Sunday, May 30, 2010

Tiada Noktah Cinta - 97

Apa yang telah terjadi membawa kesan yang mendalam kepada Sherry. Dia cuba lari dari kegagalan percintaannya. Dia cuba tumpukan sepenuh perhatiannya terhadap kerja hingga lupa bila datangnya siang perginya malam. Dia ingin melupakan segala kenangan pahit itu.

Dia tidak mungkin menjadi seorang yang sanggup meruntuhkan rumahtangga orang lain. Lagipun cinta Haikal tiada lagi untuknya. Semuanya telah diserahkan kepada Sara. Sememangnya itulah yang selayaknya. Dia mendoakan kebahagian mereka didalam sendunya.

Benjamin menyedari ketekunan Sherry. Dia faham derita yang sedang ditanggung oleh Sherry. Dan kini Sherry sedang menyiksa dirinya sendiri dengan penderitaan itu.

“Okey, that’s all for today. I nak segalanya berjalan ikut perancangan. I bergantung harapan dengan you all semua,” ujar Sherry menutup mesyuarat mingguan dengan pengurus-pengurus syarikat.

“We can do without your support, cik Sherry,” balas Helmy pengurus bahagian R & D. Sherry tersenyum mendengar kata-kata itu.
Selama beberapa bulan mengambil tugas daddynya, dia bersyukur sokongan dan komitmen yang diberikan oleh semua pekerja amat menyenangkannya. Dia gembira kerana mengendalikan sebuah syarikat seolah-olah mereka berada dalam sebuah keluarga yang besar. Mereka amat mengambil berat kebajikan antara sesama mereka. Itu yang diterapkan oleh daddynya sejak dulu lagi.

Sherry duduk tersandar dikerusinya. Dia kepenatan. Senyuman Fazillah dibalas sambil lewa. Beberapa hari ini dia kekurangan tidur kerana sibuk meneliti projek dengan sebuah syarikat dari Germany yang berminat melabur diMalaysia. Beban tugasnya semakin bertambah.

Pintu bilik diketuk.

“Come in, Fazillah,” laungnya.

Tapi bukan wajah Fazillah yang melangkah masuk. Senyuman Benjamin yang menyapanya. Dia duduk tegak kerana ditangan Benjamin terkepit beberapa fail. Benjamin duduk dihadapan Sherry sambil meletakkan fail-fail tersebut dihadapannya. Ada beberapa perkara yang ingin dibincangkan dengan Sherry.

Sherry cuba menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap fail-fail yang diletakkan dihadapannya. Dia membuka dan membaca laporan yang terdapat didalam fail itu. Sambil dia meneliti laporan itu, sesekali matanya mencuri pandang wajah Benjamin. Bila mata mereka bertentangan, hanya senyuman yang dilemparkan.

“Okey, you boleh proceed about this project. Nanti I akan maklumkan dengan bahagian akaun untuk uruskan peruntukan yang dah dipersetujui. You jangan bimbang,” ujar Sherry sambil menandatangani beberapa dokumen yang dibawa oleh Benjamin.

“I’ll take you dinner tonight?” pelawa Benjamin tiba-tiba. Sherry tercengang. Apahal pulak mamat ni? Angin tak ada ribut tak ada tu-tup nak bawa aku dinner. Bisiknya.

“Tengoklah dulu, kalau I tak penat. You call me first. I penat sangat rasanya,” jawab Sherry. Untuk menolak terus-menerus dia takut Benjamin akan berkecil hati. Sudahnya dia mencipta alasan itu.

“Okey, I’ll call you,” janji Benjamin. Lantas dia bangun dan terus melangkah keluar. Tiba dimuka pintu langkahnya terhenti.

“Kadangkala luka semalam akan sembuh dan derita itu akan pergi sekiranya kita lupakan dendam lama. Dan kemaafan itu akan jadi yang terindah andai dendam itu kita leraikan. Jangan terlalu menyiksa diri,” ucap Benjamin sebelum menutup pintu biliknya. Sherry terkedu mendengar kata-kata Benjamin. Penuh maksud tersirat.

Sherry melangkah longlai menuju kekeretanya. Sudah beberapakali mummynya menyuruh Pak Manap yang menjadi pemandunya. Tetapi Sherry lebih senang memandu sendiri. Mudah hendak kesana sini tanpa menunggu orang datang mengambilnya.

Sesampai dirumah dia menelentang memandang syiling. Fikirannya masih menerawang memikirkan kata-kata Benjamin. Apakah Benjamin menyedari apa yang sedang aku lalui kini?

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Benjamin tertera diskrin.

“Hai,” sapanya lemah.

“Hai,” balas Benjamin. “Dah sampai?” soalnya.

“Baru sampai. Letih sangat rasanya,” jawab Sherry.

“So, how about tonight? Tapi, kalau you letih sangat, tak perlulah. Jangan paksa diri. Nanti you sakit, I juga yang susah,” gurau Benjamin dalam nada sedih.

“Hmmm...... letih juga rasanya ni. Tapi kalau you boleh ambil I, okey la kot. I malas la nak drive. Dan kita makan kat tempat yang simple-simple je la ye,” balas Sherry.

“I tak kisah. Kalau dengan you kat mana-mana pun tak apa. Lagipun tengok muka you pun, I dah kenyang,” guraunya lagi. Gurauannya disambut jeritan kecil Sherry apabila merasakan Benjamin sedang mengenakannya.

Akhirnya kata putus diambil. Sherry setuju dengan pelawaan Benjamin. Lagipun sejak peristiwa itu kira-kira sebulan yang lalu, dia dapat merasakan hubungan mereka amat hambar. Masing-masing ingin melarikan diri. Entahlah.....

Sherry bersiap ala kadar. Sekadar mengenakan jeans lusuh digayakan bersama blaus putih menjadikan dia seorang yang cukup simple malam itu. Dia sekadar memakai bedak asas dan lip gloss berwarna merah jambu. Bibirnya kelihatan begitu menawan sekali. Dia turun kebawah dan terpandang mummy dan daddy sedang berbual. Mungkin sedang menunggu hidangan makan malam.
“Nak keluar Sherry?” tanya Puan Sri Salmah pada anak perempuannya. Sherry melabuhkan diri sebelahnya. Dia menganggukkan kepalanya.

“Dengan siapa?” soal daddynya pula.

“Benjamin,” selamba jawapan Sherry. Kemudian dia memandang mereka berdua. Wajah mummynya penuh dengan pandangan tandatanya manakala daddynya memandang dengan pandangan kehairanan.

“Okey, memang Sherry nak keluar dengan dia. Just a dinner. Don’t think to much. Kami bukan seperti yang daddy sangkakan. We only a friend. Just friend,” tegas Sherry. Dia tahu apa yang sedang berlegar dalam kepala daddynya.

“Siapa Benjamin tu?” soal mummynya ingin tahu.

“My project manager. Baik budaknya. Hormatkan orang tua. Workholic. Berkarisma. Banyak projek dia uruskan and successful,” puji Tan Sri Yahya meninggi. Dia menjawab bagi pihak Sherry. Dia memandang daddynya geram. Tan Sri Yahya tersenyum sinis. “Dan kalau awak nak jadikan menantupun boleh. Kacak orangnya,” guraunya lagi.

“Daddy!!!” Sherry menjerit kecil.

“Sherry ada apa-apa ke dengan dia?” soal Puan Sri Salmah lagi.

“No mummy. Daddy saja yang lebih-lebih. Kami kawan aje, mummy. Lagipun Sherry malas nak fikirkan benda-benda ni semua lagi. Sherry nak tumpukan pada kerjaya dulu,” jawab Sherry. Dia mahu mummynya tidak menyangka yang bukan-bukan.

“Tapi kalau dah jodoh, macamana? Dia pun okey. Baik orangnya. Tegas. Sherry nak cari yang macamana lagi? Sampai bila Sherry nak biarkan kenangan lama tu menghantui diri Sherry. Sherry perlu biarkan semuanya berlalu pergi. Beri peluang untuk diri sendiri. Mummy dengan daddy tak memilih sangat. Cukuplah kalau yang dapat sayangkan Sherry sepenuh hatinya. Lagipun kami dah tua. Bila kami tak ada nanti, siapa yang nak jaga Sherry? Bila Sherry berkahwin, sekurang-kurangnya ada orang yang sayang dan boleh jaga Sherry. Beri peluang agar cinta baru tercipta. Mana tahu lebih indah dari semalam. Kita tak tahu apa yang akan jadi esok. Betuk tak?” lembut kata-kata Tan Sri Yahya menasihati anaknya. Panjang lebar. Dia mahu anaknya menilai kata-katanya.

Sherry mendiamkan diri. Dia sedang memikirkan kata-kata itu. Terasa ada benarnya. Sampai bila dia harus begini. Tak seharusnya dia membiarkan dirinya terus terluka dengan kesakitan yang dia sendiri cipta. Sepatutnya dia harus menciptakan sesuatu yang indah agar hari esok terasa ada sinar untuk dia terus menikmati kehidupannya.

YA ALLAH...... aku telah banyak berdosa. Berdosa kerana melalaikan diriku dengan derita ini. Membiarkan ibubapaku sedih dengan keadaanku. Menjadikan orang-orang sekelilingku menderita dan susah hati. YA ALLAH............. aku berdosa. Ampunilah aku. Sherry mengeluh.

Terasa belakangnya diusap lembut. Dia tahu itu tangan mummynya kerana usapan tangan itu sentiasa mendamaikan hatinya yang walang. Tangan itu sentiasa mendakapnya saat suka dan dukanya. Dia memandang wajah tua kedua orang tuanya. Terlalu banyak harapan mereka yang tersandar dibahunya. Seharusnya dia merealisasikan sementara hayat mereka masih ada.

“Insya ALLAH..... kalau Ben adalah jodoh Sherry, Sherry takkan menolaknya mummy...,daddy.... Jangan risau. Mungkin macam ni kami akan saling mengenali antara satu sama lain. Sebenarnya Sherry senang dengan dia. Senang berbincang atau meluahkan apa yang Sherry rasa dengan dia. Pada Sherry dia seorang pendengar yang setia. Tapi, soal hati dan perasaan ni, Sherry tak boleh nak duga dan tak boleh nak paksa. Sherry berdoa agar ALLAH mudahkan segalanya buat Sherry,” ujar Sherry menutup keresahan hati orang tuanya. Disamping itu dia berdoa didalam hati.

“Mummy akan gembira kalau Sherry juga gembira, sayang. Mummy tak paksa,” jawab Puan Sri Salmah. Sherry memeluk mummynya yang sentiasa memahaminya.

Tidak lama kemudian terdengar hon kereta. Sherry meminta diri. Tapi sebagai seorang Islam dan orang melayu dia tidak melupainya agar meminta izin dari orang tua Sherry. Sherry terharu dengan tingkah laku Benjamin yang penuh sopan. Walaupun berpelajaran dan memegang jawatan besar tapi tidak lupa ajaran orang tua, adat dan agama. Sejuk hati melihatnya.

1 comment: