Saturday, March 20, 2010

Tiada Noktah Cinta - 83

“Abang nak kemana malam minggu ni? Tak pernahpun nak keluar malam minggu?” soal Sara apabila melihat Haikal berpakaian kemas. Dimeja makan tadipun dia terperasan Haikal hanya menjamah sedikit makanan. Begitulah keadaan Haikal sejak kebelakangan ini. Dia tahu ada sesuatu yang sedang melanda suaminya tetapi dia takut untuk bertanya. Takut suaminya tersinggung.

“Abang nak jumpa kawan sekejap. Kawan lama. Kalau abang lambat nanti Sara tidurlah dulu. Jangan tunggu abang. Abang tak tahu pukul berapa abang balik. Sara tahulah kalau jumpa kawan lamani,” beritahu Haikal berbohong.



Sebenarnya dia ingin berjumpa dengan Sherry seperti yang telah dijanjikan. Itupun setelah dua minggu selepas pertemuan mereka diKLCC dulu. Setelah pelbagai rayuan diutarakan akhirnya Sherry mengalah. Tapi, dia tak mahu memberitahu Sara. Takut Sara akan terluka dan tersinggung. Biarlah menjadi rahsia. Lagipun dia ingin menyelesaikan satu perkara yang sudah lama tertangguh.

“Kalau abang tak marah boleh Sara tahu dengan siapa?” Sara bertanya.

“Ben.” Ringkas jawapan Haikal. Malas bersoal jawab lagi. Ini membuatkannya lebih rasa bersalah. Sara terdiam. Dia membetulkan kolar baju suaminya. Dalam hati memuji kekacakan suaminya.

“Handsomenya abang....” pujinya.

“Selama ni tak handsome ke?” gurau Haikal pula sambil menarik hidung mancung isterinya.

“Tapi, malam ni abang nampak lain. Macam nak pergi dating je...” perli Sara. Haikal terkesima. Apakah naluri hati seorang isteri dapat merasai sesuatu? Hatinya bertanya.

“Tak adalah. Abang kalau nak dating dengan Sara je. Sebab Sarakan cantik,” pujinya sambil menutup keresahan dihati.

“Okeylah. Abang pergi dulu. Abang dah lambat ni. Sleep tight sweet dream, love. I love you,” ucap Haikal sambil mengucup dahi dan bibir isterinya. Kemudian dia melangkah keluar.

Sara memerhatikan kereta Haikal meninggalkan perkarangan rumah melalui tingkap bilik. Tiba-tiba sahaja tekaknya rasa loya. Pantas dia kebilik air. Makanan didalam perutnya habis terkeluar. Dia mengesat mulutnya. Bilik air diselubungi bau muntahnya. Dia kepenatan. Untuk melangkah setapakpun dia tidak berdaya. Kepalanya berdenyut. Namun dia kuatkan hati untuk melangkah hingga kekatil.

Dia tercari-cari ubat ‘migrain’nya. Mungkin migrainnya kembali menyerang. Dia terbaring setelah mengambil ubat. Matanya terpejam rapat menahan sakit yang datang.

1 comment:

  1. hohoho....
    hrp2 pas ni haikal x akn jmp sherry lg....
    sara mngndung ke??
    brta gmbita ni...
    smbung2x...

    ReplyDelete