Sunday, August 8, 2010

Cinta Semusin - 8

Jam antik di sudut ruang tamu rumah banglo itu sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Hampir dua jam aku 'berperang' dengan Hakim di luar rupanya. Harap-harap tiada siapa yang perasan akan kehilangan kami . Aku terus menuju ke bilikku di tingkat atas.

Tapi langkahku mati di hujung anak tangga. Diba sudah menantiku di sana. Dengan keadaan matanya yang merah dan air mata masih mengalir di pipi… tahulah aku yang sandiwara kami tadi ada penonton setia. Langkah ku terhenti. Kaki ku terasa kaku di situ. Perasaan bersalah pada Diba bersarang di dada.

Tapi langkahku mati di hujung anak tangga. Diba sudah menantiku di sana. Dengan keadaan matanya yang merah dan air mata masih mengalir di pipi… tahulah aku yang sandiwara kami tadi ada penonton setia. Langkah ku terhenti. Kaki ku terasa kaku di situ. Perasaan bersalah pada Diba bersarang di dada.

Maafkan aku sahabatku… bukan niatku untuk menambah penderitaanmu. Sangkaanku yang aku akan di hadiahkan dengan kata-kata kesat dan maki hamun dari Diba meleset kerana Diba tiba-tiba datang memeluk dan menangis teresak-esak di bahuku. Kejadian pagi tadi berulang lagi kini. Aku cepat-cepat menarik Diba masuk kebilikku. Aku tak mahu sandiwara yang hampir tamat ini berpanjangan kerana aku belum bersedia dengan skrip yang baik untuk di huraikan pada penonton yang lain nanti.

Diba ku dudukkan di birai katil. Perlahan ku kesat airmata yang masih mengalir di pipinya. Dia merenung mataku. Tapi dalam keadaan itu aku tidak dapat mentasfirkan apakah maksud renungannya itu. Dalam esakkan yang masih bersisa, dia bersuara juga akhirnya.

"Tak salah tekaan aku selama ini Hana. Jawapan kepada dua persoalanku selama ini sudah terjawap tadi. Aku tahu kini kenapa kau menghilangkan diri tiba-tiba dulu. Aku juga tahu kenapa Hakim bersikap dingin padaku selama ini. Maafkan aku Hana… Kerana aku, hidup kamu berdua merana. Aku dapat rasakan perkara ini sebelum kami berkahwin lagi. Tapi aku tak berani nak bersuara. Kaupun hilang entah di mana. Kalau aku tahu yang Hakim ada menaruh hati pada kau… sudah tentu aku tidak akan meneruskan dengan perkahwinan ini…"

Airmata Diba mengalir lagi walaupun esakkannya sudah berhenti. Dia menundukkan kepala memandang pada jari-jari kami yang tergenggam erat antara satu sama lain.

"Hana… sangkaku selama ini hanya aku sorang yang sengsara, rupa-rupanya nasib kita sama walaupun dalam suasana yang dah tentu berbeza. Kita bukan sahaja berkongsi satu kehidupan masa study dulu.. tapi kita juga berkongsi kesedihan dan kekecewaan sepanjang dua tahun ini…. Maafkan aku sekali lagi Hana…Aku tahu, kau menghilangkan diri dulu semata-mata tak mahu aku kecewakan ? Kau tak mahu Hakim berpaling tadah pada aku kan ? Tapi kita mungkin sama-sama telah membuat kesilapan tanpa kita sengajakan demi untuk menjaga hati orang-orang yang kita sayangi. "

Airmata ku yang mengalir kini. Aku tidak mampu bersuara. Segala kata-kata Diba adalah benar belaka. Kami mengambil satu keputusan demi untuk menjaga hati orang-orang yang kami sayangi tanpa mengambil kira kepentingan diri sendiri. Diba ku peluk erat.

"Diba… aku juga pohon seribu kemaafan dari kau. Aku yang bersalah dalam hal ini. Aku tak sepatutnya mengganggu hubungan antara kau dan Hakim. Tapi aku tewas Diba. Aku tewas pada layanan dan kebaikan yang Hakim berikan. Dia terlalu baik pada ku. "

Aku melepaskan pelukkan Diba dan mengesat airmatanya sebelum menyambung percakapan ku.

"Tapi mulai saat ini… kau tak perlu susah hati lagi.. kerana antara aku dan Hakim sudah tidak ada apa-apa . Kau mesti tabahkan hati kau. Walau apapun yang akan kau lakukan.. kau mesti fikirkan baby yang di dalam kandungan kau ini. Ini juga adalah antara tanda cinta Hakim pada kau. Kau jagalah Hakim baik-baik ye. Dia tentu akan membahagiakan kau dan baby ni..."

"Nasib kau agak baik Hana, tak seperti aku. Sekurang-kurangnya kau masih ada abang Ikmal untuk menyayangi dan menyintai kau , tapi aku…? Aku rasa Hakim semakin jauh dari aku."

"Kau sabarlah ye Diba.. Insyaallah, segalanya akan baik nanti. Banyak-banyaklah kita berdoa ye. "

"Jadi kau memang dah buat keputusan untuk menggantikan mummy Afin ye ?

Sambil mengesatkan airmata yang masih bersisa, Diba cuba berjenaka. Kegelisahanku terubat juga dengan sedikit senyuman dari bibirnya. Aku pun sama tersenyum untuk menutup hati ku yang agak kalut ini.

"Aku doakan segala kebahagiaan untuk kau Hana. Aku memang amat-amat terhutang budi pada kau. Kalau di takdirkan kita mermadu pun aku sanggup Hana. "

Aku menutup mulut Diba . Aku tak kan tergamak untuk merampas apa yang di milikinya kini. Hakim bukan milik aku lagi. Diba keluar dari bilikku setelah aku betul-betul cuba menyakinkannya yang cintaku bukan untuk Hakim lagi. Kami saling berpelukkan sebelum aku melepaskannya pergi.

Airmataku gugur lagi saat ini. Alunan lagu 'Cinta Terindah hanya Sementara' nyanyian Erra Fazira beralun perlahan dari cd yang ku buka tadi. Bait-bait liriknya amat meruntun jiwa ku . Mengapalah aku harus menghadapi situasi yang sebegini rumit sekali ?. Aku mara ke jendela yang masih terbuka. Mak, Hakim dan Diba telah aku selesaikan. Aku mungkin Ikhlas pada mak dan Diba… tapi pada Hakim…., aku memang tak boleh menipu diriku. Dia sudah menjadi sebahagian dari hidupku….

Misiku yang seterusnya adalah Ikmal dan Afin. Afin mungkin kurang bermasalah kerana dia masih belum mengerti tapi …..bolehkah Ikmal menerima penjelasanku. Aku tidak mahu kegembiraan yang mula hadir dalam hidupnya kembali suram dengan keputusanku.

Ya Allah.. berikanlah hambamu kekuatan untuk membuat keputusan ini. Malam ini aku akan bermunajat kepada Allah untuk memberikan aku petunjuk agar keputusan yang akan aku buat nanti tidak akan melukakan hati sesiapa.


**********



Seperti yang di janjikan, seawal pukul lapan pagi aku sudah menanti kedatangan Ikmal. Berdebar juga rasa di hati untuk berjumpa dengan keluarga dia. Bergagai-bagai andaian hadir dalam kotak fikiranku. Boleh kah mereka menerima ku. Adakah Ikmal akan memberitahu mereka tentang latar belakangku. Ya Allah ya tuhan ku.. Lapangkan lah hati hamba mu ini.

Seperti yang di janjikan, seawal pukul lapan pagi aku sudah menanti kedatangan Ikmal. Berdebar juga rasa di hati untuk berjumpa dengan keluarga dia. Bergagai-bagai andaian hadir dalam kotak fikiranku. Boleh kah mereka menerima ku. Adakah Ikmal akan memberitahu mereka tentang latar belakangku. Ya Allah ya tuhan ku.. Lapangkan lah hati hamba mu ini.

Seketika kemudian hon kereta Ikmal mengejutkan ku. Ku capai beg kecil berisi pakaian dan telekungku dan keluar dari rumah. Si kecil itu sudah tersenyum menanti ku. Ikmal membuka pintu kereta untukku dan mengambil beg di tanganku dan meletakkannya di dalam bonet kereta .

"Hai sayang .. selamat pagi.. bisik Ikmal lembut ke telingaku."

Ku alihkan pandangan ku ke kerusi belakang untuk melihat Afin. Dia bangun dan menghulurkan tangan kecilnya untuk bersalam dengan ku. Tangan itu ku sambut lalu menciumnya .

"Auntie nak ikut Afin jumpa atuk dan nenek." Sapa si kecil itu mesra.

"Kenapa.. tak boleh ke..?"

"Boleh.. Afin suka… daddy kata….Auntie nak tinggal dengan Afin. Nanti Afin boleh tunjukkan buku-buku Afin pada auntie ye. Mainan pun banyak . Bolehlah auntie main denga Afin ."

"Amboi cepatnya Afin tahu. Afin tak marahke kalau auntie tinggal dengan Afin ?"

"Tak ..Daddy cakap auntie nak jaga Afin . Auntie nak bacakan cerita masa Afin nak tidur. Nenek kat rumah tu tak pandai cerita. Kalau daddy balik lambat, Auntie boleh temankan Afin tidurkan ..?"

Ikmal hanya tersenyum mendengar perbualan antara aku dan anaknya. Aku lega sedikit kerana si kecil ini dapat menerima aku.

"Afin sayang auntie tak…"

"Sayang.. daddy cakap daddy pun sayang auntie. "

"Apa lagi daddy cakap…"

"Daddy cakap..nanti kalau auntie tinggal dengan Afin.., Afin tak boleh panggil auntie lagi, Afin kena panggil mummy.. Daddy juga cakap… Afin dah besar, Afin tak boleh tidur dengan daddy . Afin kena tidur dalam bilik Afin. "

"Afin tak takut tidur sorang… "

"Tak ..daddy cakap kalau nak jadi macam James Bond kena berani.. baru boleh jadi hero. Afin pun dah besar.. Afin tak takut lagi…"

Perbualanku dengan Afin berlanjutan untuk beberapa ketika sebelum aku mengambilnya untuk duduk di depan bersamaku setelah kulihat matanya sudah agak layu.

"Afin tidur atas mummy ye.." Tanpa sedar ucapan itu lahir dari mulutku…

Dia mengangguk dan merebahkah kepalanya kedalam pelukkanku. Ikmal terus memandu sesekali dia menjeling kepada Afin yang sudah lena dalam pelukkanku. Sudah hampir dua jam perjalanan kami melalui lebuhraya .

"Mak abang dah tahu ke Hana nak datang ?"

"Ya.. abang dah beritahu dia . Tak sabar-sabar dia nak jumpa bakal isteri abang. "

"Abang ada cerita pasal Hana pada mak abang tak….? "

"Hana tak percayakan abang ke .. kan abang dah cakap biarlah cerita tu menjadi rahsia antara kita. Hana jangan risau okey… Abang akan pastikan Hana tak keseorangan di sana nanti. I'll stand by your side. "

Hatiku berdebar-debar sepanjang perjalanan ini. Bermacam-macam perasaan yang hadir dalam fikiranku. Semakin dekat ke tempat yang di tuju semakin kuat jantung ku berdengup. Aku begitu asyik melayan perasaan hingga aku sendiri tidak sedar bila aku terlelap.. sedar-sedar Ikmal sudah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah banglo yang sederhana besar.

Hati ku jadi berdebar-debar semula bila mana terlihat beberapa buah kereta sudah memenuhi kawasan rumah itu seolah-olah ada majlis yang hendak di raikan. Aku menoleh ke arah Ikmal yang masih memandangku.

"Kita dah sampai… Hana tak nak keluar ke…?"

"Abang..,abang cakap cuma mak dan abah abang saja tinggal di sini. Tapi kenapa banyak sangat kereta. ?"

"Mak abang ada buat sedikit kenduri kesyukuran. Pertama sebab dah lama abang tak balik dan bila balik pula bawa bakal suri hidup . Kedua sebab adik abang yang ke dua tu baru nak dapat anak selepas kahwin lebih dari dua tahun dan sebab ke tiga , hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan mak dan ayah abang yang ke 34 tahun.."

"Hana segan la.. kenapa abang tak cakap awal-awal..?"

"Kalau abang cakap awal tentu Hana tak nak ikut abang ke sini kan ?. Sudahlah …kan abang cakap tadi jangan risau. Kalau Hana segan .. Hana duduk dekat-dekat dengan abang. Abang akan pastikan yang Hana selesa.?"

Ikmal keluar dari keretanya dan berjalan kearahku lalu membuka pintu. Dia tunduk dan mengambil Afin dari pangkuanku. Hembusan nafasnya hangat terasa di pipi . Aku keluar dan berdiri sebelah Ikmal yang masih menunggu .

"Hana.. abang lupa nak cakap sesuatu pada Hana tadi…"

Aku memandangnya minta penjelasan.

"Cakap apa…?"

"Hana nampak lebih cantik bila pakai baju kurung. Warna baju ni sesuai sekali dengan Hana . "

"Abang jangan lebih-lebih pula. Malu Hana nanti kalau ada orang dengar. "

Aku mengekori langkah Ikmal ke muka pintu. Debaran di dada semaking kencang. Ikmal memberi salam dan melangkah kedalam. Aku hanya mengekori perlahan di sebelah Ikmal. Salam Ikmal di sambut serentak oleh beberapa suara. Seorang wanita datang lalu memeluk Ikmal.

Ada air jernih yang jatuh dari kelopak matanya. Dia seakan tersedu di bahu Ikmal. Aku dapat mengagak yang wanita ini adalah emak Ikmal. Ikmal memberi isyarat supaya aku mendukung Afin. Lalu Afin ku ambil dari pelukan daddynya.

Ikmal mencium tangan wanita itu lalu memeluknya erat sekali. Lama sekali pelukkan mereka. Aku jadi hiba melihat keadaan mereka. Tahulah aku betapa rindunya si ibu kepada seorang anak yang telah lama tidak bersua. Seingatku Ikmal memberitahu kali terakhir dia menjengok maknya disini semasa Afin berusia tiga tahun.

Bermakna sudah hampir satu tahun lebih mereka tidak bertemu. Pelukan mereka terlerai jua bilamana ada beberapa ahli keluarga lain lagi yang datang mendekati. Seorang lepas seorang bersalam dan memeluk Ikmal. Aku terasa asing dengan keadaan ini kerana aku tidak punya ahli keluarga yang ramai.

Semua mata tiba-tiba menghala ke arahku bila Ikmal memperkenalkan aku kepada maknya. Kini Afin di tangan Ikmal semula dan aku pula mendapat pelukan emak Ikmal. Dia mencium kedua-dua belah pipi ku. Aku jadi kaku di perlakukan begitu.

"Hana cantik sekali.. pandai Ikmal cari. " Emak Ikmal bersuara meredakan situasi yang agak sedih tadi. Aku hanya mampu tersenyum. Terasa merah padam muka ku. Aku jadi malu pada yang lain. Tiba-tiba terdengar rengekkan kecil Afin. Mungkin dia tersedar dengan situasi yang agak bising ini. Ikmal bersuara memujuk.

"Hana…Hana duduk dulu ye. Abang nak tidurkan Afin di dalam bilik. "

Ikmal kemudian meninggalkan aku bersama ahli keluarganya yang lain. Mak Ikmal memegang dan menarik lembut tanganku menuju ke sofa. Yang lain masih mengekori.

"Hana… mari mak perkenalkan Hana pada yang lain-lain."
Perasaan ku tersentuh tiba-tiba bila mak Ikmal membahasakan dirinya mak kepada aku. Sudah lama benar aku tidak mendengar suara seorang ibu..

Satu persatu yang ada di situ diperkenalkan kepada ku. Semuanya baik sekali menerima kedatanganku. Salah jangkaan ku sebelum ini. Mereka melayan aku hingga aku mersasa begitu di hargai dan seolah-olah mereka menerima kehadiranku dalam keluarga mereka.

Kebanyakkan mereka adalah sepupu Ikmal . Aku cuba memberanikan diri bertanya yang mana satu adik Ikmal. Emak nya yang menjawap pertanyaanku dan menunjukkan dengan jarinya kearah seorang wanita yang baru menghampiri kami..
"Ini Sarah, adik Ikmal yang bongsu.. Mereka pun baru sampai dari Terengganu semalam. Orang dah ada suami. Kenalah ikut kemana suami di tugaskan. "

Sarah menghampiriku dan menghulurkan salam dan kemudian memeluk dan mencium kedua-dua pipiku seperti yang di lakukan emak nya tadi.

"Apa khabar kak…? Tanyanya lembut lalu duduk di sebelahku.

"Sarah ni baru saja setahun berkahwin. Belum ada rezeki lagi. Yang sorang lagi tu pun sama . Lebih dua tahun kahwin si isteri baru nak mengandung. Tak tahulah mak di mana silapnya.

"Adik Ikmal yang kedua belum sampai lagi. Mereka tinggal tak jauh dari sini. Tiap-tiap hari datang menjengok mak . Ajak tinggal sekali tak mahu. Nak hidup sendiri. Emak Ikmal seperti meluahkan perasaannya pada ku.

Sarah dan emak Ikmal menceritakan sedikit sebanyak tentang kisah hidup Ikmal sebelum dan selepas kematian isterinya dulu. Mazni, arwah isteri Ikmal dulu adalah pilihan keluarga. Menurut emak Ikmal, Ikmal memang tak suka berkawan dengan perempuan sehinggalah mereka mengatur pertemuannya dengan Mazni iaitu salah seorang dari anak kenalan abah Ikmal.

Tapi jodoh mereka tak panjang kerana Mazni terlibat dalam kemalangan dan koma selama sebulan sebelum meninggal dunia. Waktu tu Ikmal bagai orang mati akal. Namun mengenangkan si kecil Afin yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatiannya dia bangun semula untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Dan sebab itu jugalah dia bertukar kerja ke JB kerana tidak mahu kenangan bersama arwah isterinya terus membelengu dirinya.

Ikmal turun keruang tamu setelah menidurkan Afin. Namun belum sempat dia duduk, terdengar bunyi hon kereta di luar . Dia terus melangkah ke pintu utama setelah maknya memaklumkan yang mungkin itu adalah kereta adiknya yang ke dua.

Ketawa Ikmal didengar agak kuat menuju kearah kami semula. Mungkin menggambarkan kegembiraan bertemu dengan satu-satunya adik lelakinya. Mereka masih berpelukkan setika sampai ke ruang tamu. Ketawa mereka terhenti tiba-tba setelah ada suara menjerit kecil memanggil namaku. Spontan mataku merenung kearah suara yang memanggil itu.
"Diba….!" Hanya itu yang lahir dari bibirku.

"Diba….!" Hanya itu yang lahir dari bibirku.

Debaran di hati sepanjang perjalanan tadi terjawap kini. Takdir menemukan kami semula tetapi dalam keadaan yang berbeza. Aku terpaku tanpa kata. Hanya airmata menceritakan segala-galanya.

Diba memelukku seperti tidak mahu di lepaskan. Dia menangis semahu-mahunya di bahuku. Semua yang hadir jua terpaku seolah turut bersedih dengan keadaan kami. Hakim terpaku tidak bersuara. Hanya renungan matanya sahaja berkaca. Ada sesuatu yang tidak dapat ku tafsirkan dari renungan itu, antara duka dan gembira… antara rindu dan dendam atau antara benci dan sakit hati. Semuanya seperti bersatu.

Ikmal menghampiriku . Aku pasti yang seribu satu persolan timbul di fikirannya kini. Sandiwara apakah yang terjadi antara kami. Emak Ikmal akhirnya yang meleraikan pelukkan Diba sambil menyuruh Diba bertenang.

"Diba, … apahal ni. Jangan terlalu ikutkan hati. Tak baik untuk kandungan tu. Bawa mengucap banyak-banyak ye nak. "

Lembut sekali pujukan ibu tua ini kepada Diba.

Aku jadi bersalah dengan keadaan ini. Aku tak sepatutnya datang kemari. Aku tidak patut menjadi punca majlis istimewa ini bertukar warna. Ujian apakah yang Tuhan utuskan padaku kali ini? Aku pasrah.

Ikmal memelukku dari tepi. Dia mengeluarkankan sapu tangan lalu mengesat air mataku. Aku hanya merebahkan kepalaku kedadanya cuba mengumpul kekuatan. Hakim yang sedari tadi tidak bersuara, bangun tiba-tiba. Mungkin ada sesuatu hadir dalam benaknya melihatkan keadaan aku dan Ikmal.

Betapa kecilnya dunia ini kurasakan. Mahu saja aku mengangkat kaki dan meninggalkan banglo ini. Tapi aku tidak mahu keadaan yang kusut jadi bertambah kusut. Dengan sentuhan dan usapan Ikmal di kepalaku aku akhirnya mendapat kekuatan untuk bersuara.

"Sebenarnya Diba adalah teman paling rapat Hana sewaktu kami study di US dulu. Hampir lima tahun kami tinggal serumah . Kami dah macam saudara. Tapi keadaan dah masa telah memisahkan kami. Hana harap dengan penjelasan ini sudah terjawap kenapa keadaan sebentar tadi terjadi. Sebenarnya kami terlalu merindui antarasatu sama lain. "

Keadaan yang agak sunyi tadi kini kembali bising. Masing-masing mungkin membuat andaian sendiri dengan penjelasan ku. Tapi yang pasti tak siapa tahu bukan itu adalah sebab utamanya. Hanya kami yang tahu dan hanya kami yang merasai deritanya. Aku benar-benar tersepit di antara dua persimpangan sekarang.

Diba sudah berhenti menangis, tetapi sekali sekala kesan esakan masih terdengar perlahan. Hakim masih diam memerhati. Sepatutnya dia yang memeluk Diba memberi kekuatan bukannya sekadar menjadi pemerhati…. Aku tiba-tiba jadi tidak tentu arah. Satu persatu kejadian yang tidak di duga muncul dalam hidupku.

Dua tahun aku cuba untuk melupakan wajah itu. Dua tahun juga aku cuba semadikan kisah cinta kami…Tapi kemunculannya yang tiba-tiba hari ini seolah-olah akan hadir satu lagi kisah duka antara kami.

1 comment: