Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 9

Kini sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Walaupun peristiwa itu pernah menghantuinya tetapi kini hilang sedikit demi sedikit. Lagipun dua-dua salah.

“Kal, tengahari ni kita ada launch date?” Suara Johari memecah khayalan Haikal. Dia terkejut dan memandang Johari tajam. “Kenapa?” Johari menyoal sambil memandang dirinya. Manalah tahu kalau-kalau bajunya terkoyak.

“Kau tu lah. Tak tahu bagi salam ke? Nasib baik aku tak mati terkejut tau. Kau ni apahal? Launch date dengan siapa? Aku sibuk tau,” marah Haikal. Johari menapak menuju kearah Haikal. Sedikitpun dia tidak tersinggung dengan kata-kata Haikal. Dia faham. Kata-kata sahabatnya itu hanya dimulut sahaja. Bukan setahun dua dia mengenali Haikal tetapi semenjak di UK lagi. Malah dia juga rapat dengan keluarga Haikal. Sudah dianggap seperti keluarga sendiri.


“Kau ni kenapa? Sakit ke? Termenung aje. Lepas tu lupa semua hal. Bukankah kau juga yang janji dengan Ben nak launch dengan dia hari ni. Lupa ke?” soal Johari.

“Ya ALLAH, ye ke? Aku lupa lah. Nasib baiklah kau ingatkan aku. Kalau tidak mahu mengamuk Ben. Sorrylah. Anyway thank you very much,” ujar Haikal sambil tersenyum.

“Tu lah. Asyik nak marah orang aje tanpa usul periksa. Lain kali biarlah tembakan kau tu tepat sikit. Kalau sakit tak terasa sebab dah mati,” perli Johari.

“Hei! Takkan merajuk macam budak kecil kot. Aku tak tahu nak pujuk. Suruhlah Nadia pujukkan. Kalau dia tentu pandai. Percayalah cakap aku ni.” Haikal ketawa besar. Nadia adalah sahabat mereka ketika menuntut diluar negara. Namun begitu dia masih tidak dapat memenangi hati Johari walaupun gadis itu menaruh hati kepadanya. Entahlah, hati Johari belum lagi terbuka kearah itu agaknya. Fikir Haikal.

“Nadia? Pandailah kau nak mengenakan aku. Antara aku dan dia tak ada apa-apa okey. Just friends. Lagipun siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan dia. Harapan aku lain impian dia tinggi. Tak sepadan. Kau pun tahu lah kan,” lemah suara Johari. Haikal memahami situasi Johari.

Nadia seorang gadis yang lincah dan periang berbanding dengan dengan Johari seorang yang ‘workholic’. Johari sanggup bersengkang mata kerana kerja tetapi bukan kerana perempuan. Mungkin juga latarbelakang yang berlainan. Nadia dari golongan yang agak berada sedangkan Johari hanya dibesarkan dirumah anak yatim. Dia dapat menyambung pelajarannyapun kerana mendapat biasisiwa.
“Tapi, tak salah kalau kau berkawan dengan diakan?” usul Haikal lagi.

“Berkawan okey bukan berkahwin.” Jawapan tegas Johari membuatkan Haikal tertawa besar.

“Kenapa pulak tak boleh? Apa yang kurangnya dia? Rupa ada, cantik pulak tu. Anak orang berada. Padanlah tu,” sakat Haikal lagi.

“Aku kalau nak kahwin biarlah yang memahami diri aku. Faham situasi aku. Susah senang dengan aku. Kahwin ni bukannya perkara main-main. Kita bukannya mat salih. Hari ni kahwin esok cerai. Tak cintapun tak apa. Pada aku itu tak penting. Aku boleh pupuk cinta selepas aku kahwin,” sangkal Johari.

“Eh! Eh! Nanti dulu. Aku tak setuju dengan pendapat kau. Pada aku, aku nak bercinta dulu sebelum kahwin. Sebab aku nak mengenali diri dia dulu. Kalau tak kenal macamana nak hidup bersama. Hish...... tak sanggup aku,” bantah Haikal tidak setuju.

“Kal, setiap orang tu mempunyai pandangannya sendiri. Walaupun kita ni kawan baik tapi tak semestinya pandangan kita berdua sama,” jawab Johari. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera menjawab panggilan itu.

“Eh, Kal. Jomlah. Ben dah sampai.. Dia tunggu kita di Sundanese, KLCC,” beritahu Johari setelah mematikan talian.

“Marilah.” Mereka melangkah menuju ke pintu lif yang terletak ditingkat 43 menara KLCC. Lima minit kemudian mereka sampai ditempat yang dijanjikan.

Benjamin telah sedia menanti kedatangan mereka. Benjamin adalah rakan yang sama-sama menuntut diUK dulu. Mereka sering bertemu sama ada digelanggang tenis, dikelab ataupun mereka makan tengahari bersama bila Benjamin ada ‘meeting’ sekitar Kuala Lumpur. Jarak tempat kerja Ben diBangsar menyebabkan mereka jarang berjumpa diwaktu siang.

“Dah lama sampai?” tanya Johari sambil melabuhkan punggungnya dihadapan Benjamin. Haikal mengambil tempat disebelah Ben.

“Adalah lima minit. Kau orang nak makan apa? Aku tak boleh lama-lama sebab ada ‘meeting’ pukul empat petang ni,” beritahu Ben sambil memerhatikan menu ditangan.

“Ala…… rilekslah member. Ni baru pukul 1 lebih. Pukul duapun belum. Takkan itupun kalut. Kau kan jagoan jalanraya selepas Haikal,” tingkah Johari mengenakan mereka berdua. Haikal tersenyum.

“Pandailah kau. Kau ingat aku ni mat rempit?” balas Benjamin geram. Johari hanya tertawa sinis. Tidak lama kemudian pelayan mengambil pesanan mereka.

“Kau meeting dimana, Ben?” tanya Haikal setelah agak lama mendiamkan diri.

“Dekat office je. Aku baru lepas habis ‘meeting’ dengan Petronas tentang kapal-kapal dagang tu. Kau tahu ajelah mereka tu. Kalau tak datang nanti dikatakan kita ni tak profesional walaupun aku tahu big boss aku tu lebih kaya dari CEO dia. Aku sebenarnya malas nak pergi ‘meeting’ ni. Kau tahu ajelah banyak teori dari praktikalnya. Kadangkala aku rasa menyesal pulak ambil course ‘mekanikal engineering’ ni. Baik aku ambil BA ataupun macam kau jadi ‘computer engineer’. Duduk kat office aje. Senang sikit. Tak payah kesana kesini,” komen Benjamin sambil menuding jari kepada Johari.

“Itu kata kau. Aku kena juga pergi ‘meeting’. Cuma tak lah selalu macam kau. Sebabnya syarikat kami ni baru aje berkecimpung dalam bidang komputer ni. Kau kan tahu prospek kami ni lebih kepada ‘property’ cuma kami nak memperluaskan bidang aje. Tu yang cuba-cuba. Alhamdulillah, dalam lima tahun ni adalah nampak hasilnya sikit. Lagipun dengan dasar negara sekarang ni yang ingin menjadi negara berteknologi tinggi memberi kesan yang besar pada kami,” balas Johari.

“Eh, yang kau ni diam aje kenapa, Kal. Macam kena sampuk hantu aje. Kau tak sihat ke?” tanya Ben. Johari meneliti diri Haikal. Pandangan mata Haikal memandang jauh kedepan. Siapa yang dilihatnya? Johari menuruti sorotan mata Haikal. Dia menoleh kebelakang. Dia juga terkejut dengan apa yang ada didepan matanya. Benjamin hairan melihat kelakuan mereka berdua seolah-olah melihat hantu.

“Eh, you all berdua ni kenapa?” Tanya Ben lagi.

“Eh, Ben you kenal tak that girl yang pakai baju pink colour tu?” soal Haikal sambil menuding jari pada gadis yang berada diluar restoran itu.

“Yang mana? Kau ni soal aku macamlah aku kenal semua perempuan dekat KL ni? Kau ingat aku ni kaki perempuan ke? Kalau aku kaki perempuan tentu aku dah ada girlfriend sekarang ni. Tak lah aku membujang sampai sekarang,” jawab Ben separuh bergurau.

“Aku tanya aje. Kalau kau tak tahu tak apalah,” balas Haikal.

“Kenapa? Kau kenal ke?”

“Sebenarnya……” belum sempat Haikal memberitahu padanya Benjamin bangun dan mendapatkan gadis tersebut yang baru melangkah masuk bersama dua orang temannya kedalam restoran tersebut. Johari dan Haikal terkesima. Dari pandangan mata mereka, nampaknya Benjamin terlalu mengenali gadis tersebut sedangkan tadi dia menafikannya. Tidak lama kemudian mereka melangkahkan kaki menghampiri meja makan mereka.

“Kenalkan, ini my best friends, Haikal Hisham bakal peneraju Hisham Holding dan ‘Project Manager’nya Johari Yusuf. Dan Kal and Joe, kenalkan Sherry Tan Sri Yahya daugther of my big boss and her friends Mimie and Camilia.” Haikal dan Johari bangun untuk berjabat tangan. Dia mengangkat sedikit mukanya. Raut wajah Sherry berubah tiba-tiba. Tangannya segera diturunkan tanpa salaman. Haikal menahan rasa. Ben, Mimie dan Camilia tercengang.

“Kalau inilah orang yang ingin you kenalkan pada I Ben, terima kasih banyak-banyak. I tak kisah kalau orang lain, tapi bukannya dia. Maafkan I kerana tak sopan pada sahabat you. Tapi, I tak boleh nak accept apa yang dia dah buat,” ujar Sherry tegas. Haikal dan Johari terdiam. Nampaknya kemarahan Sherry masih belum reda. Itu yang mereka amat pasti.

“Tapi kenapa? You all dah kenal ke?” soal Ben seperti orang bodoh meminta penjelasan.

“You tanyalah best friend you ni. I malas nak beritahu. Dah lah. I nak makan pun tak ada selera. I dah kenyang. Kalau you all berdua nak makan disini, silakanlah. I nak balik,”ujar Sherry tiba-tiba. Niatnya untuk menjamu selera mati apabila terpandang muka Haikal.

Mimie dan Camilia membuntuti Sherry yang telah keluar dari restoran tersebut. Mereka tertanya-tanya dengan tingkah Sherry yang tiba-tiba berang. Adakah Sherry mengenali mereka berdua? Itulah yang bermain dibenak fikiran mereka.

Benjamin memandang Haikal dan Johari silih berganti meminta penjelasan agar apa yang sedang bermain difikirannya ini ada jawapannya. Haikal kembali duduk semula. Diikuti oleh Johari dan Benjamin sendiri. Apa yang bermain difikirannya selama ini menghantuinya kembali.

“Aku tahu apa yang kau nak tanya pada aku. Tak payahlah kau pandang aku macam nak makan orang,” kata Haikal yang menyedari renuangan tajam sahabatnya itu.

“Aku tak fahamlah. Kau dah kenal ke dengan Sherry sebelum ini?” soal Benjamin lagi.

“Okey. Aku akan terangkan. Tapi, sebelum tu aku nak tahu lebih lanjut mengenai dia. Macamana kau kenal dia. Girlfriend kau ke?” soal Haikal kembali.

“Kau dah gila apa? Aku mana lah layak nak bergandingan dengan dia. Kalau kau lainlah. Kan aku dah beritahu tadi. Dialah Sharifah Allynna Tan Sri Yahya atau Sherry anak tunggal big boss aku. Faham tak? Aku kenal lah dengan dia tu. Tapi setakat tu aje,” terang Benjamin.

“Kenal sangat ke?”

“Tak lah sangat. Tapi, dia adalah datang office Daddy dia beberapa kali. Aku kenal macam-macam tu aje. Lagipun apa motif aku nak kenal dia rapat-rapat. Buang karan aje. Takkanlah dia nak pandang muka aku ni,” ujar Benjamin. Johari mengulum senyum. “Tapi, aku tak fahamlah, kenapa dia macam marah sangat dekat kau. Kau kenal dia ke? Sebab setahu aku dia baru balik dari oversea. Dia stay disana.”

Haikal membuka cerita apa yang telah berlaku antara dia dan Sherry seminggu lalu. Benjamin terkejut bila Johari turut mengiakan cerita Haikal itu. “Kau ni memang main apilah, Kal,” beritahu Benjamin lagi. Haikal terkejut. “Api??? Masa bila pulak aku main dengan api?” soal Haikal tidak memahami maksud sahabatnya itu.

“Ooo……… Maksud kau Sherry tu api?” soal Haikal lagi setelah memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Benjamin. Benjamin mengiakannya. “Kenapa?” soalnya lagi.

“Sebab setahu aku dia tu seorang yang boleh tahan baran dia. Pernah sekali dia tengking ‘one customer’ sebab minta yang bukan-bukan. Lepas tu jenuhlah Daddy dia ‘explain’ dekat ‘customer’ tu. Maunya tidak sebab itu pelanggan terbesar syarikat. Pening kepala Tan Sri dibuatnya. Tapi, kita orang faham kenapa dia jadi macam tu,” jelas Benjamin pada mereka berdua.

“Kenapa dia jadi macam tu?” tanya Haikal tidak sabar.

“Kau ni kenapa tak sabar? Dah jatuh hati pada dia pulak?”

“Hei! Tolong sikit. Aku takkan jatuh cinta pada orang macam tu. Kirim salam banyak-banyak,” sangkal Haikal menafikan.

“Kau jangan cakap besar, Kal. Nanti terbalik pada kau baru kau tahu,” ugut Benjamin.

“Aku sokong. Allah tu sentiasa adil. Jangan bongkak sangat,” sokong Johari pula.

“Hei! Aku tanya kenapa dia jadi macam tu aje. Yang kau orang berdua melalut benda yang bukan-bukan kenapa?” marah Haikal.

“Sorry okey. Sebenarnya dia dulu bukan macam tu mengikut kata Tan Sri. Dia jadi macam tu semenjak abangnya, Faidz Iskandar meninggal dunia diUS dua tahun yang lalu. Diaorang berdua rapat sangat. Bila satu pergi, yang tinggal jadi tak tentu arah. Itu sebabnya dia jadi seorang yang panas baran sikit dan sensitif. Tapi, walaupun dia macam tu, aku ‘respect’ dekat dia bila dia buat keputusan. Kau tahu, ‘customer’ yang dia marah tu terkejut dengan dia. Aku ada masa ‘meeting’ tu. Aku tak pernah tengok perempuan marah macam tu. Semua orang in the meeting room tu terkejut,” cerita Benjamin lagi.

“Masa tu your big boss tak ada ke?” tanya Johari.

“Tak ada. Masa dia datang tu, langsung kami tak tahu dia anak Tan Sri. Kami ingat dia tu pekerja baru. Masa dalam meeting room tu lah baru kami tahu bila dia sendiri perkenalkan dirinya. Tegas orangnya, Kalau dia kata putih, putihlah. Masa tu aku percaya, kalau our customer nak terminate that contractpun aku rasa dia tak kisah,” terang Benjamin lagi.

“Itu bukannya tegas tapi ikut perasaan. Dalam business mana boleh macam tu. Boleh lingkup syarikat,” komen Haikal pula.

“Memang betul tapi Tan Sri dah pun explain semuanya. Mungkin juga ilmu dia tak cukup lagi. Maklumlah baru balik dari US. Tak tahu macamana nak berkomunikasi dengan orang. Tapi, dia baik hati. Suka tolong orang. Kalau office aku pergi buat kerja amal, dia mesti turut serta. Tak pernah nak bezakan orang atasan dan bawahan. Itu aku yang respect dia,” cerita Benjamin lagi.

“Kau tanya banyak-banyak ni macam berminat aje, Kal. Kau dah terpaut pada dia ke? Lagipun aku tengok kau ni sekarang macam orang angau aje. Dah jatuh cinta ke?” soal Johari mencelah perbualan dua sahabat itu.

“Tolong sikit ye. Sudahlah asyik cerita pasal dia aje. Ceritalah pasal lain pulak. Eh! Aku lupa nak tanya, hujung minggu ni jadi tak main squash?” soal Haikal memesong cerita yang telah lama berlanjutan. Johari dan Benjamin tersenyum menyindir.

“Tengoklah dulu sebab aku tak tahu samada aku kena outstation atau tidak,” ujar Benjamin. Kemudian mereka bercerita tentang perihal masing-masing. Namun begitu dalam hati Haikal terselit satu perasaan aneh. Walaupun mulutnya berbicara tapi hatinya tetap berdebar. Dia tidak mengerti.

No comments:

Post a Comment