Tuesday, August 10, 2010

Cinta Semusim - 9

Hakim cuba mencari ruang untuk mendekatiku. Tapi aku seboleh mungkin cuba menghindarinya. Sepanjang hari itu aku sibukkan diriku di dapur dengan Sarah dan emak mereka. Sekali sekala aku melayan keletah Afin yang semakin mesra denganku. Seperti tadi, Hakim hanya mencuri pandang dari jauh.

Namun dalam kesibukkan itu aku dapat rasakan yang emak Ikmal sesekali mencuri pandang padaku. Bila mata kami bertentang… dia hanya tersenyum. Tapi senyumannya tidak semesra pagi tadi sewaktu pertama kali bersua….

Setelah seorang demi seorang tetamu meninggalkan banglo itu. Aku menjadi semakin takut. Aku bagai hilang rentak. Ingin saja aku mengajak Ikmal pulang.. tetapi alasan apakah yang harus ku berikan.

Aku mencari-cari Afin dan Ikmal. Aku tidak mahu di biarkan sendirian kerana aku masih belum cukup bersedia untuk bertentang mata dengan Hakim.

Aku masuk kebilik yang di sediakan untukku setelah ku lihat yang Ikmal sedang melayan kerenah Afin di kolam mandi. Hakim, Sarah dan Zul, suami sarah pun ada di situ. Tetapi Diba tidak kelihatan bersama mereka.

Aku mengunci pintu bilik dan merebahkan diri ku di atas katil. Kenangan demi kenangan antara Diba, aku dan Hakim hadir dalam fikiran. Kenapa ini harus terjadi. Kenapa aku harus bertemu dengan mereka buat kali kedua. Kenapa nasibku sebegini rupa ?. Adakah ini adalah pembalasan dari Nya atas dosa yang pernah ku lakukan. ?

Satu persatu kenangan antara aku dan Hakim tersingkap semula. Kedatangan Hakim secara mengejut kerumah sewa kami setelah hampir tiga bulan pulang ke Malaysia benar-banar mengejutkanku. Diba juga tidak tahu tentang kedatangannya kali ini.

Tapi kedatangannya kali ini agak berlainan. Dia tidak lagi mencuri-curi pandang padaku seperti dulu. Sikapnya juga agak berubah. Dia juga tidak lagi cuba mendekatiku bila Diba tiada. Tapi kebaikan dan kemesraannya tetap sama.

Kini dia tidak lagi menumpang di rumah sewaan kami, sebaliknya tinggal di hotel yang di sediakan oleh syarikatnya. Cuma sesekali dia akan singgah di rumah kami, itupun bila Diba ada.

Dalam situasi ini aku yang jadi keliru. Aku sepatutnya bersyukur yang masalah mungkin tidak akan timbul lagi antara kami. Tapi jauh di sudut hatiku, aku sebenarnya mengharapkan lebih dari itu. Namun bila mengingati akan perubahan pada dirinya , aku tidak mahu menjadi umpama pungguk yang rindukan bulan. Aku tidak mahu terus mengharapkan pada sesuatu yang sudah ku tahu bukannya milikku.

Pada satu petang selepas habis kuliah, aku bersetuju untuk mengikut study groupku yang lain kononnya untuk mereleasekan tension. Kami ke restoran fast food untuk makan-makan. Memandangkan antara mereka aku lebih rapat dengan Kelvin, maka aku lebih banyak bercakap dengan dia berbanding dengan yang lain. Sebenarnya secara teorinya otak aku sama dengan otak Kelvin. Dia boleh menerima cara ku tanpa perlu bertelagah .

Kami duduk agak rapat kerana semuanya hendak duduk di satu meja. Kelvin mengangkat tangannya dan melengkari bahuku sewaktu Azman hendak mengambil gambar dengan alasan untuk di jadikan kenangan kerana semester kami akan berakhir tak lama lagi Dan itu bermakna kami akan meninggalkan alam kampus ini dan pulang ke tanahair.

Tanpa ku duga rupa-rupanya Hakim dan Diba pun ada di situ. Aku hanya menyedarinya bila Diba menghampiri kami selepas kami selesai makan. Diba tersenyum dan bertanya sama ada aku akan balik dengan Kelvin atau nak balik dengannya dan Hakim.

Diba berlalu bersama Hakim setelah ku katakan yang Kelvin akan menghantar ku pulang. Dari sorotan mata Hakim aku dapat rasakan yang dia seolah-olah cemburu bila melihat kemesraan antara aku dan Kelvin. Sementelah pula tangan Kelvin masih melengkari bahuku. Tapi perasaan itu ku buang jauh kerana tak mungkin dia akan cemburu denganku kerana antara kami sememangnya tidak pernah ada sebarang ikatan.

Kata hatiku benar rupanya. Hakim sudah tidak lagi menghubungiku walau aku tahu dia masih ada urusan di sini. Hanya sekeping kad "Good Luck" yang aku terima sehari sebelum minggu peperiksaan bermula. Di sebabkan kesibukkan itulah akupun kurang memikirkan akan dirinya.

Namun tanpa di duga sehari selepas berakhirnya peperiksaan . Dia muncul di depan pintu rumah sewaan kami. Aku agak kehairanan kerana menurut Diba dia akan bertemu dan makan malam bersama keluarga Hakim yang kebetulan datang bercuti di sini. Tapi kenapa Hakim
datang kemari ?

"Diba dah lama keluar…"

Kataku memulakan bicara kerana Hakim masih tercegat di muka pintu tidak bersuara.

"I datang nak jumpa you bukan Diba. I tahu dia dah sampai ke sana dan sedang berada dengan famili I. "

Kata-katanya itu membuatkan aku agak terkejut. Aku tidak mengajaknya masuk sebaliknya aku yang keluar. Aku berpura-pura memandang bintang-bintang yang berkelipan di langit untuk menutup getaran di dada.

"Hana…" Panggilnya lembut sekali. Aku masih tidak memandang ke arahnya.

"Hana… I missed you.." Ulangnya sambil cuba mendekati ku.

"Hakim you tak sepatutnya berada sini sekarang. Famili you mungkin menunggu you di sana."

"No. They won't. I dah beritahu abang I yang I ada urusan penting perlu di selesaikan malam ini juga. "

"Apa yang you harapkan dari I lagi Hakim. You buatkan macam I tak pernah wujudpun dalam hidup you. "

"You silap Hana. I buat begitu kerana I tak mahu you dan Diba terluka. I tak mahu mengganggu exam you all. You sendiri pernah katakan pada I dulukan , jika apa-apa terjadi pada you dan Diba especially this is your final year, yang you tak akan maafkan I sampai bila-bila right… "

"You silap Hana. I buat begitu kerana I tak mahu you dan Diba terluka. I tak mahu mengganggu exam you all. You sendiri pernah katakan pada I dulukan , jika apa-apa terjadi pada you dan Diba especially this is your final year, yang you tak akan maafkan I sampai bila-bila right… "

Keadaan diam seketika sebelum dia menyambung.

"I sendiri menanggung kerinduan yang teramat sangat pada you tapi I pujuk diri I agar I tak akan menggangu you sehingga you habis exam. So here I am toningt. I dah tak boleh sabar lagi untuk mendengar suara you dan untuk melihat wajah you dari dekat. "

Dia terus merapatiku dan memegang kedua-dua belah pipiku. Aku terkesima dengan tindakannya . Tangannya ku tolak perlahan.

"No. This is not right. I tak pernah mengharapkan you. Jauh sekali untuk merindui you. You adalah milik Diba…"

"I tak kisah apa yang you nak cakap. Yang I tahu I cuma mencintai you dan bukannya Diba. I juga tahu yang you ada menyimpan hati pada I , tetapi you tak tergamak untuk mengakuinya kerana nak jaga hati Diba bukan…?"

Dia terus menarik dan memelukku. Bibirnya hangat sekali menyentuh pipiku. Aku menolak tubuh Hakim sekuatnya.

"You tak ada hak untuk buat I begini. "

"Then apa hak yang you beri pada Kelvin dulu ? Apa hak dia untuk meletakkan tangan di atas bahu you. ? " Tanyanya dengan nada marah.

Rupanya dia masih mengingati pertemuan kami di restoran fast food tempoh hari.

"Kelvin juga seperti you . Hanya kawan…"

"Berapa ramai lagi kawan you yang you biarkan untuk memeluk you atau mungkin ada yang lebih dari itu ?"

"Hakim.. you dah melampau. You cakap ikut sedap mulut saja. You ingat I apa..? Sebelum darah I terus naik… lebih baik you balik…"

"I tak akan balik Hana… I tak akan balik selagi I tak dengar dari mulut you yang you juga mencintai I. "

"You dah gila ke Hakim…?"

"Ya memang I dah gila… I dah lama gila kerana you yang buatkan I gila…So.. kalau you nak I balik cepat.. You mesti berterus terang pada I. !"

"Okey…apa yang you nak tahu…we settle it now. Once and for all.."

"Do you love me…?

Aku diam seketika. Aku tidak sesekali akan merampas Hakim dari Diba walau sekuat mana sekalipun rasa cintaku pada dia.

"No…I cuma suka you sebagai kawan. Nothing more that that.."

"Hana.. tell me the truth.. you jangan buat I marah !"

"Hakim.. I yang sepatutnya marah.. bukannya you. You datang mengganggu I malam-malam begini. You yang datang dengan soalan -soalan gila you ni. Kenapa pula you yang mesti rasa marah ?"

"Hana… apa yang budak pan-asian tu ada yang I tak ada? You tak boleh mempermainkan perasaan I begini. "

"Kelvin tak ada kena mengena dalam perkara ni. "

"Kalau bukan kerana dia… kenapa you tak boleh menerima I? Sudah lama I bersabar dengan you Hana. "

"Sudah la Hakim… I tak mahu bergaduh dengan you lagi. Kalau Diba tahu kan ke tak elok. Lagi pun you berdua akan berkahwin tak lama lagi. I tak mahu merosakkan impian Diba…"

"Diba.., Diba…, Diba…. Habis impian dan perasaan I ni macam mana.? Kenapa la you tak boleh faham Hana… susah sangat ke you nak terima I ?"

"Bukannya I tak boleh faham… tetapi you sebenarnyayang tak boleh menerima hakikat. Tolonglah Hakim..Lebih baik you balik. I dah tak ada nak cakap apa-apa lagi dengan you. Kalaupun I nak mencari teman hidup…, you bukanlah pilihan I . And one more thing.. sebelum I lupa…biarlah I jadi orang pertama yang mengucapkan selamat pengantin baru untuk you dan Diba. Moga berbahagia hendaknya…"

Hakim betul-betul marah dengan ucapan yang ku berikan untuknya. Dia lantas menarik tangan ku ke dalam rumah dan menutup pintu dengan kuat sekali. Kemuncak kemarahan Hakim tak dapat di kawal lagi. Dia sudah hilang pertimbangan . Aku tidak berdaya untuk menolak tubuhnya yang sasa itu. Segala-galanya berlaku begitu pantas dan detik itulah Hakim telah merampas segala-galanya dari hidupku.

Aku hanya mampu menangis saat itu. Dia terus memeluk dan memujukku lembut. Aku menangis semahu-mahunya dalam pelukkan Hakim..

"Maafkan I Hana. I dah hilang kawalan diri. I terlalu menyayangi you dan I terlalu mencintai you . I really missed you Hana. I tak boleh terima kalau you jatuh ke tangan orang lain. I akan jadikan you sebagai isteri I yang sah. Kalau you mahu kita boleh nikah di sini juga. "

Dalam sendu tangisan aku menyatakan juga isi hatiku yang sebenar.

"Hakim… kenapa you sanggup buat I begini. I seboleh mungkin tak mahu mengecewakan you mahupun Diba. Memang I menyintai you… tapi semua itu I terpaksa pendamkan saja kerana I tak mahu kita bermain dengan perasaan yang tak mungkin jadi nyata. Tapi I tak sangka pengorbanan I begini jadinya. You tak mahu faham langsung perasaan I. You hanya pentingkan diri you sendiri. I malu pada Diba Hakim.. I malu pada diri I sendiri. Kalau you betul-betul sayangkan I, takan you sanggup buat I begini….."

Aku menangis dan menangis lagi di pangkuan Hakim… Apa yang harus aku lakukan kini…..

Aku menangis dan menangis lagi di pangkuan Hakim… Apa yang harus aku lakukan kini…..

Ingatan ku terganggu dengan bunyi ketukkan di pintu. Sambil mengesat airmata yang menuruni pipi, aku pantas menuju ke pintu dan membukanya. Emak Ikmal yang juga emak kepada Hakim dan Sarah tersenyum memandangku..

"Boleh mak masuk…" Tanya ibu tua itu perlahan.

"Masuklah mak… kenapa tidak. Ini kan rumah mak, takan nak minta izin Hana pula. "

Daun pintu ku buka luas untuk membenarkannya masuk.. Dalam hati tertanya-tanya , apakah hajat yang tersirat di hati ibu tua ini. Dia masuk dan terus duduk di sofa kecil yang ada dalam bilik itu. Aku menurutinya sambil duduk di birai katil berhadapan dengannya.

"Boleh mak cakap sikit dengan Hana…" Kata-kata nya itu sudah menyebabkan jantungku berdengup kencang. Aku hanya mengangguk perlahan. Mata terus memandang ke arah ibu tua itu.

"Kalau Hana kenal Diba lebih dari lima tahun…bermaksud Hana juga kenal Ham kan ?"

"Ham… !" Hati ku berdetik seketika. Walaupun aku kurang mengerti dengan soalan itu tetapi nama itu pernah lahir dari mulut Hakim, lelaki yang pernah hadir dalam hidupku.

"Siapa Ham..?" Ku ulang nama itu padanya.

"Idham Hakimi, adik Ikmal dan suami kepada Diba…"

Aku tersentak… Adakah dia tahu sejarah hitam dalam hidupku…Malunya aku pada ibu tua ini . apakah pandangannya pada ku nanti. Patutlah Hakim beriya-iya bertanya siapa Ham pada ku dulu…

"Hana kenal dia kan…?" Dia mengulangi soalan itu…

Antara mahu dengan tidak.. aku terpaksa menganggukkan kepala. Terasa mataku panas. Aku cuba menahan airmata yang kembali bergenang di kelopak mata.

"Maafkan mak kalau mak menyebabkan Hana tidak selesa. Tapi hati mak yang dah tua ini tahu.. antara kamu bertiga terlalu banyak rahsia yang tersimpan. Mak belum tanya Diba kerana mak rasa lebih baik mak cakap dengan Hana dulu. Sebab pada pandangan mak Diba tidak setabah Hana. Lagipun dalam keadaan dia sekarang.. mak tak mahu dia bersedih. Takut memudaratkan kandungannya pula. Mak harap Hana faham ye.

Sekali lagi aku hanya mampu menggukkan kepala saja dengan kata-kata ibu tua ini.

"Sebenarnya…. Ham pernah menceritakan pada mak tentang Hana. Dia pernah minta mak memutuskan pertunangannya dengan Diba kerana dia betul-betul menyintai Hana. Dia tak boleh meneruskan perkahwinannya dengan Diba kerana dia tak pernah menyintai Diba. Tapi mak dan abah membantah keras kerana kami tidak tahu dan tidak kenal siapa Hana. Mak tak tahu, rupa-rupanya keputusan mak itu telah meluka dan mengecewakan banyak hati…"

Dia berhenti seketika sambil mengesat airmata dari pipinya sebelum menyambung kata-katanya.

"Tapi Idham anak yang baik. Dia tidak membantah bila mak dan abah tetap meneruskan perkahwinan mereka walaupun hatinya tidak suka. Tapi mak menyesal…., mak menyesal kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Walaupun mereka berpura-pura di hadapan mak dan yang lain-lain tapi mak tahu Ham dan Diba tidak gembira dengan perkahwinan mereka. Siang dan malam mak berdoa agar suatu hari nanti Ham boleh menyayangi Diba dan menerima pilihan mak ini. Dan seperti Hana tahu ..majlis hari ini pun adalah tanda kesyukuran yang mana akhirnya Diba mengandung juga. Mak agak tentu mereka dah bahagia.. tapi bila mak tengok tingkah laku dan pandangan mata Ham pada Hana tadi …mak tahu yang dia tak dapat melupakan Hana. Mak tahu Ham terlalu kecewa.

"Mak tak tahu , dalam hal ni siapa yang patut di persalahkan. Tapi mak nak tanya Hana dan mak minta Hana beri jawapan yang paling ikhlas dari hati Hana… Adakah Hana menerima Ikmal untuk menyakiti hati dan membalas dendam kepada Ham dan adakah Hana tahu yang Ikmal adalah abang kepada Idham…?"

Ibu tua itu masih memandangku meminta penjelasan dengan soalan yang di utarakannya.

"Maafkan Hana mak.. Haya tidak pernah menduga keadaan akan menjadi begini Hana tidak pernah berhasrat untuk memburukkan keadaan dalam kemelut percintaan kami. Tapi percayalah… Hana tidak tahu bahawasanya Ikmal Hafizi yang Hana kenal sekarang adalah abang kepada Idham Hakimi.

Hana tidak tahu mak,…memang Hana tidak tahu dan jauh sekali seperti andaian mak yang Hana hendak membalas dendam kepada Idham. Hana sendiri belum cukup bersedia untuk menghadapi suasana tegang begini tetapi Hana akan lebih tertekan jika mak berkata begitu.

Kalau Hana tahu… Hana tidak akan sesekali datang ke sini. Hana yang menghilangkan diri dari Ham dulu kerana Hana tidak mahu Diba kecewa .Hana terlalu sayangkan Diba dan Hana tak akan sesekali tergamak untuk mencuri kebahagiaan yang dia miliki kini. "

"Maafkan mak Hana. Mak terlalu sayangkan anak-anak mak dan mak sayangkan keluarga ini. Mak tak mahu andai ada di antara Idham mahupun Ikmal yang terluka. Begitu juga antara Hana dan Diba.

Mak adalah orang yang paling bahagia bila Ikmal memberitahu yang dia sudah menemui pengganti untuk menjadi ibu kepada Afin dan mak juga teramat bersyukur bila dapat tahu yang Diba sudah hamil sesudah dua tahun lebih mereka berkahwin. Tapi mak takut sekarang. Mak takut kebahagiaan dan kegembiraan ini takan kekal lama. "

Aku sudah tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya airmata menjadi teman setia. Ibu tua itu akhirnya bangun dan duduk di sebelahku. Dia memeluk dan mengusap mesra rambut ku. Perlahan dia bersuara semula.

"Ikmal tahu tak tentang cerita Idham dan Hana dulu…? "

Aku mengesat air mata yang berjujuran dengan lengan baju sebelum mengumpul kekuatan untuk meneruskan "perbicaraan" dalam mahkamah yang tertutup ini.

"Saya dah ceritakan segala-galanya tentang kisah silam saya pada abang Ikmal tapi saya mahupun dia tidak tahu lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya dulu adalah adiknya sendiri"

Dalam sedu yang masih bersisa aku gagahkan juga untuk menuturkan ayat-ayat itu satu persatu. Ibu tua itu hanya menganggukkan kepalanya .

"Sekarang Hana rasa.. perlu tak Ikmal tahu keadaan yang sebenar ?"

Usulnya kali ini benar-benar membingungkan aku. Jika Ikmal tahu bermakna dia akan berhadapan dengan Hakim.. Aku tak dapat bayangkan apakah yang akan terjadi nanti…

"Terpulanglah pada mak… Hana ikut saja…" Aku bersuara juga walaupun berat hatiku untuk membuat keputusan itu.

"Tidak…. Dalam hal ni mak serahkan segala-galanya pada Hana. Buatlah mana yang Hana fikirkan baik. Yang penting jangan sampai ada yang terluka lagi. Maafkan mak ye kerana membuatkan Hana menangis begini. Mak tak sepatutnya bercakap hal ini dengan Hana sekarang kerana Hana adalah tetamu istimewa di rumah mak hari ni. Tapi bila mak tengok cara Ham pandang Hana tadi mak takut ada sesuatu yang tidak elok akan terjadi. Sebab tu mak buat keputusan begini. Maafkan mak sekali lagi ye Hana. "

Dia bangun sambil mengesat-ngesat airmatanya. Dia memeluk dan mencium kedua-dua belah pipiku sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

1 comment:

  1. cite ni mcm go around the circle
    no where
    coz dh bce part ni brulang kali..
    previous episode pun dh ada scene ni

    ReplyDelete