Wednesday, May 5, 2010

Badai Pasti Berlalu - 13

Semalam Iman di marahi ibu. Ibu berang kerana dia pulang agak lewat dari kebiasaannya. Bukan niat Iman untuk pulang lewat tapi, Ismail Syafiq yang memaksa dia melanggari peraturan hidupnya sekalian membangkitkan kemarahan di hati ibu. Dia tidak membantah bila lelaki itu mahu menawarkan diri untuk menghantarnya pulang tapi, sebaik saja mendapati lelaki itu tidak membelok ke jalan yang sepatutnya dia membantah keras. Tanpa persetujuan darinya, Ismail Syafiq terus memandu ke arah Pantai Lido dan berhenti betul-betul di hadapan restoran Singgah Selalu yang bertentangan dengan Danga Bay. Lelaki itu langsung tidak mempedulikan jelingan tajam dan riak marah di wajahnya. Ismail seakan sengaja membawa dia ke restoran yang ramai pengunjung, dia tidak boleh membuat onar mahupun menjerit marah kepada lelaki itu.



Walaupun hatinya sedikit gusar tapi, dia tidak pernah bimbang dimarahi ibu lalu, dia hanya menurut saja kemahuan lelaki itu. Mulanya dia membatukan diri di dalam kereta, tetapi lelaki itu terus memujuk, lambat-lambat dia akhirnya akur. Hatinya terusik kerana lelaki itu kelihatan ikhlas, membawanya ke situ sebagai tanda maaf di atas setiap kesalahannya terhadap Iman. Pesanan hidangan yang di buat oleh lelaki itu di terima agak lambat memandangkan jumlah pelanggan yang sangat ramai waktu itu. Tidak banyak yang mereka bualkan lantaran Iman mengambil jalan untuk mendiamkan diri, dia kekok, janggal dengan pertemuan itu. Selesai menjamu selera, dia minta segera di hantar pulang.



Tapi, pagi ini sekali lagi Iman di marahi ibu. Apa yang sangat di kesalkan, Kak Ain dan Irma turut sama mengapi-apikan kemarahan ibu kepada dirinya. Dia tidak ambil hati di marahi ibu, dia terima segalanya, ibu berhak ke atas dirinya, tapi…



“Aina, jangan kau ingat aku tak ambil tahu pasal diri kau, kau boleh buat sesuka hati yang kau suka! Balik lewat malam! keluar entah dengan jantan mana!” Jerkah ibu sewaktu Iman sedang bersarapan. Suapan terasa bagaikan butiran pasir.

“Maafkan Aina bu, semalam Aina ada hal sikit.” Jawab Iman perlahan.

“Ada hal ke melayan jantan.” Selamba Kak Ain mencelah. Iman merenung tajam wajah Kak Ain yang bertentangan dengannya.

“Ha’ah. Entah-entah kerja part time as….” Irma mula menyokong.

“Irma!!! Jaga sikit mulut kau tu ya!” Tingkah Iman pantas. Dia berlalu ke dalam bilik. Hatinya sakit mendengar tuduhan Irma itu.

“Aina, betul kau buat kerja keji tu? Aina!!!” Jeritan ibu tidak Iman pedulikan.

“Dasar anak tak sedar diri! Sengaja nak memalukan aku…sudahlah dari kecil banyak menyusahkan aku…” Sayup-sayup kedengaran suara ibu dari luar. Kata-kata seterusnya tidak kedengaran lantaran Iman menekup rapat kedua telinganya.



Ya Allah dugaan apakah ini? Iman merintih hiba. Tangisannya yang halus bertambah kuat memenuhi segenap biliknya yang kelihatan suram, sesuram hatinya yang walang. Kata-kata ibu, Kak Ain dan Irma bergema, berasak-asak di cuping telinganya. Tiga jasad mengelilingi dirinya, ketiga-tiga wajah itu memandang hina, menjeling sinis, mencebik bibir mengejek ke arah Iman. Dia seakan pesalah yang di lempar tuduhan yang berat, di hakimi secara tidak adil, hanya ada peguamcara, lalu memaksa Iman diam tidak berkutik di kandang pesalah. Iman mendongoi kuat, haruskah dia mengaku bersalah? Ah! Tidak sesekali, tiba-tiba saja tangisan menggilanya terhenti, tersedar dan kembali ke alam nyata.



Sungguh! Iman tidak pernah merasa jauh hati sekali dengan ibunya seperti saat ini. Sampai hati darah kandung sendiri menuduh dirinya sebegitu keji.Selama ini Iman terima segala kemarahan dan teguran ibu dengan hati yang terbuka. Seboleh-bolehnya dia cuba membuang jauh segala rasa sedih dan kecewa yang bercambah di hatinya. Dia tidak mahu menyimpan sebarang rasa dendam, sakit hati kepada ibu mahupun darah kandungnya sendiri. Dia amat menghargai kehadiran ibu dan adik-beradiknya, hanya mereka yang dia ada di dunia ini. Tapi hari ini, hanya kerana lelaki itu dirinya di hina, dia di tuduh sekeji itu. Harga dirinya berkecai, maruahnya tercalar di mata ibu dan adik-beradiknya. Tiba-tiba hatinya panas membayangkan wajah lelaki itu. Ismail Syafiq, dia ingin melepaskan kemarahannya kepada lelaki itu. Segera telefon bimbit di atas meja di capai. Jemarinya menekan geram butang-butang keypad.



‘Ini semua kerana awak! Psl awak saya di marahi ibu. Saya benci awak, awak tahu tak! Saya benci….’



Selepas menekan butang ‘send’ Iman melemparkan handphone miliknya itu ke atas katil. Hatinya yang sakit sedikit lega. Sesaat kemudian, telepon itu menjerit minta di jawab.



“Ini semua kerana awak tahu tak!!! Kalau tak kerana kedegilan awak saya tak akan di marahi ibu. Mereka tak akan menuduh saya sekeji itu. Saya benci awak!!!” Sepantas kilat Iman menyerang pemanggil di talian. Suaranya bergetar menahan marah.

“Iman, sabar ok. Cerita pada saya apa yang sebenarnya terjadi.” Lembut lelaki itu berbicara namun, masih tidak dapat meredakan bahang di hatinya.

“Awak dah banyak menyusahkan saya, menambahkan lagi penderitaan hidup saya. Tolong jangan ganggu saya lagi!” Jerit Iman lebih kuat dari tadi.

“Iman….please tell me what happened? Iman…cerita pada saya, ok? Iman…” Sekali lagi suara itu memujuk perlahan. Hati Iman di pagut sayu tapi sesaat teringat tuduhan-tuduhan itu...

“No, nothing! Tak payah, awak tak perlu tahu. Maaf kerana mengganggu awak.” Jawabnya seraya mematikan talian. Iman melepaskan keluhan panjang.



Seketika hati Iman di buru rasa kesal kerana memarahi lelaki itu. Siapakah sebenarnya yang bersalah? Telefonnya yang menjerit nyaring sekali lagi di biarkan tidak berjawab. Dia tidak memerlukan Ismail Syafiq saat ini, lelaki itu bukan siapa-siapa pada dirinya. Dia tidak akan tunduk dengan pujukan lelaki itu, hanya pengertian dan cara untuk mengembalikan kepercayaan ibu yang di fikirkan saat ini.



Iman sangkakan ibunya sudah mula menerima dirinya. Kelmarin, bila Fatin memperkatakan mengenai perubahan sikap ibu, hatinya terasa gembira sekali. Ibunya tidak sedingin dulu, dia bagaikan ingin menjerit memberitahu dunia betapa hatinya gembira akan perubahan yang sememangnya dia nanti-nantikan dalam hidupnya. Dia berjanji untuk terus menjadi anak yang baik di mata ibu, akan di lakukan yang terbaik untuk membahagiakan sekeping hati milik wanita itu. Tapi, pertemuan dengan lelaki itu telah memusnahkan kebahagiaan yang baru saja ingin menghampiri dirinya. Kebahagiaan hidupnya sebentar cuma. Kini, keindahan itu telah pergi di bawa angin lalu, memaksa Iman mengejar kembali rasa indah itu sendirian. Sungguh! Iman sedikit terkilan dengan pertemuan semalam, pertemuan yang membunuh kebahagian dirinya.



Iman menelefon Kak Seri meminta cuti. Dia rasa malas hendak pergi kerja. Hatinya rawan, sedih. Seharian dia hanya memerapkan dirinya di dalam bilik. Biarlah untuk hari ini dia melayan rajuk hatinya sendiri. Dia sudah biasa begini, bersendirian mengubati luka dan kecewa di hati. Kesedihannya tidak lama, kekecewaan hatinya sesaat cuma. Esok, Iman pasti kembali pulih seperti biasa, senyuman akan segera terukir di bibir merahnya, mendung kelabu yang terukir di wajahnya pasti akan secerah langit yang membiru. Iman pasti.



Iman membaca berulang kali SMS yang di terima dari Ismail Syafiq. Hatinya sedikit terusik dengan kata-kata dari lelaki itu.



‘Iman, saya tak tahu apa yg terjadi. Jika semuanya adalah kerana saya, saya minta maaf… truly sorry. Satu yg saya nak awak tahu, saya ikhlas nak berkawan dengan awak…please… :( berdoa n bykan bersabar, ok?’

Apakah ada hikmah di sebalik pertemuan di antara mereka berdua? Seketika, hati dan fikiran seorang Iman Nuraina di asak pelbagai persoalan…


No comments:

Post a Comment