Wednesday, June 23, 2010

Tiada Noktah Cinta - 99

Kandungan Sara kini berusia lima bulan. Perubahan bentuk fizikal begitu ketara. Perutnya semakin membesar. Dia juga sering keletihan. Kini segalanya dikawal. Haikal tidak membenarkan sebarang kerja dilakukan olehnya. Dia rasa teramat bosan. Dia duduk disofa. Pagi begini semua penghuni rumah keluar bekerja. Mungkin mamanya kepasar. Dia tiba-tiba teringat pertengkarannya dengan Haikal beberapa hari lepas tentang pengajiannya yang kini terpaksa ditangguhkan kerana keadaannya itu.

“Abang nak Sara berehat sehingga bersalin. Abang tak mahu Sara terlalu memaksa diri. Sara terlalu lemah. Sara cepat penat. Nanti membahayakan diri Sara dengan baby,” pujuk Haikal agar Sara memahami niatnya. Sara tahu setiap arahan Haikal dia perlu patuhi tapi tidak kali ini. Dia tak mahu menangguhkan pengajiannya.




Dia bangun menentang mata Haikal. Marah.

“Sara tak peduli. Sara nak teruskan jugak walau apapun yang terjadi. Abang tak boleh halang Sara. Sara tak mahu tangguhkan pengajian. Nanti banyak yang tertinggal. Lambat pulak nak habiskan,” lawan Sara.

“Sara jangan nak degil. Abang kata tangguhkan, Sara kena ikut cakap abang. Jangan nak menderhaka.” Haikal tiba-tiba melenting. Marahnya naik kekepala. Fikirnya Sara semakin keterlaluan. Sabarnya sudah hilang.

Tiba-tiba pintu biliknya terkuak. Tersembul mama dan papanya. Ketika melintas bilik mereka tadi Datuk Hisham dan Datin Halimah terdengar suara seperti orang sedang bergaduh. Sudah pasti Sara dan Haikal sedang bertegang urat lagi.

“Apa hal ni, Kal? Sara? Tak elok bertengkar macam ni. Sara tengah mengandung tu. Sabarlah sikit,” tegur mamanya. Haikal mendengus marah. Sara sudah menangis dikatil. Datin Halimah mendapatkan menantunya. Datuk Hisham memandang Haikal.

Sejak Sara mengandung semakin kerap mereka bertengkar. Kadangakala hampir tak terkawal. Terpaksalah mereka masuk campur untuk meleraikan keadaan.

“Kenapa ni? Cuba cakap dengan mama. Kita bincang elok-elok. Jangan nak melenting aje. Tak elok untuk kandungan,” pujuk Datin Halimah pada menantunya. Diusap belakang Sara perlahan. Tangisan Sara reda sedikit.

“Mama tanyalah pada abang tu. Semua cakap dia kita nak kena ikut. Dia buat Sara macam banduan, ma. Semuanya tak boleh buat. Baik kurung aje Sara dalam penjara, lagi baik. Menyampah betul la,” adu Sara dalam tangisannya.

Datin Halimah memandang pula wajah anaknya meminta penjelasan darinya pula.
“Kal suruh Sara tangguhkan dulu pengajian dia sampai dia bersalin. Bukannya lama sangat. Lepas tu sambung la balik. Bukannya Kal nak halangpun. Tapi buat masa sekarang ni, Kal nak dia banyak berehat. Itupun dia tak faham. Kal buat macam ni sebab Kal sayang dekat dialah. Takut apa-apa jadi dekat dia,” terang Haikal sebab mengapa mereka bertengkar.

Kini barulah mereka mengerti. Datin Halimah tersenyum memandang menantunya. Dia tahu Sara bosan. Haikal selalu balik lambat dari pejabat. Dia tiada teman. Jadi sifat memberontak menguasai dirinya. Emosinya terganggu.

“Sara, dengar apa yang mama dengan papa nak cakapkan ni. Kami sayang sangat dengan Sara. Kal pun macam tu jugak. Kal buat macam tu bersebab. Dia tak mahu Sara sakit. Nanti kalau apa-apa jadi macamana? Sara juga yang menanggungnya,” pujuk mamanya pula.

“Sara bosanlah, ma. Asyik kena kurung. Tak boleh buat apa-apapun. Makan tidur je. Sara lemas macam ni,” bantah Sara lagi.

“Okeylah. Hujung minggu ni kita pergi shopping. Dua hari tu abang ikut cakap Sara. Kalau KLCC tu Sara nak bawak balik pun tak apa. Abang sanggup tunaikan. Tapi, tolonglah jangan berperangai macam ni. Pening kepala abang tau tak.” Haikal pula memujuk. Suaranya yang tegang sebentar tadi kembali kendur.

“Lepas tu tiap-tiap hari abang balik lambat. Entah-entah pergi dating dengan sesiapa ataupun jumpa Sherry semula. Mana Sara tahu sebab abang dah kurung Sara,” tingkah Sara lagi. Hampir ketawa mama dan papanya mendengar kata-kata Sara.

“ALLAH....... dah Sherry pulak. Abang tak jumpa dengan dia dah. Percayalah. Abang tak pergi mana-manapun. Tak percaya call Joe. Sara boleh tanya dia. Dengan satu isteripun abang dah hampir habis nyawa, inikan pulak nak cari lagi satu. Mati terus abang,” balas Haikal. Dia hendak ketawa tetapi terpaksa ditahannya takut Sara tersinggung lagi. Moodnya tak baik. Nanti semakin panjang rajuknya. Perangai mengalahkan budak-budak semenjak mengandung ni.

“Kalau Haikal tak sempat nanti papa bawa Sara, okey? Mamapun boleh, kan mama?” pujuk Datuk Hisham pula setelah lama mendiamkan diri. Dia hanya menyaksikan pertelingkahan antara mereka sahaja.

“Tak apalah papa. Biar abang Kal aje yang bawa,” akhirnya amarah Sara menurun. Dia mengalah. Haikal menarik nafas panjang seakan-akan melepaskan satu bebanan berat yang sedang dipikulnya.

Entahlah semenjak mengandung, moodnya seakan tidak boleh dikawal langsung. Marah tak tentu pasal. Pada Haikal dihamburkan amarahnya itu. Ada terbit rasa kasihan tapi hatinya tak puas selagi tidak dikeluarkannya. Kasihan suaminya itu. Terpaksa menadah telinga menerima amukannya.

“Sara, kenapa ni? Termenung aje?” tegur makcik Ainon. Sedari tadi dia terlihat Sara mengelamun.

“Tak ada apa-apa, makcik. Cuma bosan je. Tak boleh nak buat apa-apapun. Perut ni pulak berat sangat. Sakit pinggang ni,” adu Sara. Sebagai orang tua dia mengerti. Dia melangkah dan duduk sebelah Sara.

“Mengandung memanglah macam ni. Sara kena ingat, macam ni lah ibu Sara semasa mengandungkan Sara dulu. Sara kena kuat. Ini ujian dari ALLAH. Bukan semua orang dapat merasa nikmat ALLAH yang satu ini. Sara kena bersyukur. Kalau Sara nak tahu, ibu yang meninggal masa bersalin akan syahid. Sebabnya dia seolah-olah sedang berperang. Dia pertaruhkan nyawa dia untuk memberi kehidupan pada satu nyawa yang lain,” pujuk makcik Ainon sambil menggosok belakang dan pinggang Sara. Dia rasa sedikit selesa. Sakitnya berkurangan.

“Betul ke mati syahid, makcik?” tanya Sara inginkan kepastian. Rupanya terlalu cetek ilmu pengetahuannya.

“Ya. Sara tahu putus urat ibu, semasa bersalin tu. Kalau tak silap makcik kalau anak lelaki dua urat dan kalau anak perempuan satu urat. Itulah besarnya pengorbanan seorang ibu dan sebagai balasannya, ALLAH letakkan syurga itu dibawah tapak kakinya. Bukan senang nak jaga dan pegang amanah ALLAH tu. Sara kena banyak sabar. Selalu berdoa. Buangkan perasaan marah tu. Kalau nak marah, istighfar banyak-banyak. Berzikir. Sara bukan tak boleh buat kerja langsung, boleh buat. Tapi, yang ringan sahaja. Sara kena jaga kandungan ni. Bukan Sara seorang tapi ramai yang menantikan kelahirannya. Baik sebelah Sara atau sebelah Haikal sendiri, ini cucu sulung. Faham tak?” nasihat makcik Ainon lembut. Sara melentokkan kepalanya dibahu makcik Ainon. Dia merasakan kedamaian dengan kata-kata itu.

“Entahlah Makcik. Sara pun tak tahu kenapa asyik nak marah je. Kadang tu bila pandang je muka abang, mulalah nak marah. Bukan tak kesian, kesian..... tapi tetap nak marah juga. Baru puas hati ni,” ujar Sara lagi. Makcik Ainon tersenyum.

“Perempuan kot yang ni. Tu sebab anti lelaki. Tak boleh tengok lelaki agaknya,” ketawa Sara mendengar tekaan pembantu rumahnya.

“Sara tak kisah lelaki ke perempuan atau lelaki. Sara nak semuanya selamat. Sara rasa abangpun tak kisah.”
“Haikal tak kisah dapat anak apa, Sara. Tapi apa yang makcik tahu dia sayangkan Sara. Terlalu sayang. Dulu perangai dia bukan macam ni. Perempuan keliling pinggang. Tu sebab mama kahwinkan dia cepat-cepat. Sebab antara perempuan dan lelaki yang ditengah-tengahnya syaitan. Takut terlanjur nanti,” beritahu makcik Ainon. Sara tersenyum mengingati kenangan lama.

“Sara tahu, makcik. Siapa suruh dia handsome sangat. Tu sebab ramai yang kejar dia. Bukan salah dia. Salah perempuan tu,” ujar Sara tanpa menyedari Haikal pula yang menjadi tempat sandarannya kini.

2 comments:

  1. hhohooh....
    kcian haikal...
    nsb dia jnis pnyabar....

    ReplyDelete