Sunday, July 25, 2010

Cinta Semusim - 4

"Hana.., kalau Hana tak sibuk pada hujung minggu ni.., abang nak bawa Hana jumpa parents abang. "

Degup jantungku seakan terhenti seketika apabila mendengar kata-kata Ikmal. Bolehkah ibubapanya menerima ku sebagai mana Ikmal menerima ku.

"Tak cepat sangat ke bang… Abang baru kenal Hana tak sampaipun tiga bulan. Malulah Hana nak ke rumah abang. Lagipun…Hana tak kenal mereka. Bolehkah mereka menerima Hana yang sebatang kara ni. "

"Sebab tak kenallah abang nak kenalkan. Sayang jangan risau, parents abang sporting. Lagipun abang ada juga bagi hint sikit kat mak abang pasal Hana. Tak sabar-sabar pulak dia nak jumpa bakal menantunya ni. "

"Adik-adik abang yang lain macam mana..?"

"Mereka pun tak kisah siapa pilihan abang asalkan abang bahagia. Merekapun dah punya keluarga masing-masing."

Kereta yang dipandu Ikmal sudah sampai di depan pagar rumahku. Dia mematikan enjin kereta dan bersandar pada kerusinya. Dia meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangan sebelum memandangku.

"Kenapa bang.. ada yang tak kena ke atau Hana ada salah cakap apa-apa…"

"Hana… kalau boleh abang tak nak tunggu lama-lama. Kalau Hana setuju, lepas jumpa parents abang hari sabtu ni, hari Ahad Abang nak bawa mereka jumpa sedara Hana yang terdekat. Abang nak terus pinang Hana. Dan kalau Hana tak ada halangan , kita nikah hujung bulan ni… "

Satu persatu ayat yang dituturnya masuk ke telinga ku. Aku serba salah.. Walaupun aku tahu yang Ikmal memang jenis lelaki yang bertanggung jawap, tapi …bersediakah aku untuk hidup bersamanya. Mampukah aku menyayanginya sepertimana yang dia harapkan .Harapannya terlalu tinggi padaku.

"Abang….Hana rasa keputusan abang ni agak terburu-buru. Abang dah fikirkan semasak-masaknya ke..? Hana rasa Hana belum seratus peratus bersedia sebab
Hana tak pernah terfikir secepat ini abang nak propose Hana. "

"Abang memang dah buat keputusan Hana… tapi kalau Hana belum bersedia… abang faham. Abang tak akan sama sekali memaksa Hana, sebab abang tahu ini melibatkan masa depan Hana sendiri. Abang akan tunggu sampai Hana dah bersedia untuk berkongsi hidup dengan abang. Ambillah masa yang secukupnya.. tapi jangan lama sangat…takut nanti ada orang lain pula yang potong jalan abang….."

Ikmal ketawa juga akhirnya. Takut juga aku bila tengok mukanya yang serious tadi. Berpeluh juga tangan ni. Tapi lelaki ini memang lain dari yang lain. Ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan dia begitu istimewa pada ku.. tetapi apa ye..? Kadang-kadang aku cuba mencuri pandang pada wajahnya bila kami berbual. Aku paling suka dengan renungan matanya. Dalam diam sebenarnya aku akui yang aku memang tertarik pada keperibadian Ikmal. Aku tahu kadang-kadang Jasmine pun perasan akan tindak tanduk ku bilamana kami keluar makan bersama. Tapi aku tetap menafikannya.

"So..hari sabtu ni Hana boleh ikut abangkan ??"

Aku tersentak dengan lamunan ku sendiri . Lupa yang aku masih di dalam kereta Ikmal.

"Insyaallah… kalau tak ada aral, Hana akan ikut abang.. "

Ikmal mengangguk perlahan. Satu kepuasan jelas di matanya dan satu senyuman terukir di bibirnya. Dia menarik lafas lega.

"Hana masuk dulu ye.. dah lama kita duduk dalam kereta ni.. tak pasal-pasal nanti kena cekup. Tak mahu lah Hana…Esok Hana call abang lagi okey.."

Belum sempat aku menolak pintu kereta untuk keluar, dia menarik tanganku semula. Aku agak kehairanan dengan tindakannya itu.

Belum sempat aku menolak pintu kereta untuk keluar, dia menarik tanganku semula. Aku agak kehairanan dengan tindakannya itu.


"Sebenarnya abang…abang… nak bagi satu benda pada Hana, Harap Hana jangan menolaknya ye…"


Dia mengeluarkan satu kotak kecil dari dashboard keretanya. Kotak baldu biru yang tidak berbalut itu menjadikan aku hilang kata-kata. Perlahan kotak kecil itu dibukanya.


"Ini hadiah dari Abang untuk Hana. Selamat harijadi sayang."


Aku hampir menitiskan airmata. Saat indah ini hadir jua dalam hidupku. Sudah bertahun rasanya aku tidak menerima apa-apa hadiah di harijadiku dan aku sendiri sudah hampir lupa dengan tarikh ini.


Tiba-tiba rinduku pada Ibu yang telah tiada bersarang di jiwa. Ibu… rupanya masih ada orang yang mengingati dan menyayangi anakmu ini. Tanpa ku sedar aku terus memeluk Ikmal dan membenamkan mukaku ke dadanya. Airmata mengalir tanpa di pinta membasahkan baju yang
dipakainya. Ikmal megusap rambut ku perlahan. Agak lama juga dia membiarkan aku dalam keadaan begitu. Dengupan jantungnya pantas sekali di telingaku. Aku jadi malu tiba-tiba. Malu dengan kelakuanku yang seperti keanak-anakan. Aku meleraikan pelukkan ku dan
memandang Ikmal.


"Hana, kenapa ni sayang…"


"Maafkan Hana bang… Hana teringatkan ibu. Dulu masa arwah ibu ada, dialah orang pertama yang mengucapkan selamat harijadi untuk Hana. Walaupun Hana study dan tinggal jauh tapi dia mesti call Hana.. Tapi kini semuanya telah tiada. Hana sudah tiada sesiapa lagi. "
Kataku perlahan


"Hana.. abang faham perasaan Hana. Abang pun pernah merasai apa yang Hana rasa bila kehilangan orang yang tersayang. Tapi abang harap dengan kehadiran abang dalam hidup Hana, sedikit sebanyak dapat mengubat luka Hana begitu juga sebaliknya. Abang juga harap kita dapat sama-sama mengecap semula kebahagiaan yang telah lama hilang dalam hidup kita. "


Aku hanya mengangguk perlahan dengan kata-kata Ikmal. Aku juga berharap agar perhubungan yang baru terjalin ini akan kekal buat selama-lama. Akan aku abadikan hidupku bersama lelaki ini hingga ke akhir hayat nanti. Akan aku curahkan kasih sayang yang secukupnya
dalam meniti hari-hari baru dalam hidupku.


"Dah jangan menangis lagi. Sekarang bagi abang pakaikan rantai ini untuk Hana."


Dia mengambil rantai dari kotaknya dan memakaikan ke leherku. Sentuhan jari jemarinya di leherku menggetarkan perasaan. Perasaan yang pernah hadir dalam diriku lebih kurang dua tahun yang lalu. Tidak..tidak .. aku tidak boleh mengingatinya lagi. Aku tidak mahu bayangannya hadir lagi dalam hidupku. Aku tidak mahu kisah silam terus terusan menghantui diriku. Aku tidak mahu kecewa lagi.. Aku mahukan satu kehidupan yang sempurna.


Mulai sekarang dan hari-hari seterusnya akan ku pahatkan nama Ikmal dalam hatiku. Tidak akan ada nama lain lagi . Hakim…aah nama itu akan pudar dari ingantanku… Tapi mampukan aku….. Aku cepat-cepat mematikan ingatanku pada insan yang pernah hadir dalam mimpi ngeriku….


"Terima kasih abang untuk rantai ini dan terima kasih juga kerana sudi menyayangi Hana.. Hana tak tahu nak cakap apa lagi. "


"Hana tak perlu cakap apa-apa. Kesudian Hana untuk menjadi teman Abangpun sudah lebih dari mencukupi. Tapi.. weekend ni jangan lupa ye. Abang datang jemput . Kalau boleh kita bertolak awal sikit. Takut pulak matahari tu terkejut bila sesekali terserempak dengan Hana. Macam yang Min cakap dulu. "


Kepulangan Ikmal ku hantar dengan linangan airmata yang masih bersisa. Terlalu baik lelaki ini pada aku. Aku takut dia akan kecewa lagi kerana jalan yang luas dan berliku masih terbentang dihadapan dan aku sendiri tidak pasti jalan manakah yang akan aku susuri. Yang penting aku harus berdoa agar aku dan Ikmal akan menyusuri jalan yang sama tanpa liku-liku yang akan mengecewakan . Wallahhua'lam. Tidurku malam ini pasti lena bertemankan hadiah istimewa dari Ikmal.


**************



Kedatangan Jasmine ke pejabatku tengahari ini agak memeranjatkan. Dia tersenyum sambil menghulurkan sejambak bunga.


"Sorry Hana, aku lupalah birthday kau semalam. Nasib baik Afin yang ingatkan masa aku call dia semalam. Katanya daddy keluar dengan Auntie Hana sebab daddy nak bagi birthday present dekat Auntie . Mesti specialkan hadiahnya. Apa-apa pun yang penting aku gembira bila kau dah mula tersenyum semula. Happy belated birthday. Aku doakan luka lama kau takan berdarah lagi "


"Thanks Min.. buat susah-susah saja. Dah le nak bawa perut tu pun tak larat , ini dengan bunga pulak. "


"Mana Ikmal bawa kau semalam… Aku call rumah kau pukul sebelas pun masih tak berjawap. Handphone pula berada di luar kawasan… Ha mana you all pergi ni…. Jangan selalu keluar malam berdua Hana… Ikmal tu dah lama menduda… kau tahulah kan dah lama tak dapat belaian
seorang isteri. Sebelum terjadi yang dot..dot…dot tu, lebih baik kau cepat kahwin dengan dia. "


"Merepek le kau ni Min.. Aku tahu…aku tak akan lupa batas-batasnya kali ini. Aku dah cukup dewasa untuk berhadapan dengan situasi sebegini. Dan yang penting Ikmal tak seperti Hakim. Mungkin sebab dia sendiri sudah ada pengalaman. Sedangkan dulu aku dan Hakim… kami masih sama-sama mentah.. mudah ikut nafsu…. Dah lah aku tak nak ingat kisah lama."


"Ikmal tahu kisah silam kau . Tak pun pasal Hakim, lelaki pertama yang kau cintai dan…dan… yang menyebabkan kau merana hingga kini. ? Maafkan aku Hana.. bukan niat aku nak buka lembaran lama.. tapi dalam hal ini aku rasa kau kena jujur dengan Ikmal.
Sebab aku tak mahu lihat kau kecewa lagi. "


"Aku dah beritahu dia hal ini. Tapi dia tak mahu aku menghukum diri sendiri dengan dosa lama. Dia kata dia tak mahu tahu kisah silam aku sebab tak semua manusia sempurna. Dia boleh menerima aku seadanya sepertimana aku boleh menerima dia dan Afin. "


"Jagalah hatinya baik-baik Hana.. Mungkin you all dah di takdirkan untuk bersama. Tapi kalau boleh tu nak juga aku merasa nasi minyak kau sebelum aku bersalin nanti.. Lagi cepat lagi bagus… Afin pun boleh dapat kawan baru… "


"Hei.. apa maksud kau Afin dapat kawan baru… Aku baru nak jumpa bakal mertua weekend ni, kau dah terlebih advance pulak. "


"Aku tak main-main Hana. I really meant it. Aku suka tengok kau happy macam ni. Tak macam dulu. Cakap sikit nangis.. gurau sikit pun nangis. Moody selalu. Tapi sekarang aku lihat muka kau tu bertambah serinya. Harap-harap tu bakal mertua kau tu berkenan dengan kau ye.. bolehlah makan nasi minyak cepat sikit…. "


"Sudah tu Min…jangan lebih sudu dari kuah pula. Jom kita keluar makan. Kita cari kedai mamak yang ada nasi beriani aku belanja kau. Takut pula nanti kau kempunan sebab tak sempat makan nasi minyak aku…"


Aku bangun dan mencapai handbag ku lantas mengajak Jasmine keluar. Aku cukup terhibur dengan usikkan nya kali ini. Betul katanya .. aku sendiri dapat merasakan perubahan dalam diriku sekarang. Tak semoody dulu. Aku harus berterima kasih pada Ikmal yang telah membuka sinar baru dalam hidupku

Aku bangun dan mencapai handbag ku lantas mengajak Jasmine keluar. Aku cukup terhibur dengan usikkan nya kali ini. Betul katanya .. aku sendiri dapat merasakan perubahan dalam diriku sekarang. Tak semoody dulu. Aku harus berterima kasih pada Ikmal yang telah membuka sinar baru dalam hidupku

No comments:

Post a Comment