Sunday, September 5, 2010

Badai Pasti Berrlalu -42

Pn. Dewi Fauziah mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Suaminya, Tn. Ibrahim sedang menonton berita, langsung tidak menghiraukan isterinya yang tidak tahu duduk diam itu. Dia mengantuk sebenarnya tapi, dek kerana dipaksa oleh isterinya untuk sama-sama menunggu kepulangan Ismail lalu, dia sedari tadi duduk termagu di sofa itu. Tn. Ibrahim sudah lali dengan perangai isterinya yang sememangnya begitu. Apa saja yang berkaitan dengan Ismail Syafiq, anak bujang tunggal mereka akan membuatkan isterinya itu bagaikan cacing kepanasan.



"Ya Allah, Abang… awak ni tak risau ke? Tengok sudah pukul berapa ni, Ismail tak balik-balik lagi. Saya risaulah Bang…" Bebel Pn. Dewi Fauziah.

"Alah… biasalah orang bujang Dewi, lagi-lagi malam-malam minggu begini. Janganlah risau, sekejap lagi baliklah si Ismail tu." Balas Tn. Ibrahim.

"Hish, awak ni memang, tak pernah nak risaukan pasal Ismail tu! Selalu tu dia telepon saya kalau balik lambat ke apa ke. Tapi, hari ni senyap aje, saya telepon tak dapat pulak, di 'off' nya pulak handset tu. Ismail... manalah kamu pergi ni nak... Ya Allah, lindungilah anakku..."

"Dewi… boleh tak awak bersabar sikit." Pujuk Tn. Ibrahim, isterinya risau mengalahkan Ismail itu anak kecil, macamlah anak bujang itu tidak pernah balik lambat sebelum ini. Dia mula menguap, Sekilas jam dinding diperhati, baru pukul 1.30am.



Seketika kemudian, Pn. Dewi pantas berlari keluar sebaik mendengar deruman kereta Ismail memasuki perkarangan rumah mereka. Dia melepas senyuman lega sebaik memandang wajah Ismail di dalam kereta.



"Ya Allah Ismail, ke mana saja kamu pergi sampai jam sebegini baru balik, Umi risau tahu tak." Sergahnya sebaik Ismail berdiri di depan matanya.

"Alah Umi ni, Ismail tak ke mana pun, pergi Sarang Murai aje tadi." Jawab Ismail.

"Kenapa tak bagitahu Umi? Kenapa bila Umi telepon tak dapat?" Tanya Pn. Dewi Fauziah lagi.

"Bateri kong." Balas Ismail malas, dia tiada mood sebenarnya untuk bercakap banyak.

"Bertuah punya anak, buat Umi risau saja. Bagaimana tadi? Kamu sudah cakap dengan…" Ismail pantas menggeleng kepala.



Terlopong mulut Pn. Dewi Fauziah. Patutlah Ismail pulang lewat. Dia sudah menjangkakan semenjak siang tadi, hatinya terasa tidak enak sekali. Kini, Ismail nampak sugul di matanya. Sungguh! dia turut dapat merasakan kesedihan yang dialami Ismail itu.



"Tak mengapa, mari masuk dulu. Ismail sudah makan?" Pn. Fauziah meraih tangan Ismail, mendorong anak muda itu masuk ke dalam rumah.

"Belum. Umi masak lauk apa hari ini?" Tanya Ismail.

"Sambal ketam, terung goreng aje. Umi panaskan ya?"

"Erm… Ismail lapar sangat ni, dari siang tadi tak makan tau Umi." Adu Ismail.

"Siapa suruh tak makan? Kalau ya pun bergaduh dengan buah hati janganlah sampai tak makan. Ismail kan ada gastrik, sakit nanti Umi juga yang susah, kan?" Bebel Pn. Dewi Fauziah.

"Tulah pasal, ingat nak makan dengan dia tapi… sekali tak jadi pulak. Ismail 'ter'cium dia Umi, dia marah gila-gila, terus balik, tak sempat Ismail nak cakap satu apa pun. Tu yang Ismail geram sampai balik lambat ni." Jawab Ismail selamba.



Pn. Dewi fauziah menggeleng kepala, dia masak sangat dengan perangai Ismail, kalau marah atau punya masalah begitulah jadinya. Duduk bertapa di 'Sarang Murai' lah gamaknya anaknya itu. Entah apa yang Ismail suka sangat ke tempat itu agaknya, hendak kata cantik, tak adalah sangat, hutan rimba! Tapi, kalau untuk mencari ketenangan dan kedamaian jiwa tempat itu memanglah sesuai sangat.



"Betul ni 'ter' bukan kamu sengaja Ismail?" Duga Pn. Dewi Fauziah, dia kurang percaya dengan cerita Ismail tadi.

"He he he… entah, 'ter' ke sengaja ek, tak perasan pulak Ismail Umi. Tapikan Umi, bukan salah Ismail seorang, dia yang menggoda sangat…"

"Kamu ni Ismail, cuba ubah-ubah sikit perangai kamu tu. Jangan-jangan Ismail yang paksa dia tak ni, hmm? Tu yang dia marah sangat agaknya." Tegur Pn. Dewi Fauziah.

"Tak adalah Umi. Ismail tak paksa pun. Lagi satu kan Umi, ada ke Iman suruh Ismail lupakan dia, apa ingat senang ke, susah-susah Ismail dapatkan dia, habis tu nak lupakan macam tu ajer, mana boleh, kan Umi?"Jawab Ismail sambil meneruskan suapannya. Pn. Dewi tersenyum gelihati mendengar jawapan Ismail itu.



Ismail terlentang kekenyangan di atas sofa. Uminya masih di dapur membancuh minuman panas untuk mereka berdua. Dua unit hanphone Nokia miliknya di atas meja diambil, memeriksa kalau-kalau ada pesanan SMS baru yang diterima. Kosong! Ismail mengeluh hampa, dicampaknya kedua-dua benda itu semula ke atas meja.



"Telepon tak jawab, bagi SMS tak balas, geram betul!" Rungut Ismail.



Ismail masih lagi mundar-mandir di ruang tamu. Mulutnya tidak berhenti merungut marahkan Iman juga dirinya. Tidak sabar rasanya untuk menanti malam membukakan tirai, dia ingin segera bertemu muka dengan Iman. Ingin dirungkaikan segala-galanya.



"Apa yang kamu marahkan tu Ismail?" Tegur Pn. Dewi Fauziah.

"Imanlah Umi. Geram betul Ismail. Banyak kali Ismail call, satu pun dia tak jawab! 'Abang' dia bagi mesej pun tak reply! Sedap sangat agaknya tidur dekat rumah Haziq tu!" Jawab Ismail dengan nada geram.



Ismail menarik wajah tegang, hatinya sakit. Selebihnya, Ismail sebenarnya cemburu sebaik mengingatkan hubungan yang wujud di antara Iman dengan lelaki yang bernama Imran Haziq itu. Sungguh, kemesraan mereka membuatkan Ismail rasa tercabar, hati terbakar, kemarahannya membara sekali.



"Oh, ni kira kes Ismail marah, encik 'Abang' cemburulah ya. Tak mengapa, bawak bersabar, ok? So, sekarang apa kata kalau kita bincangkan strategi yang seterusnya, mahu?" Usul Pn. Dewi Fauziah.

"Ok, we proceed to our next plan. Ismail tak kira, lepas ni mesti berjaya dengan jayanya. Usaha tangga kejayaan, kan Umi?" Sahut Ismail penuh bersemangat sekali.

"Erm... macam tulah baru namanya anak lelaki Umi. Kita ni Ismail, hidup jangan cepat berputus asa. Selagi boleh berusaha kita usahakan, kejayaan tidak akan pernah datang bergolek. Dan, Umi akan sentiasa membantu dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anak Umi. Ismail tahu itu kan?" Ujar Pn. Dewi Fauziah berbaur nasihat. Ismail mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan oleh uminya itu.



Pn. Dewi Fauziah tersenyum senang hati. Dia bagaikan kembali ke zaman sewaktu Ismail masih berada di alam persekolahan. Mereka dua beranak kerapkali berjaga sehingga lewat malam. Setiap kali menjelang peperiksaan dia pasti akan menemani anak bujangnya itu menelaah pelajaran, memberi tunjuk ajar juga semangat untuk Ismail mencapai kejayaan. Hanya Ismail, satu-satu anaknya yang gemar mengulangkaji pelajaran pada waktu larut malam sehingga lewat pagi manakala, ketiga-tiga anak perempuannya lebih senang menggunakan waktu siang untuk menyempurnakan tugasan mahupun menelaah pelajaran mereka. Dan hari ini, saat itu berulang kembali.



"So, wish you all the best. Good luck!" Ucap Pn. Dewi Fauziah seraya berlalu ke biliknya. Pasti suaminya bising kalau dapat tahu dia berjaga sehingga selewat ini.

"Ok, thanks ya Umi." Balas Ismail dengan senyuman meleret.



INGAT!



1. Ismail TIDAK BOLEH berjumpa, SMS mahupun telepon dia sepanjang minggu ini, buat-buat merajuklah kononnya. (Mengikuti perkembangan dari orang yang dipercayai adalah dibenarkan)

2. Abang BOLEH SMS dia tapi, TIDAK BOLEH telepon dia.

3. Ismail TIDAK BOLEH cemburu tapi, Abang DIBENARKAN (itupun kalau perlu!)

4. Abang TIDAK BOLEH wujud sehingga waktu yang sesuai tapi, Ismail DIBOLEHKAN (itupun kalau kebetulan terserempaklah.)

5. Selebihnya adalah TERTAKLUK kepada keadaan, tempat dan masa (Mesti rasional!)

6. Bertindak mengikut arahan. (Umi-MENTOR, Ismail-Protégé)



Satu persatu kesimpulan perbincangan dengan uminya dihafal oleh Ismail. Bolehkan dia mempraktikkan apa yang telah ditetapkan oleh uminya itu? Tapi, selalunya, arahan dan kata-kata uminya jarang sekali gagal. Cuma petang tadi saja, itupun salah itu berpunya dari dirinya sendiri. Dia yang gatal-gatal pergi cium gadis itu, siapa suruh! Tapi, hatinya sudah tidak tertahan, sesak menanggung rindu. Tapi, bukan juga salah Ismail sepenuhnya, kedinginan dan kemesraan antara Iman dengan Haziq membuatkan dia bertindak begitu.



CD lagu terbaru nyanyian Awie dimainkan perlahan menemani tidurnya. Bibir Ismail mengikuti bait-bait lagu IRIS itu, penuh perasaan bagaikan melahirkan perasaannya yang sebenar kepada gadis yang bernama Iman Nuraina itu.


IRIS-AWIE



Kau masih ku cintai
Sungguh...
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untuk ku
Kau masih dewi hatiku
Sungguh...
Biar sejuta parut hilang di hati
Usah gusar sayang, usah ragu
Aku milikmu

Cintaku
Jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari dunia mu
Moga terpadam sangsimu

Cintaku
Jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cintaku
Hanya hatiku tahu apa mahuku
Dan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

Kau masih ku cintai
Sungguh...
Dari hari pertama kau ku nikahi (eh belum lagi!)
Aku pasti yakin dan pasti
Engkau milik ku

Aku Cinta Padamu… (Iman Nuraina!!!)

No comments:

Post a Comment