Wednesday, July 7, 2010

Badai pasti berlalu - 25

KLCC. Setelah penat merayau di dalam pusat membeli belah yang terkenal itu, mereka singgah makan tengahari di Asian Flavours Food Court di aras 4 Suria KLCC. Semalam Fatin telah membawanya ke sekitar Dataran Merdeka, CM dan Petaling Street. Iman mengambil kesempatan itu untuk membeli beberapa cenderahati dan ole-ole untuk ibu, Irma dan rakan sekerjanya. Walaupun harganya murah namun dia berpuas hati jika dapat membelikan sesuatu untuk mereka semua sebagai tanda kenang-kenangan. Di Suria KLCC ini tiada apa yang dibeli, semuanya agak mahal, dia hanya menemani Fatin membeli beberapa pasang kot kerja di butik Zara. Namun begitu, Fatin ada membelikan dia sepasang blaus berwarna merah jambu di Laura Ashley. Gadis itu berkeras mahu dia memilih sepasang baju walaupun dia menolak, Iman sedar dia tidak layak untuk memakai baju semahal itu.



“Assalamualaikum, saudari ni Iman kan, Iman Nuraina?” Seorang lelaki berkemeja biru lengkap bertali leher tiba-tiba datang menyapa Iman yang sedang memilih makanan di medan selera Suria KLCC.

“Ya, saya Iman Nuraina, kenapa? Dan, a...wak siapa?” Tanya Iman ragu-ragu. Jasad lelaki itu di pandang tidak berkelip.

“Iman, akulah. Kau tak kenal ke?” Sambut lelaki itu girang sekali.

“Siapa? Saya tak kenal pun.” Iman mengerutkan dahi, cuba mengingati seraut wajah di depannya saat itu.

“Hei… aku Haziq, Imran Haziq lah. Takkan tak kenal kot. Kau ni Iman…..” Sesaat terukir senyuman kecil di bibir Iman. Baru kini mindanya dapat mengenali seraut wajah yang ternyata sudah banyak berubah. Hanya dua pasang lesung pipit yang masih setia di wajah jejaka itu.

“Haziq? Laaa… kau ke ni? Ingat mamat manalah yang kenal aku kat KL ni. Kau ni buat terkejut aku je tau. Nasib baik aku tak ada penyakit jantung, kalau tidak percuma aje aku mati terkejut hari ini tau.” Iman bersuara ceria, sebelah tangannya mengusap dadanya perlahan. Sungguh! Dia terperanjat sebenarnya, masakan ada orang yang mengenali dirinya yang baru 2 kali menjejakkan kaki di bumi KL ini.

“Iman, sekarang ni kau tinggal kat KL ke? Kau datang sini seorang saja ke?” Laju Haziq bertanya. Iman pantas menggeleng menidakkan pertanyaan lelaki itu. Jarinya mengarah mata Haziq ke arah Fatin di meja sudut. gadis itu melambai tangan ke arah mereka.

“Kau pula buat apa kat sini? Dating ya?” Duga Iman.

“Aku lunch hour sekarang ni, tu yang makan kat sini.” Jawab Haziq.

“Eh, jom joint aku kat meja tu.” Iman berjalan mendahului Haziq, lelaki itu berjumpa kawan-kawannya sebelum menyertai Iman dan Fatin. Iman memperkenalkan Fatin kepada Haziq sebelum gadis itu bangun mengambil makanan.



“Tak sangka pulak jumpa dengan kau, macam tak percaya. Dah lama kita tak jumpa eh. Lebih dari 12 tahun kan?” Haziq memulakan perbualan.

“Erm… kau tu yang lupakan aku. Sejak pindah langsung tak kirim khabar berita kat aku. Aku jer yang dok teringat kat kau…” Ada nada rajuk dalam sebaris ayat Iman itu. Haziq hanya tersengih, mungkin menyedari akan kesalahan dirinya.

“Bukan tak ingatlah. Tak lama lepas pindah dari JB family aku pindah Canada. Ayah aku further study dia kat sana. After 5 years, dia orang balik aku tinggal kat sana lagi. Aku pun masa tu sibuk dengan study, ambil degree then further study for master. Lepas kerja kat sana 3 tahun baru aku balik sini. Sorry ya Iman?” Terang Haziq panjang lebar. Iman hanya mengangguk tanda mengerti, dia tiada hak untuk marah mahupun berkecil hati dengan lelaki itu.



“So, berapa lama kau kat sini?” Sambung Haziq.

“Ahad ni aku baliklah. Mak dan abah kau sihat? Mereka di mana sekarang ni Ziq?” Ingin sekali Iman mengetahui keadaan ibu dan bapa Haziq yang baik hati itu.

“Alhamdulillah sihat. Aku tinggal dengan merekalah sekarang ni, dekat Ampang Jaya. Kau nak jumpa mereka?” Pelawa Haziq.

“Erm, boleh juga. Dah lama betul aku tak jumpa mak dan ayah kau. Pasti sudah banyak yang berubah, kan? Entahkan mereka kenal aku lagi ke tidak agaknya.” Haziq hanya tersenyum kecil mendengar bicara Iman itu.

“Aku confirmed 100% mak dan ayah aku memang tak kenal kau Iman. Iyalah, dulu kau kan tomboy, rambut pendek, dah tu kasarnya ya Allah! Dan, sekarang ni pulak kau nampak lain sangat. Rambut dah panjang, ayu, sopan… bak kata pujangga… macam perempuan melayu ter…akhir gitu…” Tekan Haziq di pengakhiran bicaranya.

“His… kau ni kan Ziq dari dulu suka sangat usik aku tau! Ni yang aku rasa macam nak marah ni…” Tegur Iman. Wajahnya bertukar rona. Dia segan sebenarnya dengan kata-kata lelaki itu. Haziq tergelak besar dengan riaksi Iman itu.

“So, Ibu kau macam mana, sihat?” Tanya Haziq setelah berhenti dari ketawa. Iman mengangguk seraya memberi laluan kepada Fatin yang ingin mengambil tempat duduknya.

“Eh makanlah, korang ni kan, berbual sampai tak ingat nak makan. Hah, kau ni Iman, tadi mengadu lapar sangat. Takkan jumpa member terus kenyang kot…” Tegur Fatin selamba sekali.



Banyak yang mereka bualkan dan sempat bertukar nombor telepon sebelum Haziq meminta diri kerana waktu rehatnya sudah tamat. Sebelum pulang, Iman dan Fatin singgah di gedung buku Kinokuniya yang juga berada di aras 4. Seketika, Iman begitu kagum dengan suasana dan susun atur gedung buku dari negara matahari terbit yang di rasakan antara yang terbesar di Malaysia itu. Menurut Sufi, tidak sah kalau tidak singgah ke Kinokuniya kepada sesiapa yang pergi ke KLCC terutama kepada para ulat buku seperti Sufi itu. Dan kini, Iman terpaksa bersetuju dengan kata-kata gadis itu. Iman turut membeli dua buah buku ilmiah untuk bacaan di waktu senggangnya.



“Wei Iman, kau tak pernah bagitahu aku pun yang kau ada member se ‘handsome’ mamat tadi tu ek. Aku sukalah tengok muka dia tu…” Ujar Fatin sewaktu mereka berada di dalam lif. Iman tersenyum kecil. Memang dia akui Haziq mempunyai seraut wajah yang tampan yang pasti menjadi gilaian ramai wanita.

“Kau tak pernah tanya, macam mana aku nak bagitahu. Lagi satu, jangan nak mengada suka-suka tengok muka Haziq tu. Muka encik abang kau yang cute tu nak letak kat mana? Billboard?” Jawab Iman selamba. Tangan Fatin yang ingin mencubit lengannya di sambar pantas.

“Kau ni kan asyik nak mencubit ajer kerjanya eh.” Komen Iman.

“Alah… dengan kau ajer jari aku ni gatal nak mencubit, dengan orang lain tak pulak. Aku sendiri pun hairan…” Iman mencebik bibir ke arah Fatin di sisinya.

“Iyer lah tu. Entah-entah dengan encik abang kau pun sama jugak tak? Lebih teruk lagi agaknya kau kerja kan dia eh. Lebam sana, lebam sini.” Duga Iman nakal sekali. Fatin ketawa besar sekalian mencubit lembut lengan Iman. Pandangan pelik beberapa orang yang turut berada di dalam lif itu membuatkan mereka terdiam untuk seketika. Bicara dan tawa mati serta-merta, Fatin memusing-musingkan mata hazelnya, nakal sekali.


“Tapi kan Iman, Haziq tu memang handsome lah, nampak macam budak baik-baik, suci murni ajer muka dia eh. Aku tengok dia macam suka dengan kau jer. Tenung kau semacam jer. Kau dengan dia ada apa-apa ke?” Soal Fatin sebaik melangkah keluar dari pintu lif. Iman pantas menggeleng.

“Hish… mana adalah. Lebih dari 12 tahun baru hari ni kami jumpa tau. Haziq tu rakan sepermainan aku masa kecil dululah. Mak dengan ayah dia baik sangat dengan aku tau Fatin. Aku sayangkan mereka. Sayang... sangat.” Terang Iman agak panjang. Seketika dia membayangkan wajah lembut kedua ibu bapa Haziq itu.

“Oooo… macam tu. So, dengan Haziq kau 'sayang sangat' juga ke?” Usik Fatin. Iman menjengilkan matanya.

“Alamak! lupa pulak aku. Kau kan 'sayang sangat' kat ‘kawan terpaksa’ kau tu, kan Iman? Siapa nama dia? Apa khabar mamat tu sekarang eh?” Tanya Fatin laju. Iman menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Dia tidak berminat untuk membawa hati dan fikirannya kepada lelaki itu lalu membuat perasaannya jadi tidak menentu, sendu dan rindu menjadi satu.

“Eh, kelmarin kau janji nak cerita kat aku pasal mamat tu kan? Ceritalah Iman…” Fatin mula merengek manja. Gadis itu masih lagi dengan tabiatnya yang satu itu.

“Cik Fatin sayang…. bila masa pulak aku janji dengan kau ni? Bukan kau ke yang buat janji sendiri, hmm?” Balas Iman seraya mencubit pipi gebu Fatin. Fatin di sisinya mengaduh kecil.

“Jom kita balik.” Kata Fatin dengan sengihan manjanya seraya meraih lengan Iman. Mereka beriringan melangkah ke tempat kereta.

No comments:

Post a Comment