Tuesday, March 30, 2010

Tiada Noktah Cinta - 86

Seperti yang dijanjikan Sara pergi ke klinik pakar wanita yang terletak diMid Valley setelah kuliahnya tamat. Kepalanya masih lagi sakit dan dia semakin kerap muntah semula.

Beberapa ujian dilakukan keatasnya. Ujian air kencing dan tekanan darahnya diambil. Dia semakin pelik dengan gelagat doktor Sofea. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Apakah aku mengidap penyakit berbahaya? Sara semakin tak keruan dan bimbang. Dia tertekan dengan situasi itu.

YA ALLAH. Selamatkanlah aku. Aku mahu hidup lagi. Aku belum puas menikmati hidup ini dengan suamiku. Doa Sara didalam hati. Tangannya menggigil ketakutan. Tubuhnya semakin seram sejuk. Menyesal kerana datang sendirian. Kalaulah ada Haikal tentu dia dapat mententeramkan aku.

Beberapa ketika namanya dipanggil semula. Dia melangkah lemah menuju kedalam bilik itu sekali lagi. Dia duduk dihadapan doktor sambil jantungnya berdebar kuat. Kelihatan doktor Sofea tenang.

“Ada perkara yang tak elok berlaku ke, doktor?” soal Sara takut-takut. Mukanya pucat.

“Tak. Tak ada apa-apa yang berlaku. Sebenarnya you dah mengandung dua bulan,” beritahu Doktor Sofea tenang. Sara terpempan. Dia terkejut.

“What? Betul ke ni?” soal Sara tak percaya.

“Setelah urine test dibuat dan tekanan darah you I ambil, I confirm you become a mother. Congratulation. Your husband should know about this.” Doktor Sofea memberikan kepastian. Sara mengucapkan rasa syukur. Airmatanya mengalir.

Setelah sekian lama menanti akhirnya khabar gembira ini termakbul juga. Dia rasa teramat bersyukur. Rasanya sekarang juga ingin dikhabarkan berita itu kepada Haikal.

“Tapi, you kena jaga kandungan you. I tengok tekanan darah you rendah. Elakkan dari membuat kerja berat. Jangan terlalu menekan diri. Kawal perasaan saat kandungan diperingkat awal. Pada peringkat ni, macam-macam perkara boleh berlaku terutamanya keguguran. So, you must always take care of yourself. Makan makanan yang berkhasiat terutamanya sayuran dan susu. Ianya elok untuk perkembangan otak bayi. Mungkin juga you kena apa yang kami dipanggil ‘morning sickness’. Tapi, itu tak lama. Mungkin dalam awal kehamilan aje. Tapi, kalau you muntah terlalu teruk segeralah kehospital. Sebab badan you mungkin kekurangan air. Ini amat berbahaya pada you dan juga kandungan. Sekarang ni I akan bagi you ‘asid folic’, obimin dan beberapa vitamin lain. Lepas ni, tiap-tiap bulan you kena buat medical ckeck-up untuk memastikan perkembangan bayi. You boleh pergi mana-mana hospital,” terang Doktor Sofea panjang lebar apabila mengetahui ini adalah kandungan pertama Sara. Sara mendengar dengan teliti.

Tidak lama kemudian Sara melangkah keluar dari klinik tersebut. Dalam kelam kabut mencari telefon didalam tas tangannya, dia terlanggar seseorang.

“Hai!” tegur Ben.

“Siapa ni?” soal Sara. Dia ingat-ingat lupa pemuda dihadapannya ini.

“I Benjamin. Kawan Haikal. Takkan dah lupa kot.” Benjamin perkenalkan dirinya.

“Ya ALLAH. Sorry la. Lama sangat I tak jumpa you. Terlupa. Maklumlah dah tua,” gurau Sara.

“You dari mana nak kemana?” soal Benjamin.

“I dari universiti. Saja jalan-jalan dekat sini. Cari barang sikit,” Sara menyembunyikan rahsia sebenarnya. Dia mahu Haikal adalah orang pertama yang mengetahui berita gembira tersebut.

“Hmmm..... I tak sangka jumpa you dekat sini. Haikal apa khabar? Dah lama I tak jumpa dia,” tanya Benjamin. Sara tersentak.

“Hai, baru minggu lepas jumpa, you kata dah lama. Macam orang bercintalah you all berdua ni,” balas Sara. Benjamin memandangnya dengan hairan.

“Minggu lepas? I tak jumpa dia minggu lepas, Sara. Kali terakhir I jumpa dia awal bulan ni. Itupun I terserempak dia di Telawi dengan staff dia. Dia baru balik dari meeting,” beritahu Benjamin. Hati Sara berdetik. Dadanya berdebar.

“Bukan you ke yang dia jumpa minggu lepas?” soal Sara inginkan kepastian.

“I baru balik dari Germany, Sara. Baru tiga hari. Masa bila pulak I jumpa dia.”

“Oh mungkin orang lain,” ujar Sara perlahan antara dengar dengan tak dengar ditelinga Benjamin.

“Kenapa Sara? Something wrong?” soal Benjamin apabila melihat Sara bercakap sendirian. Sara menggeleng.

“Apa kata I belanja you minum sambil tu boleh juga kita berbual,” pelawa Benjamin.

“Sorry la. I dah janji dengan Haikal nak keluar petang ni. Nanti dia tertunggu-tunggu pulak. May be next time,” helah Sara menolak ajakan Benjamin. Sememangnya dia tiada hati untuk itu semua. Fikirannya lebih banyak menerobos keatas perjumpaan Haikal minggu lepas. Dengan siapa pula Haikal berjumpa? Kenapa dia berselindung dari aku? Soal hatinya.

“Okey. May be next time. But you promise me.” Benjamin menerima dengan kecewa.

“Promise,” janji Sara. Kemudian dia meminta diri.

Enjin kereta dihidupkan tapi kereta tidak bergerak meninggalkan tempat letak kereta. Dia segera menekan nombor telefon suaminya tapi hampa. Hanya suara mesin yang kedengaran. Lantas didail pula nombor telefon pejabat. Kedengaran suara Julia dihujung talian. Julia beritahu suaminya ada meeting diluar dengan Johari. Hatinya lapang sedikit. Namun kata-kata Benjamin tetap berlegar-legar diruang akal fikirannya.

Sesampai Sara dirumah dia disambut oleh makcik Ainon. Mamanya tiada kerana mengikut papa pergi ke Kajang kerumah adik papanya yang bongsu. Mungkin menolong mengemas kerana mereka baru berpindah kesitu. Adik papanya dapat mengajar diUKM, Bangi. Dia seorang pensyarah.

Sara melangkah malas menuju kebiliknya. Dia keletihan. Dia baring diatas katil yang indah itu. Matanya dipejam rapat.
“Sara.............. Sara.......... bangun. Dah petang ni. Nak masuk maghrib dah,” kejut satu suara. Sara membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Dia terpandang Haikal yang duduk disisinya. Sejak akhir-akhir ini mudah sangat dia terlelap.

“Ya ALLAH. Maaf la Sara tertidur. Penat,” ujar Sara sambil bangun. Haikal tersenyum. Lantas Sara segera masuk kebilik air dan mandi. Terasa segar sikit badannya. Dia sedar kebelakangan ini dia kerap mandi. Kesejukan air seolah-olah memberi kesegaran kepadanya.

Dia menyiapkan diri untuk sembahyang maghrib bersama-sama dengan keluarganya. Setelah itu mereka menikmati hidangan makan malam.




“Sara dah pergi jumpa doktor? Sara janji dengan mama nak pergi hari ni?” soal mamanya tiba-tiba. Sara mendongak. Haikal tersentak. Yang lain memandang mereka hairan.

“Sara tak sihat ke? Kenapa tak beritahu abang?” soal Haikal pula. Dia mengeluh. Terasa dia terlalu mengabaikan isterinya. Dia memandang Sara yang tersenyum.

“Itulah Kal. Isteri sihat ke tak ke, tak pernah nak ambil kisah. Takkan Kal tak sedar yang mukanya pucat aje. Jangan sibuk sangat dengan kerja, Kal. Sara ni kena jaga juga. Duit kalau dikejar tak pernah nak cukup. Kalau apa-apa jadi pada dia, siap lah Kal,” ugut Datin Halimah.

Haikal merengus perlahan. Malu ditegur sebegitu seolah-olah dia telah melalaikan tanggungjawabnya. Wajah Sara dipandang geram. Ada rasa marah bergolak dalam dadanya.

“Ma, bukan salah abang Kal. Mama jangan risau. Sara dah pergi jumpa doktor. Dia kata tak ada apa-apa. Cuma demam biasa dengan tak cukup vitamin. Tadi Sara dah beli vitamin. Esok lusa baik la,” bela Sara. Dia tahu Haikal tersinggung.

Selera Haikal mati. Dia membasuh tangannya dan terus menuju kebilik. Sara terperasan dengan tingkah suaminya. Dia kecut. Wajah Haikal sama seperti sewaktu mereka berperang besar hari tu.

Sara melangkah perlahan menuju kebilik. Didalam hati dia berdoa agar kemarahan Haikal sudah reda.

“Abang.....” panggilnya lembut apabila terlihat Haikal berdiri dibalkoni bilik. Haikal tidak menoleh langsung padanya. Sara memberanikan diri datang menghampiri. Belum sempat Sara sampai kepadanya, Haikal terlebih dahulu masuk kedalam bilik. Dia duduk dibirai katil. Sara masih lagi mematung diri dihadapannya.

“Sara tahu abang marah. Sara minta maaf. Sara bukannya tak nak beritahu abang. Tapi, Sara tak mahu susahkan abang. Sara demam je. Sara tak tahu pulak mama akan cakap macam tu. Maafkanlah Sara,” rayu Sara sambil duduk dihujung kaki suaminya. Matanya memandang wajah suaminya yang keruh.

“Abang..... jangan la macam ni. Abang cakap la dengan Sara. Abang marah la Sara. Pukul pun tak apa. Tapi, abang tak boleh diam macam ni,” pujuk Sara tanpa jemu. Haikal tetap mendiamkan diri. Rasa marahnya membuak. Dia cuba kawal perasaannya.

“Sara tak pernah nak anggap abang ni suami Sara,” akhirnya Haikal bersuara.

“Bukan macam tu..” potong Sara.

“Habis tu.... Sara tahu tak apa yang Sara buat ni. Sara dah jatuhkan maruah abang depan keluarga abang. Ini belum lagi ibu Sara tahu. Nanti bolehlah semua orang salahkan abang. Sara seronok la macam tu. Mentang-mentang la semua orang sayangkan Sara, Sara dah naik lemak,” tuduh Haikal tiba-tiba. Sara terkesima. Haikal sedang menuduhnya.

“Abang sedang tuduh Sara, bang. Sara tak bermaksud macam tu. Sara tak beritahu sebab Sara tak mahu susahkan abang. Itu saja,” bela Sara.

“Sekarang ni Sara tak susahkan abang la. Abang malu, Sara. Malu. Sampai hati Sara buat abang macam ni. Sara tak percayakan abang. Sara tak beri abang hak untuk menjaga Sara,” lantang suara Haikal. Sara semakin gerun melihat diri Haikal yang berubah tiba-tiba.

Akhirnya dia melangkah keluar menuju kebilik bacaan. Biarlah kemarahan Haikal reda dahulu. Lagi lama dia didalam bilik itu mungkin keadaannya akan bertambah buruk. Biarlah dia sahaja yang beralah. Dia tak mahu pertengkaran mereka didengari oleh seisi rumah itu. Biarlah hanya dia dan Haikal sahaja yang mngetahuinya. Dia tak mahu mama dan papanya masuk campur lagi.

1 comment:

  1. hohoho...
    eleh haikal ni...
    slhkan sara lak....
    mst dia sllau jmp syerry 2....
    cpt la sara thu kbnran....
    kal x lyak dpt pmpuan sbaik sara....

    ReplyDelete