
bukan dengan Aznil siapa lagi? Dia anak bongsu, kebetulan semua abang dan kakaknya sudah berumah tangga.

"Dian, nanti panaskan sup tu," pesan abah. Aku menurut perintah. Abah mula sibuk memunggah barang-barang dari bonet vannya.

"Yang, anje balik dulu ye?" Makkk!!! Aznil tertawa lucu sambil bersalam dengan abah sebelum menghidupkan enjin motor buruknya. Sial betul dia ni, suka buat perkara yang aku benci. Ha ha ha..Alamak..abah sudah
terbahak-bahak tertawa melihat telatah kami berdua. Ya Allah..malunya!

"Dian balik kejap bah," tanpa lengah aku cabut lari balik kerumah. Nantilah kau!


No comments:

Post a Comment