Monday, September 27, 2010

Badai pasti Berlalu - 47

Sementara menantikan masuknya waktu solat isya' Iman mengambil kesempatan untuk menghantar SMS kepada Amira. Untuk menelepon dia berasa sedikit janggal, rongganya tersekat, pasti suaranya kaku. Iman ingin memohon maaf kerana pamit tanpa memberitahu gadis itu semalam. Pasti Amira terasa hati, Sufi dan Fahmi juga mesti tertanya-tanya akan ketiadaan dirinya namun, bukan kehendaknya bertindak melulu begitu. Entah mengapa, dia tidak dikurniakan kekuatan untuk berada lebih lama di majlis itu.



Lima minit berlalu namun masih belum ada balasan dari Amira. Iman sedikit cuak, mungkinkah gadis itu marahkan dirinya? Sedang Iman berkira-kira untuk menelepon, keluar bunyian menandakan ada mesej masuk. Pantas Iman membaca namun, kemudiannya dia mengeluh hampa. Lain yang ditunggu lain pulak yang diterimanya.



Abang??? Wujudkah lelaki itu di dalam hidupnya? Tunangan tanpa nama mahupun wajah, tunangan tanpa rela, tunangan tanpa cinta! Mengapakah sehingga ke hari ini Iman masih tidak punya hati untuk mendapatkan apa jua maklumat mengenai lelaki itu, tunangannya sendiri.



'Aina, Sihat? Sudah makan sayang?'



Tapi, semakin hari juga Iman merasakan yang lelaki itu semakin dekat di hatinya, dia bagai dapat merasakan kehadiran lelaki itu di mana-mana. Kini, di antara mereka sepertinya ada satu ikatan yang erat, tersimpul kemas! Sungguh, Iman dapat merasakannya, hati kecilnya tidak menolak untuk hal yang satu itu. Hangatnya perasaan, kembang teruja, jatuh cinta lagikah dia? Jodoh aturan keluarga, cinta yang diberkati? Atau, mungkinkah perhatian lewat kiriman SMS dari lelaki itu mendekatkan mereka? Romantis kata-kata tunangannya itu memputikkan benih-benih cinta di hatinya? Cinta SMS?



'Sihat. Sudah. Awak sihat? Dah makan?'



Iman membalas pendek, soalan formal. Dia senang sekali membalas setiap mesej yang dihantar oleh lelaki itu semenjak bertunangan jika tiada sesuatu menghalang. Cuma, satu yang belum berjaya dilakukan hingga ke saat ini, berbual mesra menerusi telepon! Bukan tidak pernah mencuba, setiap kali talian bersambung ada saja masalah teknikalnya. Kadang-kadang dia sendiri hairan, tidak pasti samada telepon miliknya rosak ataupun si pihak penerima panggilan yang sebenarnya bermasalah. Mungkin, dia perlu menghubungi Maxis untuk mendapatkan kepastian.



'Sihat juga. Belum lagi. Nak temankan abang makan?'



'Mungkin, next time...'



'Bila tu?'



'Tak tahu.'



'Tak tahu? Bukan selepas kita kahwin? ;)… Aina, kita jumpa mahu?'



Iman terkedu. Jumpa? Sudah bersediakah dia untuk bertentang empat mata dengan lelaki itu? Tapi, bukankah itu yang dihajati cuma belum mendapat undangan saja lalu, perlukah dia menolak seandainya orang sudah membukakan jalan? Iman membiarkan mesej tidak berbalas. Seusai solat isya' dia kembali mendapatkan telepon yang dibiarkan di atas katil



5 messages received. 1 Dari Amira, 4 lagi dari ABANG???





'Maaf kak Aina, lambat reply. Tak perlu minta maaf, Mira yang byk buat salah dgn kat Aina ;( Maafkan Mira ya?'



Iman mengukir senyuman lega. Dia membalas dan kemudian segera membaca mesej-mesej yang seterusnya.



'Aina, boleh?'

'Aina, tak sudi nak jumpa abang ya?'

'Aina… kenapa senyap ni?'

'Aina…'



'Aina solat tadi. Abang dah solat?'



'Aina? Abang? Ni yang buat abang tak sabar nak jumpa Aina. ;)…'



Hah, pantas Iman menyemak semula ayat mesej yang dihantar kepada lelaki itu tadi. Alamak, macam mana dia boleh membahasakan diri dengan namanya sendiri dan memanggil lelaki itu ABANG!!! Sungguh! dia sedikit pun tidak perasan apa yang di taipnya itu, betul-betul tidak disengajakan. Ya Allah… malunya! Wajahnya merona merah, malu kepada lelaki itu juga dirinya sendiri.



Mungkinkah? Adakah itu petunjuk yang menandakan dia sudah mula menerima kehadiran lelaki itu di dalam hatinya, ikhlas dengan suratan takdir ilahi ke atas hidupnya. Sekali lagi Iman membiarkan mesej dari lelaki itu tidak berjawab, dia mengorak langkah ke dapur untuk mendapatkan segelas air suam. Wajahnya kebas, hatinya berdebar pantas. Iman perlu menenangkan diri buat seketika. Sempat juga Iman duduk menemani ibunya menonton televisyen. Drama yang ditayangkan sedikit pun tidak menarik minatnya lalu dia kembali ke dalam bilik.



2 messages received.



'Aina… are u there?'

'Kak Aina masih marahkan Papa Is? Pls maafkan Papa Is, terima semula Papa Is, plsssss...Mira syg Kak Aina, Mira syg Papa Is.'



Iman membiarkan mesej Amira tidak berjawab. Dia tidak punya jawapan untuk soalan itu buat masa ini. Kini, tumpuannya beralih pula kepada mesej kiriman ABANG???



'Ya ada. saya ke dapur tadi.'



'Oh lamanya! ;)… So boleh tak kita jumpa? Abang rindu.'



Iman tersenyum kecil, pasti lelaki itu dapat membaca perasaannya sebentar tadi. Nampaknya, dia perlu lebih berhati-hati di masa depan, ejaan dan susunan ayat perlu menjadi keutamaan sebelum menghantar sebarang mesej kepada lelaki itu.



'Ok, bila n di mana?'



'Esok, abang datang jemput ya? Di rumah atau tempat kerja?'



'Erm, kat cafe ajelah around 5pm, boleh?'



'Ok sayang, kita sambung nanti, abang nak solat dulu. Nak makan tak ada orang sudi temankan… ;)'



'Ok.'



'Tunggu abang tau. Jgn tidur dulu.'



'Ok, tp saya tak janji, ;)…'



'Aina… please… tunggu abang?'



'Oklah.'



Sudahnya, hampir tengah malam mereka masih lagi rancak berbalas mesej. Hanya berbual kosong, sekali pun tidak menyentuh perihal peribadi. Soal hati dan perasaan lagilah terabai jauh. Satu yang Iman pelik, mengapa lelaki itu tidak mahu menghubunginya? Takut bil melambung tinggi ke? Jimat kredit ke? Atau, tunangannya itu seorang yang kedekut barangkali! Oh tidak, Iman tidak boleh hidup dengan orang yang sebegitu. Atau, mungkin lelaki itu punya alasannya yang tersendiri, siapa tahu? Ikutkan hati, mahu saja Iman bertindak mendail nombor talian lelaki itu, lebih senang untuk bercakap dari menaip bait-bait ayat tapi...



'Aina, sudah mengantuk ya?'



'Erm, so kita continue esok boleh?'



'Ok. Eager to see u ;)'



':P'



'Once the moon winks at u tonite, I wish sweet dreams embrace u tight. Hope your day was quite alright & now I bid u a lovely gudnite. A'kum, abang sayang Aina!'



Iman langsung lena tanpa membalas mesej terakhir itu. Sungguh, dia benar-benar keletihan yang amat. Segalanya tentang hari esok tidak mahu difikirkan. Terserah. Tapi, hanya satu yang akan dilakukan sebaik matahari memercikkan sinarnya. Hanya satu tekad baru yang akan memandu hari-hari mendatang seorang Iman. Hanya jasad baru yang akan menempuhi dugaan-dugaan yang menghalang. Hanya bahagia ibu yang menjadi keutamaan. Dan, hanya lelaki itu yang akan mengisi ruang hatinya yang kesepian.

1 comment: