Wednesday, July 14, 2010

Badai Pasti Berlalu - 28

Sementara menantikan kepulangan Fatin, Iman merehatkan diri selepas di hantar pulang oleh Haziq sebentar tadi. Agak lama dia ketiduran di atas sofa ruang tamu kondominium mewah itu. Tentu Fatin sudah pulang kerana TV yang di pasangnya sebentar tadi kembali tertutup. Dia bingkas bangun sesaat ternampak kelibat Fatin yang berjalan menuju ke ruang tamu. Ada sebekas ais krim coklat Walls di tangan gadis itu.



“Iman, tadi ada orang call handset kau, aku jawab. Nanti dia telefon balik.” Beritahu Fatin seraya duduk di sofa.

“Siapa? Dia nak apa?” Iman bertanya walau hatinya bagaikan sudah tahu siapa gerangan yang membuat panggilan itu.

“Entah… ‘kawan terpaksa’ kau kot! Dia tak cakap pulak nak apa. Dia nak kau aje agaknya…” Jawab Fatin selamba. Iman membaling patung kepala Garfield yang ada di tangannya. Balingan itu mengenai badan Fatin walaupun gadis itu cuba mengelakkan diri.

“Ceh, tak guna punya kawan...” Jerit Fatin seraya membaling kembali bantal tadi ke arah Iman. Seketika keadaan ruang tamu itu bergema dengan gelak ketawa mereka berdua sebelum kedua-duanya duduk menikmati ais krim coklat bersama-sama sambil menonton TV.



Sewaktu sedang menonton siaran berita Buletin Utama Iman menerima panggilan daripada Ismail Syafiq. Lelaki itu sudah pun sedia menanti dirinya di tingkat bawah. Pasti Fatin yang memberitahu lelaki itu alamat rumahnya ini. Tidak mahu menghampakan, Iman bersiap ringkas, meninggalkan Fatin bersama-sama adiknya yang baru pulang dari kuliah. Langkahnya terasa berat lantaran sudah mengatur janji untuk keluar bersama-sama Fatin dan adiknya malam ini. Rasa bersalah menguasai diri walaupun Fatin sendiri yang beriya-iya menyuruhnya memenuhi permintaan Ismail itu. Iman keliru, mengapa dia mesti memenuhi permintaan Ismail. Ini bukan sebuah permintaan tapi lebih kepada sebuah paksaan. Ismail memaksa, mendesak dirinya sebentar tadi!



“Sudah lama awak sampai?” Tanya Iman sekadar berbasa-basi. Ismail diam tidak menjawab. Dia berpusing membukakan pintu kereta untuk Iman. Wajah itu tegang, langsung tiada senyuman.

“Bila balik JB?” Agak lama baru lelaki itu bersuara.

“Esok petang. Ismail, kita nak ke mana ni?” Tanya Iman.

“Erm, dah berapa hari kat sini?” Tanya Ismail lagi. Iman menjeling, geram kerana pertanyaannya tidak di jawab.

“Dari hari selasa, kenapa?” Acuh tak acuh saja Iman memberi jawapan.

“Oh, lama dah... Nasib baik saya telepon hari ini kan? Kalau tidak…” Lelaki itu berkata perlahan.

“Kalau tidak apa?” Pintas Iman.



Ismail hanya senyum sinis. Jemarinya rancak mengetuk-ngetuk stereng kereta, ekor mata hitamnya melirik ke arah Iman di sisi. Iman buat-buat tidak tahu, wajah gadis itu di fokuskan ke arah depan. Kalau bukan kerana desakannya sebentar tadi mana mungkin Iman mahu keluar dengannya. Nasib baik dia berjaya mempengaruhi Fatin walaupun dia sendiri tidak mengenali teman Iman itu. Semenjak tengah hari tadi hati Ismail tidak tenang. Dia di landa rasa sakit hati yang amat. Entah mengapa dia jadi cemburu tatkala mengetahui Iman keluar dengan lelaki lain. Dan, kerana perasaan itu, dia memaksa Iman keluar dengannya malam ini.



Kereta yang di pandu Ismail meluncur laju membelah lebuhraya. Lampu neon di kiri kanan jalan memercikkan cahaya jingga, menerangi kegelapan malam yang suram. Iman membisu lantaran pemuda di sebelahnya yang seakan tidak mahu berbicara dengan dirinya, masih tidak puas hati barangkali. Mata bundarnya meneliti setiap inci sudut dalam kereta BMW model lama yang di pandu Ismail. Kemas dan nampak begitu klasik sekali. Mungkinkah mereka berdua mempunyai citarasa yang sama? Iman begitu minat dengan model BMW yang lama ini. Dia memasang impian untuk mendapatkan kereta ini suatu hari nanti. Tapi, milik lelaki itukah kereta ini? Bukankah dulu dia selalu memandu kereta Honda CRV?



‘Alah…entah-entah Honda tu kereta pinjam, sajalah tu nak berlagak dengan aku. Apa ingat aku ni mata duitan! Senang aje nak tergoda dengan lelaki macam kau! Kutuk Iman dalam hati, bibirnya di cebik.

'Dasar lelaki...'


“Ismail!!!” Iman menjerit kuat. Kereta berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu isyarat. Tubuhnya terdorong ke depan. Potong stim betul! Macam tahu-tahu aje aku tengah mengutuk dia, desis hati Iman.

“Hah! Padan muka. Tulah siapa suruh awak berangan?” Ujar Ismail. Dia mengekek ketawa, gelihati melihat wajah pucat gadis di sebelahnya itu. Sengaja dia menekan brek secara mengejut begitu.

“Ismail! awak ni memang tau!” Marah Iman, kembali membetulkan kedudukannya.

“Mesti awak tengah sedap-sedap mengutuk saya tadi kan?” Duga Ismail dengan tawa yang masih bersisa.

“Dah tu awak ingat saya nak puji awak? Buang masa saya saja tahu tak!” Balas Iman selamba. Wajahnya yang masih kelihatan pucat di pandang ke luar tingkap.

“Tak baik tau mengata orang, berdosa…” Usik Ismail lagi. Dia senang sekali melihat wajah masam Iman saat itu.



Keadaan kembali sepi. Iman sedang berusaha untuk menenangkan hatinya yang membara. Dia tidak mahu terus-terusan bertikam lidah dengan Ismail Syafiq. Tiada gunanya, lalu biarlah dirinya yang mengalah. Dia tidak mahu mengundang sebarang musibah kepada dirinya.



“Ismail, awak nak bawa saya ke mana ni?” Iman bertanya, agak lama baru dia teringat kembali untuk bertanya. Hatinya gusar, sangsi dengan kejujuran Ismail saat itu.

“Kenapa? Takut dengan saya?” Ismail bertanya sinis. Tiba-tiba Iman rasa menyesal kerana menerima perlawaan lelaki itu.

“Ismail… saya tidak mengenali siapa awak yang sebenar-benarnya. Wajarkan kalau saya curiga dengan diri awak. Mana tahu kalau-kalau awak ni bapak ayam ke? Penculik ke?” Ismail tergelak besar, mematikan kata-kata Iman yang seterusnya. Tapi, kenapa sebentar tadi dia langsung tidak terfikirkan mengenai hal itu?

“Awak mengesyaki saya Iman? Saya kan kawan awak. Tapi tak apalah, sekarang ni, saya nak culik awak bawa pergi jumpa mummy, boleh?” Kata-kata Ismail menambah ketakutan di hati Iman.



Mummy? Ibu ayam ke? Seketika, bulu romanya meremang, badannya terasa seram sejuk. Iman resah di tempat duduknya, dia terasa seperti ingin segera melompat keluar dari kereta. Wajah Ismail yang tekun memandu di pandang lama cuba mencari jawapan. Tapi, kenapa wajah itu nampak begitu indah di matanya, mengapa tiada walau segaris riak kejahatan yang terukir di situ. Malah, matanya sempat terpaku seketika pada lesung pipit yang lekuk di pipi kiri lelaki itu, manis sekali! Atau, adakah semuanya tadi hanya sekadar gurauan nakal oleh lelaki itu. Sungguh! Iman di landa ketakutan, berbagai-bagai perkara buruk terlintas di fikirannya. Ya Allah, Iman hanya mampu berdoa supaya dirinya di lindungi oleh ilahi.



“Ismail, siapa awak sebenarnya? Jangan buat saya takut begini.” Luah Iman, resah sekali. Sungguh! Dia di hantui ketakutan saat ini. Dia tidak sepenuhnya mengenali lelaki itu, wajah itu datang dan kemudian menghilang begitu saja.

“Iman, awak takut dengan saya? Jangan bimbang, ok? So, apa yang awak nak tahu tentang diri saya?” Soal Ismail dengan suara perlahan. Dia tidak mahu terus-terusan menakutkan Iman, gadis kesayangannya.



Ismail memandang riak bimbang di wajah Iman. Gadis itu kelihatan betul-betul keresahan. Garang sangatkah raut wajahnya sehingga di takuti oleh gadis di sisinya itu. Marahnya sudah reda, jiwanya sudah kembali tenang. Wajahnya juga sudah kembali ceria malah ‘mood’ nya begitu baik sekali sebaik berada dekat dengan gadis itu.



“Semuanya kalau boleh.” Jawab Iman yakin sekali. Dia mula mengumpulkan kekuatan diri.

“Amboi… semuanya? Erm… ok, nak mula dari mana ek? Nama saya boleh?” Tanya Ismail.

“Erm… mana-manalah.” Balas Iman tidak sabar.

“Ok, nama saya Ismail Syafiq bin Ibrahim, umur 29 tahun, anak bongsu 4 beradik, asal dari Kajang, lagi apa ek? Tinggi, berat semua awak nak tahu ke?” Terang Ismail panjang.

“Itu saya sudah boleh agak. Your job?” Tekan Iman.

“Oh, yang awak katakan tadilah, bapak ayam merangkap penculik terhormat…”

“Ismail!!!” Jerit Iman. Rona wajahnya semakin pekat. Dia geram terus di permainkan begitu.

“Ok, ok, I’am a Project Manager, single and available, puas hati?” Jawab Ismail dalam ketawa yang masih bersisa.

“Saya peduli apa kalau awak single ke, available ke, bukan ada kaitan dengan saya pun!” Balas Iman selamba.

“Betul ni tak peduli, hmm? Awak tak takut ke keluar dengan saya ni? Entah-entah saya ni sudah berpunya, tunangan orang ke, suami orang ke, bapak budak ke, awak tak takut? Tak rasa bersalah?” Tanya Ismail dengan senyuman nakal, sengaja dia ingin menduga riaksi gadis itu.



Iman memberikan jelingan tajam, malas melayan lelaki itu. Ismail bersiul-siul kecil, mengikuti alunan muzik di corong radio. Lelaki itu kelihatan begitu gembira sedangkan hati Iman bagaikan hendak pecah di serang rasa bimbang. Dan kini, dia di landa pula satu persoalan. Benarkan Ismail Syafiq sudah berpunya? Kalau benar, bagaimana dengan hatinya? Tiba-tiba Iman jadi tidak keruan, jiwanya meruntun hiba, semangatnya hilang entah ke mana.

No comments:

Post a Comment