Thursday, May 6, 2010

Tiada Noktah Cinta - 91

Telah dua hari Sara berada dirumah Arissa. Dia rasa bersalah pada mama dan papanya kerana membuatkan mereka berada dalam kebimbangan. Tetapi apakan dayanya. Luka dihatinya terlalu dalam. Selama dua hari itu juga airmata menjadi temannya yang setia.

Dia lupa yang kini dia sedang berbadan dua. Dia semakin mengabaikan kesihatan dirinya. Arissa terpaksa meminta cuti apabila pagi itu Sara muntah dengan teruk. Dia menolak ketika Arissa ingin membawanya ke klinik. Dia tak mahu rahsianya pecah. Arissa masih tak tahu yang dia sedang mengandung.

“Kau nak kemana ni? Kalau nak apa-apa beritahu aje. Nanti aku ambilkan. Risau aku tengok kau macam ni.” Arissa melahirkan kerisauan hatinya.



“Tak apa. Aku tak apa-apa. Pening sikit je. Aku nak kebilik air sekejap,” jawab Sara sambil bangun menuju kebilik air. Arissa memimpin Sara.

Tiba-tiba kaki Sara tersadung pintu dan terjatuh. Dia menjerit. Arissa segera mendapatkannya. Darah mengalir keluar dari celah pehanya. Arissa panik. Ya ALLAH.

Segera dicapainya telefon memanggil ambulans.

“Mengucap Sara. Mengucap. Bawa bertenang.” Tak putus-putus suara Arissa memanggil nama Sara. Tapi Sara diam membatu. Hanya desah nafasnya sahaja yang turun naik. Paramediks bertungkus lumus menyelamatkannya. Arissa sudah menangis teresak-esak.

Sesampainya diSJMC, Sara terus dibawa keunit kecemasan. Semasa Sara menjalani rawatan, Arissa sempat menghubungi keluarga Haikal melalui telefon bimbit Sara dan memberitahu mereka keadaan yang sebenarnya.


Pagi itu, Haikal menerima kunjungan orang yang tak disangka-sangka kedatangannya. Entah kenapa Benjamin dan Sherry datang kepejabatnya. Dia terkejut tapi sebaik mungkin dia cuba selindungkan keresahannya.

Dia menyambut kedatangan mereka dengan tenang. Dia tak mahu kegelisahannya dapat diteka oleh mereka berdua. Nanti cerita akan bertambah panjang.

“Ada apa hal you all berdua ni datang jumpa I ni?” tanya Haikal sebaik sahaja mereka duduk disofa biliknya.

Secara ringkas Benjamin menerangkan maksud kedatangan mereka. Ingin membuat ‘joint-venture’ dengan Hisham Holding melalui anak syarikat mereka yang melibatkan diri dalam bidang pengkomputeran. Haikal amat tertarik dengan rancangan yang disuarakan oleh Benjamin.

Perbincangan mereka terhenti apabila ketukan pintu biliknya bergema. Muncul wajah Julia dimuka pintu. Dia serba salah mengganggu perbincangan mereka.

“Your mother on the line, encik Haikal,” beritahu Julia takut-takut. Dia tahu Haikal tidak suka sekiranya perbincangannya dengan client ada sebarang gangguan.

“Just take a note. I call back later,” balas Haikal. Julia menutup pintu semula.

Tidak sampai seminit, pintu bilik itu terkuak semula. Tiga pasang mata memandang tepat wajah Julia. Wajah Haikal menampakkan kemarahan.

“Sorry, encik Haikal. Your mother beritahu your wife ada dihospital. ICU. Jatuh bilik air. Mungkin keguguran,” suara Julia cemas.

Haikal terpempan. Johari yang baru melangkah masuk kedalam bilik itu juga terkejut. Namun dia cepat sedar. Segera ditariknya tangan Haikal yang masih termangu kerana terlalu terkejut dengan berita tersebut. Benjamin dengan Sherry segera mengikuti langkah mereka berdua. Sebelum kaki Johari melangkah keluar pejabat tadi, sempat dia bertanya pada Julia dihospital mana.

Haikal seperti orang bodoh didalam kereta. Dia kelihatan teramat bingung. Langsung tidak mampu untuk bersuara. Pandangannya kelam. Tiba-tiba dia menangis. Johari yang sedang memandu memegang erat tangannya. Dia tahu fikiran Haikal bercelaru. Antara takut kehilangan dan rasa bersalah atas apa yang menimpa Sara kali ini.

“Kal, bawa bertenang. Mengucap banyak-banyak. Berdoa agar semuanya selamat. Insya ALLAH,” pujuk Johari apabila terdengar esakan kecil Haikal. Benjamin dan Sherry yang turut berada didalam kereta tersebut turut menyaksikan drama spontan itu. Hati Sherry cemburu. Kini baru dia tahu kenapa soalannya tidak dijawab oleh Haikal. Persoalan itu kini terjawab oleh airmata Haikal. Airmata itu lambang cinta Haikal pada Sara. Dan cinta itu terlalu utuh.

“Aku takut Joe. Aku takut Sara tinggalkan aku sekali lagi. Aku tak boleh hidup tanpa dia, Joe,” luah Haikal.

“Bertenang, Kal. Tak ada apa-apa tu. Sabarlah,” pujuk Johari lagi. Dia mempercepatkan larian kereta agar segera sampai kehospital. Nasib baik juga jalan tidak sesak waktu itu.

“I’m sorry, sayang. Abang bersalah pada Sara. Maafkan abang,” sendu Haikal semakin menghiba. Terasa usapan dibelakangnya. Dia menoleh. Sherry tersenyum. Benjamin hanya memerhati gelagat mereka.


2 comments:

  1. bler nk abes cter niex??
    pnjg gler>>
    hehehe...
    cpt2 r smb0ng ex..
    x sbr nk tau endim diz st0wie..
    h0h0h0...
    ^_^

    ReplyDelete
  2. bhtul2x...
    bila nk hbs???
    x sbr nk thu endng dia??
    klu sara trlaku pnt ngn idup dia...
    brlah dia prg ngn tnang...
    sbb 2 cnta x ada nktah..
    tp nk epy ending...

    ReplyDelete