Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 47

Haikal menyedari perubahan sikapnya akhir-akhir ini. Banyak kerja-kerjanya yang tertangguh. Seringkali dia termenung dipejabat. Entahlah mengapa sejak akhir-akhir ini wajah Sara kerap muncul didalam ilusinya. Mengganggu lenanya. Mengucar-kacirkan perasaannya. Meresahkan jiwanya. Dia seringkali merindui wajah itu. Adakah aku jatuh cinta sekali lagi? Apa yang dia pasti tiada lagi bayangan Sherry mengganggu fikirannya sekarang. Hilang entah kemana. Perginya bersama angin lalu. Yang tinggal hanyalah kenangan.

“Haikal, can I see you?” soal Johari tiba-tiba. Haikal tersentak. Dia terperanjat. Pecah berderai lamunanya. Dia memandang muka Johari kebingungan. Johari melangkah masuk bilik itu lalu duduk dihadapannya dan memandangnya penuh erti.

“Kenapa kau ni? Pandang aku macam nak makan orang? Ada yang tak kena ke?” soal Haikal menutup rasa kegugupannya.

“Kenapa? Sepatutnya aku yang tanya kau bukannya kau yang tanya aku. Memang banyak yang tak kena. Aku nak tanya kau, report yang aku hantar minggu lepas tu kau dah semak ke belum. Aku nak tahu ‘fed-back’ kau pula tentang suggestion aku tu? Ok ke tak?” soal Johari. Haikal terpinga-pinga. Repot yang mana satu? Haikal menyelongkar fail-fail diatas mejanya. Kelam kabut dia mencari repot yang dimaksudkan.

“Eh! Kau ada hantar report ke minggu lepas? Aku tak nampakpun,” jawab Haikal mengelabah apabila repot yang dicari tidak jumpa.

“Kau ni kenapa? Aku tengok sejak akhir-akhir ni kau lain macam aje. Cuba bagi tahu pada aku apa yang dah jadi? Kau sakit ke?” soal Johari inginkan kepastian. Dia juga menyedari perubahan sikap Haikal cuma malas bertanya. Nanti tak pasal-pasal angin puting beliungnya melanda kembali. Dah lama dia tidak begitu. Seingatnya sebaik sahaja dia berkahwin, barannya kini berkurangan.

Perubahan sikapnya juga turut disedari oleh kakitangan Hisham Holdings. Mereka gembira. Sekurang-kurangnya mereka tidak lagi menjadi mangsa amukan Haikal. Satu perubahan sikap Haikal yang amat ketara. Mungkin juga perkahwinan ini yang merubahnya menjadi seorang yang penyabar.

“Tak ada apa-apa. Letih sikitlah,” jawab Haikal lemah. Masih cuba berselindung.

“Come on lah. Macamlah baru semalam aku kenal kau,” balas Johari. Bosan dengan sikap Haikal.

“Entahlah. Aku tak tahulah kenapa dengan aku sekarang ni. Semua yang aku buat serba tak kena. Kacau bilau. Tak terurus lagi,” luah Haikal. Kepalanya didongak menghala kesyiling. Matanya tajam memandang keatas.

“kenapa? Kau ada masalah dengan Sara ke atau kau bergaduh dnegan dia?” soalan provokasi dari Johari membuatkan Haikal terkejut.

“Nak ada masalah dan bergaduh macamana, kalau nak jumpa seharipun payah sekarang ni. Semenjak dia bertukar kerja ni, dia selalu balik lewat sebab kena handle new project. Aku yang selalu sampai rumah dulu. Aku yang tunggu dia tiap-tiap hari. Nasib baik dia dah siapkan makanan. Aku cuma panaskan aje. Kalau tidak susah juga,” jawab Haikal. Dia amat terharu kerana Sara amat mengambil berat tentang dirinya. Walaupun kepenatan setelah seharian bekerja namun rutinnya sebagai seorang isteri tidak pernah diabaikan. Pernah juga Haikal melarang kerana kasihan tetapi Sara hanya menjawab dengan senyuman manisnya. Hati Haikal terpujuk.

“Habis tu takkan tak jumpa langsung kot. Kalau macam tu kau tidur dimana sampai nak berjumpapunkena tunggu dia balik? Ruang tamu atau bilik lain?” serkap Johari lagi. Tidak menyangka tekaannya akan mengena.

“Bilik masing-masing le,” jawab Haikal selamba. Kemudian baru dia terperasan yang dia sudah terlajak kata. Segera dipandang wajah sahabatnya yang terkejut. Bak kata pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memakan diri’. Johari terkejut dengan jawapan Haikal.

“Apa maksud kau? Aku tak faham. Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam rumahtangga kau, Kal? Kau macam ada problem besar aje.” Soalan dari Johari bertalu-talu. Dia tahu ada sesuatu yang telah terjadi dalam rumahtangga Haikal dan Sara. Jika tidak masakan Haikal akan berperangai seperti itu.

Haikal menarik nafas panjang sambil memandang sahabatnya yang sedia menantikan jawapan darinya. Dia mengambil masa untuk menuturkan kata-kata yang seterusnya. Dia menghela nafasnya perlahan-lahan.

“Semuanya hanya lakonan, Joe. Lakonan kami berdua,” jawab Haikal lemah. Malu untuk dia membuka pekung didadanya tapi dia sudah terlajak kata. Segala kebenarannya perlu diberitahu pada Johari. Dia pasti Johari akan memahami keadaan dirinya. Dan Johari juga akan menyimpan rahsia ini dan menutup kepincangan rumahtangganya. Dia terlalu mempercayai sahabatnya ini.

“Lakonan? Apa maksud kau? Aku tak fahamlah,” soal Johari lagi. Dia tidak sabar untuk mengetahui kisah seterusnya.

“Ya. Lakonan belaka. Pelakonnya aku dengan Sara. Dan penontonnya orang-orang sekeliling kami. Hebatkan drama yang cuba kami arahkan sendiri. Tapi, aku terpaksa Joe. Aku terpaksa buat macam tu. Tapi entahlah............ akhir-akhir ini aku sentiasa merindui Sara,” beritahu Haikal tanpa rasa malu. Satu keluhan tercetus dimulutnya. Johari mendengar dengan teliti tanpa menyampuk.

Haikal menyambung kata-katanya setelah mendapat sedikit kekuatan.

“Aku akui, aku terpaksa menerima Sara. Aku kecewa dengan Sherry bila aku terjumpa dengan dia dengan seorang lelaki lain. Lalu aku terus bersetuju dengan cadangan mama tanpa mendengar penjelasan dari Sherry. Aku buat keputusan terburu-buru. Lepas tu aku ke US dengan kau. Aku tak tahu yang dia cari aku. Aku tahupun setelah aku dah beritahu keputusan pada mama. Takkan aku nak batalkan majlis kahwin tu. Mau pengsan orang tua aku. Masa aku tahu segalanyapun dah terlewat. Itupun daripada Zakuan bukannya dari Sherry sendiri. Rupanya Zakuan ialah sepupu kepada bekas tunang Sherry, Fakhrul,” cerita Haikal tentang kisahnya yang menjadi rahsia besar selama ini. Kisah yang disembunyikan pada Johari.

“Bekas tunang? Sherry pernah bertunang ke?” terkejut Johari dengan kata-kata Haikal. Apa yang sedang berlaku ni? Soalnya sendiri.

“Sebelum ni Sherry pernah bertunang tapi tak sempat kahwin sebab tunangnya meninggal seminggu sebelum hari pernikahan mereka. Turut terkorban dalam kemalangan itu abang Sherry sendiri. Sherry alami trauma yang teruk. Baru-baru ni aje dia okey,” terang Haikal lagi.

“Lagi……… “ ujar Johari tak sabar.

“Walau apapun aku kena teruskan majlis juga. Aku tak boleh berpatah balik lagi. Semuanya dah terlambat. Aku harus rasional. Suka ataupun tidak aku kena kahwin juga. Aku akui aku hampir tewas dengan Sara bila pertama kali aku tengok dia tak pakai tudung. Masa tu dia betul-betul cantik,” Ujar Haikal sambil tersenyum malu. Masih dia terbayang saat itu. Dia tidak akan melupakannya. Johari turut tersenyum.

“Tapi, benda busuk kalau disorokkan pun akan berbau juga. Sara dapat detect ada yang tak kena dengan aku. Kenapa aku asyik melarikan diri dari dia? So, dia tanya aku. Kau tahu apa soalannya?” soal Haikal pada Johari yang asyik mendengar ceritanya.

“Apa dia?” soal Johari semula bagaikan orang bodoh.

“Dia tanya yang aku ni sedang merindui seseorang ke,” jawab Haikal.

“Habis tu apa kau jawab?”

“Aku pun ia kanlah. Takkan aku nak tipu dia pulak. Aku berterus terang dengan dia yang aku tak dapat menerima dia sepenuhnya sekarang ni. Aku ceritakan semuanya kisah aku dengan Sherry. Satupun tak tinggal. Lepas aku cerita tu, dia diam aje,” ujar Haikal.

“Ya ALLAH...... apa yang kau dah buat ni, Kal? Berdosa kau buat macam ni pada dia. Kau persiakan diri dia Kal. Apa dosa dia sampai kau buat dia macam tu? Kenapa dia yang terhukum sedangkan kesalahan tu kau yang buat?” Johari berkata kesal. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali pergolakan yang berlaku dalam rumahtangga sahabatnya. Dia mengeluh beberapa kali.

“Aku tahu aku bersalah pada dia. Tapi aku tak boleh buat apa-apa. Kau ingat tak sebelum raya aku pernah kelam kabut balik kampung dengan papa. Masa tu lah semuanya terbongkar. Sara lari balik kampung. Mungkin dia sedih,” beritahu Haikal.

“Kalau kau, kau sedih tak? Apa perasaan kau kalau kau dapat tahu yang dia ada lelaki lain atau….” Belum sempat Johari menyudahkan pertanyaannya, Haikal memotong percakapannya.

“Dia hak aku. Hanya aku seorang yang berhak keatas dia. Orang lain tak boleh sentuh dia,” tegas kata-kata Haikal.

“Apa hak yang kau ada? Hak kau sebagai suami? Bila kau jalani tugas kau sebagai suami? Jangan cakap soal hak Haikal. Kau tak berhak langsung. Kau tak pegang amanah ALLAH. Kau manusia yang tak tahu nak bersyukur,” marah Johari meluap-luap. Mahu saja muka Haikal ditumbuk kala itu. Geram teramat sangat. Tak tahu apa yang telah merasuk dirinya. Dia beristighfar dan menenamgkan dirinya semula.

“Aku akui aku tak pernah menjalankan tugas sebagai suami dalam erti kata yang sebenarnya. Kami dah berjanji. Tapi, aku sayangkan dia. Betul aku tak tipu kau,” tegas Haikal lagi. Bersungguh-sungguh. Kali ini dia tidak malu lagi untuk meluahkan isi hatinya.

“Sayang? Ini yang kau kata sayang? Janganlah kau nak siksa lagi hati dia. Aku tahu sangat kalau perempuan macam dia tu. Lebih banyak menyimpan dari meluahkan apa yang dia rasa. Kalau kau tak mahu lagi pada dia lepaskanlah. Biar dia jalani hidup dia dengan bebas. Kesian dekat dia, Kal. Berperikemanusiaanlah sikit,” nasihat Johari penuh simpati dengan nasib Sara. Dia tidak tahu dari mana kekuatan yang diperolehi oleh Sara sehingga sebegini kuat menghadapi dugaan yang hebat ini. Dia mengagumi sifat Sara dalam diam.

“Aku tahu. Tapi Joe, aku tak tahu macamana nak beritahu kau sekarang perasaan aku dekat dia. Sukar aku nak gambarkan. Sekarang ni kalau sehari aku tak tengok muka dia, aku jadi tak tentu arah. Serba tak kena aku dibuatnya. Lewat macamana dia balikpun, aku tetap akan tunggu. Kadangkala sampai aku tertidur disofa. Yang pasti bayangan Sherry sekarang ni dah tak ada. Siang malam hanya Sara yang aku rindu. Aku tak tipu kau. Percayalah,” beritahu Haikal bersunguh-sungguh. Johari terkesima. Antara percaya dan tidak. Apakah benar kata-kata Haikal kali ini.

“Apa betul apa yang kau kata ni atau kau nak buat cerita baru lagi?” soal Johari inginkan kepastian.

“Aku takkan tipu kau dalam soal ni, Joe. Aku betul-betul kalah dengan perasaan aku buat kali keduanya. Percayalah. Serba tak kena aku sekarang ni,” tekan Haikal lagi. Mengakui perasaannya.

“Kalau macam tu, baguslah. Tawanlah hati dia kalau itu perasaan kau. Jangan ditagih pada kasih yang tak pasti. Sara dihadapan kau sekarang ni. Hargai diri dia sebelum terlambat. Dia adalah isteri kau yang sah. Tak salah kalau kau menagih kasih darinya. Aku akan tumpang gembira kalau kau dan Sara bahagia,” ujar Johari ikhlas. Dia percaya Haikal benar-benar bersungguh kali ini. Haikal takkan menipu dalam soal hati dan perasaannya. Itulah yang terjadi antara dia dan Sherry dulu.

“Doakanlah aku. Aku ingin rasa bahagia, Joe. Aku takut untuk merana lagi. Aku tahu kenapa mama dan papa mahukan dia sebagai menantu. Sebab dia ada chemistry. Dia ada spirit. Aku yang tak pernah kenal dengan diapun, boleh jatuh cinta inikan pula orang lain. Aku takkan sekali-kali melepaskannya. Takkan sekali-kali,” tegas suara Haikal. Dia seakan berjanji dengan dirinya sendiri.

“Kal, tak semestinya pilihan ibubapa tu akan mengundang yang tak baik. Tak ada ibubapa dalam dunia yang mahu anaknya hidup susah. Kalau boleh biar mereka sahaja yang merasai kesusahan. Kebahagiaan tu terpulang pada kita sendiri,” balas Johari pula.

“Memang betul apa yang kau kata. Macam papa kata juga. Semuanya terpulang pada hati kita. Insya ALLAH aku akan tawan hatinya semula,” azam Haikal. Dalam hatinya dia berdoa supaya ALLAH merestui niatnya dan mendapat petunjuk dariNYA.

“Hmm…… baiklah. Aku keluar dulu. Nanti launch samalah. Aku tak kemana-mana hari ni,” pelawa Johari sebelum melangkah keluar. Haikal tidak menjawab hanya menganggukkan kepalanya. Dia meneruskan menungannya sebaik sahaja Johari melangkah keluar.
“Hei, kau nak launch ke tak ni?” soal Johari melalui interkom. Haikal terkejut. Ya ALLAH, jauhnya ku mengelamun hinggakan tak sedar masa berlalu.

“Tunggu sekejap. Nanti aku keluar.” Haikal bangun dari kerusinya sambil membetulkan segala urat sarafnya. Sepagi ini satu kerjapun dia tak buat. Pintu biliknya dibuka. Kelihatan Johari sedang berbual dengan setiausahanya, Julia.

“Kau orang berdua ni ada apa-apa ke?” Usik Haikal. Merona merah muka Julia tiba-tiba.

“Kalau ada apa-apapun apa salahnya. Aku single, dia single. Lainlah kalau macam kau,” balas Johari tidak mahu kalah. Julia tersenyum mendengar usikan itu.
“Bolehlah Jue. Nak kata dia ni baik sangat tu tidaklah. Tapi, kalau nak dijadikan suami tu, Insya ALLAH, bolehlah. Lagipun bukan senang nak ‘berkawan’ dengan dia ni, memilih sangat,” usik Haikal lagi.

“Siapalah nakkan saya ni, Encik Haikal. Rupa tiada harta pun kurang. Saya ni orang kampung. Adik beradik pun ramai. Dah tu anak sulung pula. Besar tanggungjawabnya. Biarlah saya cari orang yang sepadan dengan saya,” jawab Julia merendah diri. Haikal dan Johari terdiam.

“Semua tu tak jadi hal kalau hati dah sayang,” balas Haikal pula.

“Dengan sayang tapi tak memahamipun tak jadi juga. Saya nak dia terima saya seadanya sebagaimana saya menerima dia. Nak hidup berdua dengan perangai yang berlainan bukannya mudah. Semua faktor kena ambil kira. Saya takut apa yang dijanjikan tak ditepati. Saya akui memang saya tak tahu apa yang akan terjadi esok. Tapi buat masa sekarang saya tak terfikir nak berkahwin lagi. Keluarga lebih memerlukan saya. Saya senang macam ni,” jelas Julia tentang pendiriannya.

“Insya ALLAH. Siapa yang dapat awak beruntung, Jue. Saya dapat rasakannya,” tutur Haikal ikhlas.

“Okeylah. Asyik berbual je. Jomlah kita pergi makan. Perut aku dah berkeroncong ni,” potong Johari pula sambil menunjukkan perutnya yang minta diisi. Dia tidak mahu isu itu terus menjadi hangat. Haikal dan Julia tertawa serentak melihat telatah Johari.

No comments:

Post a Comment