Monday, July 19, 2010

Cinta Semusim - 3

Dalam dua hari itu, sebelum Hakim pulang ke Malaysia kami tidak bertegur sapa. Aku lebih banyak menghabiskan masaku di luar tidak seperti selalu. Alasan yang ku berikan pada Diba ialah aku akan ikut salah seorang dari coursemate ku untuk buat kerja-kerja "charity ". Walaupun agak janggal tapi nasib baik Diba tidak banyak bertanya. Sebenarnya, memang betul seperti kata Hakim, aku tidak boleh menipu diriku sendiri. Aku sudah mula menyukainya dalam diam . Semakin ku cuba untuk menjauhkan diri semakin dekat perasaan itu bermain di pintu hati.

Aku pulang agak lewat malam itu. Niat di hati untuk membiarkan Diba menghabiskan masa dengan Hakim tanpa gangguan kerana esok dia akan bertolak pulang. Aku tidak mahu kehadiranku mengganggu mereka. Pintu utama ku tolak perlahan. Keadaan agak gelap di ruang tamu . Aku tak pasti mereka ada di rumah atau belum pulang. Dengan langkah longlai aku menuju ke dapur. Suis lampu ku tekan. Jantungku berdebar bila mana sesusuk tubuh sudah sedia menanti di situ. Untuk menutup debaran di dada, aku cuba bersikap selamba dan bertanya.

"Kenapa you duduk dalam gelap, Diba mana…? "

Soalanku di biarkan tidak berjawap. Dia hanya diam memerhatikanku. Sambil memeluk tubuh dia menyandarkan badannya pada dinding dapur. Malas aku nak melayan. Ku buka peti sejuk dan menuangkan air ke dalam mug lalu melangkah untuk ke ruang tamu. Langkah ku terhenti bila dia mula bersuara.

"Hana !…boleh I cakap dengan you sebentar .."

Suaranya mendatar tetapi penuh mengharap. Aku menoleh perlahan dan memandangnya.

"Boleh kita duduk di sini sekejap ? "

Dia bertanya lagi sambil menarik satu kerusi untukku. Mahu tidak mahu aku melangkah juga ke meja makan. Tetapi aku tidak duduk di kerusi yang ditariknya untukku sebaliknya aku menarik kerusi dan duduk bertentangan dengannya. Aku hanya bermain-main dengan mug yang ku pegang. Keadaan sunyi seketika. Hanya keluhan darinya kedengaran

"Hana …I'm sorry.. I tahu you marah, tapi I tak boleh nak elakkan perasaan yang hadir dalam diri I terhadap you. Maafkan I juga tentang apa yang I katakan pada you hari tu. Hati dah menguasai fikiran I saat itu. I tak bermaksud untuk menyakitkan hati you dengan
kata-kata I . "

Dia diam seketika seolah-olah menanti tindakbalas dari ku. Aku masih membatukan diri.

"Hana…, tolong jangan siksa perasaan I begini. Tolonglah Hana.. tolonglah kata kan sesuatu… I merayu pada you Hana…say something would you..?"

"Tak ada apa yang perlu I katakan lagi. Bagi I …you tak lebih dari seorang kawan. That's it. "

Itulah percakapan kami yang terakhir . Aku tak mahu berperang dengan perasaan ku sendiri. Sebelum apa-apa yang terjadi lebih baik aku mendiamkan diri. Aku lantas bangun dan terus naik ke bilikku. Pada ku biarkanlah ianya berakhir begitu. Dalam keadaan sekarang aku lebih memerlukan Diba dari lelaki itu. Padaku lelaki terlalu pandai menyusun bait-bait ayat sehingga wanita hampir lupa diri. Aku tak mahu itu terjadi padaku. Aku tak mahu dilambung ombak kerana aku tak pasti di mana akukan terdampar nanti.

Telah sebulan Hakim pulang ke tanah air. Telah sebulan jugalah hari-hari yang ku lalui terasa sepi . Penyakit apakah ini ? Adakah aku merindui wajahnya…, adakah aku merindui suaranya atau adakah aku merindui gurau sendanya…Aku tidak boleh terus begini. Sedangkan Diba, tunangannya pun tidak seteruk aku. Apa nak jadi kalau aku terus-terusan begini…
Astagfirullahhala'zim…. Aku beristigfar panjang.

Lamunan panjangku terganggu dengan bunyi talifon. Aku hampir lupa yang aku ada janji temu dengan Jasmine. Teman baruku di daerah sepi ini.

Sebenarnya, daerah ini juga yang mejadi saksi pertemuanku dengan Ikmal. Lelaki kedua yang hadir dalam hidupku. Perkenalan di Toko Buku Plaza Angsana sudah tentu atas kehendakNya. Dia yang memimpin tangan seorang anak kecil yang petah berkata-kata melewati dari satu rak ke satu rak di bahagian buku kanak-kanak.

" Daddy.., Daddy belikan story book macam semalam ye. Nanti daddy boleh ceritakan pada Afin masa Afin nak tidur . Lepas tu Afin boleh cerita pada kawan-kawan kat sekolah Afin."

Aku asyik memehatikan gelagat mereka. Bukan si lelaki yang dipanggil daddy menjadi perhatian, tetapi keletah si kecil itu yang mencuri tumpuan. Lamunan singkat ku
dikejutkan dengan kehadiran Jasmine di sebelah..

"Hai Hana… apa yang you asyik sangat tu…."

"Sorry Min, I tak perasan you masuk.."

"Mana nak perasan kalau mata tu asyik kesitu saja…" Ujar Jasmine sambil memuncungkan mulutnya kearah dua beranak itu.

"Tak adalah… I cuma suka tengok budak tu, comel dan petah bercakap."

"Budak tu aje ke yang comel, si daddynya tu tak comel ke…"

"Apa pula ke situ perginya kau ni… Walau secomel manapun si daddynya, itu adalah hak mutlak si mummynya.."

"Kalau mummynya sudah tiada ? "

"Malaslah aku nak layan kau ni Min…melalut pula jadinya. "

Perbualan kami terhenti kerana yang jadi perhatian tadi, kini sudah berada di sisi.

"Min, story book yang I order last week tu dah sampai ke belum. I nak tanya tadi tapi tak nampak pula you kat kounter ni. So I just buat survey dulu kalau-kalau you dah letakkan di rak tapi tak nampak pula. Si Afin ni dah tak nak baca cerita yang sama dah boring katanya. Hampir semua cerita dah di hafalnya "

"Dah, dah sampai dah. Afin punya pasal, auntie buat express courier lagi. Nanti auntie ambil kat stor belakang ye. " Jawap Jasmine sambil mencuit pipi montel si comel yang bernama Afin ni..

Sepeninggalan Jasmine, aku jadi mati kutu.. Nak senyum salah tak senyum pun salah. Nak tegur salah tak tegurpun salah. Aku memberanikan diri juga untuk menegur si comel itu.

"Afin dah sekolah ke .?."

"Belum , baru empat tahun.. I cuma hantar kat kindergarden saja. "

Anak yang di tanya, si daddy pula yang menjawap.

"Tak pernah nampak you kat sini pun sebelum ni. You baru kerja dengan Jasmine ye ?.."

"Ye, ye.. eh tak.. tak.. I just temankan dia untuk hari ni saja sebab assistantnya bercuti. "

"Dah lama ke kenal dengan Min ?"

"Lama juga..Adalah dalam dua tahun …"

"Hemm.." agguknya perlahan.

"Afin, Afin dah padai membaca ye…"

Si kecil diam tidak bersuara. Hanya matanya sahaja yang memerhatikan antara aku dan daddynya silih berganti..

"Afin.., cakap lah dengan auntie. Kan auntie tanya Afin tu.."

Si kecil hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum malu. Mukanya dirapatkan pada kaki kiri si daddy.

"Sorry la Cik, dia ni malu sikit kalau dengan orang yang tak kenal.. tambah-tambah lagi perempuan. Tapi kalau dah rapat.. letih juga nak melayan soalan-soalannya. Sebab kadang-kadang saya sendiri tak ada jawapan untuk soalan itu."

Jasmine muncul dengan kotak kecil di tangan.

"Nah . Ini story book yang Afin pesan tu. Malam nanti suruh daddy bacakan ye.."

"Berapa semua harganya Min ? " Tanya Ikmal sambil bengeluarkan dompet dari poket seluarnya.

"Satu buku RM 18.90. So empat buku jadinya…. RM 75.60. Tapi as usual, since you adalah regular customer I, I bagi discount untuk si Afin ni. You bayar I RM70.00
sahaja. Afin, nanti ajak daddy datang lagi kedai auntie ye. "

Afin masih lagi menyembunyikan muka di sebalik seluar si daddynya.Sesekali masih mencuri pandang kepadaku.

"Thanks Min. I balik dulu. Afin.. say bye bye to auntie.. "

Afin masih diam

"Hai tak habis malu lagi ke anak daddy ni."

Didukungnya anak kecil itu dan berlalu keluar dari kedai buku Jasmine.

"Kesian Afin. Tak sempat merasa kasih sayang seorang ibu. Setahun selepas dilahirkan ibunya telah kembali ke rahmatullah. Mungkin Tuhan lebih sayang kan dia. "

"Maksud you, si Ikmal tu seorang duda lah ye. Kenapa dia tak kahwin lain ? Kesian si comel tu. "

"Ikmal memang pernah dan sedang mencari .. tetapi masih belum berjumpa yang berkenan di hati. "

Perbualan kami mengenai si comel dan daddynya berakhir di situ saja.

"Hana, malam ni kita keluar makan sama ye. Husband aku tak adalah. Outstation tiga hari. Akupun malas nak masak kalau untuk makan sorang. "


**************



Seperti yang di janjikan, kami ke Restoran Melayu untuk makam malam. Jasmine yang beria sangat nak makan masakan kampung. Orang mengidam anak sulung lah kata kan. Dengan keadaan yang berbadan dua itupun dia masih cergas kesana sini menguruskan kedai bukunya itu.

Setelah mengambil makanan yang di sediakan ala buffet itu, kami memilih meja di satu sudut yang tidak berapa ramai orang. Belumpun sempat untuk menarik kerusi masing-masing, terdengar suara kecil memanggil manggil nama Jasmine. Serentak kami menoleh kearah suara itu. Kelihatan si kecil dan daddynya sedang melambai kearah kami. Jasmine memandangku lantas berjalan sambil membawa hidangan kami ke meja mereka. Antara mahu dan tidak akupun terpaksa mengekori langkah Jasmine.

"Dah lama sampai…"

Jasmine memulakan perbualan.

"Tak juga.. baru suapkan si Afin ni. "

Si kecil itu masih malu-malu denganku. Seketika kemudian dia membisikkan sesuatu ke telinga daddynya.

"Sekejap ye ladies. I bawa Afin basuh tangan sekejap. Nak makan sendiri lah pula. Malu kalau Cik ni tengok dia makan bersuap. "

"Teruk betul malunya pada kau. Mengalahkan si daddynya pula. Aku rasa budak ni mesti banyak girlfriend bila besar nanti. " Kata Jasmine sambil tersenyum.

"Min, kalau anak kau tu perempuan bolehlah kau book si Afin tu. Tengok dari rupanya sekarang , boleh tahan juga. Mungkin lebih handsome dari daddynya. Ye tak. "

" Pandai le kau.. babby aku belum apa-apa.. kau pulak yang lebih."

Si kecil itu berselera sungguh makannya. Si daddy pulak tak jemu melayan . Dari pemerhatianku, walaupun tanpa kasih ibu si kecil ini tidak luak dengan kasih ayahnya. Mereka kelihatan begitu rapat sekali. Kami diam melayan suapan masing-masing. Sesekali Jasmine bersuara mengusik si kecil itu.

"Auntie Min, tadi daddy tanya kawan Auntie Min ni siapa namanya ?" Perlahan ku dengar suara itu bertanyakan Jasmine.

"Afin Tanya la sendiri. Auntie Min dah lupa pula siapa namanya. "

"Macam mana anak daddy ni nak jadi macam James Bond. Nak tanya macam rahsia , tapi semua orang boleh dengar. Tak apa lah, biar daddy tanya sendiri ..Mmmm Cik ni siapa namanya ?"

Aku hanya tersenyum melihat gelagat dua beranak ni.

"Afin boleh panggil Auntie Hana saja ok. Afin janganlah malu atau takut dengan Auntie . Auntie bukannya makan orang. Auntie pun makan nasi macam Afin jugakan."

Anak kecil itu hanya tersenyum dengan jawapanku.

"Dah lama ke you di sini ?"

"Tak juga… adalah dalam lapan bulan lebih. "

"Lama juga tu. Tapi tak pernah pun I nampak you dengan Min sebelum ni. "

"Hana ni workaholic . Hidupnya hanya di office. Pergi kerja bulan yang hantar.. balik kerjapun bulan yang jemput. Jarang sangat nak terserempak dengan matahari."

"Min..kau janganlah lupa aku kat sebelah ni kalaupun nak mengutuk "Kataku pada Jasmine dengan perlahan

"You kerja di mana ? Mesti bos sayangkan. Susah nak cari pekerja yang committed macam ni"

"Dia mana ada bos… sebab dia jadi bos untuk syarikat sendiri. "

"Great!! Muda-muda lagi dah ada syarikat sendiri . Kalau ramai lagi wanita macam ni.. alamat gigit jarilah lelaki…"

"Tak adalah encik Ikmal. Min ni yang lebih-lebik pula. I cuma uruskan syarikat kecil peninggalan arwah mak . Kalau nak ikutkan hati memang I tak minat..tapi dah tanggungjawap dan demi menyempurnakan wasiat. Mahu tak mahu kena buat juga. "

"Tak apa ..walau kecil macam mana sekalipun itu adalah masa depan Hana. Kalau kerja kuatpun tak rugi sebab pulangannya tak kemana. "

"Ikmal, I rasa Afin dah mengantuk tu. Matapun dah tak larat nak angkat. Lebih baik you bawa dia balik. Tapi sebelum tu.. eemmm .. I rasa… both of you need more time to know each other. Tak rugi tau kalau you kenal Hana ni.."

Aku jadi malu sendiri dengan usul yang di buat oleh Jasmine. Dia masih tersenyum memandang antara aku dan Ikmal…Ikmal pula …aku sendiri tak dapat nak tafsirkan senyuman dan renungan dari matanya yang bercahaya tu.

Ikmal bangun dan mengeluarkan dompet dari saku jeansnya. Dia menarik keluar beberapa keping wang kertas dan menyerahkannya kepada Jasmine lalu mendukung Afin.

"Min ,you tolong bayar semua sekali ye. I yang belanja. I kena balik dulu. Nanti kalau dah hilang mengantuknya teruk juga I nak melayan sampai tengah malam. Hana.. I balik dulu Hati-hati masa memandu nanti. Bye.."

"Nampaknya James Bond daddy dan daddy ada mission baru.."

Sambil memeluk Afin yang sudah keletihan dia bersuara perlahan ke telinga anak kecil itu sambil berlalu.

Panggilan pertama dari Ikmal untukku dua hari kemudian membuka helaian baru dalam diari hidupku. Panggilan demi panggilan yang dia lakukan akhirnya meruntuhkan tembok dan merapatkan jurang yang ku bina selama ini. Pertemuan demi pertemuan yang diatur seterusnya melenyapkan kesangsianku terhadap insan yang bernama lelaki. Usahanya yang tidak putus-putus itu menyebabkan aku akhirnya akur dengan ketentuan yang di tetapkan. Pintu hatiku yang tertutup rapat sebelum ini , sedikit demi sedikit telah ku buka untuk menerima huluran cintanya.

Dan pada pertemuan seterusnya yang entah untuk kali yang keberapa, aku singkap tirai kisah silamku agar dia mengerti dan agar dia tahu mengapa begitu sukar untuk aku menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupku. Aku tidak mahu tembok yang baru kuruntuhkan itu dibina semula kerana ia pastikan mengambil masa yang lama dan kesannya padaku nanti pasti kan parah.

Akhirnya, carikkan mimpiku selama ini bertaut semula dengan pengakuan ikhlas dari Ikmal yang sudi menerimaku seadanya.

"Hana..tiada insan yang tidak pernah mengalami kekecewaan dalam hidup, tetapi itu bukanlah alasan untuk kita terus hidup sengsara. Abang hanya menyintai Hana atas apa yang Hana ada sekarang dan bukannya Hana yang sebelumnya. Walau apapun sejarah hitam yang pernah hadir dalam hidup Hana sebelum ini… biarlah ia hanya menjadi rahsia Hana untuk selama-lamanya. "

Aku sudah tidak mampu untuk bersuara.. Hanya airmata gembira yang mengubat luka. Aku menangis lagi hari ini entah untuk kali yang ke berapa. Rupanya masih ada insan yang sudi untuk sama-sama meneruskan hidup bersama ku. Hari-hari suram yang ku lalui sebelum ini telah mula memancarkan sinar kebahagiaannya.

"Menangis , menangis dan menangislah sepuasnya untuk hari ini Hana. Abang percaya , dengan izin yang maha Esa, abang tak akan membuatkan Hana menangis lagi. Abang berjanji bersaksikan hati abang dan hati Hana sendiri yang Hana tidak akan di persiakan lagi. Izinkan lah abang untuk mencorak dan seterusnya mewarnai lembaran baru dalam hidup Hana. Kita kahwin ye sayang…. "

Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ku saat ini. Adakah ini kebahagiaan yang ku cari selama ini..? Ikmal, duda beranak satu, yang telah tiga tahun kematian isteri ,hadir tatkala aku ketandusan kasih seorang lelaki. Mampukah aku memberi kebahagiaan untuknya, lebih-lebih lagi menjadi ibu kepada anak kecil ini…?


**************

No comments:

Post a Comment