Monday, May 24, 2010

Tiada Noktah Cinta - 95

Datuk Hisham hanya menggeleng kepalanya. Tak tahu samada perlu atau tidak dia menyampuk perbualan mereka. Dia tak sangka perempuan yang berjumpa dengan Haikal itu Sherry. Dia ingatkan client syarikat. Lain pula wajahnya kali itu, sehinggakan ia tidak mengenalinya.

“Kenapa abang sorok dari Sara?”

“Abang tahu kalau abang beritahu pada Sara, nanti Sara akan kecewa. Sara akan rasa tergugat. Sara akan susah hati semula. Abang tak mahu Sara pula yang sakit,” lembut kata bicara Haikal memujuk Sara dan memberitahu betapa rasionalnya tindakannya itu. Dia tahu Sara semakin terima pujukannnya. Tiada lagi kata-kata marah terkeluar dari mulutnya.

“Tapi Sara sendiri dengar dia nak jadi your second wife,” tukas Sara tiba-tiba.

“Memang dia ada cakap dengan abang macam tu tapi abang diam aje,” jawab Haikal.

“Kenapa diam? Kenapa abang tak jawab soalan dia? Atau abang nak ambil masa berfikir tentang hal ni kan? Itu sebabnya abang selalu termenung. Balik rumahpun selalu lambat,” Sara kembali marah.

“Abang tak pernah terfikirpun nak kahwin dengan dia. Sekalipun tak pernah terlintas dihati abang ni nak menduakan Sara. Abang hanya berjumpa dia sebagai kawan sahaja. Abang sayangkan Sara. Cukuplah apa yang dah jadi dulu. Abang serik dah tau. Gila abang nanti,” balas Haikal pula.

Ada gurauan dihujung katanya. Dia tersenyum. Sara memasamkan mukanya. Dia tahu Haikal sudah tahu yang serba sedikit hatinya sudah terpujuk dengan kata-katanya. Namun dia perlukan masa untuk semua ini. Dia masih lagi merajuk.

“Sara, tak baik macam ni. Tak baik untuk kandungan Sara juga. Sara mesti banyak berehat. Jangan ikutkan hati yang marah tu,” celah ibunya memberi nasihat apabila melihat Sara terus berkeras. Baru Sara menyedari yang dia belum bertegur sapa dengan mereka. Sara memeluk ibunya.

“Sara minta maaf, bu. Sara minta maaf. Sar selalu susahkan hati ibu,” tangis Sara. Sarimah membelai anaknya.

“Jangan menangis macam ni. Sara tak buat salah apapun dengan ibu. Kenapa nak minta maaf?” tanya Sarimah lembut. Pelukan dileraikan. Disapu airmata anaknya yang mengalir.

“Dah nak jadi ibu ni, tak boleh nak manja-manja lagi. Tak boleh nak degil macam ni. Tak boleh nak ikutkan kata hati tu sangat. Faham tak?” nasihat Sarimah lagi.

Sara hanya memandang wajah ibunya. Kemudian membuang pandang disekeliling bilik. Dia berasa kasihan melihat mata mamanya yang sembab. Tentu banyak menangis dan tangisan itu adalah untuk dirinya.

Datin Halimah bergerak kekatil Sara. Dibelai rambut Sara yang panjang.

“Kenapa tak beritahu mama?” soal Datin Halimah. Sara hanya tersenyum. Rasanya jawapan untuk itu telah diberikan olehnya.

Haikal hanya memandang dari jauh. Hatinya sedikir lega dengan keadaan itu. Sekurang-kurangnya marah Sara telah reda walaupun masih merajuk.

1 comment: