Monday, May 24, 2010

Abadinya Sebuah Cinta

" Helaian demi helaian album biru muda diselak oleh
Fatin Yusrina. Ditatapnya satu demi satu wajah
insan-insan yang disayanginya. Mama, abah dan
adik-adik. Matanya beralih pula pada wajah teman-teman
seperjuangan yang sentiasa di sisi menemani. Lyn, Ayu,
Nadia dan Alia. Dia menyelak lagi helaian setebal
dua inci tersebut. Kenangan bersama mereka di bangku
sekolah masih mekar hingga ke hari ini. Semangat
setiakawan yang tersemai sejak bertahun dulu masih
kukuh. Nita,Sham dan Shah antara
teman-teman yang paling setia walaupun hari ini masing-masing terpisah oleh
kesibukan demi mengejar sebuah cita-cita dan
merealisasikan sebuah impian.
Air muka Fatin tiba-tiba berubah apabila matanya
terpandang pada seraut wajah yang sering menghantui
hidupnya. Seraut wajah milik insan yang dicintai
sepenuh hati dan paling istimewa di dalam hidupnya. Album itu
ditutup dan disimpan kembali ke tempat asalnya. Fatin
bangun dan melihat ke luar. Pandangannya dilempar jauh
ke awan biru menyaksikan burung-burung yang bebas
berterbangan. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu
mengenangkan perubahan yang berlaku dalam diri Amirul.
Fatin mengeluh perlahan. Entah mengapa dirasakan Amirul
semakin jauh dari dirinya. Kasih Amirul seakan
berubah.

Tiada lagi warna-warna cinta di dalam hidupnya.
Walaupun Amirul cuba berlagak seperti biasa namun jauh
di sudut hati Fatin terasa kepincangannya. Tika ini
Fatin rasakan dialah di antara pelakon terhebat. Lamunannya
tiba-tiba terhenti apabila bahunya ditepuk lembut.
Fatin menoleh. Kelihatan Alia tersenyum di depannya.
"Fatin, kau menangis lagi?" soal Alia yang seakan mengerti apa
yang Fatin rasakan. Fatin hanya tersenyum pahit.
"Sudahlah tu, usah dikenangkan sangat masalah tu.
Pasti ada penyelesaiannya nanti. Bersabarlah.." pujuk Alia.
Perbualan mereka terganggu apabila Ayu yang baru
pulang dari berjogging tercungap-cungap berlari ke
arah mereka.
"Haa.. kenapa pulak ni Ayu?" soal Fatin hairan.
"Aku... aku..." Ayu tergagap-gagap. "Eh.. apasal nie?"
soal Alia cemas. "Tak ada apa-apa.. saja jer.. aku
laparlah.." balas
Ayu sambil ketawa kecil. "Laa.. ingatkan kot kena
kejar anjing," balas Alia. Nadia dan Lyn yang
mengekori di belakang Ayu pun turut meyampuk. "Bukan
apa, aku rasa Ayu tu dah tak sabar nak jumpa mamak perut buncit kat
gerai tu.." usik Lyn. "Hm.. patutlah lari macam lipas
kudung.. rindu kat mamak tu rupanya.." usik Fatin
pula. Mereka akhirnya tertawa melihat muka Ayu yang macam susu basi
bila disakat teman-teman.

Terlupa sebentar pada masalah yang ditanggung Fatin.
Mereka kemudiannya bersiap untuk keluar makan. Jari
jemari Fatin masih lagi ligat menulis di diari
kesayangan yang banyak menyimpan rahsia perjalanan hidupnya.
Selain teman-teman, diari biru berbunga putih itu
jugalah tempatnya meluahkan perasaan dan mengadu.
Patah demi patah ditulis menjadi barisan ayat dan satu demi
satu helaian dicoret bagi meluahkan segala yang
tersimpan kemas di sudut hatinya. Walaupun dia sedar
tak mungkin Amirul dapat membaca luahan perasaan dan
coretan yang ditulis khas buatnya tapi dia tidak
pernah jemu menulis. Untuk diluahkan tidak mungkin
kerana dia tak sanggup mengguris hati insan yang disayanginya.
Biarlah ditanggung segalanya dan dipendam segala
kedukaan dengan harapan semuanya akan berakhir dengan
episod bahagia. Walaupun empat tahun lalu Amirul
pernah melukakan hatinya dengan mendampingi insan lain
namun di sudut hatinya tidak pernah berdendam apatah
lagi membenci.

Mungkin takdirnya ketika itu bukan untuk bersama
Amirul, tetapi pertemuan yang tidak dirancang setahun
lalu membibitkan kembali perasaan sayang yang tidak
pernah padam buat lelaki itu. Fatin akui dia terluka dengan
perbuatan Amirul namun yang dah berlalu tetapkan
berlalu. Dia yakin kebahagiaan yang dicari akan
dikecapi bersama Amirul. Namun sikap Amirul sejak akhir-akhir
ini benar-benar mengguris perasaannya. Kesan parut
luka semalam terasa pedih kembali. Mungkinkah berdarah
kembali. Fatin termenung sendiri. Kesibukan disebabkan
tugasan yang bertimbun membuatkan Fatin terlupa
sebentar pada masalah yang ditanggung. Teman-teman di
sisi sentiasa memberi perangsang dan semangat
menjadikan dia tabah melalui hari demi hari. Fatin
juga semakin kurang bercakap dan bersama teman-teman.
Dia lebih gemar menghabiskan masanya di dalam bilik. Teman-teman
yang lain semakin risau melihat perubahan diri Fatin.
Kalau dulu dialah penyeri suasana, bercerita itu dan
ini namun kini dirasakan Fatin semakin jauh dari mereka
semua. Puas sudah ditanya mengapa dirinya semakin
berubah tetapi jawapan yang sering diterima oleh
mereka adalah dia terlalu sibuk dengan tugasan.

Situasi ini meresahkan teman-teman kerana sesibuk
manapun dulu Fatin masih lagi sempat bersama
teman-teman untuk menghabiskan hujung minggu. Namun
mereka semua tidak mahu mendesak Fatin. Mereka yakin masalah
utama Fatin adalah Amirul dan Fatin cuma perlukan masa
untuk membiasakan diri dengan sikap Amirul yang
semakin hari semakin memeningkan kepala. Suatu malam
yang hening, Fatin mengadu sakit kepala. "Nadia, kau
ada Panadol tak?" soal Fatin. "Kau tak sihat ke
Fatin?" soal Ayu. "Ala.. pening sikit jer.. ada panadol tak
ni?" soal Fatin lagi. "Ada tu ada.. tapi aku rasa elok
kita pergi klinik. Aku tengok kau pucat semacam jer.."
usul Nadia.
"Tak payahlah Nadia.. pening biasa jer ni.. penat studi..
lepas tidur nanti eloklah tu.." balas Fatin. "Kau
jangan macam ni Fatin, sejak akhir-akhir ni aku tengok
kau memang lesu dan tak bermaya.. jomlah kita pergi klinik." Pujuk
Alia. "Ish.. tak payahlah.. haa.. panadol kau tu kat
mana Nadia?.. Aku pergi ambik yer.." balas Fatin. "Ada
dalam laci tu" balas Nadia. Fatin berlari-lari anak menuju ke bilik
Nadia. Tiba-tiba dirasakan pandangan menjadi kelam.
Dia tidak dapat mengimbangi badannya dan terjatuh
berhampiran meja studi Nadia menyebabkan barang-barang
di atas meja bertaburan dan berserakan.

Teman-teman yang berada di ruang tamu bergegas naik ke
atas untuk melihat. Terkejut mereka tatkala terlihat
Fatin yang rebah di sisi katil dalam keadaan pucat
lesi.
Ayu memangku Fatin. "Jom kita pergi hospital.. Lyn,
kau pergi cari 'purse' Fatin dan ambik tudung dia
sekali." Usul Nadia sambil mencapai tudung dan kunci
kereta sementara teman-teman yang lain bersiap untuk ke
hospital. Mereka mengangkat Fatin masuk ke dalam
kereta sementara rakan-rakan lain yang tinggal akan
memberitahu 'fellow' bertugas tentang apa yang
berlaku. Nadia memandu laju meninggalkan perkarangan
kolej menuju ke hospital berdekatan. Ayu, Lyn dan Alia
masih lagi diam membisu ekoran terkejut dengan apa yang
terjadi. Sudah dua hari Fatin terlantar di hospital
tidak sedarkan diri. Seluruh ahli keluarga setia
menanti sehingga Fatin sedar. Lyn memandang wajah Pn. Marini mama
Fatin. Terpancar kasih sayang seorang ibu yang sabar
menanti dan beralih pula kepada seraut wajah bapa yang
nampak lebih tenang milik En. Fazlie walaupun
hakikatnya tiada siapa yang mengerti.

Seluruh keluarga dan teman-teman sentiasa berdoa agar
Fatin cepat sedar dan sembuh seperti sediakala. Lyn,
Ayu dan Nadia yang baru pulang dari kelas singgah
sebentar untuk melihat perkembangan teman yang
disayangi. Sham dan Nita yang baru tiba kelihatan
sedang berbincang sesuatu. Nita kemudian menghampiri
Ayu.
"Ayu, kau dah contact Amirul?" soal Nita. "Dah banyak
kali aku cuba.. tapi tak dapat jugak." Balas Ayu. Sham
berjalan menghampiri mereka. "Mana pulak perginya
budak Amirul ni?" soal Sham geram. "Entahlah Sham, dah jadi
macam ni pun Amirul tu tak muncul-muncul jugak." balas
Lyn. "Amirul ni pun satu, kalau nak ke mana-mana tu
bagitaulah.. ini tak.. mak abah dia pun tak tau mana
pergi anak bongsu diaorang tu." Balas Nadia. "Kesian
aku tengok Fatin tu sejak akhir-akhir ni. Selalu jer
murung, tak bermaya, tak ceria... memang lah dia ada mengadu yang
Amirul tu dah lain macam tapi tak sangkalah sampai dah
jadi macam ni kelibat si Amirul tu pun tak nampak."
Balas Lyn. "Aku ada jugak tanyakan kat Amirul tu pasal
ni, tapi dia tu macam nak mengelak jer.. macam-macam
alasan tak logik dia bagi. Malas aku nak dengar
temberang dia tu." balas Sham kesal. "Yelah.. Orang
lain pun sibuk jugak kan.. tapi takkan sampai nak
luangkan lima minit sehari tanya khabar kat telefon
pun tak boleh.. kalau dulu tu berjam-jam boleh pulak.." balas
Ayu. "Kalau aku tahu dia nak buat perangai macam ni,
jangan harap aku nak sokong masa dia nak berbaik balik
dengan Fatin hari tu.

Dia ni tak serik-serik kot," balas Nita yang dari tadi
mendiamkan diri. Mereka akhirnya diam membisu melayan
perasaan masing-masing. Tiba-tiba lamunan mereka
dikejutkan dengan berita Fatin telah sedar. Mereka
menadah tangan tanda bersyukur atas anugerah ilahi.
Kedua ibu-bapa Fatin masuk bertemu Fatin dan mereka
yang lain hanya menanti di luar. Mama Fatin keluar dari
bilik tersebut dan menghampiri sekumpulan teman-teman
Fatin yang setia menanti. "Makcik macam mana dengan
Fatin?" soal Sham. "Alhamdulillah.. dia dah sedar tapi
doktor kata dia masih lemah dan perlu banyak
berehat.." balas Puan Marini. "Alhamdulillah.. Fatin
dah selamat.. berapa lama lagi dia kena tinggal kat
hospital ni?" soal Nita. "Dalam 3-4 hari.. mungkin
jugak lebih.." balas Pn. Marini lagi. "Kalau macam tu
tak apalah makcik,
kami mintak diri dulu.. lagipun kami ada kuliah malam
ni." Usul Nadia. "Terima kasih banyak sebab dah banyak
tolong Fatin... entah macam mana makcik nak balas jasa
kamu semua.." Pn. Marini bersuara sayu. "Ish.. jangan
cakap macam tu makcik.. kami ni dah macam adik
beradik.. bukan baru sehari dua kami kenal dia.."
balas Ayu.
"Nita.. Sham.. terima kasih sebab ambik berat pasal
Fatin.." kata Pn.Marini sambil menoleh kepada Sham dan Nita. "Makcik,
tak ada apa yang mampu kami berikan selain kasih
sayang seorang sahabat. Kalau tak, apa gunanya
persahabatan yang kami dah semai sejak bangku sekolah
lagi," balas Nita sayu. Pn. Marini benar-benar terharu
melihat keikhlasan teman-teman Fatin. Fatin, kaulah
antara insan bertuah di dunia ini sebab punyai
teman-teman seperti mereka. Desis hati kecil Pn.
Marini. Mereka kemudiannya meminta diri untuk pulang
dan bersalaman
dengan seluruh ahli keluarga Fatin. "Sampaikan salam
kami pada Fatin ye makcik.." usul Lyn. "Baiklah.. tapi
sebelum makcik terlupa.. Fatin mintak tolong Ayu
ambilkan diari biru dia dalam laci meja studI.." pesan Pn.
Marini. Ayu angguk. Mereka kemudiannya berlalu. Suatu
pagi Sham terserempak dengan Amirul di sebuah gerai
makan.
"Hey Mirul.. Kau pergi mana 4-5 hari ni ha?" soal
Sham. "Apasal marah-marah ni Sham.. Aku
'outstation'lah.." balas Amirul. "Kalau ye pun,
takkanlah sampai 'off'kan
'handset' 24 jam. Orang nak 'contact' pun seksa
dibuatnya.."balas Sham lagi. "Laa.. apa hal yang
penting sangat sampai kau ribut pagi-pagi buta ni
Sham?" soal Amirul
selamba. "Ha.. macam mana aku tak ribut Mirul.. kalau
si Fatin tu jadi arwah pun kelmarin, kau mana nak
sedar.. ntah ke mana asyik menghilang.." getus Sham
geram.
"Apa maksud kau ni Sham.. kenapa ngan Fatin?" soal
Amirul cemas. "Dia kat hospital, dah 3 hari terlantar
kat sana.. semalam baru sedar " jawab Sham acuh tak
acuh.
"Aku... aku... aku pergi tengok Fatin dululah Sham..."
balas Amirul sambil berlalu. Sham hanya menggelengkan
kepala dan mendengus kecil.

Ternyata Amirul telah berubah. Amirul memandu laju
menuju ke hospital di mana Fatin ditempatkan. Amirul
membawa sejambak bunga dan buah-buahan. Dia
menghampiri Fatin yang sedang leka menulis sesuatu.
"Sayang dah lama bangun?" sapa Amirul perlahan. "Eh..
abang rupanya.. Fatin tak tidur dari subuh tadi.."
balas Fatin lembut sambil menyelitkan diari biru tersebut ke
bawah bantal. "Iye ke nie?.. Boleh percaya ke sayang
abang ni?" usik Amirul. Fatin tersenyum. "Fatin tulis
apa tadi sampai abang sampai pun Fatin tak sedar.. cerpen
terbaru ke?"soal Amirul. "Haah.. dah lama dah Fatin
tulis tapi entahkan bila boleh habis.." balas Fatin.
"Kenapa?.. Fatin tak ada idea ker.. selalunya buah hati abang ni cepat
dapat idea.." balas Amirul yang sememangnya tahu Fatin
memang gemar menulis. "Bukan tak ada idea, tapi tak
tahu bila nak jumpa penghujungnya.." balas Fatin sambil
tersenyum penuh erti. "Em.. tak perlah.. Fatin tulis
perlahan-lahan o. k.. nanti bila dah siap, boleh bagi
abang baca..macam biasalah kan.." balas Amirul sambil tersenyum
dan mencuit hidung Fatin yang disayanginya. Bukan dia
tak cinta pada Fatin Yusrina. Bukan dia tak sayang
pada gadis yang telah mencuri hatinya sejak di bangku
sekolah lagi. Tetapi setiap kali kebahagiaan sedang
mekar pasti ada sahaja dugaannya.

Entah mengapa terasa sukar untuk memiliki gadis
istimewa ini. Gadis yang telah banyak bersabar dan
berkorban demi kebahagiaannya dan memberinya peluang
untuk menebus kesilapan lalu. Kalau dia berada di tempat
Fatin, mana mungkin dia mampu menerima kembali insan
yang pernah melukai hatinya dengan mengalihkan
cintanya pada orang lain. Amirul akui itulah kesilapan
paling besar yang dia telah lakukan. Memilih Julia
yang baru dikenali dan membelakangi Fatin yang telah
lama berada di hatinya. Entah mengapa tika itu dia
benar-benar terlupa pada kesetiaan, kujujuran,
keikhlasan dan keteguhan cinta Fatin walhal
teman-teman di sisi telah
menasihati agar tidak tersilap langkah. Amirul
benar-benar kesal atas apa yang terjadi dan dia
bersyukur kerana Fatin masih memaafkannya dan
menerimanya kembali
dalam hidupnya. Dia sedar sejak kebelakangan ini Fatin
kecewa dengan sikapnya. Namun apakan daya, dia tak
mampu untuk lakukan apa-apa.

Hanya membisu seribu bahasa dan mendiamkan diri bila
perkara ini dibangkitkan. Dia takut tindakan yang
terburu-buru akan lebih mengeruhkan suasana. Amirul
benar-benar tertekan dengan apa yang berlaku. Masalah
di tempat kerja masih belum selesai, Julia pula muncul
kembali merayu dan menagih kasihnya. Sudah puas
diterangkan pada Julia bahawa cintanya hanya milik
Fatin tetapi Julia mengugutnya untuk menceritakan
tentang keburukannya pada Fatin terutama kisah di mana
mereka hampir-hampir terlanjur suatu masa dulu. Amirul
benar-benar buntu. Menerima Julia bererti dia sengaja
menempah sengsara kerana dia sudah serik dengan sikap
Julia yang benar-benar menyesakkan hidupnya. Menolak Julia
bermakna Fatin akan mengetahui kisah silamnya
sekaligus melukakan hati Fatin buat sekian kali. Dia
benar-benar tak ingin melihat Fatin kecewa lagi.
Cukuplah atas apa yang telah Fatin lalui disebabkan
kesilapannya dulu. Dia perlukan masa untuk
menyelesaikan segalanya. Dia yakin gadis pujaan hatinya ini mampu
bertahan dan cukup kuat untuk menempuh segalanya buat
masa ini. Dia benar-benar menghargai pengorbanan
Fatin dan tiada insan lain yang mampu menandingi Fatin
Yusrina. Dia rasa bersalah kerana mengabaikan Fatin
selama ini hanya kerana kehadiran Julia yang tidak
diundang. Dia berjanji akan melayan Fatin dengan baik
dan akan menebus kesilapannya selama ini.

Dia sendiri akan berterus-terang dengan Fatin bila
tiba saatnya dan kala itu dia redha dengan segala
keputusan Fatin. Walaupun Fatin membencinya dia tetap
akan terima kerana memang itulah hukuman yang patut
diterimanya sejak dulu. Dia akur pada ketentuan Ilahi.
Fatin sudah sihat dan kembali ke bumi ilmuan seperti
sediakala.
Tiada lagi kemurungan di raut wajahnya dan Fatin telah
kembali ceria seperti dulu. Teman-teman yang lain
benar-benar gembira melihat perkembangan yang positif
pada diri Fatin. Pada hujung minggu ini, semua
teman-teman ingin pulang ke kampung halaman. Fatin
juga mengambil keputusan yang sama setelah terfikir
yang dia juga telah lama tidak bertemu keluarga yang tersayang.
Kebiasaannya Amirul akan menghantarnya pulang, tapi
hujung minggu ini Amirul terpaksa menghadiri seminar
di Perak. Jadi dia cuma menghantar Fatin ke stesen
komuter setelah mereka makan tengah hari bersama-sama.
Mula-mula Amirul agak keberatan untuk mengizinkan
Fatin pulang sendirian kerana takut Fatin akan diserang
sakit kepala secara tiba-tiba dan meminta Fatin
menangguh hasratnya untuk pulang ke kampung dan pulang
bersama-samanya pada minggu berikutnya.

Namun setelah didesak oleh Fatin akhirnya Amirul
mengalah. "Sayang jaga diri baik-baik tau.."pesan
Amirul. "O. k.. Fatin janji.."balas Fatin sambil
tersenyum. "Kirim salam
pada keluarga.. nanti bila dah sampai, Fatin call
ye.."pesan Amirul lagi. Fatin tersenyum lagi. Dah
biasa benar dengar kata-kata Amirul yang sedemikian
rupa. Fatin menghulurkan tangan untuk bersalaman. Amirul menyambut
huluran tangan Fatin. "Abang, maafkan Fatin kalau
Fatin ada buat salah dan silap.. halalkan makan minum
Fatin yer.."kata Fatin sambil mencium tangan Amirul.
Amirul angguk dan tersenyum. Dah tahu benar dengan
kebiasaan Fatin yang akan mengucapkan kata-kata
sedemikan rupa di akhir pertemuan. Mula-mula dulu
memang rasa janggal dan pelik bila kalimah itu
dituturkan oleh Fatin, tapi sekarang ni dah biasa
sangat. "Yelah.. apa
salahnya Fatin minta ampun minta maaf.. manalah tahu
umur Fatin tak panjang.. mudah-mudahan atas kemaafan
tu, tenang Fatin kat sana nanti.."dia masih ingat
itulah jawapan yang Fatin berikan apabila perlakuan itu
dipersoalkan. Fatin meminta diri apabila komuter telah
tiba. Amirul melepaskan genggaman tangan Fatin dengan
berat hati.

Entah kenapa tiba-tiba terasa sebak untuk berpisah
dengan Fatin kali ini walaupun dia tahu Fatin cuma
hendak pulang ke kampung. Setelah Fatin berlalu dan
hilang dari pandangan barulah Amirul melangkah ke kereta dan
kembali semula ke pejabatnya kerana ada mesyuarat yang
perlu dihadiri. Selepas mesyuarat Amirul memeriksa
telefon bimbitnya. Dilihat ada 'missed calls'. Dia
terseyum apabila melihat nombor Fatin tertera di situ.
"Em. dah sampai agaknya di rumah" desis hati kecil
Amirul sambil mendail semula nombor Fatin. "Hello..
Assalamualaikum.." Amirul membuka bicara.
"Waalaikumsalam.." balas suara dari sebelah sana.
Amirul hairan kenapa bapa Fatin
yang menjawab panggilan tersebut. "Apa khabar pakcik?"
soal Amirul. "Khabar baik nak.. Tadi Amirul pergi
mana?" soal En. Fazlie tenang. "Ada mesyuarat tadi..
pakcik,Fatin dah sampai ?.. boleh Mirul cakap dengan dia?.."
soal Amirul lagi. "Amirul.. pakcik bukan tak nak bagi
Mirul nak cakap dengan dia..." balas En. Fazlie lemah.
"Apa maksud pakcik..?" soal Amirul hairan. "Bersabarlah
nak.. sebenarnya Fatin di timpa nahas jalanraya.. Dia
dah tak ada nak.. Fatin dah kembali kepada Tuhan
penciptanya.." balas En. Fazlie sebak. Amirul terduduk
mendengar kata-kata En. Fazlie. Terasa gelap seluruh
dunianya. Bermimpi ngerikah dia. Baru sebentar tadi
Fatin tersenyum manja didepannya.

Kenapa ini yang harus terjadi. Air mata seorang lelaki
mengalir deras. "Arwah di hospital mana sekarang
pakcik?" soal Amirul tersedu-sedu. "Seremban
nak.."balas En. Fazlie lagi. Amirul mengucapkan terima kasih dan
kemudiannya menghubungi keluarganya serta teman-teman
lain bagi mengkhabarkan berita duka ini. Keluarganya
menasihatinya agar banyak bersabar dan mereka sendiri
akan menyusul ke kampung Fatin. Ayu, Lyn, Alia dan
teman-teman yang lain menangis tersedu-sedu. Nita yang
pada awalnya tak percaya akhirnya meratap pilu dan
dipujuk oleh Sham walaupun Sham sendiri bagai tak
percaya apa yang berlaku. Pada Shah yang berada jauh
di utara juga dikhabarkan berita duka ini. Amirul menuju
ke surau berhampiran dan mengangkat wuduk serta
menunaikan solat sunat dua rakaat. Dia memohon
ketenangan dan berdoa agar Fatin akan ditempatkan dalam golongan
orang-orang yang beriman. Amirul kemudian memandu laju
meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke
Seremban.
Segala urusan ditangguhkan. Sepanjang perjalanan
hatinya meratap pilu dan air mata pun berguguran.
Segala kenangan bersama-sama Fatin muncul satu
persatu.
Amirul meratap hiba mengenangkan apa yang terjadi.

Diari biru peninggalan Fatin diselak lagi. Diari biru
itu diserahkan oleh mama Fatin selepas jenazah Fatin
telah selamat dikembumikan. Coretan demi coretan dan
luahan rasa seorang insan bernama Fatin Yusrina ditatap.
Agaknya inilah yang dikatakan oleh Fatin cerpen yang
masih tiada penghujungnya suatu masa dulu. Dan kini
yang tinggal hanyalah penghujung yang hanya memberi seribu
kedukaan. Penghujung yang menyaksikan dia telah
kehilangan Fatin buat selama-lamanya. Penghujung yang
meninggalkan kesan abadi. Air mata Amirul tumpah lagi
apabila bait-bait kata itu dibacanya. Abang, Bagaimana
keadaan abang hari ini?.. Fatin harap abang sihat..
Fatin di sini macam biasa.. Abang nak tahu tak, Fatin
benar-benar rasa bahagia kerana dipertemukan dengan
abang. Fatin bahagia di atas limpahan kasih sayang
abang buat diri Fatin. Kalau empat tahun dulu kita pernah
terpisah, tak bemakna cinta Fatin telah padam buat
abang cuma tika itu Fatin terpaksa menerima kenyataan
yang abang bukan milik Fatin. Fatin harus tabah menerima
kenyataan walaupun hati Fatin benar-benar terluka.
Namun dendam tidak pernah wujud di hati Fatin. Dan
kini dengan izin Tuhan kita bersama kembali menjalin ikatan. Semoga
kali ini kebahagiaan abadi kan jadi milik Fatin.

Amirul menyelak lagi helaian diari berwarna biru
tersebut. Abang, Terima kasih atas segalanya. Walaupun
Fatin tahu mana mungkin abang membaca luahan hati
Fatin didalam diari bisu ini selagi hayat Fatin di kandung
badan tapi Fatin cuma nak abang tahu yang Fatin
benar-benar cintakan abang. Fatin berjanji akan
menjadi seorang teman, sahabat dan isteri yang baik suatu masa nanti.
Fatin akan sentiasa di sisi abang walau susah dan
senang. Fatin nak kongsi segalanya dengan abang.
Percayalah pada Fatin. Air mata Amirul mengalir lagi. Tak dapat
dibendung kesedihannya. Ingin sekali waktu ini dia
melutut memohon keampunan atas segala kekecewaan dan
kelukaan yang telah diberikan buat Fatin Yusrina.
Sungguh tulus cintamu Fatin. Matanya terhenti pada
coretan bertarikh 4 Februari 2000. Abang, Genap
setahun kita sambung ikatan yang pernah terlerai suatu masa dulu.
Dan sudah hampir dua bulan abang seolah-olah
menjauhkan diri dari Fatin. Kenapa sejak akhir-akhir
ini kasih abang semakin berubah?.. Tiada lagi gurau senda dan
tawa mesra. Mana perginya nur kasih yang menyuluh jiwa
Fatin selama ini?.. Mana perginya abang?.. Abang,
Fatinkah yang bersalah dalam hal ini?.. kalau benar
Fatin yang bersalah mengapa abang takberterus- terang?

Kenapa dera perasaan Fatin atau sudah berubahkah kasih
abang buat Fatin. Berterus-teranglah abang.. tak
sanggup lagi Fatin bermain di dalam teka-teki. Puas
sudah Fatin merayu pada abang tapi jawapan abang benar-benar
mengecewakan Fatin. Abang kata Fatin dah mula pandai
mendesak. Salahkah Fatin mengambil berat pada
insan yang Fatin cintai sepenuh hati.. dan salahkan
Fatin untuk mengetahui kedudukan sebenarnya. Kita
pernah berjanji untuk susah dan senang bersama. Mana
janji-janji abang? Katakanlah abang.. mengapa abang terus membisu.
Abang, Sejak akhir-akhir ini abang banyak berubah.
Kadangkala terdetik di hati Fatin, benarkah abang
menyintai Fatin ataupun sekadar ingin menebus
kesilapan lalu dan mungkinkah diri Fatin ini cuma
persinggahan buat abang. Bertahun lamanya Fatin cuba
balut luka di hati Fatin tanpa kehadiran abang. Kehadiran abang buat
kali kedua tatkala luka di hati hanya tinggal parut.
Tegakah abang lukakan kembali parut yang telah Fatin
rawat untuk sekian lama.

Abang, bukan wang ringgit yang Fatin impikan dari
abang cuma limpahan kasihsayang buat Fatin bagi
memberi kekuatan untuk Fatin tempuhi hari mendatang
dan meneruskan perjalanan hidup ini. Sham, Nita, Shah,
Akukah yang tersilap kerana memberinya peluang kedua
sehinggakan luka lama yang kini cuma tinggal parut
terasa pedih kembali. Mungkinkah luka lama yang kalian rawat
dengan kasih sayang yang mengambil masa bertahun
lamanya untuk sembuh akan berdarah kembali.. Aku
sendiri kurang pasti. Namun jauh di sudut hati, aku
berharap dia akan kembali merawat kepedihan yang makin
terasa di hati ini. Bodohkah aku kerana masih menaruh
harapan yang terlalu tinggi setelah apa yang telah
terjadi.. tapi apa yang aku pasti, aku benar-benar
menyintainya.. Abang, Apa lagi yang perlu Fatin
lakukan agar keadaan kembali seperti sediakala. Fatin benar-benar
buntu. Ingin rasanya Fatin lari jauh dari kemelut ini.
Sudah penat rasanya memikirkan persoalan hati dan
perasaan yang tiada kesudahannya.

Entah bilakah kan Fatin menemui kebahagiaan abadi.
Sampai bila Fatin mampu bertahan dan berpura-pura
seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan hati
Fatin ini sudah cukup pedih atas apa yang terjadi. Maafkan Fatin
abang. Izinkan Fatin undur diri kiranya Fatin tak
diperlukan lagi dalam hidup abang. Sebelum pedih di
hati melarat menjadi luka parah, izinkan Fatin mencari sebuah
kebahagiaan yang abadi. Biarlah masa yang menentukan
penghujung cerita cinta kita. Usahlah dikesali
perpisahan ini sekiranya ia adalah penghujung cerita cinta kita
seperti mana penghujungnya coretan Fatin ini. Cukup
sudah hati ini terluka.. Fatin tak sanggup lagi
terluka kerana Fatin tak
berdaya merawatnya lagi sekiranya ia terjadi buat kali
kedua.. Perginya Fatin bukan kerana membenci tapi demi
mencari sebuah cinta abadi.. Maafkan Fatin.. Namun
percayalah.. jiwa dan cinta Fatin hanya milik abang..
Nama abang telah Fatin ukir indah di sudut hati .. dan
ia tak akan terpadam sampai bila-bila.. You'll always
be in my heart. Salam sayang, FatinYusrina 4/2/2002 Air mata
Amirul mengalir deras.

Sungguh tak disangka perbuatannya selama ini
benar-benar melukakan hati Fatin. Dia terlalu
mementingkan dirinya sendiri sehinggakan dia terlupa
walaupun Fatin Yusrina yang pada zahirnya kelihatan cekal dan tabah
hanyalah perempuan biasa yang punya hati dan perasaan.
Insan biasa yang memerlukan perhatian dan belaian
kasih sayang dari insan yang amat dicintainya. Dan
atas kealpaan itu dia telah mengabaikan
tanggungjawabnya pada Fatin dan membiarkan Fatin
menempuhnya keseorangan. Walaupun segunung kesalan yang bermain di
benaknya tak mungkin dia dapat menebus kembali segala
kekecewaan Fatin. Amirul benar-benar terkilan.
Walaupun sudah enam bulan Fatin meninggalkan dirinya,
setiap kali menatap diari biru berbunga putih ini
hatinya pasti terusik kerana cintanya pada Fatin juga
tak pernah padam. Insan seistimewa Fatin tak mungkin ditemuinya
lagi. Pintu hatinya juga telah ditutup rapat. Tiada
lagi ruang untuk insan lain bertakhta walaupun sudah
puas dipujuk oleh keluarga dan teman-teman. Biarlah masa menentukan
segalanya.

Dan sehingga hari ini Amirul masih lagi menjadi
pengunjung setia Fatin walaupun dia sedar yang tinggal
kini hanyalah nisan dan jasad yang telah dimakan usia.
Hasil laporan kesihatan yang baru diterimanya minggu lepas
telah mengukuhkan lagi keyakinan bahawa dia tidak
perlu lagi berulang-alik untuk mengunjungi Fatin
kerana dia akan menjadi peneman setia Fatin tidak lama lagi.
Digulung kembali tikar yang telah digunakan tadi dan
jug jernih itu dicapai. Dia melihat jam di tangan,
nampaknya sudah lama dia berteleku di situ dan akhirnya dia
melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan itu.
Fatin Yusrina. Maafkan abang, abang perlu pergi dulu
buat masa ini.. percayalah, abang akan datang kembali.. Dan tika
itu abang tak perlu lagi melangkah pergi meninggalkan
Fatin sendirian. Abang akan sentiasa berada di sisi
Fatin sampai bila-bila. Abang juga nak Fatin tahu yang abang
juga menyintai Fatin sehingga akhir hayat abang..

No comments:

Post a Comment