Sunday, July 25, 2010

Cahaya Naluri

MARI KENAL-KENAL

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku....

"Hoi!Ko dengar tak apa aku cakap ni?"sergah Dila betul-betul di telingaku..ces..kurang asam ko Dila..kalo pecah gegendang telinga aku ngan patah tulang osikel aku..siap la ko!!
"Ha?ape dia?"tanyaku pura-pura tak mengerti.
"Heeee....nyampahla ko ni.Tadi ko jgk ajak aku keluar.Dah keluar dengan ko,boleh pulak ko layan MP3 tuh.Baik jangan ajak aku keluar!!"luah Dila sambil mengeluarkan muncungnya itu.(ada keturunan itik kot..hehe)
"Ala cayam,ucuk-ucuk neh..sorryla ek..Tadi aku tengok ko mcm tak de mood je nak borak.so aku layanla MP3 nie.Aku baru nak layan jiwang tadi tau..."(fooh..harap2la dia cair)
"Banyakla kau!ke tepi!..."kata Dila sambil menolak tanganku..ececeh..nak tolak aku konon..hehe..
"Dilaaa..."
"Hmmm..."balas jugak..Tu la aku dah kate..dia ni memang tak de tokoh nak marah org..Oops..terngate dia plak..
"Belanja aku.."
"What?"Isy..reaksi terover betulla dia ni.
"Tutupla mulut tu..karang sebatalion lalat masuk,aku tak tanggung k!!Aku juz suruh ko belanja aku..treat aku...ley la..ley la ek.."kataku sambil mengerdip2kan mataku...(harap2 menjadila teknik pujuk rayu ku ini...)
"Hisy..geram aku dengan ko ni..yela2..jom gi makan sekarang...karang tak pasal ko jd mknn aku.."uiks..takutnya ambe..ngeh3..
Yes!!Mission accomplished!!
Macam tu la sikap aku dengan Dila setiap hari.Diala kawan aku yang paling baik.Tak ubah macam kakak aku jer.Aku wat salah ke apa ke..keje diala menegur aku.

Keesokan harinya di sekolah..

"Class..today we have a new student.Asyraf,come here and introduce yourself."
"Thanks teacher..hye tawan tawan..erk..sorry..hye class,my name is Asyraf from JB."

Mamat ni apela...aku taula waktu kelas BI skrg ni tp at least bagila salam dulu ke..Pastu juz bgtau nama ngan asal jer..yang tak yah bagitau tak pe..aku boleh g selinap masuk pejabat tgk rekod ko..adeih..

"Okay..now you may go back to your place.."
What?adakah ini satu mimpi?ilusi..katakanlaaa...Dia duduk depan aku?Sudah jatuh terhempap piano aku rasakan saat ini.

"Han..harini ko tak pegi rehat ke?kesian aku tengok Dila pergi kantin sorang-sorang."tegur Asif yang juga duduk di depanku.(Correction..dia duk depan Dila sbnrnye..kan meja susun 2 2 dalam setiap baris..hehe..)
"Ala..aku puasa la hrni.."balasku ringkas.
"Puasa?puasa ape?....puasa ganti ek?"
"hisy..tak de la..puasa sunat jer.."balasku cuba melindungi perkara sebenar.Dia ni kalo soal..straight forward je..tak de bengkang bengkok langsung..traffic light merah pon habis dilanggarnya..erk..termelalut pulak..

Bunyi derap kasut menandakan ada orang melangkah masuk ke kelasku...Ooo..budak baru tu rupanya.
"Hye Asy!!Hehe.."sekelompok "MPB" bersuara dari barisan belakang.(MPB tu bkn Majlis Perbandaran Bangi tau...tp..Minah Perasan Bagus..keh3)
Asyraf hanya tersenyum.Rupanya nak kata handsome..handsome lagi anak jiran aku yang umur 4 tahun tu.Tapi tak taula ape yang buat aku rasa syok sgt tgk muka dia.Ha...jgn salah faham pulak..bkn mksdnya aku fall in love dengan dia..

WELCOME TO DA CLUB

Kemasukan Asyraf menyemarakkan lagi sifat Asif yang mulut becok mengalahkan mak cik-mak cik kat pasar tu.Maklumla dah ada geng,aku dan Dila sudah dilupakan..but..who cares?

"Okay Class..today I want to you to separate into a few group..We will make group work."
"Okay teacher..tp group tu buat sendiri ke teacher yang tetapkan?"tanya salah seorang pelajar dalam kelasku.(yela xkn kelas org lain plak kan..)
"Saya dah tetapkan."
Haa..Bab ni yang aku malas sikit...(bukan sikit..banyak sebenarnya..berjuta2..ngeh3).Janganla aku dapat group yang tak ngam.naya aku nanti..lagi-lagi MPB tu..tak mahu aku..
"Han..awak tak perlu risau.Saya tahu awak dan Dila tak dapat dipisahkan.So awak tetap satu group dengan dia."
Fuh...selesai satu bala..wa..cayala miss...ni yang aku rasa nk cium ckgu aku nie..hehee..
"Thanks miss..Tapi boleh sy tahu..siapa lagi segroup dengan kitorang?"
"Asif and Asyraf"
Aku membuntangkan biji mataku..(dah macam biji guli tak jadi jer..)
Apa?dengan budak baru tuh..alahai..camne la dia nanti..Ngam ke tak dengan group aku ni..Kalo si Asif tu aku tak kesah..selepas beberapa ujikaji and eksperimen aku jalankan ke ats dia,Asif boleh dikatakan sekufu sebambu dengan kitorang...but him?hurm..juz wait and see..

"Weyh,petang ni jumpe kat Taman Sains.pukul 5 k !! Make sure on time!!"beritahu Asif selaku ketua tak bertauliah.
Aku dan Dila hanya tersengih seperti kerang tak laku.

Pukul 5...
"Dila..manenya Asif ngan Acap neh..kata kol 5..Janji Melayu betolla..Aku dah la terlepas tengok cerita kartun..ko tau adik aku bw balik CD Slam Dunk..baru aku pasang angan-angan nk nengok Hanamichi Sakuragi.."bebelku.
"Entahla..tggu jela dlm 10 minit lgi..kalau tak de jgk..kiter blah!!"balas Dila tegas.Ayat Dila dah berubah tu..kene jaga-jaga sikit..Silap haribulan aku simbah ngan minyak tanah dengan aku aku hangus..tp kalau aku hangus..Dila rentungla kn..hahaha..(merepek lagi...)

Kitorang berkira-kira nak melangkah ke kantin sekolah tapi..
"Girls...tunggula..tak sabo2.."jerit Asif sambil berjalan menuju ke tempat kami terpacak selama hampir 30 minit td.Dila menjegilkan biji matanya..(dah macam Maya Karin dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam jer..menakutkan wo..Uisy..kalau dia dengar ape aku ckp ni mau aku kene lesing..larikkkkkk..)
Aku yang konon-kononnya seorang yang tenang and cool cuba mendamaikan mereka berdua..
"Alololo..korang ni..relax la..calm down bebeh.."
"Kau diam!!!"jerkah mereka berdua.Mereka terus berperang mulut.Aku yang dijerkah tadi tiba-tiba bagaikan terkunci mulut untuk membalas.Rasa sebak bertandang.Aku tak pernah kene jerkah smpai sebegitu rupa..Hisy...No way Han!!Ko mane ley sedey2..Ko kan minah tak de perasaan!!..tp..
"cmtu..aku blah dulu la.."kataku perlahan sekali..hampir-hampir tak kedengaran suaraku.
"Errr..Han..Aku minta maaf.Aku tak sengaja la.Aku geram sangat dengan diorg ni..."ucap Dila tersekat-sekat..feeling guilty la tu.
"Aku pon..sorry ek..tapi kitorang memang tak sengaja lewat.."kata Asif sanbil menerangkan sebab2 kelewatan mereka.Yang Asyraf dari tad menjadi pemerhati dan pendengar tak bergaji sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya(mcm burung belatuk..ahaks) mengiakan apa yang dikatakan oleh Asif..Arghh..alasan..!!

"Hahaha..Dahla korang berdua ni..tak yah nak buat muka toya depan aku..sakit pankreas aku dibuatnya..aku saja je nak wat gimik td..kalau aku tak buat mcm tu..korang takkan berhenti gado kn.."jelasku panjang lebar sambil tergelak-gelak untuk menghapuskan rasa bersalah di wajah mereka sekaligus melenyapkan rasa sedihku.(Entah apa mimpi aku jadi baik harini,biasanya keje akula yang cari pasal dengan orang.Mood aku hilang kot..abaikan!!)
Akhirnya petang itu kami berjaya meneruskan perbincangan walaupun mula agak lewat sedikit.Alhamdulillah..ahli2 kumpulan aku sumer boleh dipakai otaknya..Tapi ada juga yang buat aku tak berkenan sikit..Si asyraf aka Acap ni..asyik guna org tengah jer.Dan aku sememangla mesra alam sekitar dengan baik hatinya...

"Woi Cap,ape ko lupe nak bawa peti suara ke harini?nak bagi idea,cakap jela terus!Tak yahla ko nak jadikan Asif ni puppet ko.Bukannya kitorang tak nampak pon.Gentlemanla sikit.Jangan muka je handsome tapi pemalu seyh..erk..nk malu no hal bro!tapi biarla bertempat.Kalo dlm discussion macam ni pon ko dah malu..kat U nnti cmane..!!"
aku menyerangnye terus-terusan tanpa memberi dia sedikit pun lubang-lubang kejayaan untuk membalas.(kalau korang nak tau..aku siap set time lagi brape lame aku cakap..tak sampai seminit wa cakap lu..hehehe)
Asif dan Dila yang sedari tadi tekun melihat Acap yang terkulat-kulat diterjah begitu ketawa terbahak-bahak sambil memukul meja.Nasib baik diorang pukul meja..kalo diorang pukul aku..mau 3 hr 3 malam tak kebah2 lgi lebam aku..

"Kau ni..tak baik r Han.."tegur Asif.Konon nak tegurla..dah tau tak baik yang dia gi bantai gelak tak hengat dunia tu pehal..
"Sorryla..aku bkn nk emo beb!Cume aku tak sukala kalau dalam group pun nak malu-malu.Ko laki sepatutnya menjadi pemimpin.Aku tak nak la tengok kaum Adam sewenang2nya dipijak2..fhm?"sambungku lagi..(tak habis lagi syarahan aku rupanya..)
"Err...fa..fa..ham.."balas Acap tergagap-gagap..dia ni..
"Sorry yer..ko ni gagap ke?"tanyaku dengan bendulnya.
Dan tanpa diundang..pecah gelak Asif dan Dila sekali lagi..tapi kali ni ditambah lagi dengan gelak si Acap..Apela yang menggelikan sgt ht diorg ni..bingit telinga aku..eee.e...xfhm aku..
"Lex Han...janganla marah ye!!Ko jangan la wat muka bendul tu lagi..Memang tak boleh tahan..Mane la Acap ni tak gagap kalo dah kene serangan bertubi-tubi dr ko.."balasnya sambil menyambung gelaknya kembali..
Ooo..gelak ek..takpe2..gelak la ko selagi boleh..kataku di dalam hati sementara otakku ligat mencari idea untuk menutup gua mulutnya itu...ha..itu dia...just on time!!Mata ku bersinar2(mcm dlm citer kartun tu akibat terlampau excited) melihat objek kecil diatas meja tu.Dila dan Acap bagai dapat mengesan idea jahat ku itu segera menekup mulut mereka.Tapi yang sorang lagi ni bunyi penggera kecemasan kuat mcm mne pun dah tak sedar diri.Tanpa membuang masa lagi,aku mencapai objek tersebut dan bersedia untuk membuat balingan penalti..(erk..ade ke frasa neh..bantai jela..)..dan..
GOLLLLLL!!!!!!!!!!!!sorakku di dalam hati.Objek tu landing baik punya di dalam mulut Asif..hehe..dan dengan penuh kegeraman..dia..
"Ptttuiii..kuang asam kau Han.."
"Padan muka ko..sape suh gelak bagai nk gila..:
Dia mengambil pemadam yang menjadi mangsa balingan aku tadi dan tanpa memberi peluang terus membuat shot tepat....
Argghhhh..tidakkkkkkkk..
pok!!kene dahi aku...(fuh..selamat..sasaran tersasar..ingatkan kene mata aku la td..)
Oleh kerana terlampau berasa lega..aku memberi respon agak lambat kepada kejadia tadi..setelah 2minit..aku berkata..
"Adoii.."
"ko ni memang la..respon lembap cam sipot.."
Aku baru nak membals..
"Dah..dah..korang ni macam budak2 jer..kalo asyik serang sana serang sini bila perbincangan nak habis.."akhirnya Acap bersuara meleraikan persengketaan kami.
Aku memandangnya tidak berkelip.(korang agk knp??korang mesti dapat agakkan ape aku nk buat?..hihihi)
"Apa?"tanyanya kehairanan.
It\'s time for revenge...
"tak sangka lak aku..ko bawa peti suara harini..huhu.."
Diambinya buku diatas meja dan PELEPUK!!Sengal jap bahu aku..Terkesima aku!!Berani dia pukul aku..tak padan dengan budak baru..Cube berlagak otai yerk!!Nanti ko..aku jaga ko sampai tua..eh..silap2..tiba-tiba..
"Eh Han..jom makan aiskrim.."ajak Dila..
"Aiskrim??Erk..jom..jom..."(aku yang sememangnya pantang mendengar perkataan aiskrim tidak dapat mengawal perasaan aku yang teruja membayangkan nikmatnya menjilat2 aiskrim..gurllpp..pndai ko Dila mengambil kesempatan ke atas insan yang lemah seperti ku..cewah..)
Aku segera menarik tangan Dila mengajaknya ke kantin sekolah dan meninggalkan Acap tercengang-cengang.Sempat aku mengenyit mata ke arah Asif yang sudah arif dengan sikapku yang satu itu.

MISI DAN VISIKU

Sedar tak sedar dah hampir lapan bulan sejak Acap memasuki sekolah itu.Hubungan kitorang semua semakin rapat.Tinggal sebulan lagi nak exam..tp langit tak selamanya cerah..
Satu hari..aku dalam perjalanan ke kantin..

"Cap..aku cabar ko..ngorat si Han tuh..Dah hmpir 5thun dia sekolah kat sini..takde sape berjaya mengorat dia tau.."
"Apa yang aku dapat?"
"sesuatu yang ko inginkan selama ini..Ur freedom.."
"Janji?"
"yup.."
"Ok..then ..aku setuju.."
Aku yang tadi terleka mendengar perbualan mereka segera beredar dari situ.Terbantut niatku untuk ke kantin.Aku segera berpatah balik ke kelas.Apa yang aku dengar sebentar tadi benar-benar mengacau bilaukan fikiran aku..aku tau Acap seringkali diganggu oleh samseng2 taik minyak tak sedar diri tu.Hurm..ape yang patut aku lakukan..aku buntu..Ya Allah!!
Setibanya di kelas,kelam-kibut aku mencari buku latihan add math..penasaran aku..
"Ha..ni dia..."Aku terus duduk dan membuat latihan.Calculator ku tekan-tekan dengan seribu macam perasaan..(actually tu teknik2 aku menghilangkan tension..dengan mmbuat latihan add math..aku mnjd ralik..)
Dila dan Asif pelik melihatku yang begitu tekun membuat latihan add math..mana tidaknya..selama mereka mengenaliku..aku ckup anti dgn add math..

Seminggu kemudian..

"Han..petang ni ko tunggu aku jap.kita balik sama2..aku ada hal nk ckp dgn ko.."pinta Acap.
"erk..tak maula..aku nak balik dengan Dila.."
"Ala..kejap jer..."
"yela..yela..tggu aku kat pagar skolah petang nie.."

petang itu..

"Assalamualaikum cap.."aku memberi salam sebaik shj mendekatinya.Dila menungguku tak jauh dari situ.
"Waalaikumussalam.."
"Apa kau nak?"
"erm..aku..aku.."
"Sejak biler ko ada penyakit gagap nie.."
"Aku nk ajak ko couple dgn aku..boleh?"
"hrm..ok.."laju je jawapan aku.sebenarnya aku dh fikir masak-masak sampai hangit masakan aku.SPM dah nk dekat.biarla pengorbanan ni untuk sementara..bukan luak pun..
"Ha?Ape kau kata?"
La..mamat ni..slow lak..
"Aku kata okay syg..."
Aku terus angkat kaki dari situ.Meninggalkan dia termangu-mangu.Aku tersenyum melihat aksinya yang menampar-nampar pipinya sendiri...tak percaya la tu..lantak kaula..aku dh kasi chance..

Dua tiga hri kemudian..
"Betul ke Han,ko dengan Acap dah bercouple?"Acap segera menoleh sebaik shj mendengar soalan dr Asif tu.begitu setia dia memandangku.mengharapkan kepastian barangkali.Aku mengangguk smbil mengeyit mata ke arah Acap.Sekali lagi aku buat dia terkedu..(Hahahah sukanya aku..nk buat lagi..nk buat lagi..hehe..)
Ramai yang jeles dan ramai juga yang tidak percaya.Tapi itu sume aku tak kisah.yang penting misi dan visi ku tercapai.
Tinggal seminggu lagi nk SPM..
ptg tu..
"Waaa..Cap..aku respect la ko..boleh ngorat si Han tu dalam masa tiga minggu jer..betul tak kawan2?"
"betul2"sahut kawan-kawannya..
"Tapi cap..ko tak selesai lagi..aku nak kau tinggalkan dia sehari sebelum kita nak exam.."
Aku yang setia memasang telinga tersentak.What?Cruel seyh...(Aku dh ready ke?tapi ni memang lakonan semata2...tp..knp..ak rs...)
Aku ingin berlalu dr situ..namun begitu telinga ku sempat menangkap bicara yang keluar dr mulut Acap..
"Aku tak sanggupla weyh.Even dia tu cam xde perasaan tapi dia still perempuan..."
Thanks Acap for that kind of concern.I appreciate it.bisikku di dalam hati.

Sehari sebelum exam..

"Han..aku nak putus dengan ko!!"
"Kenapa?"Aku pura-pura bertanya..Yela..tak kan licin sangat prosesnya..kene ada soal jwab sikit..
"Kita dah tak serasi."ringkas,padat dan tepat.
"Do you think so?"dugaku sekaligus ingin mendapatkan kepastian..
"Yup..very sure.."confirm and confident sekali dia menjawab.kelu lidahku.
"If you say so,it\'s ok.Hopefully ko bahagia dengan hidup ko selepas ini.Gud Luck in your SPM..chayok!!"lafazku tenang.Sedangkan dlm hti terasa ade duri yg mencucuk-cucuk hatiku.

Aku melalui minggu peperiksaan dengan tenang.Walaupun ada terasa kehilangan dan sayu tapi aku tetap maintain..Well..aku kan pro!!!(poyo je aku nie..)
Habis je exam,aku melangkah ke kelas.Target utama aku...itu diaa...(beg si Acap).Aku menyelitkan surat di dalam sebuah buku yg dia bawa.
Pagi esoknyer..aku mengirim mesej kepada Dila..
"Sorry guys..can\'t join u all today.See u soon..chow.."

Handphoneku tutup dan simcard ku simpan didalam dompet.Aku kini akan merantau ke Australia untuk tinggal bersama mak cikku disana.Harap-harap aku berpeluang menyambung pelajaran disana.Pemergianku ini tiada seorang kawanku pun yang tahu termasuk Dila.Dila akan ku kirim email sebaik shj aku tiba di sana.

(Acap sebagai aku)
Sementara itu,

"lor..nape lak si Han tu tak de.."kataku.
"Ntah,,dia hantar sms cmtu je kat aku.Bila aku reply tak dibalasnya.Call tak dapat.Call kat umah dia tak da org angkat.Diorg kene balik kampung kot."balas Dila panjang lebar.
Walaubagaimanapun,majlis perpisahan ini tetap berjalan seperti biasa.cuma aku terasa sepi disudut hatiku.

Di rumahku,
Aku mencampakkan begku di atas katil.Habis terkeluar semua isi peut beg aku.a hendak landing...Aik..ape lak nie..Surat untuk sape..
Kpd:Asyraf Daniel aka Acap...
Asyraf Daniel..hurm..mcm nme aku..eh..ni mmg nme aku la..maknenye surat ini untuk aku la..Yahooo...aku dapat surat..Entah sapela yang buta sgt jd PCC (peminat curi-curi) aku ni...isy2...xbaeknyer aku..

Bismillahirrahmanirrahim...
Sreeekkk(rakus sekali aku mengoyakkan surat itu)

Assalamualaikum...(jwb jgn xjwb..;p)
Yow bro?Pekabo?ko mesti ingt PCC yg tulis surt ni kan..jgn berangan la beb...Eh lupe...sebelum tu senyum sikit..kerut-kerut sikit..ok..hensem dh tu..ahakz..
Jap..jap..aku lupe lak the reason aku tulis surat ni..Han!!Jgn maen2!!..ko mesti ckp cmni kn..kalo aku kate aku lupe..Well..aku da tue..bukannya muda lagi mamcam ko..(padahal sebaya je..saja je nak bagi ko perasan lebih sikit..dah kembang la tu..hati-hati sikit..kang tak muat nk keluar pintu tu pak cik!!Hik3..)Isy..dh tersasar dr matlamat utama lak..
Han!!!
okay2..seyes2!!

asyraf,
tujuan aku menulis surat ini untuk menyatakan betapa bersyukurnya aku sebab kita dah habis sekolah.Knp?sebab tak perlula ko diganggu lagi oleh samseng2 taik minyak tu.Aku bengang betul dengan diorg ni.Ko jgn terkejut,sebenarnya aku tau ko minta couple and clash dgn aku demi your freedom.That why aku senang2 je setuju..kita kan kawan!!mai secawan!!..eh silap..Diorg msti nak tgk aku jatuh ms ko mntak clash dgn aku sehari sblm exam tu kn?tp sorryla..diorg salah judge aku beb..

asyraf,
sebelum ko mintak putus aritu kn..ak dh ready mental fizikal aku tau.Berkali-kali aku ingatkan aku cuma berlakon.Tapi..you know what?Masa ko lafazkan kata PUTUS tu..aku rasa tu seolah-olah pertama kalo aku dengar..sedih sangat-sangat...Aku tak tau kenapa..ko tau tak kenapa?..kalau ko tau..ko gitau aku ek..anggapla ko hutang aku jwpn untuk soalan tu..nanti bila2 ms kiter jumpe..ko jwbla yer..K la..pen aku dh kene saman ni..langgar traffic light merah..hehe..aku stop dulu la yer..Take care and good luck..

your ????,
Nurzaihan Saffiyah

Han..tu pun ko tak dapat agak ke..sebab dalam hati kau dan aku sedang mendendangkan lagu seiring senada.Nape ko bengap sangat Han..ko yg bengap atau aku yg slow cam sipot..Knp!!!!!!!
tuk..tuk...bunyi ketukan pintu dr luar..
aku segera membukanya..
"Niel..kamu tak apa-apa?"
"Ha?erk..Niel ok ma.."uiks..mak aku dengar ke..aku ngat ckp dlm hati je td...hehe..nasib baik tak kantoi..

Han,
Aku akan jwb soalan ko.Kita berdua pasti akan bertemu suatu hari nanti.Saat itu kau akan menjadi pemaisuriku.Percayala..

Percayala...
Kasihmu lama tersulam..
Di ruang...
(Ops..sorry..ternyanyi lak..)

AKU KAU>>JOM KITA SETELKAN

tujuh tahun kemudian....(Fiyah sebagai aku)

Di KLIA..
"Ouch.."
Cepokk...
"my handphone..."jeritku.
"My handphone too"aiseh..boleh plak dia ni smbung..
"Erm..sorry miss..i am running out of time.here your handphone.got to go.Assalamualaikum.."kata lelaki yang melanggarku dan terus berlalu dari situ.Aku masih berdiri disitu..terkebil2 mcm org bodoh.
Dia..ni...
"Arghh...dr aku buang masa fikir pasal lelaki tadi..baik aku pegi makan..Ada juga faedahnya.."Gendang gendut tali kecapi..kenyang perut suke hati...hehehe...

Waaaaaaaaa..rindunye nak balik rumah...

"Ayah...Ibu...."jeritku sambil berlari ke dalam rumah mencari kelibat ayah dan ibuku.Baru sampai di ruang tamu,ibu bapaku merenung tajam ke arahku..erk..aku ada buat salah ke??..1 minit..2 minit...

"Aduii...lupe...lupe..ok..ok.."aku menepuk dahiku sendiri sambil berundur semula keluar rumah..

"Assalamualaikum...ayah..ibu..."
aku memberi salam..(hehe..jangan tak tahu..adab nak masuk rumah..kalau tak jadi macam aku..kene rewind2 lak..hehe..)
"waalaikumussalam.."jawab ayah dan ibuku serentak sambil tersenyum.
Anak mereka ni tak ubah-ubah.I am the only daughter dh balik..siapa tak hepi kn kn...(cam orang pentig lak aku ni..Ini bukan masuk lif tekan button naik sendiri..tapi ini adalah satu realiti..hakikat yang terpaksa korang terima..ahahaha..)

Malam itu..
handphoneku berbunyi..ada message..

NIEL..KO TURUN TAK MALAM NI?

Niel?sape plak ni..

MAAF..AWAK NI SAPE?

WOI NIEL!!KO JANGAN NAK MERAPIK MERABANLA..MEMBER BAIK KO PON KO BOLEH LUPE..

Niel..niel..niel...sape niel?wait a minute!!
Erk..tak kanla..alahai!!
Aku mendail nomborku untuk mendapatkan kepastian..

Sementara itu..(Daniel sebagai aku..)

Handphoneku berdering meminta untuk diangkat,Lagu cuppy cake song berkumandang.Aik..ni nombor aku..hisy..nak angkat ke tak nak..angkat tak nak..angkat jela..

"Hello..assalamualaikum.."uiks..suara perempuan..
"hello..waalaikumussalam..cik ni siapa?"
"maaf mengganggu..awk..sy rs..rs..."
isy lembap tol minah ni cakap..mengeja ape!!
"rasa..rasa..RASA APE?"bentakku tak sabar..
"Rasa kita tertukar handphone..."laju perempuan tu menjawab.terkejut agaknya..
"ha?mksd awk?"
"Td..kat KLIA..awk langgar..."
"awak tht gurl kn>?"potongku..
"yup"
Oit..jap..kalo ni handphone dia and yg dia gune tu handphone aku..dan dia yg call aku..so mknenyer???Arghhh..tidakkkkkkk....my credit...
"Awak ni..suka-suka hati jer gune credit sy..ade minta izin ke x...bla..bla..bla..."

(Fiyah)

ceit mamat ni..membebel mengalahkan mak nenek.Ingat aku nak sangat gune kredi dia ni..ala..setakat seciput...aku ley byr la..

"Encik..sy nk pulangkan hp encik.esok jumpe di Coffee Bean House pukul 9 pg.Sharp!!"tanpa memberi peluang untuk dia berkata tidak aku terus memutuskan talian.

Keesokkan harinya,

"Assalamualaikum Encik...."
"Waalaikumussalam..Daniel.."
"Owh...Encik Daniel..This is your handphone."kataku sambil meletakkan handphone nyer bersama kad top up RM10...hehe.kenela bayar balik..
Dia tegamam.."Errr..tak perlula Cik.."
"Saffiyah"
"erm tak yahla cik Saffiyah..sy bergurau je semalam"
katanya sambil menolak kad top up tu..
Aku menolak kad top up tu semula.."tak pela Encik..sy serius.."
"Erk..sy tak mahu.."adegan tolak menolak kad top up berjalan beberapa saat..
"HAHAHHAHAHA..."pecah gelakku..
"kenapa awk gelak?"
"kita ni dah mcm budak kecil lak.."
kami ketawa bersama menyedari kebodohan kami sebentar tdi..

alang-alang dh ada kat sni..baik aku sarapan terus..lalu aku membuat order..dia pun same..suasana menjadi sunyi dan sepi...

"awakkk..."dia kelihatan ragu-ragu untuk meneruskan ayatnya..
"Kenapa?"
"Sy tak sangka ada lagi org yang gune handphone mcm sy nie..hehehe.."
"Awk ingt semua suka guna hp canggih-canggih je ke?Hp model Nokia 3315 ni best..campak sana sini pun jangka hayat dia masih pjg..hahahaha..."
"betul2"katanya sambil mengangguk-angguk dengan nada macm dlm citer upin dan ipin.
"Tp sy pelikla...tak kan masa saya call awk semalam..awk still tak perasan tu bkn hp awk?"
"Mksd awk?"
"yela..base from the ringtone ke ape ke.."
"Masalahnya..saya mmg pakai ringtone Cuppy Cake Song..."
"HAhahahah"..sekali lagi gelak kami bergema..

pertemuan kami diakhiri dengan saling bertukar nombor..

---------------------------------

Hmm...laki yg bernama Daniel ni memiliki sesuatu yang pernah aku rasai bersama...arghh..apa khbar si dia tu sekarang..i miss him a lot..bilakah kami akan bertemu..hutang ini perlu dilangsaikan..

-----------------------------------------------
Senyuman gadis tu dengan tahi lalat di hujung bibirnya look familiar to me.Dia mengingatkan aku kpd pemaisuriku..tp xmungkinla..permaisuriku tiada di Malaysia lgi..

"Helo...Acap...ko nga watpe?"
"Halo Dila..tak buat ape..duk saje2 je.."
"Eh..Han da balik Malaysia..tau x?"
"ha..yeke>?biler?>"
"seminggu yg lalu.."
ha..jd mungkin...
"eh la..name betul Han ape ek?"
"Nurzaihan Saffiyah."terduduk aku.memang sah!!!
"hello..helo...cap..oo..cap..."
"erk..hello..la..aku call ko esok2 ek..aku ada hal.."
Perkara ni mesti diselesaikan as soon as possible.tak boleh buang masa lagi.Dah 7tahun kitorang mmbuang wktu dengan sia-sia..

tanganku laju mendail nombor fiyah..

"Hello..Assalamualaikum fiyah..."
"Waalaikumussalam..Niel..ade apa?"
"Esok jumpe Niel kat Tasik Cendana ..pukul 3 petang k.."
"Okey..see you tomorrow.."
Huhu..tak mungkin aku lepaskan kau lagi..pemaisuriku..

(Fiyah)..

uiks..dh seminggu menghilang...tibe2 muncul balik..apa yang dia nak ek..isy..cuak aku..

Keesokkan harinya..

"Niel..kenapa diam saje?semalam kata ade hal nak cakap.."isy dia ni..dh jumpe senyap aje..
"Err..er.Niel nak lamar Fiyah..."
"Oooo..."kataku sambil mengangguk2 kepala..ingtkn apela tdi..ha?lamar aku?...
"Erk..so cmne?"
"Apa?awak dah gila ke..kiter bru kenal..jap sy kira.."sabtu ahad isnin selasa rabu..."ha...kiter kenal tak sampai seminggu pun..."
"tapi..Niel memang yakin dengan keputusan dan perasaan Niel.."dia nampak begitu yakin..aku menggaru-garu kepalaku yang gatal..(ada kutu ke?hehe..)
"Awak..jom ikut saya.."aku mengajakknya..
"nak pergi mane?"tanyanya kehairanan.
"Bengkel"balasku bersahaja.
"Bengkel?kenapa?untuk apa?"byk soal betul dia ni..
"saya nak suruh mekanik tu check kepala awak..kot-kot ada skru longgar ke wayar berbelit ke.."
"Stop it!!I\'m serious k!!"dia mendengus kegeraman.
"I am serious too..damn serious!!!Nonsense.."
"Fiyah..saya tahu susah untuk awak terima dan percaya kata-kata saya..tapi believe me..semuanya adalah satu realiti!!"dia memandangku dengan seribu harapan..aku terdengar keluhan dia..aku tak tahu ape yg sewajarnya aku buat sekarang..lepaskan Acap?hurmm...akhirnya..
"kalau camtu..Niel tanyala ibu dan ayah Fiyah..kalo diorang setuju..Fiyah ikut aje..hantarla rombongan..Fiya tak mahu bercinta..muktamad!!"aku memberi kata putus.aku pasrah sahaja pd keputusan ibu dan ayahku nanti.

Aku lihat mata nya bersinar-sinar..beberapa saat kemudian dia menjerit...
"Yesssss!!!!!Fiyah dah bagi green light!huhuhu!!!"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Setelah risik-merisik,aku dan Daniel bertunang dan akad nikah sekaligus..Di saat kami berdua-duaan di dalam bilik..(xde pencegah maksiatnye..don\'t worry..hehehehe)..

"Awak..saya tak fahamla..."kataku sambil duduk di sebelahnya.
"Awak?aik..syg dh jadi isteri abg..so kene panggil abg ape?"
"Bro??hehehe.."saje aku mengusiknya..
"apa?"bulat bji matanya memandangku.."Ngada-ngada ek.."
"yela...abg syg..cube terangkan pada Fiyah..kenapa?"
"syg tak dapat terima ke?"
"bukanla macam tu.."aku mengetap bibirku.geramnya tok sah nak katela..aku lihat dia tersenyum-senyum..
"Amboi..banyaknya kerut kat dahi syg tu..."sakatnya..aku hanya diamkan diri..dia masih tersenyum..dia menarikku agar rapat dengannya sambil memeluk tubuhku erat..
"kalau syg nak tahu..abg sebenarnya nak langsaikan hutang antara kita sekaligus menjadikan syg pemaisuri dalam hidup abg."
"Hutang?Pemaisuri?"confused!!
"syg pernah tanya,kenapa syg rasa sedih masa abg ucapkan kata putus dulu..jwpnnya...dalam hati kita ada cinta tanpa kita sedari..."
"Putus?"jap...aku fikir dulu...gosh!!!!maknanya.....
"Acapppppppp"aku menjerit kegirangan sambil mencium suamiku bertubi-tubi..(sorry..under control..reaksi diluar kawalan..ngeh3)
"uiks..syg nie...tak menyempat yerk!!"
Buzz..aku tersedar..adoii malunya..aku memalingkan wajahku..malu..malu..mana nak letak muka ni...
"Sorok je dalam baju abg...hehehe"
hisy..dia ni..tau-tau je aku tengah malu..tak hilang-hilang lagi perangainya yang suka menyakat tu..(ceh..kata org..aku ni dua kali lima jer..hehe..)
"abg..."panggilku manja..
"yer syg..dahla..jom kiter main2 yok.."ajaknya dengan mata yang galak..
"erk..gatal.."lantas ku mencubit lengannya..
"aduh..bisanya..tak sayang abg ek?tak mau kawan.."
Ya Allah..suami aku ke ni..macam budak-budak jer..hahaha..nasib ko la Han..
"meh sini cayam mucuk acam bacin.."
Aku menyandarkan kepalaku didadanya..dia mengusap-usap kepalaku dan mencium dahiku..
"Maafkan abg kerana terlewat menyedari perasaan ini"
Dan malam itu menjadi saksi kepada cinta kami.Rindu dendam antara kami terlerai sudah.Penantianku bertahun-tahun itu akhirnya terjawab.Kekalkanlah kebahagiaan ini buat selama-lamanya..Ya Allah..

Buatmu suamiku:

Abang,
Kesudianmu menerima diri ini
Merupakan satu penghargaan buatku
Kau ketuk pintu hatiku dalam diam
Meneraju takhta kerajaanku
Yang ku khaskan buat insan sepertimu
suamiku...

Abang,
Semoga hubungan yang terjalin ini
Sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah
Cinta yang kau pinta
Setia ku pertaruhkan
Terima kasih untuk segalanya syg..

forever love you,
Nurzaihan Saffiyah..

No comments:

Post a Comment