Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 7

Suasana didalam hotel Westin begitu sibuk sekali. Pertunjukkan fesyen sempena ‘KL Fesyen Week’ yang baru berlangsung begitu meriah sekali. Ramai para pereka fesyen menghadiri pertunjukkan tersebut. Begitu juga para media masa dan elektronik baik tempatan mahupun antarabangsa. Ini adalah salah satu acara tahunan yang memperagakan fesyen-fesyen dari pereka-pereka yang bertaraf antarabangsa disamping memperkenalkan Kuala Lumpur sebagai destinasi fesyen antarabangsa setanding Itali dan Milan. Apa yang membanggakan Malaysia memartabatkan batik dan songket yang menjadi kebanggaan negara dan identiti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa yang mempunyai pelbagai adat dan budaya.

Disatu sudut para pemberita begitu sibuk menerumah pereka fesyen yang mengambil bahagian untuk dimuatkan didalam isu majalah dan akhbar mereka. Disuatu sudut yang lain kelihatan sepasang teruna dan dara sedang leka menikmati suasana yang hingar bingar itu.

“Sharifah Allyna Tan Sri Yahya?” sapa seorang tetamu. Dileherkan tergantung lencana ‘press’. Tentu wartawan dari mana-mana majalah. Sherry yang terkejut dengan sapaan itu tersenyum. Mengiakan kata-kata wartawan tersebut. Temannya juga turut tersenyum membalas senyuman yang lemparkan oleh wartawan itu kepadanya.

“Saya Kirana, wartawan dari majalah ‘Keluarga’,” ujar Kirana memperkenalkan dirinya. Mereka berbalas salam. “Buat apa disini?” soalnya lagi. Sherry takut-takut ingin menjawab pertanyaan dari Kirana. Dia tidak berapa kenal dengan gadis kecil molek yang begitu petah bertanyakan soalan.

“Jangan takut Cik Sharifah. Saya ni tak makan orang. Saya cuma tanya orang,” ujar Kirana yang menyedari kegusaran Sherry apabila memandangnya dengan tajam. Jawapan dari Kirana itu menyebabkan ketawa Sherry meletus. Dia tidak menyangka perubahan mimik mukanya menyebabkan Kirana dapat membaca gelodak perasaannya. Memang patutlah dia jadi wartawan.

“Okey lah. Firstly, just call me Sherry. And I’m sorry about that. Actually I didn’t know you as well. Have we meet before this?” soal Sherry sambil memandang Haikal disebelahnya. Haikal menggenggam tangan Sherry erat. Kirana tersenyum.

“Masakan saya boleh lupa anak tunggal kepada Tan Sri Yahya, saudagar perkapalan yang terkenal diMalaysia ni. Apatah lagi mempunyai anak yang jelita seperti Cik Sherry ni. Lainlah kalau saya ni,” jawab Kirana merendah diri.

“Just Sherry.” Tegas Sherry dalam nada yang lembut.
“Sorry”.

“Macamana you kenal I dengan family I sekali? I rasa kita tak pernah berjumpa,” tingkah Sherry pelik. Tangannya membalas genggaman jemari Haikal. Dia memandang Haikal sekali lagi meminta kepastian. Haikal menaikkan bahunya tanda tidak pasti. Mereka masih menanti jawapan dari Kirana.

“Sebenarnya enam bulan lepas saya ada menemani senior saya untuk menerumah satu family untuk majalah lanskap. Hiasan rumah. Ingat tak? Rumah Sherry le tu. Tak kan tak ingat kot.” Jawapan Kirana itu mematikan segala persoalan yang ada dibenak fikiran Sherry dan Haikal tika itu. Sherry tersenyum. Barulah dia ingat. Tapi, dia tidak berapa mengingati wajah comel didepannya itu.

“Maaflah, saya ni tak mengingati Kirana. So many thing inside here,” ujar Sherry sambil menunjukkan kepalanya. “Lagipun selepas temuramah tu, saya kembali semula ke US untuk finish my study. So, saya tak sempat nak tengok magazine tu. Maaflah. Kiranya, ingatan Kirana ni baguslah. Kejadian enam bulan lepas pun masih ingat lagi,” sambung Sherry sambil bergurau. Kirana ketawa kecil.

“Dah kerja saya Sherry. Nak buat macamana. Lagipun mana boleh saya lupakan wajah yang cantik ni. Kalau saya ni lelaki, dah lama saya ‘tackle’ Sherry. Tapi, nampaknya semua jejaka diKL ni frustlah, sebab dah ada ‘abang’ disebelah.” Kata-kata Kirana ditujukan kepada Haikal yang dari tadi asyik mendengar sahaja. Genggaman tangan Sherry diperkemaskan sambil tersenyum sinis.

“Padanlah you all berdua ni. Sama cantik sama padan. So, bila nak merasa nasi minyak?” soal Kirana tanpa segan silu seolah-olah diantara mereka sudah kenal lama. Haikal tertawa besar. Sherry menggelengkan kepalanya. “Lambat lagilah. Lagipun kita orang baru aje kenal. Takkan terus nak kahwin. I tak nak terikat lagi. I nak bina kerjaya dulu. Muda lagilah,” jawab Sherry. Kirana termalu.

“Maafkan saya kalau terlepas cakap. Rasanya dah menjadi tabiat saya asyik bertanya macam-macam soalan. Dah terbiasa.”

“Kalau tak you takkan jadi wartawan. Bukankah mulut wartawan ni tak boleh diam.”

“Exactly. Eh! Dan lama kita berborak ni, apa kata kalau I invite you jadi cover majalah ‘Keluarga’ next month. Kalau bulan ni, date-linenya dah lepas.” Sherry terkejut dengan permintaan Kirana. Dia tidak menyangka sama sekali akan diberi peluang yang selama ini dia nantikan. Kalau diUS dulu dia terpaksa menebalkan mukanya pergi keagensi-agensi modelling, tetapi disini dia terus diberi peluang. Wow!! Bestnya. Jerit hati kecilnya.

“Kenapa? You tak setuju ke?” soal Kirana apabila melihat Sherry terdiam.

“Bukan macam tu. But I can believe it. Betul ke ni?” soal Sherry semula meminta kepastian.

“Kalau you setuju, I akan berbincang dengan editor I. I yakin dia akan setuju,” jawab Sherry penuh keyakinan. Sherry masih kurang percaya.

“You yakin I boleh ke?”

“Insya Allah. Kalau you jadi model, I percaya banyak agensi yang nak ambil you. You have talent, Sherry. Believe it. I yakin you boleh.”

“Okeylah. Tapi I tak janji. Ini phone number I. You call I dulu.” Sherry menyatakan persetujuannya. Tidak lama kemudian mereka meminta diri untuk pulang kerana jam sudah mencecah angka 12 tengah malam. Sherry diam sahaja apabila berada didalam kereta. Fikirannya masih terawang-awang dengan permintaan Kirana tadi.

Akhirnya impiannya akan tercapai. Dia tahu dia tidak boleh menghampakan harapan Daddynya yang mahu dia mengambil alih perniagaan turun temurun itu. Setelah kehilangan abangnya, Faidz, dia tidak mahu hati mummy dan daddynya terluka lagi. Cukuplah kelukaan akibat kehilangan abangnya dua tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya bersama tunangnya, Fakhrul diUS. Dia juga hampir hilang ingatan akibat peristiwa yang menyayat hati itu. Segalanya dia pendamkan sahaja. Haikal juga tidak mengetahui apa yang pernah dia alami. Pernah dia berjanji untuk tidak jatuh cinta lagi, tapi dia tidak dapat menghalang mainan perasaan yang sukar diduga.

Perkenalannya dengan Haikal kira-kira lapan bulan yang lalu, membuatkan hatinya terbuka kembali untuk menilai erti cinta. Walaupun kurang yakin tapi kesungguhan Haikal menyakinkannya tentang cinta membuatkannya ingin membuka lembaran baru. Biarlah dia membaluti luka semalam dengan menerima kehadiran cinta yang baru.

Sebenarnya perkenalannya dengan Haikal tidak dijangkakan. Perkenalan yang bermula dengan pergaduhan akhirnya disulami dengan perasaan yang indah. Kadangkala dia merasakan perkenalannya dengan Haikal seperti cereka novel yang sentiasa dikarang oleh para novelis.

Dia masih dapat membayangkan keadaannya semasa itu. Diruang legar sebuah kelab terkemuka diJalan P Ramlee menjadi saksi pertemuan pertama mereka. Dia begitu jelek dengan tingkah Haikal yang sedang memeluk seorang gadis disebelahnya. Pada mulanya dia tak ambil pusing. Tetapi apabila teman-temannya asyik membicarakan mengenai seorang lelaki membuatkannya tertanya-tanya. Siapa dia? Hebat sangatkah?

“You all bercakap tentang siapa ni?” soalnya ingin tahu.

“That’s guy. Very handsome, smart, charming and.............” komen Mona, sahabatnya tidak dapat meneruskan kata-kata.

“And…and what? Siapa yang you all maksudkan ni?” soal Sherry lagi sedikit meninggi apabila rakan-rakannya tidak mempedulikannnya. Mereka begitu asyik memandang kesatu arah disudut kelab itu. Sherry menoleh. Terdapat sekumpulan anak muda lebih kurang empat orang dengan pasangan masing-masing. Apa yang hebat sangat? Tak perasan pulak aku. Getus hati Sherry.

“Sherry, you suka challenge kan? I ada satu permintaan. Kalau you berjaya, I akan salute pada you,” cadang Mona. Rakan-rakan yang lain terkesima mendengar kata-kata Mona. Pelbagai andaian bermain dibenak mereka. Apa yang akan Mona suruh Sherry buat? Takkan dia nak buat hal lagi seperti minggu lepas. Gara-gara nak melihat siapa hebat mereka hampir ditahan polis kerana berlumba dilebuhraya. Ini juga cadangan Mona pada Sherry yang menyuruhnya mencabar seorang lelaki. Sherry mengangkat keningnya pada Mona.

“Aku cabar kau pergi dapatkan phone number that guy yang pakai baju hijau tu. Kalau kau dapat, aku respect habis dekat kau. Kau suruh buat apapun aku akan buat,” cabar Mona. Emily, Fida dan Ila benar-benar terperanjat dengan cadangan Mona. Apakah dia dah gila? Tiba-tiba nak minta phone number lelaki tu. Mungkin mereka kenal tapi bukan secara dekat. Tak pernah bercakappun. Mereka hanya mampu memandang dari jauh sahaja. Siapalah mereka jika ingin dibandingkan dengan Haikal Hisham, bakal pengerusi eksekutif Hisham Holding.

“That guy? Huh…. Nak buat apa aku pergi minta phone number dia. Aku bukannya kenal dengan diapun. Nanti tak pasal-pasal dia kata aku sewel. Aku juga yang termalu. Nak buat apa aku malukan diri aku sendiri,” tolak Sherry dengan cadangan Mona. “Lagipun, aku datang sini nak enjoy, bukannya nak berkenalan dengan orang. Buang masa aku aje,” sambungnya lagi.

“Aku tahulah tu. Tapi, kalau kau nak tahu dia anak orang kaya tau.”

“Aku peduli apa. Dia anak orang kaya ke, anak orang miskin ke bukannya hal aku. Daddy aku pun kaya apa,” tingkah Sherry berterusan. Cadangan mengarut Mona dibiarkan sepi. Dia terus menghayati alunan muzik yang berkumandang.

“Aku tahulah kau pun anak orang kaya. Tapi, sesiapa yang dapat tackle dia hebat tau. Dia tak ada girlfriend lagi,” beritahu Mona lagi agar dapat menarik kembali minat Sherry terhadap cadangannya.

“Tak ada girlfriend? Habis yang dia peluk tu siapa. Spare tyre dia? Aku peliklah macamana kau orang boleh kenal dengan dia tapi takut nak bertegur sapa,” soal Sherry sambil meneguk minuman dihadapannya. Matanya memandang muda-mudi yang sedang menari dihadapannya. Terkinja-kinja mengikut rentak alunan muzik yang bergema di ruang kelab itu.

“Sebenarnya kami hanya mampu memandang dari jauh. Siapalah kami kalau nak dibandingkan dengan dia. Bagai langit dan bumi. Dan setahu kami dia memang belum ada steady girlfriend. Yang dia bawa kehulu hilir tu, semuanya spare part aje,” sokong Emily.

“Macamana you all tahu semua peribadi dia? You all pasang spy ke ataupun you all yang jadi spy?” perangkap Sherry lagi.

“Ala…….. KL ni bukanlah besar sangat untuk tahu benda-benda macam ni. Lagipun dia tu jejaka pujaan ramai. Tentulah dia tu jadi spotlight,” balas Fida pula menyokong pendapat Mona dan Emily.

“So? Kau dah tahu semuanya. Boleh tak kau minta phone number dia? For me, please.......,” rayu Mona lagi.

“Hish……. tak mahulah aku. Malu le aku macam tu. Air muka aku ni, aku kena jaga juga,” tolak Sherry lagi.

“Tolonglah aku.” Pinta Mona penuh mengharap.


No comments:

Post a Comment