Monday, March 29, 2010

Tiada Noktah Cinta - 85

Tepat pukul satu pagi barulah dia tiba dirumah. Dilihatnya Sara sedang nyenyak tidur. Terdengar desah nafas isterinya. Dia menukar pakaian dan baring disebelah Sara.

Hatinya rawan. Matanya cuba dipejam beberapa kali tapi tak mahu terlelap. Lalu dengan perlahan tubuh langsing Sara didakap. Sara bergerak perlahan. Dia memaling badannya berhadapan dengan suaminya. Dia mendakap Haikal erat.

“I love you so much,” bisik Haikal penuh perasaan.

“I know sweetheart,” balas Sara dengan mata terpejam. Dakapan mereka semakin erat dan mata Haikal kembali layu. Akhirnya dia terlelap.
Sara merasakan badannya terlalu lemah sejak akhir-akhir ini. Kepalanya seringkali berasa pening. Tekaknya juga meloya tetapi semakin berkurangan. Namun dia gagahkan diri untuk menghadiri kuliah. Dia juga sering kepejabat membantu Johari apabila diperlukan. Sakit ni bukannya boleh diikutkan sangat. Kata hatinya.

“Mama tengok Sara tak sihat dua tiga hari ni. Sara sakit ke? Muka tu pucat sangat,” tanya Datin Halimah sewaktu mereka menikmati minum petang itu.

“Tak adalah, mama. Sara sihat. Cuma dua tiga hari ni selalu sakit kepala. Itu yang pucat tu,” jawab Sara terharu dengan sikap prihatin mamanya.




“Kal tak bawa pergi klinik ke?” soalnya lagi.

“Tak payah la, ma. Lagipun sikit aje. Nanti baiklah. Lagipun abang Kal sibuk sekarang ni. Pagi tadi selepas kuliah Sara kesana sekejap. Tapi abang Kal tak ada. Julia kata ada meeting kat luar. Nanti kalau tak baik, esok Sara pergi sendiri,” pujuk Sara.

“Kerja, kerja juga. Sesibuk manapun, jangan sampai isteri diabaikan. Mama tak suka macam tu. Nanti biar mama cakap dengan Haikal,” rungut Datin Halimah. Dia mula terperasan dengan sikap sambil lewa anaknya kebelakangan ini. Semuanya diambil mudah.

“Eh..... eh. Tak payah mama. Biar Sara pergi sendiri. Kesian dekat abang Kal. Dia letih mama. Sara janji, esok juga Sara akan pergi. Promise,” pujuknya lagi. Sara tahu kalau mamanya dah masuk campur alamat benda ini akan berpanjangan. Dia tak mahu Haikal terus dilanda masalah.

“Sara ni, memang la. Pandai pujuk mama. Tapi, Haikal tetap tak boleh buat Sara macam ni. Mama tengok sejak kebelakangan ni lain benar perangainya. Banyak termenung. Kenapa?” Datin Halimah cuba korek rahsia.

“Tak tahu la mama. Sara ada juga bertanya tapi dia kata tak ada apa-apa. Mungkin dia tak mahu Sara risau agaknya. Dia ada juga minta maaf dengan Sara,” jawab Sara.

“Minta maaf? Kenapa?”

“Dia kata dah lama tak temankan Sara berjalan-jalan atau pergi bercuti sebab terlampau sibuk. Sara faham dan tak kisah mama sebab Sara tahu mama dulupun macam tu juga masa papa mula-mula buka business. Mesti papa sibuk kan, ma?” lembut bicara Sara menyebabkan hati Datin Halimah yang panas itu kembali sejuk.

“Sara tahu abang Kal akan ambil alih tempat papa. Jadi, dia perlu bersungguh-sungguh untuk buktikan yang dia juga mampu lakukan sebaik papa. Sara nak mama dan papa bangga dengan dia. Jadi, biarlah Sara menjadi tulang belakangnya. Sekarang ni Sara akan berkorban apa saja untuk dia, mama,” tulus kata-kata Sara. Datin Halimah terharu. Diusapnya pipi Sara. Kasihnya mengalir untuk menantunya.

“Oh ya, mama. Ibu kirim salam. Malam tadi Sara call. Bising juga sebab lama dah tak balik. Tapi Sara dah terangkan pada ibu. Kalau tak ada apa aral, hujung bulan ni ibu kemari,” beritahu Sara tiba-tiba. Dia baru teringat pesanan ibunya.

“Bagus la. Tak la mama boring dirumah seorang diri.”

“Mama boring ke? Kesian dekat mama. Nanti hujung minggu ni kita pergi shopping. Kita habiskan duit abang Kal, okey?” gurau Sara sambil ketawa. Datin Halimah ikut serta.

“Apa yang seronok sangat tu?” tegur satu suara dibelakang mereka. Mereka menoleh serentak. Kelihatan Datuk Hisham datang menghampiri bersama Hasleena. Mereka kemudiannya mengambil tempat duduk.

“Kal tak balik lagi ke?” tanya Datuk Hisham.

“Belum pa. Mungkin kejap lagi tu,” jawab Sara. Selebihnya mereka bersoal jawab tentang isu-isu semasa. Kadangkala diselang seli dengan gelak ketawa. Sara semakin senang dengan keluarga mentuanya yang menganggapnya seperti anak sendiri. Dia tidak pernah merasa terasing ditengah-tengah keluarga ini. Dia bersyukur kehadrat ILAHI.

1 comment:

  1. hohohoh...
    haikal msih brhbng ngn shery ke???
    sengal la hailkal ni....

    ReplyDelete