Wednesday, May 5, 2010

Tiada Noktah Cinta 90

Haikal gelisah sebaik sahaja mendapat sms dari Sara. Dia rasa terpukul dengan tindakan Sara. Dimanakah dia? Apa sebenarnya yang sedang terjadi? Pelbagai persoalan menerjah fikirannya. Dia berjalan mundar mandir bagaikan cacing kepanasan.

Esoknya masih tiada berita tentang Sara. Dia bimbang. Takut sesuatu telah berlaku. Sara langsung tidak menghubunginya. Dia cuba menghubungi Sara tapi talian diputuskan apabila mendengar deringan telefon. Dia kalut. Segera mencari Johari biliknya.

Johari mendongak apabila pintu biliknya terkuak. Terperanjat apabila ternampak Haikal menuju kearahnya.

“Sara lari dari rumah, Joe,” beritahu Haikal tanpa bertangguh.

“What???” jerit Johari terkejut dengan kata-kata Haikal. “Apa yang dah jadi ni?” soal Johari cuba menurunkan rasa terkejutnya.

“I’ve got her sms yesterday. Aku tak tahu apa yang dah berlaku. Sebenarnya semalam aku cuba call dia lepas aku bercakap dengan kau. Tapi tak dapat. Bila petang, aku terus dapat sms. Terkejut aku. Aku bingung ni. Aku dah bersiap sedia nak minta maaf. Tapi ini yang jadi pulak,” keluh Haikal.

“Kau tahu dimana dia? Mungkin balik kampung?”

“Tak. Aku dah call kampung. Tapi mak mentua aku on the way datang sini. Esok diaorang nak tidur dekat rumah. Mati aku. Mama pulak dah bising-bising,” luah Haikal lagi.

“Macamana mama boleh tahu ni?”

“Dia pelik bila Sara tak turun sarapan pagi tadi. Akupun bagi tau la. Apa lagi. Kau tahu ajelah mama tu. Pagi-pagi aku dah kena sembur. Tak sempat nak menepis.”

“Salah kau sendiri. Habis tu sekarang ni macamana? Kenapa kau ada dekat sini?” soal Johari lagi.

“Aku tak tahu nak cari dimana lagi. Manalah tahu dia datang office ke tolong kau. Dia ada call kau tak?” tanya Haikal. Johari menggeleng. Haikal buntu.

Terasa malas kaki Haikal melangkah untuk masuk kedalam rumah. Sudah pasti ahli keluarganya menanti-nantikan kepulangannya.

“Ha...... ada Sara call?” suara mamanya sudah kedengaran. Belumpun sempat dia menutup daun pintu. Semua mata memandang kearahnya. Haikal melangkah longlai lalu duduk disofa. Dia menggeleng.
“Mama tak faham la Kal. Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Cuba terangkan pada mama apa sebenarnya yang dah berlaku ni?” tangis Datin Halimah. Geram dengan sikap Haikal yang asyik membisu.

“Sabar, Imah,” pujuk Datuk Hisham.

“Mana boleh sabar, bang. Imah ingatkan dah serik la dengan kejadian dulu. Tapi, rupanya tidak. Buat lagi perangai tu. Sekarang tengoklah apa yang dah jadi. Entah apa-apa dah jadi pada Sara kat luar sana. Apa kita nak jawab pada Kak Sarimah!” Tangisan Datin Halimah semakin jelas kedengaran.

“Haikal......” panggil Datuk Hisham pada Haikal. Haikal memandang papanya sayu. Dia semakin buntu. Tiba-tiba telefon berdering. Segera disambar Datin Halimah yang duduk berhampiran telefon.

“Sara.........” panggilnya. Ada suara dihujung sana.

“Sara dimana ni? Apa yang dah jadi ni?” tanya Datin Halimah apabila pasti dihujung talian adalah Sara. Haikal tersentak dan datang menghampiri. Ingin dirampas gagang itu tetapi dihalang oleh papanya.

Beberapa ketika talian diputuskan. Datin Halimah memandang tepat wajah Haikal. Geram dengan sikap Haikal.

“Sekarang mama nak Kal beritahu apa yang telah terjadi. Sara beritahu buat masa sekarang, dia tak mahu balik kerumah ni. Dia nak tenangkan fikirannya dulu. Lepas tu dia akan buat keputusan muktamad. Dia selamat. Now you tell me the truth, Haikal!” lantang suara Datin Halimah memecah keheningan petang itu. Dia betul-betul marah dengan anaknya kali ini.

Hasryll, Hasheema yang baru balik dari England dan Hasleena menikus. Masing-masing kecut untuk bersuara. Tak pernah melihat mama mereka marah sebegitu.

“Kal dah beritahu semuanya pada mama pagi tadikan. Dah tak ada apa-apa lagi mama. Percayalah. Kal pun tak tahu keputusan apa yang nak diambil Sara. Kal pun buntu, ma,” perlahan suara Haikal membela dirinya. Dia mahu mamanya mengerti perasaannya tika ini. Dia juga sedih bukan sahaja mamanya.

“Kau memang anak yang tak sedar untung, Haikal. Dapat isteri macam tu punya baik pun, tak pernah nak bersyukur,” marah Datin Halimah lagi.

“Imah, bawa mengucap. Kita sepatutnya bersyukur yang Sara masih selamat. Kita bagi dia masa. Nanti dia balik la tu,”pujuk Datuk Hisham bila melihat kemarahan isterinya bagai tidak dapat dibendung lagi. Anaknya pula asyik mendiamkan diri. Dia pula serba salah.


1 comment:

  1. hohohoho...
    x bt slh konon....
    hmmmmm....
    smbung2x...
    bila nak hbs ni??

    ReplyDelete