Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 52

Sara mengakui kadangkala dia pelik dengan dirinya sendiri. Hatinya sering berbicara sendiri. Memikirkan kesudahan hidupnya, membuatkan dia takut. Gementar dengan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi. Apakah yang akan berlaku nanti? Bagaimana kalau kekasih suaminya datang menuntut kembali kasihnya yang telah dipersiakan? Adakah Haikal akan mencampakkan dirinya terus? Bagaimana kalau hatinya ketika itu telah jatuh cinta dengan suaminya? Dia semakin kalut.

Sara turut mengakui kini hatinya sedikit terisi dengan kehadiran Haikal. Kadangkala dia merindui wajah itu. Semakin dia menolak kenyataan itu, semakin dia merasai kebenarannya. Namun dia pendamkan sahaja. Dia takut sekiranya dia berterus terang hatinya akan luka semula. Dia tidak mahu merasainya lagi. Dia tahu sehingga kini suaminya masih merindui kekasih hatinya. Dia dapat merasainya. Biarkanlah. Selagi dia masih menghormati dirinya, Sara akan terus bertahan selagi kudratnya ada.


Kini Haikal telah kembali kepejabat setelah sembuh dari demamnya. Hatinya semakin girang. Senyuman manisnya sentiasa menghiasi bibir. Ini amat menyenangkan hati Julia. Tak perlulah dia gementar apabila melihat muka keruh bosnya.

“Your bos asyik senyum aje kenapa?” soal Rita pagi itu. “Semenjak dia baik dari demam tu, pelik sangatlah perangai dia. Hairan aku. Dah tu tak ada dengar benda terbang dalam bilik dia lagi.” sambungnya.

“Syukur alhamdulillah..... Tapi, yang itu aku tak tahu. Kau kena tanya sendiri wife dia. Aku cuma secretary dia aje. Aku bersyukur sebab dia dah berubah. Tak adalah jantung aku ni nak luruh selalu. Dan kau tak perlulah buat ulasan ramalan kaji cuaca lagi,” jawapan Julia disambut dengan ketawa besar oleh Rita.

“Apa yang suka sangat ni?” soal Johari yang tiba-tiba muncul dibelakang Rita. Julia menghadiahkan senyuman paling manis buat Johari.

“Tak adalah. Kita orang bercakap tentang kawan baik you dalam bilik tu. Moodnya baik sekarang ni. Pelik sikit,” beritahu Rita tentang apa yangmereka perkatakan sebentar tadi.

“Haikal dah masuk ke Jue?” lembut suara Johari bertanyakan Haikal pada Julia. Julia mengiakannya.

“Kadang-kadang I terfikirlah. You all berdua ni macam ada ‘something’ yang disembunyikan. You all couple ke?” serkap Rita. Dada Julia bagaikan nak pecah kerana terkejut. Dia memandang Johari yang relaks saja.

“Apa yang menyebabkan you boleh beranggapan macam tu?” soal Johari pula.

“Entahlah. Naluri hati I aje yangmerasakannya. Kalau betulpun apa salahnya. You bukannya ambil tunang orang. Girlfriend orang pun bukan,” jawab Rita.

“Kadangkala naluri hati you tu tak betul,” elak Johari dari soalan seterusnya sambil berlalu menuju kebilik Haikal. Ada urusan penting yang ingin dia bincangkan.

“Mood baik nampaknya. Semua orang perasaan. Kau sihat ke tidak?” perli Johari sewaktu melangkah masuk kebilik itu setelah mendengar suara Haikal memberi arahan.

“Biarkanlah. Diaorang pun ada mulut juga,” jawab Haikal tenang. Johari memandang sahabatnya dengan pelik.

“Kau demam lagi ke atau Sara dah silap bagi kau makan ubat?” gurau Johari.

“Kenapa pulak?”

“Tak adalah. Aku peliklah dengan perangai kau kebelakangan ni. Lain benar rasanya. Buang tebiat ke?” Haikal yang sedang menulis menghentikan larian mata penanya. Wajah sahabat yang berada dihadapannya dipandang tajam sambil tersenyum.

Siapa sangka perkenalan mereka sewaktu sama-sama menuntut diUK membawa persahabatan mereka kekal sehingga kehari ini. Walau apa yang berlaku mereka tetap bersama.

“Kau nak tahu apa sebabnya?” soalan Haikal dijawab dengan anggukkan oleh Johari.

“Kalau kau nak tahu aku dah jatuh cintalah. Sekali lagi,” beritahu Haikal berterus terang. Johari terperanjat.

“Kau jangan nak cari pasal, Kal. Masalah kau dengan Sara belum lagi selesai, kau dah main kayu tiga. Setahu aku kau bukannya seorang yang mudah untuk jatuh cinta,” luah Johari tidak puas hati dengan Haikal.

“Hei….. dengarlah dulu apa aku nak cakapkan ni. Janganlah main tuduh-tuduh. Sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan Sara la. Bukannya dengan orang lain. Jangan kau salah anggap pulak. Entahlah, yang pasti wajah dia tu dapat menghilangkan bayangan Sherry. Walaupun kenangan tu tetap ada tapi tak ada lagi wajah Sherry. Dulu aku tak pasti kini benar-benar pasti,” tegas Haikal. Johari menarik nafas lega. Lega dengan penjelasan Haikal.

“Aku nak bina rumahtangga aku sendiri, Joe. Insya ALLAH, aku yakin aku akan dapat tawan hati dia. Aku akan cuba,” azam Haikal lagi. Dia yakin dengan naluri hatinya.

“Syukurlah. Semoga apa yang kau azamkan, akan dapat kau kecapi. Setiap niat yang baik tu, sentiasa mendapat keredhaan ALLAH. Aku sentiasa bersama kau. Bukan kah aku pernah cakap, tak semestinya pilihan mama dan papa kau tu teruk. Dont judge a book by it’s cover. So, macam aku pernah beritahu kau dulu, tawan hatinya. Itu kuncinya,” nasihat Johari. Haikal mengiakan dalam diam. Betul kata sahabatnya. Hati Sara perlu ditawan dulu.

No comments:

Post a Comment