Sunday, May 30, 2010

Budak Libraryku

Take out your yesterday handouts class

Uwaaa aku menguap bosan. Lecehlah. Aku memang tak pernah terang mata kalau Dr. Smith yang mengajar. Bosan macam nak mampus. Lecturer tu pulak, aku menguap kat depan dia buat dek jerr. Entah macam mana dia boleh jadi lecturer aku pun tak tahu. Ah lantaklah.

Aku memalingkan kepalaku ke arah tingkap kelas yang gelap dan memerhatikan gelagat pelajar-pelajar universiti tempat aku belajar sekarang ini. Ada yang berjalan berseorangan, ada yang berkepit dengan pasangan masing-masing dan ada pula yang berjalan berkumpulan. Tak tahu ke mana destinasi mereka. Mungkinkah ke kelas atau cafeteria. Tiba-tiba aku terasa seperti ada tangan mencucuk pinggangku

Kau pandang aper? Tanya Nisda.

Takder apa kau tengok Zalin ngan Adli kat luar tu. Asyik berkepit jerr, balasku. Alamak, jealousnya aku. Aku pulak, masih sendirian berhad kat sini. Bukan aku tak nak ada pakwe, tapi tak ada seorang pun yang approach aku ni. Siapalah aku ni, aku nak approach lelaki, sorry ler. Nanti tak semena-mena dapat free title minah murah. Tapi hairan jugak. Aku nie tak ler hodoh, boleh di kategorikan sebagai gadis comel dan cute jugak! Alamak, bukan nak puji diri sendiri ler! Entahlah, mungkin belum sampai jodoh aku nie nak bercouple agaknya.

Pedulilah mereka tu! Isk, semalam Arman called aku, kata Nisda sambil tersenyum. Ek, mulalah tu!

Emm aper dia kata? soalku. Dengan wajah yang berbunga-bunga Nisda mula melayan perasaannya, mencurahkan isi hatinya kat sahabat baiknya nie. Aaiii bertuahnya badan ada balak yang sudi nak kenalan. Aku memerhatikan saja wajah Nisda. Nisda memang cantik. Tak hairan dia ada banyak admirers. Saban hari lelaki yang berbeza akan menelefon dia, tak kira budak kampus atau luar kampus. Kalau aku berjalan beriringan dengan Nisda, pasti ada mata yang memandangnya dan ada bibir yang menguntum senyum padanya. Kadang-kadang aku terasa kerdil dan rendah diri. Cemburu? Tak, buat apa nak cemburu. Nisda adalah sahabat baikku.

Ok class, see you tomorrow, kata Dr. Smith. Ah lega! Aku segera mengemaskan notaku. Nisda dan dua tiga rakan yang lain mengajakku ke cafeteria. Yelah, dah puas terperap dalam kelas asyik memandang white board dan Dr. Smith, nak jugak cuci mata kat luar.

Suasana di cafeteria lenggang sedikit. Maklumlah, belum lagi tengahari. Kalau tak, alamat terpaksa berqueue up ler! Aku, Nisda, Amelin dan Maya mengambil tempat duduk masing-masing. Macam biasa, kami borak-borak dahulu sebelum membuat pesanan. Selepas beberapa minit, kami pun pergi ke kaunter membuat pesanan. Di kaunter ada beberapa pelajar yang lain lagi. Sedang aku berdiri untuk membuat pesanan, ada seorang pelajar lelaki berdiri di sebelahku. Aku memandangnya dengan selamba, dia juga memandangku. Siap menguntumkan senyuman lagi. Mak aiii manis nyer senyuman. Hati ku tiba-tiba berdegup kencang. Aku segera memalingkan mukaku. Isk terasa malu pulak.

Selepas membuat bayaran masing-masing, kami terus menuju ke meja. Sambil menghirup teh tarik yang ku pesan, mataku liar mencari pelajar lelaki tersebut. Wow dia memang kacak. Bak kata orang hansem sehansem-hansem nyer. Ahaks mula ler nak menggatal. Mengapalah aku bodoh sangat tadi. Malu bagai nak rak pulak. Inilah kelemahanku nombor satu. Aku mudah sangat nak terasa malu bila ada lelaki lalu depan mata. Sebab tu ramai yang kata aku ni sombong. Aku bukan sombong, aku cuma malu. Mungkin sebab itu aku belum mempunyai teman lelaki sampai kini. Ah peduli! Janganlah nak gatal sangat nak ber boyfriend.

Balik rumah aku terus merebahkan badanku ke atas tilam empuk sambil membuka televisyen dengan remote control di tanganku. Fikiranku pulak melayang-layang memikirkan senyuman budak lelaki kat cafeteria tu. Waduh manis sungguh senyuman mu heheh! Agaknya inilah yang dikatakan cinta pandang pertama wah wah wah! Emak dan ayah sibuk di dapur berborak kosong, kak Wilma pulak sibuk dengan internetnya. Bermainlah engkau, bila sampai giliran aku nanti jangan harap kau dapat surfing. Aku terus keluar dari bilik.


Kak, dah tiba giliran Dina dah nie, kataku pada kak Wilma. Kak Wilma memandangku dengan muka boring. Kak Wilma berusia 22 tahun, dua tahun lebih tua dariku dan kami sama-sama menuntut di universiti yang sama.

Tulah, kita suruh beli PC baru tak nak. Nie kan dah susah, kak Wilma merungut. Ek elleh, marahlah tu. Lantaklah kau nak marah ker nak aper, yang penting aku nak surfing. Aku segera taip site http://tokeikedai.homeip.net/kedaikopi/ dan sekarang ni kenali dengan www.tokeikedai.net.my, site kegemaranku. Kat sana aku boleh berforum dan lepas tension. Kalau aku nak marah, aku boleh lepas geram kat member-member forum Tokeikedai kat sana tu, heheh! Jangan marah geng semua! Sayang korang semua muaack!

**********

Amboi termenung, Amelin menyikuku.Woi korang semua Dina angan-angan ler

Mengarutlah aku mengantuk nie. Aku tak cukup tido mengadap PC 24 jam, aku cuba berdalih. Kalau mereka tahu apa yang ada di dalam fikiranku, mampuslah aku kena sakat. Teringat pulak aku akan senyuman budak lelaki kat cafeteria tu. Dah beberapa hari aku tak nampak kelibatnya. Hairan, takkan dia lelaki misteri kot! Siapakah gerangan dirimu wahai pujaan hatiku chewah!

Selepas tutorial, aku bertapa kat perpustakaan. Nisda ada kelas tutorial yang lain, Amelin balik rumah dan Maya pulak sibuk berdating. Aaiii tinggallah aku seorang diri lagi. Dalam aku asyik membelek nota, tiba-tiba datang sekumpulan pelajar lelaki. Aku mendongak kepalaku. Alamak budak tu! Aku jadi tak tenang duduk. Gabra wa cakap lu. Alamak terpaksalah kontrol beb! Dia nampak kelibatku dan memandang tepat ke arahku. Aduh! Dia tahu aku syok kat dia ker? Selepas tu, dia senyum dan ketawa dengan kawan-kawannya. Aku terasa macam orang bodoh jer.

Aku merungut sendirian. Janganlah kau menaruh harapan kat mamat tu Dina ooiii. Dia tu lawa dan kacak, gerenti ramai makwe berebut nak ambil dia jadi pakwe. Aku merenung nota yang masih kemas di depanku. Mana mungkin dia suka padaku. Ah sudahlah! Aku mengangkat kepalaku. Aku tersentak bila melihat wajah kesukaanku di depan mata. Pelajar tu berdiri tidak jauh dari depanku dan sedang memerhatikan gelagatku. Lepas tu dia pun berlalu sambil mengukirkan senyuman. Ek bila masa dia ada kat sana? Dia ni invisible man ker? Aku jadi kaku dan perasaanku jadi tak keruan. Mak ooiii hansemnya dia. Kalau macam ni hari-hari, cair ler aku nanti. Korang semua tentu tak kenal aku lagi.

Hari-hari kemudian kulalui dengan perasaan gembira dan berbunga-bunga. Maklum ler ada orang sudi senyum kat aku, mana tak syok. Alamak, naik perasan pulak aku. Korang jangan jealous pulak, heheh! Pelajar lelaki tu ku beri gelaran, budak library. Sebab aku selalu nampak dia kat perpustakaan. Sempena ini, aku dengan tidak rasminya menjadi warga tetap di perpustakaan universiti ini. Mana tak nyer, saban hari aku akan pergi ke perpustakaan dengan harapan dapat melihat kelibat budak library pujaanku. Teman-teman yang lain jadik hairan mengapa aku rajin sangat pergi ke perpustakaan.

Amboi rajin kau ke library. Exam lama lagilah kata Maya.

Sejak bila kau jadi budak tekun nie? soal Nisda pulak. Huh, kalau aku bagitau, korang gerenti ketawakan aku! Lantaklah korang nak cakap apa.

Aku tahu, Dina mesti ada tunggu seseorang kat sana. Siapa Dina? Kasilah kitaorang tau pujuk Amelin pulak. Sorry, aku takkan termakan pujukanmu itu. Malaslah nak layan korang. Aku dah serik. Dulu semasa kat sekolah menengah, aku pernah beritahu sahabat karibku tentang budak lelaki yang aku minat. Tak sangka mulutnya murah sangat nak bersedekah. Habis satu kelas tahu aku syok kat budak tu. Malu betul aku dibuatnya.

Korang nie tak bagi sokongan langsunglah. Aku baru nak rajin sikit, korang dah nak sakat aku. Kalau macam nie, biarlah aku jadi budak malas selama-lamanya balasku pura-pura merajuk. Hah, tengok korang mesti pujuk aku!

Amboi Dina merajuk ler, ketawa Maya terkekeh-kekeh. Ewah, sedap kau gelak. Tiba-tiba aku ternampak kelibat budak library ku sedang mencari buku kat rak. Adesh rindulah pandang ler kat sini. Kata-kata Maya dan yang lain langsung tak ku hiraukan. Fulamak, semakin tampanlah dia. Setiap kali aku terpandang wajah dia, aku jadi jatuh hati. Budak library melintasi meja kami berempat. Dia tak senyum padaku seperti selalunya. Apasal? Why? Tell me why?... Dia hanya merenungku kemudian berlalu. Isk, sombongnya. Tetapi renungannya fuh! Berbisa. Heheh dah parah aku nie.

Wuish, korang nampak boy tu. Hansemnya dia dari fakulti mana dia tu? Tak pernah nampak pun, kata Nisda gembira. Aku terpaku terdiam.

Aku tak pasti dari mana. Tapi aku tahu namanya, Eizlan. Jangan ler kau nak syok kat dia pulak. Aku dah lama syok kat Eizlan. Aku dah booking dia, okay, jawab Amelin. Aku tersentak. Tak sangka Eizlan ada peminat dari kalangan teman rapatku.

Ek elleh, jangan ler kau nak perasan pulak. Entah Eizlan syok kat kau entah tidak, kata Nisda pulak. Tidakku sangka sungguh. Kawan-kawanku minat kat Eizlan. Nisda yang cantik dan menawan, Amelin yang ayu dan comel. Aku kalah! Rasanya aku nak menangis di sana juga, tambahan pula bila melihat pandangan mata dingin Eizlan sebentar tadi.

**********

Seperti biasa selepas tutorial kami akan ke cafeteria. Aku, Nisda, Amelin dan Maya tak pernah berenggang. Kami berbual rancak, bercakap tentang pelajaran, pelajar lelaki kat kampus dan tidak lupa juga, bergossip. Tiba-tiba sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan masuk ke cafeteria. Aku terpaku kerana Eizlan ada bersama. Dia memilih tempat duduk bertentangan denganku sambil memandangku. Aku jadi kaget. Kena kontrol sikit beb! Rasa-rasanya tak mahu aku menatap wajahnya.

Maya mengenyit mata ke arah Amelin dan Nisda. Dia kemudiannya berbisik, Aku tahu korang syok kat Eizlan. Dia ada kat depan aku nie, rugi ler korang. Maya ketawa terkekeh-kekeh. Amelin dan Nisda duduk membelakangi meja Eizlan sementara aku dan Maya duduk bertentangan.

Alaaa rugilah. Dina dan Maya pulak yang untung, kata Nisda. Yelah tu. Korang ambik ler Eizlan pujaan hati korang tu. Aku tunduk diam dan tak rancak berbual seperti tadi. Eizlan Eizlan mengapa lah ko kacak sangat. Tapi kalau tak kacak, mungkin aku tak terklik kat dia. Aiyaya

Maya, aku duduk tempat kau, kau duduk tempat aku, amacam? Amelin memberi cadangan.

Okay!

Kita pulak tukar tempat duduk Dina, kata Nisda. Aku hanya mengangguk lemah. Aku memandang ke depan. Eizlan rancak berbual tetapi kemudian dia memandangku. Dia mengukirkan senyuman padaku. Ewah nak sangat aku membalas senyumannya tapi aku batalkan niatku itu. Mungkin dia bukan senyum padaku. Mungkin dia senyum pada Nisda dan Amelin yang sedang berdiri berhampiranku. Aku bingkas bangun dan mengambil tempat duduk Nisda.

**********

Aku menuju ke kelas tutorial sendirian. Aku masih melayan perasaanku kerana selama dua jam aku duduk kat perpustakaan, aku langsung tak nampak kelibat Eizlan, budak libraryku. Jiwa dan ragaku menjadi lemah dan tak bermaya. Sampai bila aku nak simpan perasaan ini dalam hati. Aku nak Eizlan tahu yang aku sangat sukakannya. Tapi mana mungkin! Kalau dia tahu aku syok kat dia padahal dia tak sukakan aku, sudah tentu dia gelak kat aku. No way man!

Sedang aku berjalan, aku terpandang sesusuk tubuh yang amat aku kenali. Eizlan sedang berdiri di depan, ketawa and berbual rancak dengan kawannya. Bila dia terpandang akanku, dia terus diam. Wah wah Aku tak lepaskan peluang ini. Aku berjalan ke depan sambil menatap wajahnya, wajah yang aku rindu. Tapi bila aku betul-betul berada di depannya, aku tertunduk. Malu lah nak menentang matanya. Aku sempat menatap wajah Eizlan sebelum melintasinya. Dia hanya memandangku penuh makna. Renungan matanya seolah-olah menggambarkan seribu kata-kata. Oh tuhan, andai aku tahu apa yang ada di dalam fikirannya ketika itu dan andai dia tahu perasaanku.

Hari-hari berlalu aku lalui seperti biasa. Tetapi, perasaanku ada sedikit berbeza. Aku mudah berasa resah dan gelisah. Aku tak dapat menumpukan perhatian semasa kuliah, tak lagi mampu mendengar celoteh Nisda mengenai teman lelaki barunya yang entah ke berapa dan aku tak lagi rancak berbual seperti dulu dengan kawan-kawan. Di mana-mana aku pasti teringat akan Eizlan. Kekadang tu terpikir jugak aper best minat kat orang yang tak tahu kita minat kat dia? Kalau boleh tak ingin aku nak memikirkan hal-hal jiwang macam tu. Kalau korang kat tempat aku apa korang akan buat? Help me aku di dalam dilemma!

Sedang aku duduk bersendirian di perpustakaan, aku terasa seperti seseorang menghampiri mejaku. Aku mendongakkan kepalaku. Aku tersentak menatap wajah yang ku puja selama ini.

Hai!

Aku terlalu terkejut untuk membalas sapaannya.Emm boleh I duduk? Tanya Eizlan. Aku mengangguk kaku tapi tetap kontrol cute weiii...

I selalu nampak you kat library nie. Nama I Eizlan you pulak siapa?

Saya Dina saya pun selalu nampak you jugak err kat sini, balasku dengan sedikit nada gembira. Takkan aku nak tunjukkan kat dia perasaanku yang happy semacam tu. Kontrollah sikit beb!

You seorang jer ke? Mana yang lain? tanyanya. Aku terkedu seketika. Aku ketawa dalam hati. Hahaha bodohnya engkau Dina. Memang budak Dina ni tak reti bahasa Eizlan tu nak cari Nisda, Maya dan Amelin bukan budak sengkek macam kau tu. Nak jumpa kau buat apa! Buang karan jer

Ooo kawan saya yang lain takder kat sini. You nak cari saper?... Nanti saya bagitau. You boleh tinggalkan pesanan kat saya, kataku dengan nada yang bergetar. Rasa nak menangis pun ada. Eizlan tak sukakan aku! Whyyyy? Memang sudah ku duga hal ini akan berlaku. Mana mungkin pemuda sekacak Eizlan memilihku dari teman-teman yang lain bila mereka adalah antara pelajar perempuan kegilaan lelaki di dalam dan di luar kampus.

Apa you cakap nie. I bukan nak cari kawan you. I nak berkawan dengan you jer. I ada tutorial nie boleh you bagi nombor telefon you? I akan call you nanti, boleh ler kita berbual panjang, pintanya. Eh, iyer ker? Ah tak kisah ler beb. Aku memberinya nombor telefon bimbitku.

I'll call you later Dina, kata Eizlan sambil tersenyum. Mataku mengiringinya pergi. Bior bonar iyer ker dia nak telepon aku? Aku berhak untuk tak percaya sebab bukan aku seorang saja yang menggilai Eizlan. Ramai lagi pelajar kat kampus menaruh hati padanya. Lagi pun aku tak kenal dia entah-entah dia playboy, buaya atau bohjan. Tapi lantaklah heheh!

Seperti katanya tadi, Eizlan menghubungiku pada sebelah malam. Macam tak caya pulak. Suara Eizlan fuh! Menusuk di kalbu wa cakap lu. Berbisa sungguh. Romantik pun ada chewah! Kekadang tu aku biarkan dia cakap sorang-sorang jer. Aku nak dengar suara dia jer padahal apa yang dia cakap langsung aku tak paham. Andai ler ko boyfrenku wahai Eizlan dah tentu aku jawab yer sayang. Ahaks jiwang karatz pulak. Jauh di sudut hati, aku memang mengharap Eizlan menaruh sedikit perasaan terhadapku tak gitu budak library ku?

**********

Aku dan Eizlan menjadi semakin rapat. Nisda, Amelin dan Maya hairan bagaimana aku boleh mengenali Eizlan.

Aku dan Eizlan kawan biasa jer, macam aku dengan korang jugak, kataku pada Amelin bila dia bertanya tentang hubungan kami. Ya, memang aku dan Eizlan tak pernah keluar bersama. Kami hanya berjumpa bila ada kelapangan kelas dan hanya di perpustakaan, not in public! Tak sangka Eizlan adalah seorang pemuda yang baik dan tak ego dengan wajah tampannya itu. Sedikit sebanyak aku mula mengenali diri Eizlan yang sebenar dengan mendalam dan perasaan sukaku pada budak libraryku semakin kuat.

Pada suatu petang, sedang aku sedang membaca nota di perpustakaan, Nisda meluru ke arahku dengan wajah yang sugul.

Apa hal dengan kau nie? soalku. Nisda hanya menangis teresak-esak.

Aku...aku I'm pregnant Dina,katanya terketar-ketar. Aku terkejut. Isk& apa dah jadi dengan kau nie Nisda ooiii dah buang tabiat ker?

Biar benar kau nie Nisda? Macam mana kau tahu?

Aku jumpa doktor pagi tadi dia kata positif. Macam mana nie Dina? Apa aku nak kata kat parents aku? They'll kill me for sure! I'm a dead meat now! katanya tersedu-sedu.

Siapa jantan tu?

Aku rasa Arman aku selalu keluar dengan dia.

Kau rasa? Kau dah gilakah? Kau tak boleh kata main rasa-rasa saja Nisda! Kau kena pasti siapa yang buat macam tu pada kau! kataku terkejut. Isk Nisda nie. Aku pulak yang panik. Tiba-tiba mataku terpandang sesusuk tubuh yang amat kukenali sekali bersama seorang siswi yang cukup cantik. Eizlan terkejut apabila menyedari yang aku sedang memerhatinya. Dia segera menuju ke arahku bersama gadis di sebelahnya.

Hai Dina kenapa pulak dengan kau nie Nisda? soalnya selamba. Aku menatap wajahnya dengan penuh tanda tanya kemudian aku memandang gadis di sebelahnya. Cantik orangnya awek dia ker? Terasa aku pulak yang nak menangis. Eh, kenapa pulak aku nak nangis? Aku jealous ker?

Iz cepatlah kerja kita belum selesai lagi, kata gadis itu sambil menarik tangan Eizlan manja. Amboi mesranya korang! Aku hanya memerhatikan saja gelagat mereka. Gatal sangat gadis tu menyampah betul aku tengok. Kalau iyer pun nak ngorat Eizlan tu jangan ler main tarik-tarik.

Okay, I nak cepat nie. Kami pergi dulu, kata Eizlan sambil berlalu. Dia sempat menatap wajahku tapi bagi aku no meaning at all! Geram aku tengok dia dengan perempuan tu. Jealouslah tu

Semenjak hari itu aku tak lagi menghubungi Eizlan. Orang dah berpunya buat apa nak ganggu. Eizlan juga tak menghubungiku. Mungkin dia dah bahagia bersama pujaan hati tapi aku pulak yang frust menonggeng. Dua tiga hari aku menangis macam orang yang ntah aper aper melayan perasaanku. Mengapalah aku nak menangis padahal aku dengan budak library bukannya ada apa-apa hubungan cinta. Cuma aku jer yang perasan lebih. Tu ler akibat jiwang sangat.

Suatu hari Eizlan ingin berjumpa denganku. Mungkin dia nak beritahu yang dia sudah tak perlukan aku lagi. Akanku terima apa saja keputusanmu budak library!

Kenapa Dina tak telefon Iz? Dina marah yer? soalnya ketika aku duduk di sebelahnya di dalam kereta miliknya. Buat pertama kalinya Eizlan mengajakku keluar, mungkin juga untuk kali terakhir.

Dina tak marah tapi Iz kan sibuk. Dina tak nak ganggu Iz.

Siapa kata Iz sibuk?

Iz sendiri jugak tak menghubungi Dina sahlah Iz tu sibuk, balasku.

Iz tak ler sibuk sangat. Cuma ada sedikit kerja jer, katanya. Ek elleh, mengaku jer yang kau tu sibuk dating!

Dah ler tu Iz marilah kita balik. Nanti girlfriend Iz nampak, tak pasal-pasal pulak Dina kena bantai, kataku rimas.

Apa you cakap nie Dina? Bila masa pulak Iz ada girlfriend?

Student perempuan yang bersama Iz tempoh hari! Tu bukan girlfriend? Sudahlah Iz, marilah kita balik! Aku semakin rasa tak selesa. Isk mamat nie& buat-buat tak paham jer. Eizlan membetulkan kedudukannya dan memandang tepat ke wajahku. Dia merenungku lama tanpa sepatah kata pun yang keluar dari bibirnya. Alamak! Cantik nya renungan mata dia. Lemah iman aku serta-merta. Hansem sungguhlah ko ni Eizlan ooiii

Iz tak sangka Dina masih tak faham perasaan Iz. Iz hanya sukakan Dina! kata Eizlan. Aku tersentak seketika dan bagaikan terpaku. Ek betulkah apa yang aku dengar nie? Aku mimpi ker nie? Aku memandang Eizlan untuk mendapatkan kepastian. Eizlan mencapai jemariku dan menggenggamnya erat.

Dina tentu perasan yang Iz selalu memerhati Dina. Iz suka kat Dina semasa kali pertama kita bertemu. This is what Ive always wanted to say. I really like you Dina. I really mean it!

Chewah siap speaking London lagik. Lidahku menjadi kelu. Betulkah Eizlan menyukaiku atau dia hanya hendak menyedapkan hatiku.

But Im nothing Iz, compare to others I'm just a plain girl. You wouldnt like me, wuisyeh... aku jugak balas balik cakap English. And why would you want to pick me from the rest?

Dina Eizlan menatapku dengan penuh pengertian. Genggaman jari-jemariku semakin dieratkan. Aku terlalu terpegun untuk menolaknya. Tiba-tiba Eizlan menghampiriku dan tanpa kuduga Eizlan mengucup pipiku. Terasa sejuk menyentuh pipi gebuku.

I love you Dina. Percayalah. I dont want to love anybody but you. I want you to be the queen of my heart. Tell me that you love me too. Please! kata Eizlan. Ewah queen of my heart cam lagu Westlife pulak! Tak sangka ko ni pandai pujuk pompuan Eizlan ooiii romantik lagik tu. Romantik tahap jiwang karatz heheh! Alamak ke situ pulak aku

Aku menatap wajah Eizlan yang sugul tetapi penuh dengan kejujuran. Aku tak sepatutnya meragui perasaannya. Bukankah aku yang mengejarnya dulu? Mengapa setelah dia datang ke dalam hidupku aku harus menolaknya? Bukankah dia yang ku mahu? Bukankah aku pernah menangis macam orang frust giler kerananya? Aku tak akan mensia-siakan perasaan dan air mata yang aku tumpahkan dulu kerana Eizlan.

Dina...Dinajugak sukakan Iz, kataku tersekat-sekat. Eizlan menatap wajahku dengan penuh kegembiraan dan aku hanya mampu tersenyum padanya. Aku tak pernah menduga yang aku akan mendapat cinta semudah ini. Dengan budak library hensem pujaan ramai pulak tu korang jangan jealous pulak, heheh!

Eizlan berbicara mesra denganku dengan gembira setelah mendengar pengakuanku tapi aku hanya mampu menatap wajahnya. Cinta semudah ini dengan budak library? Tak tahulah mungkin ini hanyalah permulaan satu episod kisah cinta untuk masa depan. Chewah cam title lagu Sheila On 7 pulak. Yelah, budak librarykan kegilaan ramai! Mampukah aku terus bertahan dengan perhubungan ini? Apa-apa pun, I really love you budak library. Sayang awak, rindu awak ;D ;D

No comments:

Post a Comment