Monday, April 5, 2010

Badai pasti berlalu - 10

Azan subuh dari surau berhampiran menyedarkan Iman dari kenikmatan di ulit lena. Segera dia mencapai handphone di bawah bantal, pukul 5.40am. ‘4 messages received’. Segera jemarinya pantas menekan keypad untuk membaca SMS-SMS itu.



Mira. ‘Muahsss sekali lg utk Cik Iman sayang. Gud nite sleep tight’



Sufi. ‘Kak Aina, pening kepala Fi baca sms akak smlm. Tp best gak eh ;)’



Fatin. ‘Sorry Iman laling…last nite aku t’tido x sempat reply ko nye sms. Next week aku balik boleh kita borak pjg. Ok take care’



01*3181911. ‘Morning…wake up Cik Iman’



Iman masih lagi berbaring malas di atas katil, leka membaca SMS-SMS yang di terima. Dia sudah biasa menerima SMS dari Fatin, Sufi dan Mira tapi, SMS yang ke-4 ini mengundang rasa pelik di fikirannya. Hendak kata tersalah hantar, orangnya siap tahu nama dia lagi. SMS itu diterima beberapa minit sebelum Iman terjaga sebentar tadi. Ah! Mungkin juga dari kawan-kawan lamanya ataupun juga dari Mira yang sengaja ingin mengusik dirinya. Tercetus senyuman kecil teringat mesej nakal dari Mira, mesej yang di hantar sebaik dia melelapkan mata malam tadi. Gadis itu kalau di layan semakin menjadi kenakalannya. Namun, dia senang hati sekali kerana Mira sudah di anggap sebagai adiknya sendiri lantaran adiknya Irma sendiri tidak semesra itu dengan dirinya.



‘Who r u?’ Iman mengirim sms kepada nombor sesat itu. Sesaat kemudian dia mendapat balasan.



‘Ur friend. Awal bangun?’



‘Siapa ni? Ur name?’ Sekali lagi Iman membalas.



Sesaat, seminit, namun tiada balasan. Iman mengeluh hampa. Benaknya terusan memikirkan siapakah gerangan si pengirim misteri itu. Seketika dia kesal, lalai hanya kerana menunggu balasan dari nombor misteri itu. Pantas dia bingkas bangun bersiap untuk menunaikan suruhan ilahi. Iman percaya, subuh itu adalah pintu segala rezeki.



Hari ini Iman mengambil cuti. Dia ada seminar di hotel M Suite yang berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Setelah urusan di rumah selesai Iman bergegas mendapatkan teksi untuk ke hotel itu. Seminar itu di mulakan agak lewat memandangkan penceramah yang di tugaskan untuk memberi ceramah sampai 1 jam lewat dari yang di jadualkan. Seminar Keusahawanan 2005. Seminar anjuran PKENJ ini menarik minat Iman untuk turut mendaftarkan diri sewaktu ternampak iklan penyertaan yang di tampal di dinding kedai berdekatan dengan café milik Kak Seri. Iman ingin mendapatkan seberapa banyak ilmu dan manfaat dari seminar ini untuk kegunaan semasa dan juga masa depannya. Ini bukanlah kali pertama dia menghadiri kursus-kursus seperti ini. Tiada salahnya jika dia mengorbankan sedikit masa dan wang ringgit untuk sesuatu yang pasti akan berguna untuk dirinya sendiri.



Seusai seminar Iman ingin singgah sekejap ke café memandangkan hari yang masih teralu awal untuk terus pulang ke rumah. Kelihatan Sufi, Mira dan Fahmi dan Kak Milah sedang berbual-bual di sudut café. Ketiadaan pelanggan memberikan mereka peluang untuk berbual mesra. Kemunculan dirinya yang berpakaian sedikit formal di sambut dengan senyuman mereka dan siulan nakal dari Fahmi dan Mira. Rambut potongan 'layered' yang selama ini bertocang tinggi di lepaskan bebas di hiasi beberapa kelip kecil berwarna biru firus sedondon dengan warna baju kurung yang di kenakan.



“Eh, ni kenapa semua orang tersenyum-senyum? Fahmi, Mira tak elok bersiul tahu tak!” Tegur Iman mendatar, cuba memaparkan riak marah walau di dalam hati turut menahan tawa.

“Alah…kami baru jer sebut nama kau Aina, tahu-tahu aje kau dan muncul.” Kak Milah menjawab, yang bertiga itu mengangguk mengiyakan.

“Pergi mana tadi? Bukan main lawa lagi.” Sufi bertanya.

“Tak kemana pun. Pergi M Suite jer tadi ada hal sikit.”



“Iya ke ni…hmm ntah-ntah pergi dating tak ni…” Mira dengan riak nakalnya cuba menyakat Iman. Kak Milah dan Sufi sudah berlalu ke dapur.

“Erm..kalau akak pergi dating, kenapa? Tak boleh ke? Ada orang tu siap 'forward' kat akak SMS jiwang-jiwang lagi….tengah bercintan ke?” Sengaja Iman mengenakan Mira pula. Namun, wajah gadis itu hanya selamba bagaikan tidak merasa apa-apa.

“Eh, Fahmi awak ke yang bagi SMS yang 'kissing-kissing' tu kat nombor 01*7564724? Hmm…?” Iman mengangkat sebelah keningnya memandang Mira dan Fahmi silih berganti.

“Bukanlah kak. Eh, Mira mana kau dapat SMS macam tu?” Fahmi pantas menjawab sekalian bertanya kepada Mira yang masih lagi dengan riak selambanya.



“Mana ada Kak Aina. Sajalah tu akak nak kena kan Mira eh.”

“La…dah tu jari hantu mana pulak yang dok tekan handset Mira sent SMS kat akak punya nombor malam tadi.”

“Heh iye ke kak. Bak sini kasi Mira tengok.” Pantas Mira mencapai handset Iman. Seketika Iman dan Fahmi hanya memerhatikan jemari Mira yang rancak menekan keypad handphone. Ada senyuman nakal di bibirnya, kepalanya terhangguk kecil.

“Hah! Yang ni nombor mamat mana pulak ni Kak Aina…heheh.. 01 ehem..3181, ehem, ehem, 1. Pagi-pagi buta dah bagi SMS ni, ada apa-apa ke?” Iman mengerti apa yang di maksudkan Mira. Pasti nombor yang turut mengundang rasa pelik di fikirannya pagi tadi.

“Oh, akak curang dengan saya ya, hmm…” Fahmi mula menyakat Iman.

“Hah, kalau yang tu memang akak tak tahu. Entah hantu mana yang rajin hantar SMS pepagi buta. Kak Aina pun heran mana entah dia dapat nombor akak.”

“Eh Kak Aina, bukan nombor ni ke yang….” Kata-kata Mira mati di situ apabila ternampak ada pelanggan ingin melangkah masuk. Iman segera berlalu ke dalam pejabat untuk mengambil beberapa barangnya yang tertinggal kelmarin.



Sementara itu, di luar café, Mira sedang bercakap dengan seorang pelanggan lelaki yang berkunjung sebentar tadi. Kedua-dua mereka berdiri di sebalik dinding, agak terlindung dari pandangan orang lain. Bagaikan ada sesuatu yang mereka berdua bincangkan.



“Papa Is…..bak sini RM 30.00, cepat!” Mira berkata geram kepada lelaki di depannya.

“La... nak buat apa duit banyak tu Amir? Last week kan Papa Is dah kasi.”

“Ah! Tak kira, ganti rugi. Cepat kasi 30 ringgit, kalau tak orang…”

“Orang apa? Orang-orang?”

“Orang tak nak tolong lagi! Orang bocorkan rahsia!”

“Eleh! Tak nak tolong sudah! Papa Is tak kisah...”

“Papa Is ni teruk tau! Patutlah semalam handset orang hilang. Nak menggatal pun janganlah libatkan orang! Balik nanti orang cakap kat mama!” Mira hampir menjerit. Mukanya merah menahan marah.

“Syhh…janganlah kecoh Amir. 30 ringgit tu kat rumah nanti. Pergi panggil mama Iman, suruh dia ambil order cepat. Papa Is dah nak balik KL ni.”

“Perasan! Hari ni dia tak boleh amik order. Dia cuti!” Mira segera berlalu. Panggilan dari pelanggan itu langsung tidak di hiraukan. Seketika kemudian dia berpapasan dengan Aina yang ingin melangkah pulang.



“Ok, En. Amir, saya balik dulu, muahsss…” Sempat lagi Aina mengusik Mira. Tangannya membuat isyarat ‘flying kiss’ kepada Mira yang memandang geram ke arahnya.

“Eeee…Kak Aina ni…” Cepat-cepat dia berlalu sebelum Mira sempat berbuat apa-apa. Tercetus ketawa yang agak kuat dari bibirnya. Iman tidak menyedari bahawa ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dirinya saat itu.

No comments:

Post a Comment