Tuesday, March 16, 2010

Tiada Noktah Cinta - 81

Pagi itu Haikal dan beberapa pengurus kanan bermesyuarat diCIMB mengenai projek mereka yang terbaru. Bila tengahari menjelma mereka menjamu selera di restoran Rebung diJalan Telawi 3, Bangsar. Makanannya memang enak. Semuanya masakan kampung. Salah satu restoran kegemaran keluarganya. Selalu juga mereka makan disitu.

Sedang Haikal berjalan menuju kekeretanya, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Dia terperanjat dan segera berpaling.

“Ya ALLAH. Ben! Lama tak jumpa. How are you? Sihat?” soal Haikal dengan pertemuan yang tidak terduga ini. Rasanya hampir setahun mereka tidak berjumpa. Kali terakhir masa hari perkahwinannya. Mereka cuma bertanya khabar melalui telefon sahaja.

“Sihat. Macam ni la. Kau apa khabar? Sihat? Amboi, semenjak kahwin ni dah lupa kengkawan. Call aje. Jumpa tak pernah. Sibuk mengalahkan menteri,” perli Benjamin.

Haikal tertawa. “Akupun sihat.”

“Eh, jom launch. Aku baru nak launch,” pelawa Benjamin.

“Aku baru sudah. Tapi kalau kau nak belanja, apa salahnya. Tapi, nanti aku suruh staff aku balik dulu. Lepas tu kau kena hantar aku kepejabat pulak. Aku tak bawa kereta,” beritahu Haikal.

“No problem,” jawab Benjamin. Haikal mendapatkan stafnya.

Bila dua sahabat bertemu, riuhnya bagai sekampung berkumpul. Pelbagai cerita yeng terkeluar. Dari cerita yang telah menjadi sejarah hinggalah perancangan masa depan.

“Hei! Kau ni bila nak bertambah? Takkan nak berdua aje?” soal Benjamin tiba-tiba. Haikal terkedu.

“Sekurang-kurangnya aku dah settle down. Kau tu bila lagi. Takkan nak tunggu bidadari dari syurga kot,” balas Haikal bersahaja.

“Kalau aku dapat seribu syukur. Tapi apakan daya. Siapalah yang nak kan aku ni. Rupa tiada hartapun kurang,” ujar Benjamin berpura-pura sedih.

“Kau tu memilih sangat,” usik Haikal.

“Tak juga. Tapi, kalau boleh aku nak cari macam your wife. Superb!” balas Benjamin. Haikal memandang tepat wajah sahabatnya itu. Api cemburu menyapa muka.

“Hei! takkan cemburu kat aku kot,” usik Benjamin pula apabila melihat wajah Haikal yang merah padam. Dia tahu Haikal cemburu.

“Macam dia tak apa. Tapi, bukan dia,” tegas Haikal.

“Kau ni cemburu tak habis-habis. Aku ingatkan apa yang dah jadi hari tu, okey le dah. Rupanya tak habis lagi. Akupun tahu, Haikal. Tak terfikirpun aku nak ambil Sara. Jangan bimbang la,” sangkal Benjamin.

“Kau tahu apa yang jadi pada aku ke? Siapa yang cerita? Joe?” soal Haikal. Dia pelik mendengar kata-kata sahabatnya.

“Serba sedikit la. Aku ada jumpa Joe. Dialah yang ceritakan. Aku tumpang simpati. Tapi, bila aku kaji balik memang salah kau pun. Cemburu tak bertempat. Lain kali apa yang ada dalam hati kau tu cakap terus terang. Tak payah susahkan diri bagi hint yang macam-macam. Tak ada la jadi yang bukan-bukan. Nasib baik la boleh selamatkan lagi. Kalau tidak gigit jarilah kau. Putih mata. Baru padan muka kau,” marah Benjamin.

“Ewah, ewah, ewah. Pandainya nasihatkan orang. Kau tu baik sangat ke?” balas Haikal tak mahu mengalah.

“Betul tak apa yang aku cakapkan ni? Semuanya kerana cemburu buta kau tu. Dan kerana tu juga kau putus dengan Sherrykan?” soal Benjamin selamba. Lagi sekali Haikal terkedu. Dia memandang tepat muka sahabatnya. Mencari maksud disebalik raut wajah yang berada dihadapannya.

“Tak payah la kau nak tengok aku sampai macam tu sekali, Kal. Aku tahu apa yang telah terjadi antara kau orang berdua,” beritahu Benjamin menjawab segala persoalan yang berlegar difikiran Haikal saat itu.

“Mana kau tahu?” soalnya inginkan kepastian.

“Sherry sakit sekarang ni, Kal. Dah dua minggu tak datang kerja. Sebelum jatuh sakit dia ada datang jumpa aku. By the way, sebenarnya dia boss aku sekarang,” beritahu Benjamin lagi.

“Kenapa dia datang jumpa kau?” soal Haikal tak sabar. Hatinya tiba-tiba berdebar.

Benjamin memulakan cerita dengan apa yang telah terjadi pada Sherry seperti apa yang berlaku hari itu. Dia juga beritahu apa yang telah Sherry ceritakan mengenai hubungannya dengan Haikal termasuklah kisah silamnya dengan Fakhrul. Satupun tidak berselindung. Tamat cerita Haikal tersandar dikerusi. Dia kelu. Hatinya tak keruan. Dia berperang dengan perasaannya sendiri.

“Dia masih mengharapkan kau, Kal. Sampai saat ini. Dia kata dekat aku yang dia sanggup jadi isteri kau yang kedua. Jumpa Sara pun tak apa asalkan kau menjadi miliknya,” ujar Benjamin.

“What? Dia gila ke?” Haikal seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

“Dia bukannya gila tapi terlalu obses dengan cinta. Baginya cinta terlalu agung dan tidak boleh dikhianati. Aku tak tahu sama ada dia bodoh atau terlalu setia dalam bercinta. Nak salahkannya 100% pun tak boleh. Nak salahkan kau pun tak boleh. Dia terlalu ikutkan perasaan dan kau pula terlalu cemburu,” ujar Benjamin lagi.

“Habis tu, macamana dia sekarang ni?”

“Entahlah. Aku ada juga call dia bertanya khabar. Dia kata dia sihat. Tapi tak tahulah hati dan perasaan dia. Daddy dan mummy dia risau tentang dia. Akupun ada juga nasihatkan dia. Tapi, biasalah. Diapun macam kau, degil.”

“YA ALLAH!!!” Hanya itu sahaja kata-kata yang termampu diluah oleh Haikal.

“Sudahlah Kal. Kau dah ada kehidupan kau sendiri. Aku percaya luka hati dia akan terubat juga oleh masa. Berikanlah dia masa untuk itu. Aku percaya dia tabah. Bukan kehendak dia jadi begini dan apa yang terjadi bukan salah kau. Semuanya datang dari ALLAH. Jangan rasa bersalah,” nasihat Benjamin.

“Tapi, aku yang buat dia macam tu.” Haikal meraup mukanya seolah-olah menyesali dengan apa yang telah terjadi. “Apa yang dah aku buat ni?”

“Kal, jangan la macam ni. As a friend as I said just ignore her, kalau kau betul sayangkan isteri kau. Sara hak kau, Kal. Jangan cari masalah lagi. Dia akan okey. Insya ALLAH. Doakanlah kebahagiaan dia,” nasihat Benjamin lagi apabila melihat Haikal tidak keruan. Bahu Haikal ditepuk beberapa kali.

Haikal melangkah petang itu dengan longlai. Fikirannya tidak keruan. Hatinya dipagut rasa bersalah. Dia terus pulang kerumah petang itu. Tiada mood untuk melakukan sebarang kerja. Fikirannya bercelaru. Mamanya terperasaan dengan tingkah Haikal sewaktu anaknya melangkah masuk kedalam rumah. Mungkin ada masalah dipejabat kot. Tekanya. Dia langsung tidak menegur Haikal yang melangkah naik keatas untuk kebiliknya.

Haikal melangkah masuk kedalam bilik dengan lemah. Dia memandang biliknya yang sunyi itu. Sara belum pulang dari universiti. Tadi sebelum pergi bermesyuarat sempat juga isterinya menghubunginya kerana mereka tidak sempat berjumpa pagi tadi. Haikal terpaksa pergi awal kepejabat. Haikal melangkah dan duduk dibirai katil.

Penat duduk dia baring. Tiba-tiba matanya menangkap gambar perkahwinannya yang tergantung dikepala katil. Dia menatap gambar itu sayu. Rasa bersalah menghantuinya. Dia bersalah pada dua orang wanita yang pernah hadir dalam hidupnya. Semuanya kerana tindakannya yang terburu-buru. Dia terus menatap gambar itu lama. Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang mengusap kepalanya. Dia menoleh. Terlihat tubuh Sara disisinya. Dia tersenyum.

“Abang tak sihat ya?” soal Sara apabila melihat kekeruhan yang terlukis diwajah suaminya. Haikal terus mengambil tangan Sara dan menggenggamnya erat. “Mama beritahu abang balik awal hari ni. Kalau tak sihat, mari kita pergi jumpa doktor. Kalau dibiarkan nanti, teruk pulak,” nasihat Sara tanpa mengetahui punca kekeruhan wajah Haikal.

Dia terlalu baik untuk terus disakiti. Dia seorang yang pecinta yang setia. Bisik hati kecil Haikal. Dia terus menatap wajah Sara. Tangannya mengusap-usap wajah ayu itu. Sara pelik dengan perlakuan suaminya tapi dia membiarkan. Mungkin suaminya ada masalah dan dengan cara begitu mungkin dapat mengurangkan masalahnya. Siapa tahu. Bisik hati Sara pula.

“Sara sayang abang tak?” soal Haikal tiba-tiba. Sara terkesima. Bertambah pelik. Akhirnya dia tersenyum.

“Terlalu sayang. Andainya kalau berpisah, Sara mungkin tak dapat hidup lagi. Sara nak hidup dengan abang selamanya. Kalau boleh biarlah ajal yang memisahkan kita,” begitu luhur pengakuan dari Sara. Haikal terus memandang isterinya.

“Kalau satu hari nanti, ada orang lain dihati abang, macamana?” duga Haikal.

“Kalau abang boleh bahagia dengan dia, Sara relakan walaupun berat. Sara nak abang bahagia. Bahagia abang, Sara juga akan begitu. Sara akan undur diri,” jawab Sara tulus.

“Tak mahu berkongsi?” duga Haikal lagi. Sara memandang tepat mata suaminya. Mencari maksud tersirat disebalik soalannya tadi. Sekadar menguji atau sememangnya dia telah mempunyai insan lain? Hatinya berdetik. Dia mengambil nafas panjang sebelum menjawab soalan suaminya itu.

“Sara cemburu, bang. Buat apa menambahkan lagi dosa. Sara tahu Sara tak mampu berkongsi apa-apa dengan orang lain apatah lagi berkongsi kasih. Jujurnya......Sara tak boleh,” luah Sara tanpa rahsia. “Kenapa abang tanya ni? Abang dah ada orang lain ke?” teka Sara.

“Tak adalah. Saja nak uji Sara,” pintas Haikal. Takut kalau Sara akan bersedih kalau mengetahui cerita sebenarnya.

“Hai..... takkan sebab nak uji aje. Tak pernah abang macam ni. Pelik Sara. Atau ada apa-apa yang abang sorok dari Sara tak?” tekanya lagi.

“Tak adalah. Percayalah. Apa yang jadi dulu, cukuplah bagi abang. Abang tak mahu tempuh lagi. Hampir tercabut nyawa dibuatnya. Sara jangan nak fikir yang bukan-bukan. Abang saja nak tanya aje, Tak ada niat yang lain,” ujar Haikal cuba menutup kerunsingan yang tiba-tiba melanda isterinya. Salah dia juga bertanya yang bukan-bukan.

“Sara tak kisah, bang. Sara juga takkan buat macam dulu lagi. Berdosa bunuh diri tu. Dulu tu Sara bodoh. Buat sesuatu tak pernah nak berfikir panjang. Ikut kata hati aje. Bila fikirkan balik, menyesal jugak. Kalau la Sara mati masa tu, tak masuk syurga, bang. Masa tu apa yang Sara fikirkanpun Sara tak tahu,” balas Sara pula.

“Cinta dan kasih sayang abang hanya untuk Sara. Percayalah. Abang tak pernah terfikirkan nak menduakan Sara. Tapi, Sara tahu ajelah. Kadangkala kenangan lama tu datang juga. Abang tak boleh nak halang.”Haikal mohon pengertian.

“Sara faham, bang. Siapa kita nak sekat-sekat benda tu dari datang. Sarapun ada masa, teringat juga. Tapi, Sara tak mahu ikutkan hati sangat. Pada Sara itu semua kenangan yang mengajar Sara untuk kuat dan tabah menghadapi hidup ni. Ini semua asam garam kehidupan, bang,” jawabnya ikhlas.

“Betul kata Sara tu. Hish..... kalau ikutkan hati boleh mati,” sokong Haikal dan terus bangun dari pembaringannya. Sara memandang sahaja suaminya. Moodnya kini telah berubah sedikit ceria. Mungkin juga setelah meluahkan apa yang telah bersarang dihatinya. Tapi, kenapa persoalan itu yang bermain dibenak hatinya?Fikir Sara.

“Sara dah sembahyang?” soal Haikal.

“Sudah. Masa dekat kampus tadi. Takut tak sempat sampai rumah. Sara sembahyang disana aje,” jawab Sara. Haikal menganggukkan kepalanya lantas melangkah menuju kebilik air.

Sara mendiamkan diri dibirai katil. Memerhatikan tingkah laku Haikal yang pada firasatnya sungguh pelik petang tu? Apa sebenarnya yang telah terjadi? Ingin bertanya pada mama, tadi mamanya juga bertanya pada dia? Apa yang terjadi sebenarnya? Hati Sara terus berperang.

Haikal keluar dari bilik air dan memerhatikan Sara masih lagi termangu sendirian dibirai katil.

“Are you okey, my dear?” tegur Haikal. Sara terkejut. Dia tersenyum.

“Okey. Abang sembahyang la dulu. Sara nak keluar jumpa mama,” jawab Sara sambil bangun dan melangkah keluar dari bilik itu. Haikal hanya menghantar isterinya dengan pandangan matanya sahaja.

2 comments:

  1. hohohooh....
    ala haikal ni....
    x kan ati dia dah brubah sbb sherry....
    btul kta sara 2....
    bkn smua blh brkongsi kasih....
    klu dia bhgia ngn org lain baik undur diri...
    tp pe pun nak sara ngn haikal.....

    ReplyDelete
  2. xmo haikal kawen lain
    rileks
    sherry ngan ben la

    ReplyDelete