Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 8

Sherry serba salah. Akhirnya dengan kaki yang berat dia melangkah mendekati mereka yang sedang bergelak ketawa. Sherry memandang mereka satu per satu dengan jelek. Dia juga tidak mengetahui betul atau tidak perbuatannya ini. Malu pun ada. Secara tiba-tiba suasana yang tadi riuh rendah dengan hilai ketawa kini senyap bagaikan dilanda garuda. Semua mata memandang kearah Sherry yang tegak mematung berhampiran mereka. Apa yang diinginkan oleh gadis sejelita ini? Mungkin itulah yang bermain difikiran masing-masing. Haikal buat tak peduli apabila rakan-rakannya masih lagi memandang Sherry.
“Sorry to disturb you all. Actually, can I have your phone number?” tanya Sherry sambil menuding jarinya kearah Haikal. Haikal terperanjat. Kenalpun tidak, tiba-tiba nak phone number aku. Gila apa. Ujar hatinya.

“Haikal? You nak phone number dia aje ke? Kami punya tak mahu ke?” ujar Johari salah seorang rakan yang sememangnya suka mengusik.

“I’m not interested with you all. Only that guy. Can I have it?” soalnya lagi.

“You kenal siapa dia ni, Kal?” tanya Johari pada sahabatnya. Haikal yang memandangnya mengangkat bahu. “Tak kenalpun.”

“So, you already heard the answer. Kenapa you nak phone number dia sedangkan dia tak kenal you pun?” soal Johari lagi.

“Okey. Actually member I tu yang teringin sangat nak berkenalan dengan dia ni. So, I pun tolong aje. Tak ada niat lain pun. Lagipun I nak buat apa dengan phone number dia,” jawab Sherry selamba. Sedikit ego. Haikal memandangnya tajam.

“Okey, kalau I bagi my phone number, what I can get from you?” soal Haikal ingin menduga. Dia tahu gadis jelita dihadapannya ini mempunyai ego yang tinggi. Namun begitu hatinya tetap memuji kejelitaan yang dimilikinya. “I pun bukannya kenal siapa you ni. Takkan I nak bagi free aje. At least ada something yang I akan dapat dari you ataupun member-member you tu,” duga Haikal sedikit nakal. Sengaja menguji Sherry yang kelihatan merah padam mendengar permintaan Haikal.

“What??? Apa yang you mahu?” soal Sherry sambil menahan amarahnya. Dia menoleh kearah rakan-rakannya yang melihatnya dari jauh. Mungkin juga mereka dapat mengagak apa yang sedang terjadi berdasarkan mimik muka Sherry.

“Ye la. Takkan I nak bagi macam tu aje. Nothing’s free you know.” Haikal berterusan mengusik.

“You takkan dapat apa-apapun. Okeylah, kalau you nak bagi, you bagi, kalau tak mahu, it’s up to you. I tak rasa rugi pun. Lagipun you are not my taste. I tak tahulah kenapa member-member I tu tergilakan sangat pada you. I tengok tak ada yang hebat pun.” Kata-kata Sherry itu menaikkan kemarahan Haikal yang memang terkenal dengan panas barannya.

“Hei! perempuan gila. I tak suruh you datang sini tau. Dah lah datang tak berjemput. Lepas tu tiba-tiba aje minta phone number kita sekarang nak mengata orang pulak. Tak sedar diri. Tengoklah dulu diri you tu. Apa! You ingat you hebat sangat ke?” balas Haikal marah. Jarinya dituding kemuka Sherry. Johari segera menyabarkannya. Johari faham sangat perangai Haikal. Rakan-rakan yang lain berpandangan sesama sendiri.

“Hei cakap tu baik-baik sikit ya. Jangan nak menghina I.” Suara Sherry juga meninggi melawan amukan Haikal. Mona dan yang lain segera mendapatkannya apabila menyedari sesuatu telah terjadi. Suasana dalam kelab tadi yang bising kini sunyi sepi. Semua mata memandang kepada mereka yang sedang bertelingkah.

“Apa??? Tak cukup baikkah apa yang I cakap. You nak suruh I panggil you apa? Perempuan tak siuman? Macam tu?” Sengaja Haikal menaikkan kemarahan Sherry. Muka Sherry merah padam menahan marah dan malu. Marah dengan kata-kata tuduhan Haikal dan malu dengan keadaan sekeliling yang memandang mereka. Dia mengambil gelas minuman yang terdapat disitu dan menyimbah kemuka Haikal.

Johari segera menarik Haikal yang sudah melangkah untuk bertentang dengan Sherry. Teman-teman Sherry juga segera menyabarkannya.

“Sherry sudah lah tu. Jom kita balik. Semua orang tengok ni,” ujar Mona sambil menarik tangan Sherry.

“Hei! Ni semuanya you all punya pasal. You yang suruh I minta phone number dari lelaki perasan ni. Hei! You ni kalau bagi free pada I pun I tak hingin tau. Banyak lagi lelaki lain. Gila!!! Tak tahu adap sopan langsung,” jerit Sherry. “And you all!” Jarinya menuding kearah teman-temannya pula. “You all yang buat I malu tahu tak? I’ll never forgive that. Tak pasal-pasal orang cakap I perempuan gila. I pun tak tahu kenapalah I bodoh ikut sangat cadangan you all yang tak masuk akal.” ujar Sherry bersama airmatanya. Dia rasa terhina. Seumur hidupnya tak pernah dia dimalukan sebegitu rupa. Dia melangkah keluar dari kelab itu. Dia benar-benar terluka. Semua yang ada disitu terdiam.

Haikal juga kehilangan kata-kata. Menyesal kerana berkata demikian. Apalah sangat dengan permintaan itu. Sebelum ni pun, bukan dia seorang yang pernah meminta phone numbernya. Malah ramai. Apa salahnya kalau dia berikan saja. Dia rasa bersalah. Tanpa sepatah kata Haikal bangun dan melangkah keluar. Moodnya untuk bersuka ria malam itu mati. Johari cuba menahan teman perempuan Haikal untuk pergi mendapatkan Haikal. Dia tahu sangat sekarang ni Haikal perlukan masa untuk sendirian. Johari hanya memandang langkah Haikal yang lesu.

Didalam kereta, Sherry menangis semahunya. Tak sangka dia akan dimalukan sedemikian rupa. Entahlah. Mengapa malam ni dia begitu sensitif. Dia juga tak mengerti. Dia menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment