Tuesday, June 8, 2010

Sujud Cinta

Perjalananku masih jauh. Tetapi pelbagai benda yang telah ku tempuh selama nyawa yang Tuhan kurniakan masih lagi berfungsi. Aku kini berseorangan. Aku tidak tahu asal usul dan keturunanku. Aku dibesarkan di rumah anak yatim. Aku tidak tahu kenapa aku berada di situ dan aku tidak tahu siapa yang menghantar aku ke situ. Niat di hati ingin menanyakan siapa diriku sebenar? Mana ibu bapa ku? Adik beradik ku? semua keluargaku? Akan tetapi ia hanya suara di batinku sahaja. Ketika itu umurku baru tujuh tahun dan aku mula mencari identiti diriku yang sebenar. Walaupun umurku masih setahun jangung, perasaan ingin tahu kian menguasai onak fikiranku.

ketika umurku mencecah 16 tahun, perasaan ingin memberontak kian menguasai diri lantaran persoalan yang tidak berhenti-henti bermain di onak fikiran sejak sekian lama. Aku bertekat untuk keluar dari rumah yayasan anak yatim itu tanpa pengetahuan penjagaku. Batinku tidak dapat menahan dan menerima yang keluargaku sudah meninggal akibat kemalangan teruk. Aku yakin aku punyai keluarga yang lain walaupun keluargaku telah menghadap Ilahi. Satu perkara yang tidak dapat aku terima, aku dapat tahu bahawa abangku masih hidup akan tetapi dia menghilangkan diri semenjak kejadian kemalangan yang berlaku bertahun-tahun yang lepas. Kenapa dia sanggup tinggalkan aku..sedangkan ketika itu aku masih kecil lagi. Kenapa dia lari? kenapa? kenapa?!!

Air mataku kian berlinangan melihat sepasang suami isteri memegang tangan anaknya. Aku tidak dapat kecapi kebahagian sebegitu. Aku cemburu. Hari ini hari ke dua aku merempat di luar. Aku telah mendapatkan satu dokumen file prihal keluargaku sebelum ni. Duit yang aku terima semenangnya aku simpan lagi kerana aku tahu perkara ini akan berlaku. Bakinya masih banyak. Dalam file tu menunjukkan rumahku yang tidak tahu siapa yang menghuninya ataupun telah menjadi rumah tinggalan berada di Teluk Intan Perak. Tiket bas ke Teluk Intan telahpun di beli. Hanya menunggu masa untuk bertolak sahaja.

Dalam bas. Tidak putus-putus aku berdoa agar impianku bertemu dengan abang kandungku dan saudara terdekat akan tercapai. Bas berhenti kerana pemandu yang berbangsa india itu memberi peluang kepada para penumpang muslim untuk bersolat subuh.. ketika sujud..hanya ini sahaja yang aku pohonkan semenjak umurku 8 tahun..dan itulah yang di didik di yayasan itu Ya Allah Ya Tuhanku, aku berserah kepadamu sepenuh jiwa dan ragaku..aku mohon kepadamu Ya Allah, kau tempatkanlah ibuku,ayahku,kakakku bersama orang-orang beriman. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku ketika kecil.. Aku tidak dapat merasakan adanya keluarga seperti orang lain dan aku bersyukur kerana kau lebih menyayangi mereka dari aku. ...air mataku kian berlinangan...

Perjalanan diteruskan.. Setelah 2 jam setengah telah berlalu..Lokasiku kian hampir.. Teksi kini menjadi pilihanku untuk meneruskan misi utamaku.. Aku menunjukkan alamat yang tertera di file tersebut kepada pemandu teksi tersebut. Nama pemandu tersebut Hassan..dan orang yang mengenalinya menggelarkannya Pak Hassan.. Ramah orangnya. Pak Hassan menceritakan bahawa pada satu ketika dahulu, ada seorang lelaki telah membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi kerana kematian keluarganya dalam satu kemalangan. Sehingga kini punca kemalangan masih lagi tidak di ketahui dan ada yang menyatakan dalam kemalangan ada lagi anaknya yang masih hidup selain abangnya. Ketika ku mendengar apa yang Pak Hassan ceritakan..hatiku tersentap. Lidahku kelu untuk menggeluarkan sebarang kata. Airmataku kian berlinangan. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah agar apa yang diceritakan Pak Hassan bukan kejadian yang menimpa diriku. Jika betul ini berlaku, aku kini sebatang kera.

Destinasi yangku tuju telah pun sampai. Aku kena berjalan selama 10 minit untuk ke alamat yang tertera di file tersebut. Dalam perjalanan tersebut, aku hanya mampu beristifar sahaja. Langkahku kian laju kerana perasaan ingin tahuku kian menguasai diri.. Aku dapat merasakan bahawa rumah di selekoh jalan itulah rumah yang tertulis di file ini. Aku mencepatkan langkahku menuju rumah itu. Akan tetapi rumah itu usang. Tiada siapa yang menjaganya. Perasaanku kian tidak sedap. Aku melihat sekitar kawasan rumah tersebut. "Assalamualaikum dik..apa yang kamu carikan di sekitar rumah ni?" sapaan seorang lelaki tua yang umurnya mungkin mencecah 65 tahun. "Tidak ada apa-apa pakcik....pakcik tahu ini rumah siapa?"soalku..

"Ini rumah keluarga Pak Hariss..tetapi keluarganya semua dah meninggal disebabkan kemalangan yang terok tak silap pak cik..dan ada yang masih hidup dalam kemalangan tersebut. Abangnya dan adiknya...tapi.......abangnya dah meninggal sebab bunuh diri. Orang kampung cakap dia bunuh diri sebab tertekan kerana keluarganya sudah tiada dan lagipun semenjak kemalangan tu..abangnya kurang siuman...adiknya pula dengar cita dihanyar ke rmuah yayasan anak yatim..pakcik pon tak beberapa pastilah..dan keluarga terdekat dia pon pakcik tak tahu hilang tah kemana kerana dulu ketika kemalangan itu terjadi..rajin juga mereka jengok-jengok rumah ni..tapi semenjak kematian abangnya itu..batang hidung pon tak nampak".

Hati aku ibarat dipanah petir...air mataku kian berlinangan...aku tidak dapat menahan perasaanku... aku berlutut di tanah yang gersang itu dan terus menangis. Lelaki tua itu mendapatkan aku..dan bertanyakan kepadaku kenapa ni..."Pakcik sebenarnya sayalah anak lelaki yang masih hidup..kenapa abang sanggup tinggalkan saya..??kenapa?"esakkanku kian kuat..hanya Allah SWT sahaja tahu perasaanku ketika itu,"Sabarlah nak..ni semua dugaan Ilahi..yang hidup pasti akan mati...itulah fitrah makluk Allah..tidak akan lari dari kitaran tu wahai anak. Pakcik akan panggilkan orang kampung untuk baiki rumah ni,bersihkan rumah ni..agar kamu dapat duduk di sini..dan menjaga harta pusaka tinggalan keluarga kamu"..

"Terima kasih pakcik"...

"sekarang kamu duduk dengan pakcik dulu ya.."pelawa pakcik..

Setelah tiga hari aku duduk bersama pakcik.. Rumah tinggalan keluarga telahpun siap dibaiki untuk didiami..Aku mengambil keputusan untuk duduk di situ terus. Azan Isyak telahpun berkumandang. Aku mengambil keputusan untuk menyegerakan solatku.......ketikaku sujud kepadamu Ya Allah....

BERITA TERKINI..

Seorang remaja telah meninggal dunia akibat rumah yang di diaminya telah dilanggar oleh sebuah traller dengan muatan yang berisi logam. Rumah yang terletak di selekoh iti telah dirempuh dengan teruk sekali. Remaja yang meninggal itu meninggal dalam keadaan badannya masih bersujud. Pemandu treller ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

No comments:

Post a Comment