Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 53

“Tapi, Sara bahagia walaupun tak sempurna, bang. Walaupun kita terpaksa hidup begini, Sara senang dengan abang. Abang tak seperti orang lain yang berterusan menghukum orang lain tanpa memberinya peluang. Sekurang-kurangnya kita terus mencuba. Cuma kita tak tahu bila ianya akan berakhir,” luah Sara pula.

“Entahlah. Semakin abang fikir kesudahannya, semakin abang takut,” akui Haikal.

“Biarlah masa yang tentukan. Sekarang kita biarkannya dulu walaupun satu hari nanti kita terpaksa hadapinya. Sara pun tak mahu fikirkan lagi sekarang ni.”

“Tapi Sara tak jawab lagi soalan abang.”
Sarimah duduk termenung diruang tamu rumahnya. Sejak ketiadaan Sara itulah yang sering dilakukannya. Kalau dulu ada Sara pasti ada sahaja rancangannya. Kini dia terasa sunyi. Dia cuma mengharapkan kepulangan anak-anak bujangnya. Cuma Shahrul sahaja yang kerap balik kebelakangan ini. Shamsul dan Shaiful sibuk dengan pengajian masing-masing.

Dikala sendirian begini, dia sering terkenang kembali saat-saat indah bersama suaminya suatu ketika dahulu. Segalanya serba indah. Walau apapun halangan yang mereka hadapi mereka tempuhi dengan semangat yang jitu. Tidak mampu diruntuhkan oleh sesiapapun. Kasih sayang mereka tetap kekal sehingga kini. Dia berbangga dengan pilihannya.

Sara lahir dari rasa cinta yang membara. Sara adalah lambang kasih mereka berdua. Sara banyak mewarisi sifat-sifat suaminya. Melihat raut wajah Sara sahaja cukup untuk mengubati kerinduan pada suaminya. Tapi, semenjak Sara berkahwin dia sudah tidak dapat berbuat begitu lagi. Walaupun Sara sering menghubunginya namun ianya tidak dapat mengubati kerinduan hatinya.

Mengingati Sara dia teringat sesuatu. Sesuatu yang belum diselesaikannya. Dia ingin bertanya sewaktu Sara menghubunginya malam tadi tapi biarlah dia selesaikannya secara berhadapan. Dia ingin bertanya dari hati anaknya itu. Dia sabar menunggu kepulangan Sara seperti yang telah diberitahu sebelum ini.

“Assalamualaikum…………………..” Kedengaran satu suara memberi salam. Tapi salamnya tidak bersambut. Suara itu bergema lagi. Tiba-tiba Sarimah terasa bahunya ditepuk orang. Dia terperanjat. Sara tertawa melihat telatah ibunya.

“Ibu buat apa ni? Dari tadi Sara beri salam tapi tak ada yang jawab. Ingatkan ibu tak ada dirumah. Tapi Sara pelik bila tengok pintu depan tu terbuka aje. Ingatkan apa-apa terjadi tadi. Ibu buat Sara risau aje,” omel Sara.

“Risau? Bukannya ada sesiapa yang nak culik ibu ni. Dah tua,” jawab Sarimah sambil tertawa. Sara duduk dihadapan ibunya. Dia memandang geram dengan jawapan ibunya.

“Mana ibu tahu. Malang tak berbau, bu. Sara nak ibu sentiasa berhati-hati, Sekarang ni nyawa macam tak bernilai. Senang sangat nak diambil. Sana sini kes bunuh, culik dan rompakan,” leter Sara geram.

“Ye la. Ibu gurau aje. Don’t take it serious, Sara. Nanti sakit kepala tu. Sara balik seorang ke?” soal Sarimah mengubah topik perbualan.

“Tak dengan abang Kal la. Dia yang nak balik sangat-sangat. Tak menyempat. Lepas sembahyang Jumaat tadi kami bertolak..” beritahu Sara.

“Mana dia? Tak nampakpun?”

“Ada. Ambil beg. Tak larilah menantu kesayangan ibu tu,” jawab Sara. Seraya itu juga Haikal masuk kedalam rumah. Dia menyalami ibu mentuanya.

“Sihat, bu?” soalnya sambil duduk disebelah Sara. Sarimah mengiakan.

“Ingatkan tak ada dirumah tadi. Banyak kali Sara bagi salam tapi tak berjawab,” ujar Haikal pula.

“Ibu ada. Berangan. Boleh ibu kata tak ada sesiapa yang nak culik dia,” marah Sara lagi. Sarimah dan Haikal tertawa.

“Malam ni tak payah masaklah. Sara bawa abang makan seafood yang paling best sekali di Lumut. Lepas tu bolehlah tengok laut. Okey tak, bu?” cadang Sara.

“No comment,” jawab Haikal.

“Boleh tapi janganlah lama sangat. Nanti kena angin laut malam-malam ni tak elok. Senang jatuh sakit. Tapi hantarkan ibu balik dulu. Lepas tu Sara keluar semula, boleh?” soal Sarimah. Sara mengangguk tanda setuju. Kemudian dia dan Haikal beriringan menuju kedalam bilik.

“Macam biasalah. Abang tidur disofa. Jangan khuatirlah.” Sara ketawa sambil memukul lembut bahu Haikal. Faham akan maksud Haikal.

“Abang dah berjanji. Abang akan jaga kepercayaan yang Sara amanahkan kepada abang. Selagi Sara tak bersedia abang takkan paksa. Abang akan bersabar,” ujarnya lagi.

“Terima kasih kerana memahami. Kita sama-samalah berusaha,” balas Sara.

Malam itu setelah makan dan menghantar ibunya pulang semula kerumah, Haikal dan Sara menikmati angin malam diLumut. Sudah lama Sara tidak kesana. Semenjak dia berkahwin. Terasa damai dan tenang. Sara tenggelam dalam suasana itu.

Angin yang menderu menyebabkan Sara berpeluk tubuh. Dia kesejukan. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang disangkut dibahunya. Dia melihat jaket yang dipakai oleh suaminya kini beralih tempat.
“Nanti Sara sakit pulak. Tak apa abang lelaki. Boleh tahan sejuk. Kalau abang sejuk nanti abang peluklah Sara,” selamba sahaja kata-kata Haikal. Sara memandangnya sambil tersenyum. Dia tahu Haikal bergurau.

“Ha… yelah tu. Mulalah nak mengada-ngada tu. Tak ada kerja lain selain nak peluk orang?” marah Sara dalam nada lembut. Haikal tertawa. Dua tiga pasangan yang ada disitu memerhatikan gelagat mereka.

“Bang, ada kerusi kosong disitu. Kita duduk dulu nak.” Haikal menganggukkan kepalanya.

“Tenang aje disini. Damai. Abang senang dengan suasana disini. Rasa macam nak duduk disini aje. Tak lah macam diKL tu, sibuk memanjang,” komen Haikal setelah mereka melabuhkan diri diatas kerusi.

“Ye ke? Bukan ke abang suka suasana hiruk-pikuk tu, macam dekat dalam disko ataupun pub?” duga Sara.

“Mana Sara tahu ni? Ini kalau tak Leen yang beritahu, tentu mama,” tuduh Haikal pula.

“Bang, Sara dapat rasakannya. Cara hidup dan cara abang menjaga imej abang juga, Sara dah tahu. Tak payah Leen atau mama nak beritahu. Sara rasa semua kelab diKL tu abang dah kunjungi. Jangan nak tipu Sara. Cakap betul-betul,” ugut Sara bila melihat Haikal cuba mengelak.

“Memang betul. Saja nak tenangkan fikiran. Hilangkan keletihan,” akui Haikal tanpa berselindung.

“Kenapa perlu kesana kalau nak tenangkan fikiran. Bukan ke tempat tu menyesakkan lagi fikiran yang berserabut. Lampunya aje dah buat Sara pening kepala. Belum lagi yang lain-lain. Hish...... mahu termuntah Sara nanti,” komen Sara.

“Tak tahulah Sara. Mungkin kerana abang dibesarkan disana. Tapi, alhamdulillah abang akui abang selalu kesana tapi abang tak pernah menyentuh air haram tu.”

“Alhamdulillah. Syukur pada ALLAH. Terdapat juga sifat terpuji dalam diri abang. Kadangkala Sara pelik kenapa perlu kita kesana. Ramai orang akan hanyut disana. Sara sedih bila melihat anak bangsa Sara macam tu. Duduk kampung bertudung litup, bila sampai kekota semuanya hilang. Malah ada yang lebih teruk dari itu. Harga diri dan maruah hilang entah kemana. Yang penting duit, duit, duit. Nampaknya sangat mereka telah dikuasai oleh duit. Janji kemahuan mereka dipenuhi, mereka sanggup buat apa saja. Tak kisah kalau maruah tergadai. Senangkan sekarang ni untuk menilai orang,” rungut Sara. Haikal tersenyum.

“Hai merungut nampak. Abang sangka ni Sara pendiam orangnya. Maklumlah jarang bercakap. Tapi, bila dapat peluang, non-stop,” usik Haikal. Terasa lengannya sakit kesan cubitan Sara. Dia menyeringai kesakitan.

“Itu pilihan masing-masing, Sara. Nak hidup senang tapi tak mahu berusaha, itu sajalah jalannya. Tak semua orang macam tu. Janji kita tak buat sudahlah,” balas Haikal pula.

“Tapi, Sara sedih bila melihat anak bangsa Sara sendiri yang terlibat. Bila sesuatu dah terjadi pada mereka, barulah nak menyesal. Waktu tu semuanya dah tak berguna. Dah terlambat. Siapa yang malu? Nama siapa yang disebut-sebut orang? Emak dan ayah juga. Kesian pada orang tua yang menanggungnya. Mereka harapkan anak mereka menjadi orang yang berguna tapi sebaliknya yang terjadi,” komen Sara lagi.

“Abang rasa abang kena beritahu papa something ni.”

“Apa dia?” soal Sara pelik.

“Minta buat appointment dengan Datuk Sharizat dan Datuk Seri Rafidah. Calon Sara jadi wakil rakyat. Patriotik betul,” Sara menampar bahu Haikal kuat. Menyeringai Haikal menahan kesakitan. Sara terasa Haikal memperlinya.

“Sakit ke, bang?” tanya Sara dengan perasaan bersalahnya. Dia menggosok bahu suaminya. Haikal menggeleng.

“Sara minta maaf. Sara tak sengaja.”

“Nothing. Tak apa. Tak sakitpun,” jawab Haikal. Sara tersenyum memandang Haikal yang memandangnya penuh erti.

“Hidup abang dulu tak macam ni. Mungkin kerana abang dibesarkan diKL. Tapi mama dan papa kuat dengan disiplinnya. Abang pernah dihukum kerana papa dapat tangkap abang curi-curi hisap rokok. Abang tak boleh keluar dengan kawan-kawan. Kemana saja abang pergi mesti dengan keluarga. Rasa macam anak perempuan pulak. Lama-lama abang terfikir sendiri. Mesti ada sebab. Dan sekarang abang akui kenapa,” cerita Haikal. Sara mendengarnya dengan teliti.

Kemudian dia menyambung lagi. “Sara tengoklah sendiri macamana mama ‘treat’ abang dan adik-adik. Dia tak pernah menganggap kami ni dah dewasa. Kadangkala bosan juga. Tapi naluri seorang mama memang macam tu. Abang dengan adik-adik tak mahu susahkan hati Mama. Mama ada sakit jantung.” Sara terperanjat mendengar cerita Haikal. Dia tidak menyangka mamanya mengidap penyakit berbahaya itu.

“Mama muda lagi. Kenapa Mama boleh ada sakit jantung?” soal Sara ingin tahu.

“Mungkin kerana tekanan perasaan yang mama hadapi dari keluarganya.”

“Kenapa dengan keluarganya?”

“Datuk dan nenek tak setuju dengan perkahwinan mereka. Pada mulanya abang pun tak pasti kenapa. Mungkin kerana Papa orang kampung kot. Itu sebab setiap kali raya, kami hanya balik ke Johor, kampung papa. Hanya keluarga papa saja yang menerima mama sedaanya. Mama senang dengan keluarga papa sebab mereka tak pernah mengasingkan diri dari mama. Keluarga mama bukannya jauh dari rumah kitapun. Dia orang ada diBukit Tunku.”

“What, Bukit Tunku? Dekat aje. Tapi, masa kita kahwin tu diaorang ada datang?” soal Sara lagi.

“Ada. Mungkin tak mahu diumpat orang kot. Mama dengan papa sendiri yang pergi jemput. Papa kata sebagai anak biarlah kita yang mengalah. Kalau abang baik tak payah. Ada ke tak ada ke, abang kahwin juga,” jawab Haikal keras. Mungkin dia dapat merasakan penderitaan kedua orang tuanya.

“Abang ni, tak baiklah cakap macam tu. Apa juga yang berlaku, mereka tetap your grandmother and grandfather. Air dicincang takkan putus. Jangan ikutkan sangat perasaan marah tu. Kawal sikit,” nasihat Sara lembut.

“Abang senang dengan Sara. Pandai Sara sejukkan hati abang ni. Kalau dulu, Julia suka panggil abang ‘angin puting beliung’,” beritahu Haikal membuka kisahnya. Sara tertawa besar.

“What? Tapi, kenapa dia panggil abang macam tu?” soal Sara ingin tahu. Ketawanya masih bersisa.

“Mood abang dulu tak menentu. Senang sangat nak naik angin kalau ada benda yang abang tak puas hati. Kadang-kadang tu Julia nak masuk bilik abangpun takut. Sebab abang akan hamburkan marah abang pada dia. Bila difikirkan balik kesian dekat dia. Tapi, nak buat macamana. Dan terbiasa,” cerita Haikal.

“Tak patut abang buat dia macam tu. Abang ni macam bos Sara dulu, Encik Fuad. Suka-suka nak marah orang.”

“Dan Sara pula terlalu sensitif. Abang ingat lagi masa first time abang datang. Masa abang Hanif kahwin. Sara mogok sebab kena marah. Muka asyik mencuka aje,” Haikal mengingati kembali detik-detik pertemuannya dengan Sara.

“Abang ingat lagi?” Haikal menganggukkan kepalanya. Sara cuma mampu tersenyum. Dia tidak menyangka suaminya akan mengingati saat itu. Masih dia ingat ketika itu Haikal memandang tajam wajahnya. Penuh maksud tersirat. Rupanya kini dia telah menjadi suaminya.

“Nampaknya kisah mama dengan ibu, macam sama. Family ibu juga membuang ibu kerana ibu peluk Islam. Ibu berketurunan Serani. Family arwah ayahpun sama. Sebab tu ibu bawa diri kesini. Ibu dan ayah orang Melaka. Tapi, alhamdulillah. Masa kita kahwin Sara tak sangka mereka datang. Peluk kami adik beradik. Sara rasa terubat sedikit rindu pada ayah. Dan Sara bersyukur kerana dengan perkahwinan kita ini, Sara dapat menjernihkan kembali hubungan mama dengan orang tuanya.” Sara kembali mengenai kisah orang tua mereka.

“Patutlah muka Sara macam kacukan. Tak sangka pula abang. Lepas tu apa terjadi?” soal Haikal.

“Ibu kata jangan simpan dendam terlalu lama. Yang berlalu biarkanlah. Kita saling memaafkanlah. Cuma adik-beradik arwah ayah aje yang masih tak mahu menerima. Ibu kata yang penting sebelum dia pejamkan mata, dia dapat berbaik dengan ibu mentuanya. Itu dah cukup,” ujar Sara sayu.

“Nampaknya mereka semua lalui pengalaman yang pahit,” Komen Haikal.

“Itu sebab mereka tak mahu kita laluinya. Mereka takut sejarah mereka akan berulang pada kita pulak. Kitapun akan hadapi macam tu juga. Jadi, untuk mengelakkannya berlaku, perkahwinan kita, mereka yang aturkan,” balas Sara lemah. Dia berharap tekaannya betul . Jika dihitung kembali cerita mereka berdua, dia amat pasti tekaannya betul.

“Sara tak ada boyfriend sebelum ni? Takkan orang cantik macam ni tak ada yang berkenan,” soal Haikal tiba-tiba membangkit topik yang paling ditakuti olehnya selama ini.

“Cantik ke? Kalau cantik takkan abang tak dapat terima Sara sampai hari ni,” perli Sara selamba. Haikal terkedu.

“Don’t get me wrong. Just joking. Tak payahlah abang nak buat muka macam tu. Nanti dah tak handsome.” Haikal tertawa mendengar gurauan isterinya.

“Kita tanya dia, dia nak kenakan orang pulak. Sara sememangnya cantik. Itu sebabnya abang tanya. Dulu takkan tak ada yang sangkut dengan Sara kot?”

“Kalau Sara kata ada dan dia tunggu Sara sampai hari ni, apa yang abang nak buat?” duga Sara.

“Kalau Sara boleh bahagia dengan dia, abang akan lepaskan Sara,” jawab Haikal walaupun hatinya menolak. Masakan dia sanggup berpisah tatkala cinta dihatinya sedang mekar.

“Sanggup ke?”

“Abang nak lihat Sara bahagia. Abang tahu, Sara menderita hidup bersama dengan abang. Abang banyak berdosa dengan Sara. Buat Sara macam ni. Siksa Sara dalam diam,” ujar Haikal ikhlas.

“Sara minta maaf bang kalau kata-kata Sara menyinggung perasaan abang. Sara tak bermaksud macam tu. Sara duga abang aje tadi tu.” Sara rasa bersalah.

“Sara tak salah. Memang betul apa yang abang cakapkan tu. Ikhlas dari hati abang. Abang tahu Sara bersama abang kerana orang tua kita.”

“Tapi, Sara bahagia walaupun tak sempurna, bang. Walaupun kita terpaksa hidup begini, Sara senang dengan abang. Abang tak seperti orang lain yang berterusan menghukum orang lain tanpa memberinya peluang. Sekurang-kurangnya kita terus mencuba. Cuma kita tak tahu bila ianya akan berakhir,” luah Sara pula.

“Entahlah. Semakin abang fikir kesudahannya, semakin abang takut,” akui Haikal.

“Biarlah masa yang tentukan. Sekarang kita biarkannya dulu walaupun satu hari nanti kita terpaksa hadapinya. Sara pun tak mahu fikirkan lagi sekarang ni.”

“Tapi Sara tak jawab lagi soalan abang.”

“Ya ALLAH, ingat lagi rupanya dia. Ingatkan dah lupa. Sara mana ada boyfriend. Takut bila bermain dengan persaaan ini. Nanti kita cepat perasan,” jawab Sara sambil tertawa besar. Cepat-cepat dia menutup mulutnya apabila menyedari orang sekeliling memandangnya.

“Abang serius lah.”

“Sara juga serius. Tak ada. Full stop,” bohong Sara tapi cukup tegas jawapan yang diberinya. Untuk apa membongkar segalanya andai itu hanya akan mengungkit kembali kenangan yang cuba dia padamkan. Untuk apa mengingati pada sesuatu yang tidak mungkin akan menemui kepastian. Biarlah dia berbohong agar tiada hati ynag akan terluka lagi.

“Tak percayalah.”

“Tak suruhpun percaya. Terpulanglah. Dulu tak bebas. Ibu guru kaunseling. Ayah guru disiplin. Mana berani nak pasang boyfriend. Nak mati? Kalau dua-dua tu bersyarah, seminggupun tak habis. Takut lah Sara. Jangan cari nahas. Lagipun, Sara ambil course computer sience. Susah nak catch-up. Takut gagal la, bang. Ayah nak salah seorang anak dia jadi engineer. Jadi, kenalah tekun belajar,” helahnya lagi agar pembohongannya nampak nyata.

“Kenapa Sara jadi secretary pula?”

“Sebab masa tu arwah ayah baru meninggal. Sara rasa berat nak tinggalkan ibu sendirian. Jadi, Sara tak kisahlah kerja apapun. Yang penting dekat dengan ibu. Ramai juga yang tertanya-tanya. Tapi Sara ada alasan sendiri. Asalkan halal Sara tak kisah kerja apapun,” Ujar Sara lagi.

“Tak rasa susah?”

“Kalau kita setkan susah, susahlah jadinya. Jadi secretary ini simple aje. Cuma yang perlu jaga penampilan diri and more confident. Sebab dia dibelakang bos dalam satu-satu organisasi. Percakapannya perlu ada keyakinan. Itu yang penting. Yang lain tu boleh belajar.”

“Sara tak menyesal?”

“Buat apa kita menyesal kalau itu pengorbanan yang kita buat. Lebih-lebih lagi itu untuk orang tua kita. Secara tak langsung, Sara dapat pelajari sesuatu yang baru. Macamana nak communicate dengan orang. Itulah kelebihannya,” terang Sara lagi.

“Ye la…. Manalah tahu kalau Sara terkilan tak dapat jadi engineer. Tapi, kalau Sara nak jadi engineer, boleh kerja dengan abang. Maksud abang joint department Joe. Anytime,” pelawa Haikal.

“Tak perlulah. Sekarang Sara dah jadi programmer semula. Terima kasih banyak-banyak. Nanti abang cemburu pulak. Banyak risikonya kerja satu pejabat ni,” tolak Sara beralasan.

“Pandai la Sara. Mana Sara tahu abang ni kuat cemburu?”

“Kalau tak takkan abang kahwin dengan Sara bukannya Sherry. Kalau tak kerana salah faham tu, betul tak?”

Haikal terkedu sekali lagi. Malas dia menjawab lalu menarik tangan Sara menuju kekereta. Hari sudah hampir tengah malam. Sara tertawa melihat telatah suaminya. Dia mengaku Haikal memang seorang yang cemburu. Teringat dia sewaktu mereka membeli belah di Bukit Bintang dua minggu yang lalu. Haikal hampir bergaduh dengan seorang pemuda yang asyik memandangnya. Nasib baik dia cepat menyedarinya. Kalau tidak ada yang berpinar.

No comments:

Post a Comment