Tuesday, September 28, 2010

Cinta Marissa - 13

Seperti yang telah dirancang, Diba diterima kerja di Espariza Florist. Diba nak kerja sementara sahaja tetapi Espariza lebih suka Diba bekerja terus dengannya. Iqbal tak kisah. Mana-mana pun boleh.

Pagi itu, Diba bersiap-siap hendak ke kedai bunga Espariza Florist. Sebaik pintu rumah dibuka, terpacul Marissa. Tersengih. Kur semangat! Rupa-rupanya Marissa datang berseorangan tanpa ditemani sesiapa. Lagilah kur semangat Diba dibuatnya. Diba pasti Marissa buat hal lagi. Mesti kes ikut kata hatinya. Serba salah, takut menyinggung perasaan Marissa, Diba beralas tanya.

"Dengan siapa Riss datang?"

"Seorang!" Ringkas jawapan Marissa. "Kenapa?"

Tergagap-gagap Diba nak jawab. "Err... Riss... dah sihat ke?"

"Dah. Mental sihat. Fizikal pun sihat." Selamba jawab Marissa. Lepas itu, Marissa pun nak ke Espariza Florist.

"Err... kakak Riss tahu ke Riss nak kerja lagi di sini?" Serba salah Diba lontarkan pertanyaan itu.

"Tahu! Jomlah cepat! Nanti terlepas bas. Jadi mangsa rogol pulak!"

Kata-kata Marissa itu membuatkan Diba terkesima. Lebih mengejutkan Diba apabila Marissa ketawa. Ketawa yang tidak sejantan dahulu tapi cukup mengecutkan perutnya. Marissa ni masih macam...

"Yang Diba ni pucat semacam kenapa? Kan Riss kata Riss okey. Kehidupan mesti diteruskan. Episod semalam dah habis. Dah tutup. Kita kena pandang ke depan. Riss gurau aje tadi. Jom cepat!"

Marissa menarik tangan Diba sambil berlari-lari anak bergegas ke pintu pagar. Terkontang-kanting Diba terdorong mengikut langkah Marissa. Tak berani dia hendak bertanya apa-apa lagi.

Tiba di Espariza Florist, giliran Espariza pula terkejut beruk bila Marissa memberitahu bahawa dia ingin menyambung tugasnya kembali. Tanpa banyak cakap Espariza mengangguk-angguk setuju.

"Marissa... kalau nak kembali bekerja di sini, memang saya suka." Kata-kata Espariza terhenti seketika sambil matanya melirik ke arah Diba. "Tapi... Mar.. ni dah sihat ke?"


"What's wrong with everybody? Can't you all see that I'm fine? I'm all right! I'm fine! Stop worrying about me and get on with life!"

"All right.. all right... it's just that... well... you know... we are very concerned about you. Anyway, just as you said, we should get on with our life... aaa.. you boleh tolong cabutkan tanda harga yang lama-lama di rak satu tu."

"Err... kalau macam tu, Diba balik dulu ya." Perlahan-lahan Diba cuba mengundurkan diri. Spontan Espariza terpegang kepalanya. Terlupa betul dia pada Diba.

"Eh, Diba tak kerja ke hari ni?" Marissa tidak tahu bahawa Diba telah mengambil alih tugasnya. Apa yang Marissa faham, Diba bekerja di Kedai Buku Saya.

Diba memandang Espariza serba salah. Hendak berterus terangkah atau... Tapi reaksi sebegitu mudah dibaca Marissa.

"Wait... wait a minute. Don't tell me that you... oh... dah faham... dah faham. Diba dah kerja sini eh?
"Diba bekerja buat sementara aje. Sementara Ish masuk universiti..."

"Ish dah diterima masuk ke universiti?" Marissa terpekik girang. Espariza tercengang.

"Err... ya... Ish... dah diterima masuk ke USM. Bidang apa... Diba tak ingat."

"Wah... caya la... Riss nak ke sana. Nak jumpa dia orang kejap."

Diba dan Espariza hanya terpaku melihat gelagat Marissa. Sehinggalah Marissa hilang dari pandangan, barulah masing-masing mula kecoh bersuara.

"Bila Marissa balik ke sini? Siapa hantar? Kenapa tak beritahu dulu? Dia tu okey ke?"

"Nanti... nanti Diba jawab semua tu. Sekarang baik Cik Espariza cepat telefon Abang Iqbal. Beritahu dia Marissa nak datang. Nanti terkejut besar pulak dia orang."

Bagaikan lemkbu dicucuk hidung, Espariza menurut kata Diba. Iqbal dua beradik perlu diberi amaran. Marissa dah datang!

Di Kedai Buku Saya, telefon yang berdering dibiarkan tidak bersambut. Ishqal sedang leka dengan walkmannya. Telefon terus berdering. Iqbal yang sedang tenggelam bersama sebuah buku motivasi baru hendak mengangkatnya apabila telefon berhenti berdering. Ishqal dah ke bilik air belakang.


Iqbal menatap kembali buku pilihannya apabila telefon sekali lagi berdering. Sebelum sempat Iqbal pergi menyambutnya, pintu hadapan kedainya dibuka. Itu dia.... Marissa dah tiba.

Iqbal yang pada mulanya hanya menoleh sekali ke arah pintu kedai, tertoleh sekali lagi sebaik terperasan siapa yang masuk. Marissakah itu?

"Hello brother, mana Ish?"

Tanpa menunggu pertanyaannya untuk dijawab, Marissa dengan sendirinya menuju ke bahagian belakang kedai mencari Ishqal. Iqbal menggaru kepala yang tak gatal.

"Err... Marissa... adik saya tu ada dalam bilik air. Pergi melabur agaknya."

Kata-kata Iqbal disambut Marissa dengan ketawa. Marissa terus menuju ke kaunter dan duduk di situ tanpa dipelawa. Iqbal terdiam lagi, memerhatikan sahaja gelagat Marissa.

"Diba belum bekerja di sini lagi ya?" Marissa mematikan diam Iqbal.

"Hemm, belum. Dia bantu jaga kedai Espariza sehingga Ishqal masuk U. Err... Marissa tak jumpa Diba ke?"

"Sudah! Patut pun pagi-pagi lagi dia pun nak ke Espariza. Kerja sana rupa-rupanya. Eh, brother, yang tercegat macam tiang kat situ kenapa? Jom duduk kat sini. Kita bersembang!" Marissa mempelawa ikhlas walaupun sedikit janggal bunyinya.

Iqbal mengangkat bahu. Tidak cakap banyak, bersetuju dalam ketidakpastian. Apa sebenarnya yang bermain di kepala Marissa?

"Macam mana business? Okey?"

"Hem... tak berapa."

"Macam mana dengan Marissa?"

"What about me? Tentang apa tu?" Pertanyaan berbalas pertanyaan.

"Everything. Your study. Your life. Your family. And more importantly, what are you doing back here?" Iqbal bertanya terus-terang. Dari situ Iqbal boleh mengagak nanti, ke mana hala tuju perbualan mereka dan tahap emosi Marissa.

"Woo ho... hey... aren't you glad to see me?"

"Yes of course I am.. but.. did you come here alone?"

"Hemm... why not? I'm a grown woman. I don't need an escort. And to answer your questions.. my studies belum sambung. My life is okay.. my family is great... and the answer to 'what I'm doing back here'... is because I wanted to! Any more questions?"

Iqbal merenung Marissa. Ada sesuatu yang tak kena di sini. Marissa membalas renungan Iqbal dengan sebuah senyuman. Bila Iqbal masih terdiam, Marissa terus menyambung.

"Kenapa tak tanya aje, macam mana kehidupan selepas dirogol? Kan senang!"


Selamba sahaja kata-kata itu dilfazkan. Marissa kemudiannya mengeluarkan sekeping coklat lalu dikunyahnya dengan penuh keselambaan.

"Marissa... selama ini saya tidak berkesempatan untuk bercakap dengan awak, dari hati ke hati tentang apa yang berlaku sejak kejadian malam itu."

Ternyata bukan mudah bagi Iqbal hendak menyusun kata. Marissa masih mengunyah coklatnya. Dia diam sahaja dan berpura-pura tidak begitu peduli dengan apa yang hendak disampaikan oleh Iqbal.

"Saya akui, sejak kejadian hari itu, jiwa saya memang tidak pernah tenteram. Sebahagian daripada apa yang berlaku memang berpunca daripada saya. Saya tidak seharusnya meninggalkan Marissa pada malam itu."

Masih juga tiada sebarang reaksi dari Marissa.

"Saya rasa bertanggungjawab dan telah memikirkan semasak-masaknya. Sebenarnya saya telah pun merancang untuk ke rumah awak pada 20 haribulan nanti, sebelum Ishqal ke universiti. Saya nak..."

"Kak Marissa!"

Ishqal yang baru muncul terpekik tatkala melihat Marissa. Lantas mematikan bicara Iqbal. Kacau daun betul budak ini!

"Hah! Ish!" Marissa turut terpekik.

Marissa bangun, dan tanpa mempedulikan Iqbal, dia terus berlari memeluk Ishqal! Hah... terkedu Ishqal dibuatnya. Apasal pulak ni? Bagaikan batang kayu, Ishqal membiarkan sahaja Marissa memeluknya. Terkebil-kebil matanya mencuri pandang ke arah abangnya. Ternyata, Iqbal pun pelik menyaksikan babak yang tidak diduga itu.


Setelah seketika dipeluk begitu, barulah Ishqal dilepaskan. Serba tak kena Ishqal berhadapan dengan situasi sebegitu.

"Tahniah Ish! Tak sangka budak nakal ni dapat jugak masuk U!" kata Marissa sambil tersenyum lebar.

"Bila nak berangkat?" Marissa buat tak tahu sahaja dengan perilaku Ishqal yang kelihatan serba tak kena itu.

Ishqal mencuri pandang ke arah abangnya. Dia membuka topi, menggaru kepala yang tak gatal kemudian memakai topi semula sebelum bersedia hendak menjawab pertanyaan itu.

"Lebih kurang dua minggu lagi." Abangnya Iqbal sudah tolong jawabkan.

"Belajar rajin-rajin. Jangan salah gunakan peluang untuk menimba ilmu ini dengan berpolitik. Hanya yang cemerlang diberi peluang untuk memperkayakan diri dengan ilmu. Jangan sia-siakan peluang ini. Tunjukkan Ish juga boleh berjaya. Okey, adios!"

Pada pendengaran Iqbal dan Ishqal, seolah-olah bukan Marissa yang berkata begitu. Apapun, Marissa dah pun angkat kaki, menuju ke Espariza Florist. Marissa ingin mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal secara formal. Marissa sedar, tempatnya bukan lagi di situ.

"Marissa... nanti dulu." Iqbal menahannya. Nasib baik Marissa nak tunggu tapi itupun bukan untuk mendengar kata-kata Iqbal.

"Look here, Muhammad Iqbal. Saya Tengku Marissa Tengku Itheruddin, telahpun memaafkan saudara. Oleh itu, jangan simpan rasa bersalah, simpati atau rasa bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Dan kepada Ish juga kepada semua yang lain, please don't treat me this way. Kekok dan janggal. Itu membuatkan saya terasa benar-benar seperti..."

Sampai situ sahaja Marissa sudah tidak dapat menyambung kata-katanya lagi. Lakonan dan kepuran-puraannya menghadapi mereka semua dengan tingkah laku biasa sudah tidak dapat diteruskan, Emosi Marissa tercarik kembali. Marissa segera melangkah pergi...


Iqbal turut tidak mahu mengalah. Untuk kali ini, dia merasakan peluang untuk bertemu Marissa mungkin tidak ada lagi. Dia harus segera bertindak.

"Marissa!"

Marissa mempercepatkan langkahnya. Kali ini dia tak berhasrat untuk mendengar kata-kata Iqbal lagi. Terpaksalah Iqbal berlari mengejarnya sebelum berdiri betul-betul di hadapan Marissa. Dan tindakannya ini menyebabkan langkah Marissa terhenti.

Iqbal menghulurkan kunci keretanya. "Sebelum awak pergi, saya mahu tunaikan permintaan awak yang satu itu!"


Lama Marissa merenung kunci di tangan Iqbal. Dan selama itu juga, Iqbal sabar menanti. Jika Marissa mengambil kunci itu, harapannya masih ada. Tetapi jika Marissa memilih untuk tidak mempedulikannya, dia akan kecewa.

"Excuse me..." Tiba-tiba seorang gadis lalu melintasi mereka, meminta laluan.

Tumpuan kedua-duanya tertarik kepada gadis itu. Seketika, tak berkelip juga mata Iqbal memandang gadis itu. Sedangkan pandangan Marissa sudah tertumpu kembali kepada Iqbal. Tiba-tiba sekali lagi gadis itu mencuri tumpuan Marissa, bila tanpa disangka gadis itu menoleh kembali ke arah mereka lalu menyapa Iqbal.

"Iqbal!"

Iqbal sedikit terkejut sebaik disapa wanita yang tidak dicamnya itu. Dahinya berkerut. "Errr... Baby?"

" Ah, come on. Stop calling me that. I am a grown up wopman now." Gadis cantik itu ketawa sebelum perhatiannya beralih kepada Marissa. "And this pretty lady..."

"Oh yeah.. Baby... errr... sorry... used to call you that. Saldira, kenalkan, Marissa. Marissa, ini Saldira anak Umi Nor."

Kedua-dua gadis itu bersalaman.

"Okey Iqbal, Marissa... senang-senang nanti kita jumpa lagi. I have to see Espariza. Dia ada di kedainya ke?"

"Darling, don't. Bukankah Umi dah kata, serahkan segalanya kepada Umi."

Entah bila, mereka semua tidak sedar akan kehadiran Umi Nor.

"Umi, it's not only your problem. It's my problem too!"

Ketika itulah, Diba dan Espariza yang menjengah memerhatikan apa yang berlaku sejak dari tadi menghampiri mereka semua.

Umi Nor tak terkata apa lagi apabila Saldira berpaling menghadap Espariza yang sudahpun berada di sisi mereka. "Hello there... I've been waiting for this moment to see you personally, Miss Espariza."

Sapaan Saldira yang penuh tersirat itu mula membibitkan bunga-bunga kecurigaan di hati Espariza. Semacam saja sapaan gadis itu. Espariza memang kenal anak Umi Nor itu. Cuma...

"Memandangkan semua 'anak-anak' Umi Nor ada di sini, apa kata kita pergi sarapan dulu. Darling pun belum kenal lagi dengan Marissa dan Adibah.." Umi Nor cuba menghalang apa jua gerak tindakan anak tunggalnya itu.

"Umi, up to this stage, how can you pretend that nothing is happening. This gurl hurt us Umi. This girl betrayed us. How can you ever..."


Masa itulah berubah sekali air muka Espariza. Espariza sudah dapat mengagak, rahsianya selama ini sudah terbongkar. Segera Espariza minta diri. "Err.. biar saya balik ke kedai dulu."

"Espariza, I think it's time for us to meet face to face. Only you and me and if you don't want to be embarassed, don't try to sneak away or..."

"Umi... Umi tak apa-apa?" Tiba-tiba Iqbal tersedar. Umi Nor kelihatan tidak bermaya. Segera Iqbal menyokongnya.

"Umi tak apa-apa..."

Namun Umi Nor masih bertahan pada Iqbal sambil belakang tangannya menyapu dahi.

"I think your mother is not feeling well, Saldira. We should take her home."

Melihatkan keadaan ibunya, gadis cantik itu terpaksa akur dan bersetuju dengan pandangan Iqbal. Bagaimanapun, Espariza tidak akan dibiarkannya begitu sahaja. Sempat Saldira berbisik. "Meet me at Fritz Corner at 4. You'd better be there or you'll be sorry!"

Sebaik sahaja kereta Umi Nor berlalu pergi, Iqbal mendapati Marissa tiada. Yang kelihatan, hanyalah Ishqal dan Diba, tercegat macam orang bodoh.

No comments:

Post a Comment