Sunday, May 9, 2010

Tiada Noktah Cinta - 92

Haikal berlari menuju kewad kecemasan. Langkahnya semakin perlahan apabila melihat wajah-wajah insan yang berada disitu. Mama, papa, adik-adiknya serta ibu mentua dan adik iparnya, Shaiful. Disatu sudut dia terpandang Arissa. Arissa yang menyedari kedatangan Haikal memandangnya dengan tajam.

“Puas hati you kan! Puas hati you tengok dia macam tu. Apa salah dia! You tell me! Tak cukup ke derita yang dia tanggung sampai you menyiksa dia dalam diam. Apa salah dia!” jerit Arissa tidak dapat lagi membendung kemarahannya. Ditolak tubuh Haikal. Tidak peduli dimana dia berada kini. Kemarahan yang tertahan sejak tadi perlu dihamburkan agar hatinya puas.

Semua yang berada disitu terkejut melihat perubahan watak Arissa. Sarimah yang berada disitu juga terkejut melihat perubahan mendadak sahabat anaknya itu dengan tiba-tiba. Dia kebingungan.

“Tak cukup baik ke dia pada you? Perempuan macamana lagi yang you nak?” marah Arissa lagi. Haikal hanya mendiamkan diri. Dia terkedu setelah dihujani pelbagai soalan dari Arissa.

“I’m very upset, Kal. You dah janji dengan I, akan jaga dia baik-baik. Tapi you lukakan dia lagi. Kalau you rasa you dah tak mahukan dia, lepaskanlah dia. Buat apa seksa dia. Biarkan dia bebas,” suara Arissa kembali keintonasi asal. Dia cuba mengawal rasa amarahnya bila Haikal berterusan membisu.

“Mana Sara?” tanya Haikal setelah lama dia berdiam diri.

“Untuk apa you tanya dia? Nak seksa dia lagi?” perli Arissa pula.

“I’m sorry,” pinta Haikal tiba-tiba.

“Untuk apa maaf tu pada I. Tak ada maknanya. Kalau apa-apa jadi pada dia, I takkan lepas you,” ugut Arissa.

Haikal menangis tersedu. Dia terduduk disalah satu kerusi disitu. Kedua buah keluarga hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat. Memujuk atau membiarkan sahaja Haikal dengan perasaannya. Mereka juga keliru dengan keadaan sebenar. Apa sebenarnya yang telah terjadi? Hanya Johari yang datang memujuknya.

“Jangan berlakon disini, encik Haikal Haqimi Datuk Hisham. Tak ada siapa yang nak tengok lakonan you tu. Usah bazirkan airmata you tu,” perli Arissa.

“Cukuplah tu, Ris. Haikal dah cukup buntu sekarang ni. Apa yang terjadi bukan salahnya. Hanya salah faham antara mereka,” bela Johari agar Arissa tidak terus menerus mengeluar kata-kata yang pedih.

“Untuk apa airmata palsu tu bila hati Sara dia dah lukakan. You sepatutnya gembira, Haikal. Selepas ni boleh la you bergembira dengan kekasih hati you tu. Yang you nanti-nanti selama ini. Yang you rindui sepanjang hidup you. Seronok la youkan?” perli Arissa lagi. Tidak mahu mengalah.

“What are you talking about?” marah Haikal tiba-tiba. Suaranya meninggi. Bila dia saja yang asyik terkena, kemarahannya naik ke kepala. Dipandangnya wajah Arissa tajam. Arissa membalasnya.

“You nak marah I. Kalau ikutkan hati I yang marah ni, sepatutnya I dah bunuh you dulu, Haikal. Kalau negara ni tak ada undang-undang, you dengan kekasih you tu I dah tembak. Biar mati. Tak menyiksa kawan I. Puas hati I,” lantang suara Arissa tidak mahu mahu mengalah.

“Sara datang dua hari lepas dalam keadaan tak bermaya, Kal. I hairan bila dia call I. Dia hampir pengsan didepan pintu rumah I. And, she tell me everything. Semua sekali termasuklah hatinya yang terluka sekali lagi tu. You hurt her,” cerita Arissa tentang kejadian dua hari lalu.

“Dia beritahu I, you dah jauhkan diri you dari dia. Memang dia salah tak beritahu you yang dia tak sihat. Takkan benda kecil tu pun you nak besarkan. Tak logik langsung. Rupanya ada muslihat yang you sorokkan dari dia,” sambung Arissa setelah terhenti seketika. Airmata yang mengalir disapunya. Hatinya kembali sedih mengenangkan saat itu. Semua yang berada disitu terdiam mendengar cerita Arissa.

“Rupanya you dah jumpa Sherry semula. You dah jumpa kekasih hati you tu. Malah dia terdengar yang you mungkin akan kembali semula kepada Sherry kerana Sherry sanggup jadi your second wife. Sampai hati you Kal, seksa dia macam ni. You tak nampak ke yang dia sedang bertarung dengan nyawa dia. Agaknya kalau dia dijemput ALLAH, barulah you puas hati kan?” Arissa mengakhiri kata-katanya. Dia menangis tersedu.


No comments:

Post a Comment