Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah cinta - 49

Kepulangan Haikal dari makan tengahari itu dinanti oleh seseorang. Haikal melangkah malas menuju kebiliknya. Entah mengapa badannya tiba-tiba terasa amat lemah tiba-tiba. Kepalanya semakin memberat.

“Hai, lemah aje. Takkan dah jumpa idaman kalbupun lemah lagi kot. Tak terubat ke rindu dihati?” sakat Johari yang membuntuti Haikal kedalam biliknya. Tanpa dijemput, dia duduk dihadapan Haikal. Ingin tahu cerita selanjutnya.

“Kau ni tak menyempat la. Mengalahkan polis. Bagilah aku bertenang dulu. Rehat dulu ke? Ini kau terus tembak aku. Yang kau sibuk-sibuk sangat ni apasal? Kalau nak tahu kahwin dulu,” marah Haikal. Johari tidak berkecil hati langsung malah ketawa berdekah-dekah.

“Kenapa? Tadi tak tenang ke? Aku bukannya nak jadi penyibuk tapi kau tu. Dapat pegang tangan bini, sampai tak ingat dunia. Itu baru pegang tangan... kalau...........”

“Ha...... mulalah tu nak mengarut. Eloklah kau kahwin dengan Julia. Satu geng. Akupun tak tahu kenapa kau nak jadi engineer. Elok kau jadi wartawan. Dah.... pergi keluar aku nak preparation ni. Ada meeting kejap lagi. Kaupun ikut sama,” arah Haikal. Malas melayan Johari yang asyik tersenyum sinis. Memperli dirinya.

“Lambat lagilah. Kau ni teruk tau. Dah lah tak ucapkan terima kasih pasal aku bagi kau peluang berdua-duaan malah kau halau aku. Paling tidakpun ceritalah sedikit. Takkan itupun kedekut,” pinta Johari sambil membuat muka monyok cuba meraih simpati.

“Ha.... yang tu lagi satu. Mulut kau ni memang mulut tempayan. Kenapalah kau cakap macam tu. Teruk aku kena dengan Sara. Lain kali jangan cakap apa-apa dengan dia. Sara tu selagi tak tahu perkara sebenar dikoreknya sampai dapat. Tahu tak?” marah Haikal lagi. Kegeraman pada kata-kata Johari sebentar tadi dihamburkan.

“Okeylah. Aku minta maaf. Tapi ceritakanlah dekat aku sedikit apa-apa yang menarik,” pinta Johari sekali lagi.

“Tak ada apa yang menarikpun. Cuma balik nanti dia nak balik dengan aku. Itu aje. Kau ni betul-betul penyibuk,” rungut Haikal. Johari tersengih sahaja.

“Kenapa dia nak balik dengan kau. Kereta dia mana?” soal Johari pelik.

“Kenapa? Tak boleh ke dia nak balik dengan aku?” sergah Haikal.

“Tak lah cuma pelik. Selalunya dia drive sendiri.”

“Dia pergi pagi tadi naik teksi. Aku keluar lambat pagi tadi. Dia keluar dulu. Dah dekat apa salahnya balik sekali,” sangkal Haikal.

“Semoga ini permulaan yang baik, Kal. Kalau betul apa yang kau beritahu aku pagi tadi, jagalah hatinya. Tawan hatinya dulu. Itu kunci utama,” nasihat Johari sambil bangun untuk keluar dari bilik itu.
Tepat jam 5.00 petang, Sara sampai sekali lagi kepejabat suaminya. Haikal telah memberitahu Julia mengenai kedatangan Sara sebelum pergi bermesyuarat tadi. Sebelum Julia datang menjemputnya sempat juga bertanya pada Zakiah kalau-kalau suaminya masih marah dengan salah faham tadi. Zakiah hanya menggeleng.

Cantik hiasan dalam bilik suaminya. Warna biru lembut menghiasi dalam kamar yang besar itu. Bersesuaian dengan diri suaminya yang berjiwa lembut dan romantik. Namun disebalik kelembutan itu, Haikal juga seorang yang tegas.


Dibelakang kerusi Haikal terletak kedua gambar mentua yang menjadi kekuatan pada diri suaminya. Sara terkejut melihat gambar perkahwinan mereka terletak indah diatas meja suaminya. Terdapat juga gambar dirinya. Eh! Masa bila pulak dia ambil gambar aku ni. Soal Sara sendiriannya. Masih dia ingat gambar ini diambil ketika dia masih menuntut diuniversiti. Gambar yang menjadi titik mula perkenalannya dengan Azman.

Azman..... seru hatinya. Apa khabar agak dirimu sekarang. Adakah kau bahagia. Semoga kebahagian sentiasa ada bersama dirimu. Doa Sara. Kenangan lama kembali datang menyelinap. Telah lama nama Azman terkubur, tetapi gambar ini mengimbau kembali kenangan itu. Ah................. biarlah yang tinggal hanya kenangan. Desis hatinya. Sara tak mahu terus hanyut dalam kenangan. Dia harus hidup dalam dunia realiti.

Sara duduk diatas kerusi suaminya. Best juga jadi bos ni kan? Dapat kerusipun empuk. Bisik hatinya. Sara tersenyum sendiri dengan kata-katanya.

“Dah teringin nak jadi bos ke?” soal Haikal tiba-tiba. Mati lamunan Sara. Entah bila dia menyelinap masuk. Sara terkejut lantas segera bangun dari kerusi itu. Dia termalu. Haikal menekan lembut bahunya. Sara tidak dapat bangun.

“Duduklah. Kerusi ni memang untuk Sara. Sara boleh duduk bila-bila masa yang Sara suka. Abang lagi suka kalau Sara kerja disini. Tak payahlah abang tunggu Sara balik tiap-tiap malam,” bisik Haikal lembut ditepi telinga Sara. Meremang bulu roma Sara apabila mendengar suara Haikal yang begitu menggoda. Dia cuba mengawal perasaannya.

“Tak mahulah Sara. Nanti abang cemburu. Susah Sara nak buat kerja. Lepas tu abang berat sebelah.” Haikal tertawa mendengar kata-kata Sara.

“Sara nak balik ke? Jomlah.”

“Waktu kerja habis pukul enamkan? Tunggulah sekejap lagi. Kalau nak jadi bos yang baik dan dihormati, kita perlulah tunjukkan contoh yang baik juga. Kalau tidak macamana anak buah nak ikut,” nasihat Sara. Tapi Haikal tak mahu ambil kisah. Kepalanya semakin sakit. Dalam mesyuarat tadipun dia tidak dapat menumpukan perhatian. Tangan Sara ditarik dan mereka melangkah keluar dari bilik itu. Haikal cuma tersenyum mendengar bebelan isterinya.

Haikal memberitahu Julia tentang kepulangannya. Kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua menjadi bualan sebentar didalam pejabat. Mereka kagum dengan pasangan itu. Namun mereka tidak mengetahui semuanya adalah pura-pura.

Kadangkala Julia pelik dengan perkahwinan bosnya. Adakah dia berkahwin kerana terpaksa sebab sebelum berkahwin Julia tahu Haikal mempunyai hubungan dengan Sherry. Sherry kerapkali menelefon kepejabat untuk bercakap dengan Haikal. Hanya dia sahaja yang tahu. Selama dia menjadi setiausaha Haikal, hanya Sherry yang kerap menelefon Haikal. Tidak ada perempuan lain. Tidak juga Sara. Pernah juga sesekali dia terserempak Haikal dan Sherry digedung membeli belah diibukota. Sungguh mesra hubungan mereka. Tapi, dia pelik. Kenapa Haikal berkahwin dengan Sara pula.

Ah..........biarlah. Kadangkala semua yang berlaku diluar jangkaannya. Macam hubungannya dengan Johari. Walaupun benar telahan Haikal tengahari tadi namun dia tetap tidak bersedia untuk menghebahkan hubungan itu. Biarlah dia bajai dulu hubungan yang masih baru itu agar terus mekar. Nasib baik mereka dapat menyembunyikan hubungan itu dari dihidu teman-teman pejabat. Kalaulah mereka tahu, mahu meletup bangunan ini. Julia tersenyum sendirian sebelum meneruskan kerjanya. Masa tamat kerja hampir tiba ketika itu.

No comments:

Post a Comment