Thursday, September 30, 2010

Cinta Marissa - 15

Suatu hari, tatkala masing-masing sibuk dengan tugas, tiba-tiba Kedai Buku Saya dikunjungi oleh seorang gadis. Manis berbaju kurung. Bertudung. Solekan nipis sudah cukup untuk menyerlahkan kejelitaan gadis itu. Hampir mereka tidak mengenali gadis itu jika gadis itu tidak menyapa mereka. Itulah Marissa! Gadis idaman Iqbal.

Sepanjang mengenalinya, itulah kali pertama Iqbal melihat keayuan Marissa terserlah. Bukan seperti gadis tomboy, sentiasa berseluar, bukan dengan sifat, tutur bicara yang kasar. Marissa muncul penuh sopan.

Diba terkejut bukan sahaja kerana kehadirannya tetapi juga di atas perubahan yang berlaku. Namun taklah seperti Iqbal, sampai terlepas buku di tangannya! Terusik hati lelaki Iqbal setelah menyedari siapa gadis itu. Luka di hatinya baru nak sembuh. Dah tergores lagi.

Marissa memeluk dan mencium Diba tanpa sepatah kata. "How are you Diba?" soal Marissa setelah melepaskan pelukannya.

"Alhamdulillah baik... Riss macam mana?"

"Fine Diba, fine... thank you.."

Tumpuan Marissa pada Iqbal kini. Lelaki itu masih sama seperti dahulu. Topi yang tak tinggal dari kepalanya. Lengan baju yang tersingsing ke paras siku dan ada sahaja kerja yang hendak dibuatnya.

"And how are you Iqbal?"

Iqbal tidak dapat melihat wajah itu. Hatinya masih lagi terusik. Dia pura-pura terus menyibukkan diri. Walhal tadi semasa Diba dan Marissa berpelukan, lama Iqbal mencuri pandang ke arah Marissa. Bagaimanapun, pertanyaan Marissa itu dijawab juga.

"Alhamdullilah... I'm always fine too Marissa. Thank you for your sudden attention." Macam merajuk sahaja bunyi jawapan Iqbal itu.

"Iqbal. boleh kita jumpa sekejap?"

Permintaan Marissa itu menyebabkan Iqbal terhenti daripada melakukan kerja-kerjanya yang kalau nak ikutkan, taklah sepenting mana tu.


:: BERSAMBUNG ::

"Ada perkara penting yang ingin Riss sampaikan. I really need to talk to you privately."

"Another game Marissa?"

Marissa sedikit terpukul dengan kata-kata Iqbal itu. Marissa tak pasti nak kata apa sebab dia memang susah nak pujuk orang, lebih-lebih lagi seorang lelaki yang pernah dilukainya.


"Err... Diba, tujuan kedatangan Riss adalah untuk mengucapkan selamat tinggal. Insya Allah Riss akan berangkat ke UK pada hujung minggu ini bagi menyambung pelajaran. Riss ke sana bersama Kak Marina. Riss harap, suatu ketika nanti kita akan bertemu lagi."

Marissa bersalam dengan Diba. Agak kekok sedikit. Diba langsung memeluk Marissa sambil menangis. Bergenang juga air mata Marissa. Lepas itu, Marissa terus melangkah keluar dari kedai Iqbal tanpa menoleh ke belakang lagi.

"Abang Iqbal, kalau abang tak kejar dia sekarang ni, abang akan kehilangan dia buat selama-lamanya. Kalau abang masih mencintai dia, kejarlah dia. Diba tahu, Marissa tidak akan datang kembali jika tidak kerana Abang Iqbal."

Iqbal tercegat memandang Diba. Berfikir sesuatu sebelum bergegas keluar. Baiklah. Dia akan cuba sekali lagi. Kata-kata Diba itu mungkin ada benarnya!

Marissa sudahpun masuk ke dalam keretanya apabila Iqbal keluar mencarinya. Marissa melangkah keluar semula. Seketika mereka berdua hanya memandang antara satu sama lain.

"Iqbal, Riss nak minta maaf di atas apa yang berlaku. Riss tahu agak terlewat untuk Riss mengatakannya."

Marissa diam seketika untuk menanti sebarang jawapan dari Iqbal. Lelaki itu masih tak terkata.

"Riss akan menyambung pelajaran Riss di London. Jika ada jodoh.. dan jika Iqbal sanggup menanti... kita akan bertemu lagi."

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang telah Marissa fikirkan yang ingin disampaikannya kepada Iqbal. Tapi tak boleh pulak. Kelu dan kekok semacam.

"Bila Riss akan berangkat?"

Setelah lama terdiam barulah Iqbal bertanya. Tidak menyentuh persoalan tentang jodoh.

"Hari Ahad nanti. Err... nampaknya kedai Iqbal ada perubahan."

"Ah... cuma ubahsuai sikit-sikit aje. Sekarang ni sibuk dengan ICT, cuba-cuba ke arah itu."

Kedua-duanya kelihatan gugup dan kekok. Lepas satu ditanya, satu dijawab. Lepas itu senyap seketika. Mereka kehilangan kata-kata.

"Apa yang berlaku sebelum ini telah banyak buat Riss berfikir tentang hala tuju kehidupan Riss. Memang fikiran Riss berkecamuk. Sehingga suatu hari tu, Riss bermimpi akan bonda Riss. Selepas itu, Riss rasakan jiwa Riss bagaikan hidup semula. Riss ingin menyambung kembali pelajaran Riss. Biarlah Kak Melinda yang kahwin dulu. Riss masih muda. Jika ada jodoh..."

"Tak usah Riss khuatir tentang itu. Teruskan cita-cita murni Riss tu. Iqbal gembira kerana akhirnya itu yang menjadi pilihan Riss." Sekurang-kurangnya, dia tahu kini Marissa masih menyayanginya.

"Err.. Riss dah makan? Apa kata.. kalau kita ke restoran di seberang jalan tu."

"Tak apalah Iqbal. Terima kasih saja. Family Riss sebenarnya ada di Riviera Bay Resort. Riss mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan Iqbal dan Diba. Sampaikan juga salam Riss pada Umi. Lepas ni kami sekeluarga akan spend some time di KL sebelum Kak Marina dan Riss berlepas ke UK..."

"Hemm.. baiklah kalau macam tu. Sampaikan salam Iqbal pada keluarga Riss."

Seketika mereka sama-sama terdiam. Marissa memerhatikan wajah Iqbal untuk dibawa bersama hatinya ke Kota London nanti. Marissa tidak pasti kesudahan kisah cinta mereka. Apakah hatinya dapat bertahan? Atau adakah Iqbal akan tetap menantinya? Sekali lagi Marissa memohon kemaafan dai Iqbal sebelum meminta diri untuk pergi.

Dengan sebuah senyuman, Marissa mengucapkan selamat jalan sebelum memecut keretanya berlalu pergi. Iqbal memahatkan senyuman itu dalam ingatannya. Moga Kota London tidak mencuri hatimu Marissa.

Marissa hanya memerhatikan dari jauh. Ternyata kehadirannya tepat pada waktunya. Ada suatu majlis sedang berlangsung di kediaman Iqbal. Satu majlis perkahwinan! Tiada sebarang kad jemputan yang Marissa terima. Dia tidak dimaklumkan tentang majlis ini dan hatinya tertanya-tanya.

Empat tahun di UK, Marissa kembali penuh harapan. Selama ini Marissa berpegang pada janjinya. Hatinya hanyalah untuk Iqbal. Bukan kepada lelaki lain. Selama di perantauan, Iqbal sentiasa dihubungi dan diutusi. Sesekali apabila bercuti panjang, Marissa akan kembali ke tanah air secara mengejut. Pada Marissa, Iqbal masih seperti dahulu. Setia menantinya.


Masa berlalu. Sedar tak sedar, akhirnya setelah menempuh pelbagai dugaan perasaan dan dugaan kehidupan di rantau orang, Marissa berjaya juga menamatkan pengajiannya. Marissa sengaja tidak menyatakan tarikh kepulangannya. Jika Iqbal masih setia menanti cintanya, sudah tentu dia akan bersedia menerima kepulangan Marissa pada bila-bila masa sahaja.

"Assalamualaikum.. jemput... silakan masuk..."

Sapaan seorang wanita separuh umur, mematikan lamunan Marissa. Dengan senyuman palsu, Marissa terangguk sopan. Bunyi paluan kompang mencuri semua tumpuan para hadirin. Marissa tidak terkecuali. Marissa menoleh ke arah jalan. Dari jauh kelihatan seperti...

Jantung hati Marissa berdegup kencang. Marissa tak sanggup melihat lagi. Segera, Marissa menapak keluar. menyongsang arus perarakan, kembali menuju ke keretanya. Terhenti seketika di muka pintu, air mata Marissa mengalir sederas-derasnya.

"Marissa..."

Marissa menoleh. Di balik pandangannya yang kelam, Marissa mengenali lelaki itu. Iqbal?

"Bila sampai? Ke.. kenapa?"

Menyeka air matanya daripada terus mengalir, Marissa memandang Iqbal dari atas ke bawah. Bukankah Iqbal pengantin lelaki itu? Marissa beralih pandang ke arah pasangan pengantin yang kini sudahpun memasuki perkarangan rumah. Matanya terkelip-kelip seketika.

Iqbal menghampiri Marissa. Disapunya airmata Marissa yang masih berbaki di wajah manis itu. "Kenapa menangis?"

"Riss... ingat... Iqbal pengantin lelaki itu..."

Iqbal hanya tersenyum mendengar kata-kata Marissa. Benarlah, Marissa setia pada janjinya sebagaimana Iqbal juga setia menanti Marissa selama ini. Marissa kini telah kembali ke pangkuannya. Iqbal tidak akan menunggu lebih lama lagi. Esok lusa Marissa akan disuntingnya.

"Siapa yang kahwin?" tanya Marissa setelah tangisnya reda. Iqbal hanya mampu tersenyum.

"Riss tak terima kad undangan mereka?"

"Kad undangan?"

"Ya. Pengantin lelaki sendiri yang tulis kad undangan tu."

Marissa menggeleng-geleng.

"Jom kita ke dalam. Umi Nor dan Saldira pun ada."

Di meja santapan, di sana duduknya pasangan pengantin itu. Muhammad Ishqal dan Adiba.

"Esok kita pula duduk di sana," bisik Iqbal sambil memberikan senyuman abadi buat Marissa.

No comments:

Post a Comment