Monday, July 19, 2010

Badai Pasti Berlalu - 30

Betulkah apa yang dia lakukan sebentar tadi? Wajarkah dia menyimpul kasih dengan jejaka tampan itu? Bagaimana dia dengan mudah mempercayai ketulusan sekeping hati milik lelaki itu? Apakah perasaannya yang sebenar terhadap lelaki itu? Cintakah dia kepada kaum adam itu? Jatuh kasihkah dia pada seraut wajah tenang itu? Mereka baru beberapa kali bertemu empat mata lalu, bilakah kasih mereka mula bertaut? Iman mengimbau setiap detik yang berlalu, setiap kali mata bertemu, setiap irama hati yang berlagu.



Sayang? Entahlah. Ismail merupakan lelaki pertama yang hadir di dalam hidupnya selepas abah. Kasih dan sayangnya pada abah amat pasti, tulus dan suci tapi, bagaimana pula sayangnya pada lelaki itu? Wujudkah perasaan sayang seorang Iman Nuraina terhadap Ismail Syafiq? Iman tidak pasti, dia masih tercari-cari di mana letaknya rasa itu di dalam dirinya. Di sini? Di sana? Iman buntu, rasa itu ada tapi, Iman tidak tahu di mana?



Rindu? Hati Iman detik. Ya, dia sudah mula merindui lelaki itu padahal baru sebentar tadi Ismail Syafiq menghantarnya pulang. Adakah rasa yang terdetik ini bermakna dia cintakan lelaki itu? Sungguh! Amat sukar untuk Iman mengungkapkan perasaannya saat ini. Apa yang penting, dia senang sekali dengan kehadiran lelaki itu di dalam hidupnya saat ini. Ah! Rindunya dia pada Ismail…



Bunyian nyaring telepon tangan miliknya menyedarkan Iman dari terusan melayan perasaan. Hatinya berkocak hebat, gentar. Iman menjauhkan sedikit tubuhnya dari Fatin di sebelah yang sudah pun terlena. Comforter di tarik menutupi mukanya. Nafas di tarik panjang lalu di lepaskan perlahan-lahan.



“Hello sayang…” Terdengar suara Ismail di hujung talian.

“Erm… Ismail, ada hal apa awak telefon saya ni?” Perlahan sekali suara Iman.

“Iman, saya rindu… awak rindukan saya tak?” Ismail berbisik perlahan. Iman kehilangan kata.

“Rindu? Kan kita baru je jumpa tadi, takkan dah rindu kot. Ismail, awak di mana ni?” Balas Iman walaupun dia turut mengalami rasa yang sama dengan lelaki itu.

“Yup, rindu sesangat. Saya kat rumah, baru aje sampai. Iman, esok saya hantar awak balik ya.” Pinta Ismail.

“Balik mana? JB? Tak mengapalah.” Awal-awal Iman menolak.

“Bukan, lusa saya kerja sayang. Bas awak pukul 2.30pm kan? So, I’ll fetch you around 10am, kita breakfast and after lunch saya hantar awak kat Pudu, boleh?” Terang Ismail. Dia ingin bertemu lagi. Pertemuan semalam masih tidak berjaya meleraikan rindu di hatinya terhadap gadis itu.

“Erm, tapi tak bolehlah Ismail, saya dah janji dengan Fatin. Sepatutnya, malam ni saya spend masa dengan dia tapi, awak paksa saya keluar tadi, kan? Kita jumpa bila awak turun JB ajelah nanti. Bagaimana, boleh?” Ismail di hujung talian mengeluh perlahan.

“Iman, please… please sayang… saya mesti jumpa awak… Iman… please…”



Seketika, Iman mendiamkan diri, memikirkan kewajarannya untuk menerima cadangan Ismail itu. Mendengarkan suara Ismail yang merayu, penuh berharap begitu dia jadi tidak sampai hati untuk menolak. Dia tidak mahu menghampakan namun, dia juga mengutamakan perasaan sahabatnya Fatin. Dia akan mengajak Fatin, mungkin juga ini kesempatan untuk dia memperkenalkan Ismail Syafiq kepada gadis itu.



“Ok-oklah, kita jumpa. Awak ni memang tau, suka sangat memaksa orang. Tak ada kerja lain eh? Lagi satu, next time tolong jangan merayu-rayu macam gitu lagi, buruk sangat… macam budak kecik aje, awak tahu tak!” bebel Iman geram, Ismail menghamburkan gelakan yang kuat di hujung talian.

“Alah… dah tu awak tu yang susah sangat nak ikut cakap saya, siapa suruh?” Selamba Ismail menjawab.

“Ewah… sedapnya nak suruh orang ikut cakap dia eh! Banyak handsome! Oklah Ismail, dah lewat, saya nak tidur ni. Kita jumpa esok, ok?” Ujar Iman. Jam sudah menunjukkan angka 12.30am.

“Iman sekejaplah… Iman, awak sayang saya?” Pertanyaan Ismail membuat lidah Iman kelu. Terlalu awal untuk dia mengatakannya kepada lelaki itu.

“Erm…”

“Erm… tu tanda apa? Iman… sayang saya tak? Iman…” Ismail mengulang pertanyaan itu sekali lagi. Dia tetap tidak mahu mematikan talian, masih juga merayu-rayu seperti tadi menunggu jawapan Iman.

“Hah, tengok merayu lagi! Kan saya sudah pesan tadi, awak tak ingat ya, hmm?” Tegur Iman.

“Ismaillll…” Jerit Iman agak kuat tatkala mendengar rayuan Ismail yang lebih hebat dari tadi. Ya Allah, lelaki ini memang tidak makan saman!

“Sayang…” Hendak tak nak Iman terpaksa juga menjawab. Talian terus di matikan.



Iman segan menantikan reaksi Ismail di hujung talian. Kalaulah lelaki itu melihat wajahnya saat ini, merah bagaikan udang yang terbakar. Malunya! Iman menutup wajahnya yang hangat dengan bantal kecil. Belum seminit, teleponnya berbunyi menandakan ada mesej di terima.



‘Iman, sayang sikit ke sayang banyak?’



Iman tersenyum membaca mesej nakal dari Ismail itu. Sayang? Ya, dia sayangkan Ismail. Sikit ke banyak? Iman melekapkan telapak tangannya di dada, cuba mencari rasa itu? Oh, baru secebis cuma. Jarinya pantas membalas.


‘Kalau sikit ajer boleh tak?’



‘Erm… love me?’


Sekali lagi SMS di terima dari Ismail. Iman terkedu, apa yang perlu di balasnya? Sudah adakah perasaan suci itu di hatinya terhadap Ismail? Iman pantas mengira sepuluh jemarinya, berselang-seli mencari jawapan, positif atau negatif? Cinta? Tidak? … Tidak? Cinta? Tidak? … Tidak? … Tidak??? Argh… hati Iman tidak boleh mempercayai jawapan itu, karut!


‘Tak tahu…’

‘kenapa tak tahu pulak? Iman… love me?’

Oh, My God! Ismail suka sangat mendesak dirinya. Tidak bolehkah lelaki itu bersabar? Iman memikir-mikirkan alasan untuk mengelak. Dia menguap beberapa kali.

‘Ismail… saya ngantuk sangat ni… esok kita sambung boleh?’

Iman berdalih. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang perlu di jawab. Dia tidak mampu untuk mengungkapkan perkataan keramat itu buat masa ini. Hatinya tidak pasti, dia benar-benar keliru!



‘Ok, I’ll wait 4 ur answer! Jgn cuba2 nak lari eh! gud nite.’


Iman terkedu. Nampaknya Ismail tidak main-main, pasti lelaki itu akan terus menagih jawapan darinya. Dan, Iman akan terus berlari selagi terdaya, dia hanya akan menamatkan larian setelah pasti dengan hati dan perasaannya kepada lelaki itu.



‘:P gud nite…’



‘Sweet dream, mimpikan saya ya, muahsss kat pp kiri awak, muahsss kat pp kanan awak. ;)’



Iman megusap pipi kirinya, kemudian beralih ke pipi kanannya pula. Bagaikan terasa ciuman hangat dari Ismail Syafiq untuk dirinya. Mata di pejam rapat, dia tersenyum bahagia. Ah! Lelaki itu memang nakal, sering saja membuai perasaan wanitanya. Kini, Iman mula mengumpulkan rasa-rasa yang saat ini memenuhi segenap ruang hatinya, bertaburan dan berterbangan bebas. Di kutip, di pungut, di sambar lalu di satukan menjadi segumpal rasa yang sangat jitu. Buat sekian kali, bibirnya mengukir senyuman indah.

No comments:

Post a Comment