Thursday, August 12, 2010

Cinta Marissa - 3

Oh... I knew it. I knew it. Penipu betul si Ish ni! Dia tak ada buat temuduga tu, kan?" tanya Espariza. Marissa yang masih tidak tahu hujung pangkal cerita yang sebenarnya, tidak dapat memberikan sebarang jawapan. "Tak apalah. Kita masuk dulu. Kat dalam boleh cerita." Sepuluh minit kemudian, barulah segala-galanya jelas pada Marissa. Ishqal adalah pemuda bertopi yang membantu menjaga Espariza Florist semalam. Menurut Espariza, Ishqal kononnya telah berjanji hendak memberikan jawatan kosong itu kepada Marissa. Cerita tentang Marissa pandai buat gubahan bunga, ada lesen motor semua tu hanya rekaannya semata-mata. Pada Espariza yang memang sudah lama mengenali Ishqal, apa yang dilakukan Ishqal itu tidak lebih daripada satu gurauan sahaja. Pada Marissa pula, memang dia langsung tak faham, kenapa pemuda yang tidak dikenalinya itu boleh buat cerita yang bukan-bukan seperti itu. Mujurlah Espariza meminta perjelasan daripadanya terlebih dahulu. "Saya nak tengok sijil SPM ni bukannya apa. Saya tak nak terambil budak di bawah umur bekerja. Tak nak ada lagi yang berbohong lagi macam sebelum ini. Kerja yang ditawarkan ini pun bukannya memerlukan tahap pendidikan yang tinggi. Hmmm.. ni maaf, saya nak bertanya sikit." Espariza memerhati dengan teliti keputusan SPM Marissa. "Keputusan akak ni agak baik. Kenapa tak sambung belajar lagi?" tanya Espariza hairan. "Saya tak mampu. Lagipun saya ingin bekerja dulu. Nak bantu keluarga." "Tapi... setakat pembantu kedai bunga... gajinya tak sebesar mana. Kalau saya bagi RM350, akak mahu?" "Itupun dah cukup buat saya." "Usia akak sekarang 21 tahun... Eh, kita sebayalah! Maaflah. Saya ingatkan pangkat akak tadi." Ah, sebaya? Muda macam ni sebaya dengan aku. Marissa pun terkejut. "Kalau nak ikutkan kelayakan Marissa, tugas ni memang tak sesuai untuk Marissa. Kalau boleh, saya memang nak orang yang boleh bekerja dengan serta merta. Lebih baik lagi boleh bekerja lama di sini. Hemm... kerja sebagai pembantu kedai ni memang tak ada prospek." "Itu semua memang saya dah fikirkan. Tapi sekarang ni saya memerlukan pekerjaan. Saya tak kisah berapa akak nak bagi. Saya terima aje." Nampaknya, gadis ini memang terdesak betul nak kerja. Tapi boleh percaya ke? Jawapannya kadang-kadang meyakinkan. Kadang-kadang tidak. Sedang Espariza terfikir-fikir, pintu kedai dibuka. Masuk dua orang gadis bertanyakan tuan punya kedai. Seperti Marissa, mereka juga datang untuk bertanyakan kerja kosong. Espariza meminta Marissa meninggalkan alamat untuk berhubung atau nombor telefonnya jika ada. Selepas bersalaman, Marissa terus melangkah keluar. Marissa tidak terus menuju ke pondok perhentian bas. Biarlah kali ini, dia mengikut gerak langkah kakinya ke mana sahaja. Hanya selang tiga buah kedai dari Espariza Florist, Marissa terpandang sebuah kedai buku. Terdetik di hati Marissa untuk singgah sekejap di kedai buku itu. Seperti biasa, apabila memasuki kedai buku, Marissa pasti akan meninjau buku-buku yang terdapat di bahagian novel fiksyen. Lepas satu, satu novel diambil, diselak beberapa helaian muka hadapan sebelum membaca sinopsis yang terdapat di kulit belakang. Hampir sejam berlalu. Barulah Marissa membuat pilihan. "Eh, kak! Apa kakak buat kat sini? Akak kan patut kerja di Espariza Florist tu?" tegur satu suara. Marissa meletakkan novel-novel yang telah dipilihnya itu di atas kaunter bayaran. Lelaki itu tersengih memandangnya. Sambil memeluk tubuhnya, Marissa membalas sengihan itu dengan satu renungan tajam!
“Kenapa akak pandang saya macam itu? Hisy... macam nak telan orang aje?” Ada yang tak kena pada diri saya ini?” Pemuda itu kelihatan menggelabah dengan renungan Marissa itu.

“Apa yang awak cakap dengan tauke kedai bunga tu semalam?” soal Marissa.

“Cakap? Cakap apa?” Pemuda yang masih memakai topinya terbalik ke belakang, tersengih-sengih bertanya kembali.

Ah, berpura-pura pulak budak ni. Nak kena penampar dengan aku! Perasaan Marissa berbuku. “Lain kali, jangan suka masuk campur urusan orang lain!” Sekadar itu sahaja amaran daripada Marissa.Tak kuasa dia nak cakap panjang-panjang.

Marissa mencapai kembali dua buah novel yang telah dipilihnya tadi dan bersedia untuk membuat bayaran. Namun, kaunter bayaran masih tiada sesiapa. Marissa bertambah bengang dan geram. Pemuda tadi menuju ke kaunter. Dia menekan satu butang pada mesin pengira wang sebelum mengambil novel-novel di tangan Marissa. Tapi tak sempat. Marissa enggan menyerahkannya.


“Akak nak beli ke tak nak buku tu?” soalnya hairan.

“Mana cashier kedai ni?” tanya Marissa garang.Wajahnya bertambah merah.

“Mana cashier? Yang diri kat depan akak ni apa? Sayalah cashiernya.”

Marissa tak percaya. Ditinjaunya ke sekeliling kedai. Melainkan lelaki berjaket yang masih ada di kedai itu, tiada orang lain pun yang kelihatan.

“Excuse me, cashier, where’s the cashier? Kalau tak nak duit, saya jalan. Ada dua buku ni!” laung Marissa tiba-tiba.

“Aik! Kenapa pulak dengan akak ni? Kan saya kata saya cashier di sini. Yang akak terjerit-jerit ni kenapa?”

Kata-kata pemuda itu langsung tidak dihiraukan Marissa. Sebaliknya, sekali lagi Marissa melaung. Kali ini lebih kuat dari tadi. “Hoi cashier... nak duit tak? Kalau tak nak saya jalan!”

Tiba-tiba muncul seorang lelaki dari arah bahagian belakang kedai. Hah! Itupun cashiernya, fikir Marissa. “Encik... saya nak buat bayaran ni,” laung Marissa lagi. Lebih daripada cukup untuk didengari oleh lelaki itu.

“Ishqal!” Lelaki itu melaung kembali sambil bercekak pinggang.

“Yalah bang. Ish nak ambil bayaran, dia yang tak nak. Ish memang ada kat sini. Ish tak melilau ke mana.”

“Okay, sir. Don’t waste my time! Either you want to receive the payment or you want me to walk out FOC.” Marissa masih tidak mempedulikan apa yang didengarnya dari perbualan lelaki-lelaki itu. Yang dia tahu, bayaran yang hendak dibuatnya itu bukan diberikan kepada budak lelaki di hadapannya. Biar budak ini tahu, siapa aku. Nak main-mainkan aku pulak.

“Huh, ada adik pun tak boleh diharap. Ada pelanggan banyak kerenah!” rungut lelaki itu sambil berjalan menghala ke kaunter. Mujurlah Marissa tak mendengarnya. Lelaki yang berjaket tadi hanya tersenyum mendengar rungutan itu.

“Hey, you! Apa senyum-senyum? Apa geleng-geleng? Mind your own business!” Marissa menegur lelaki berjaket dengan selamba. Rupa-rupanya Marissa perasan, lelaki itu seolah-olah tersenyum memperlinya.

Lelaki berjaket itu, terpanggil dengan teguran Marissa membalas. “Who? Me?”

“Yes, you!”

“Okay, lady. I’m here, the cashier, to accept your payment.” Lelaki yang baru muncul tadi mencelah.

“Lain kali, kalau nak jual buku, buat cara nak jual. Curi dek orang kang, baru tau.”

Lelaki yang bertopi itu tidak membalas kata-kata Marissa. Harga buku dikira. Dia menerima wang daripada Marissa dan mengembalikan wang baki. Setelah Marissa keluar, barulah masing-masing bersuara.

“Kalau ada sepuluh orang pelanggan macam tu, lebih baik kau tutup kedai Iqbal. Buat sakit jiwa aje,” kata Adlan.

“Apa yang nak sakit jiwanya. Janji... business jalan seperti biasa. Lepas bayar, blah. Asal tak buat kacau, campak-campak buku... buat kecah... ha itu lainlah.”

“Selalu ke dapat pelanggan macam tu?” tanya Adlan lagi.

“Mana ada bang. Inilah yang pertama. Semalam, akak ni jugak yang buat hal kat kedai Espariza.” Ishqal mencelah.

Kata-kata Ishqal membuatkan Iqbal terfikir sesuatu. Iqbal mencungkil. “Buat hal kat kedai Espariza?”

“Ah, bang. Semalam semasa Ish tolong jaga kedai Espariza, dia ada datang...”



“Ish dah jumpa budak perempuan tadi di kedai Espariza?”

“Ya, bang. Dia datang mintak kerja dan beli bunga.Tapi...”

“Apa Ish buat?” tanya Iqbal tiba-tiba. Iqbal bukan tak tahu perangai adiknya itu. Ada sesuatu yang pelik tadi. Ini tentu sedikit sebanyak ada kena mengena dengan adiknya. Iqbal mula memasang andaian.

“Buat apa bang? Ish tak buat apa-apa pun bang. Abang dengarlah dulu cerita Ish ni.”

“Hah... jangan-jangan Ish pergi cubit punggung budak perempuan tadi tak? Itu sebab dia tak nak bayar kat Ish tadi.” Adlan pula menduga.

“Mana ada! Tak baik abang tuduh Ish macam tu.”

Adlan dan Iqbal memandang tepat-tepat ke muka Ishqal menyebabkan Ishqal tak tentu arah dibuatnya.

“Sudahlah. Cerita pun tak guna.” Seolah-olah merajuk, Ishqal terus menghilangkan diri ke belakang.

“Ish, jangan cari alasan sengaja nak ke belakang. Kaunter ni kena jaga!” Iqbal mengingatkan adiknya.

KETIKA sampai di rumah sewanya, Marissa terkejut sebaik sahaja terpandangkan sebuah kereta BMW berwarna perak tersadai di situ.

“Alamak! Apa Kak Linda buat kat sini? Kan Riss kata, kalau ada apa-apa, telefon aje. Kak Linda tak payah susah-susah datang dari jauh begini,” kata Marissa sambil memeluk kakaknya Melinda.

“Habis, telefon asyik tak berjawab. Bila akak telefon restoran, mereka cakap, Riss dah berhenti. Tanya lebih sikit, mereka marah-marah pulak!”



“Tak guna punya Oon!”

“Hei, apa ni marah-marah orang! Riss pun nak jadi sama macam mereka?”

“Taklah Tapi kalau orang dah main kasar, akak patut balas balik.”

“Riss ni masih tak berubah-ubah perangai tu. Mana Riss tahu siapa yang marah akak? Entah siapa yang jawab tadi.”

“Lelaki?”

“Yalah... suara lelaki.”

“Kalau suara lelaki tu, memang tak ada orang lain lagilah.Tentu Mr. Oon!” “Hah sudah! Kak Linda datang bukan nak dengar ni semua. Ni hah! Adik akak yang seorang ni... apa dah jadi? Sampai bila nak macam ni?”

“Sampai bila nak macam ni? Apa maksud Kak Linda?”

“Riss... sampai bila nak lompat dari satu kerja ke satu kerja lain? Kak Linda syarikat kita.Tapi lebih baik, sambung semula pengajian Riss tu. Sayang Riss, tinggal lagi setahun aje,” pujuk Melinda.

“Kan Riss dah kata, Riss ingin berdikari. Riss nak rasa macam mana susah senangnya hidup sendiri.”

“Riss jangan tipulah. Kak Linda tahu Riss nak lari dari bayangan Rahimi dan ayah. Tapi dah setahun Riss. Jangan sia-siakan hidup Riss atas sebab-sebab yang tak sepatutnya.”

“Alah akak ni. Berapa kali Riss dah cakap, Riss ingin belajar berdikari bukannya melarikan diri. Riss senang hidup macam ni.” Marissa berbohong.

“Sudahlah Riss. Bukan akak tak kenal dengan Riss ni. Marilah ikut akak balik.”

“Maaflah, akak baliklah. Kalau akak ingin Riss happy, tinggalkan Riss di sini. Jangan kacau Riss. Sebab itulah Riss tak suka beritahu akak alamat tempat tinggal Riss ni. Riss dapat agak, akak mesti ajak balik. Kan akak dah janji dulu. Lain kali Riss tak nak kongsi apa-apa dengan akak lagilah.”

Melinda mengeluh panjang. “Baiklah. Terserah kepada Riss. Tapi kalau Kak Marina balik nanti, akak tak tahu. Akak tak masuk campur.”

“Apa kak? Kak Marina nak balik? Bila?”



“Tak tahu bila. Cuma Kak Marina kata, dia akan balik tak lama lagi. Kak Marina memang risau pasal Riss. Pandai-pandailah nanti. Riss tahu kan, fiil Kak Marina?” Melinda mengingatkan dalam amaran.

“Alah... Riss tak takut. Tahulah apa Riss nak jawab nanti.” Marissa berbohong lagi. Sedikit sebanyak hatinya diguris bimbang. Apapun, perasaannya itu disembunyikan daripada pandangan Melinda. “Baik akak balik sekarang. Lain kali, kalau ada apa-apa, telefon aje. Tak payah susah-susah nak datang. Duit tolnya aje sudah berapa? Tak masuk lagi duit minyak!”

“Siapa kata akak nak balik? Akak nak tidur di sini.”

“Hah? Nak tidur sini? Tak boleh kak! Tak boleh... nanti....”

“Nanti Diba tahu?” Melinda memintas kata-kata adiknya. “Riss masih tak berterus-terang dengan Diba?” soal Melinda.

Marissa hampir terlupa bahawa Diba sudah balik kampung. Jadi, tak perlu dia menghalang kakaknya itu dari tumpang bermalam di rumah sewanya
Espariza Florist

No comments:

Post a Comment