Monday, June 28, 2010

Tiada Noktah Cinta - 101

Haikal melepaskan penatnya. Dia memandang wajah isterinya.

“Penat?” tanya Haikal.

“Sikit. Abang nak makan apa?” soal Sara.

“Nasi kot. Lapar ni. Mungkin thai food. Sara nak makan apa?” soal Haikal kembali.

“Sama lah. Senang sikit,” lalu Haikal bangun mencari kiosk yang menjual thai food. Beberapa ketika menunggu akhirnya Haikal kembali membawa hidangan dan minuman. Sara segera menikmati hidangan kerana perutnya terlalu lapar saat itu. Haikal memandang Sara.

“Itu la. Bila shopping tak ingat dunia. Kan dah lapar. Kesian anak ayah. Lapar ya?” gurau Haikal dalam nada perli. Sara menghentikan suapannya.

“Anak aje? Maknya tak kesian ke? Penat tau. Berat pulak tu,” balas Sara.

“Kesian juga. Takkan itupun nak cemburu kot. Abang gurau je. Tapi, abang pelik lah.”

“Pelik? Pelik apanya?”

“Setahu abang sebelum kahwin abang nak ajak Sara pergi ke shopping complex punya la payah. Abang ingat lagi masa pergi honeymoon dulu. Boleh dikira apa yang Sara beli. Sara kata Sara tak minat shopping. Tapi, bila mengandung ni lain pulak perangai Sara. Shopping nombor satu,” ujar Haikal sambil tersenyum. Sara terdiam sambil memikirkan kebenaran kata-kata suaminya. Betul juga. Bisiknya.

“Entah la. Pembawakan budak agaknya,” jawab Sara selamba.

“Pelik abang. Selalunya orang mengidam makanan tapi Sara mengidam pergi shopping pulak. Jangan anak yang keluar nanti gila shopping, sudah. Bertambah pening abang ni,” perli Haikal.

“Kenapa? Takut duit abang habis ke?”

“Bukan takut duit habis tapi pening melayan karenah orang yang gila shopping ni. Satu kedai sampai satu jam. Kalau sepuluh kedai........... kematu kaki ni tau,” balas Haikal.

Sara mendiamkan diri. Malas membalas kata-kata suaminya. Perutnya yang lapar perlu diisi segera. Kalau terlambat nanti, perutnya akan masuk angin dan sakit.
Sara dan Haikal pulang setelah menikmati makan tengahari itu. Mereka keluar dari gedung itu lebih kurang pukul tiga petang. Sesampainya dirumah mereka mendapati mama dan papa mereka ada dirumah. Begitu juga Hasleena yang baru pulang universitinya dan Hasheema yang akan kehospital sebelah malamnya. Turut bersama mereka ialah Johari. Mereka seolah-olah sedang membincangkan sesuatu ditaman itu. Haikal dan Sara memberi salam dan menyertai mereka.

“Dari mana?” Soal mamanya.

“Dari One Utama. Bawa permaisuri pergi bershopping. Nanti merajuk lagi. Susah,” Jawab Haikal dalam nada perli. Sara buat tak kisah. Senyum tidak, ketawa pun tidak.





“Macam berbincang je? Bincang apa?” soal Sara.

“Apahal kau datang sini? Ni mesti pasal kau nak kahwin ni? Kalau tidak jangan harap nak kemari?” duga Haikal sambil menepuk bahu sahabatnya itu. Johari memandang tepat wajah Haikal.

“Kahwin? Aku nak kahwin dengan siapa?” soal Johari cuba menutup hakikat sebenar.

“Kau jangan nak sembunyi la, Joe. Kalau kau tak beritahu pun, aku dah tahu. Kau nak aku telefon yang empunya diri,” ujar Haikal kegeraman. Sampai saat inipun Johari masih nak berselindung. Sara tertanya-tanya siapakah gerangan empunya diri yang bakal bertahta dihati sahabat baik suaminya itu.

“Kau jangan serkap jarang, Kal.”

“Iya lah bang. Jangan serkap jarang je. Tak baik,” sokong Sara pada Johari.

“Aku sebenarnya dah lama tahu. Aku terdengar mama dan papa berbincang pasal kau dan pertunangan kau tu. Aku tak sengaja. Tapi aku diamkan aje. Aku nak tengok sejauh mana kau nak berdrama dengan aku. Hebat tak? Sehebat drama aku dengan Sara ke?” gurau Haikal. Sara menampar bahu Haikal. Dia malu apabila Haikal mengungkit sejarah lama.

“Dengan siapa?” soal Johari pura-pura tidak mengerti.

“Iyalah bang, dengan siapa?” soal Sara pula. Hasleena dan Hasheema asyik melihat dan mendengar perang mulut antara mereka. Mereka juga tidak mengetahui siapakah empunya diri. Mereka juga tertanya-tanya dan perasaan ingin tahu meluap-luap.

“Betul ke abang Joe nak kahwin? Dengan siapa mama? Leen pun nak tahu juga. Betul tak kak Sheema. Nanti bolehlah call kak Nida suruh balik sini.” Hasleena sudah siap dengan aturcaranya.

Haikal tersenyum. Kalau Hasleena sudah buka mulut, jangan harap rahsia boleh disimpan lagi. Dia akan korek sampai dapat. Bukan dia tak tahu perangai adiknya yang seorang ni. Mulut murai. Agak berbeza dengan personaliti Hasheema yang pendiam. Hasheema hanya akan bersuara pada waktu-waktu tertentu sahaja. Dia lebih banyak melihat dari bersuara. Dia juga agak lemah lembut sikit orangnya berbanding dengan Hasleena yang agak agresif.

Johari masih mendiamkan diri. Dia malas untuk memanjangkan cerita. Dia memandang muka Datuk Hisham dan Datin Halimah yang asyik tersenyum sinis dari tadi.

“Ala Joe. Cakap je la. Kau bukan tak tahu, kalau Leen dah buka mulut........... hmm....... jangan harap kau boleh simpan rahsia tu,” sokong Datuk Hisham pula.

“Ye la. Nak buat apa simpan-simpan. Benda baik. Bila kita dah dapat bukti yang kukuh, kita perlu perjelaskan supaya tidak menimbulkan keraguan dan syak wasangka kepada orang lain,” hujah Hasleena. Haikal sudah ketawa berdekah-dekah.

“Leen dah bawa kes kemahkamah. So, baik kau cakap. Aku tak larat nak dengar hujah dia nanti. Sakit telinga ni,” perli Haikal.

“Abang Kal tak berhak nak bersuara. Leen tak tanya pada abang. Leen tanya abang Joe. So, biar dia je yang bersuara,” marah Hasleena.

“Okey, okey, okey. Abang beritahu. Tak payahlah nak bergaduh macam ni. Bukannya benda besar pun. Abang bukannya nak kahwin dengan anak raja la. Tak payah nak jadikan hot story,” tingkah Johari apabila melihat Haikal dan Hasleena bertengkar.

“Okey, sekarang beritahu dengan siapa?” soal Hasleena.

“Julia,” tenang jawapan Johari. Haikal bersama mama dan papanya tersenyum. Manakala Sara, Hasleena dan Hasheema ternganga kerana terkejut.

“You mean Kak Julia, secretary abang Kal?” tanya Hasleena kurang percaya. Tak sangka percintaan antara mereka terjadi dihadapan mata dan mereka tidak menyedarinya.

“Ya. Kak Julia,” tekan Johari sekali lagi.

Seisi keluarga amat gembira dengan pilihan Johari. Selama berkhidmat dengan Hisham Holding, Julia bertugas penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Dia seorang pekerja yang baik dan amanah. Dan sebagai seorang insan dia seorang yang penyayang dan baik hati. Dia juga pandai membawa diri dan hormat kepada orang tua. Sifat-sifat inilah yang menarik hati Datuk Hisham dan Datin Halimah yang telah menganggap Johari seperti anak mereka. Nampaknya ahli keluarga itu akan bertambah tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment