Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah cinta - 46

Pintu bilik diketuk. Kedengaran suara Hasleena diluar memanggil mereka untuk makan malam. Haikal dan Sara beriringan turun menuju keruang tamu. Selesai makan malam mereka berehat diruang tamu. Jarang mereka dapat begini kecuali hari minggu kerana Sara dan Haikal akan makan malam dirumah itu. Datin Halimah tersenyum.“Kenapa mama senyum-senyum ni?” soal Ryll yang memerhatikan Mamanya dari tadi. Pelik dengan sikap mamanya malam ini. Datin Halimah terkejut dengan soalan anaknya.

“Tak ada apa-apa. Cuma Mama terfikir sesuatu. Mama fikir mama nak buat kenduri sikit sebelum sambut puasa ni. Puasa pun lagi dua minggu. Mama rasa nak buat doa kesyukuran sikit,” beritahu Datin Halimah maksud hatinya.

“Papa sokong tu. Kita buat sikit. Bukannya susah sangat. Lagipun kita kena bersedekah sementara ada. Jangan bila dah senang segalanya kita lupa. ALLAH akan balasnya nanti,” nasihat Datuk Hisham pula sambil menyokong cadangan isterinya tadi. Mereka semua bersetuju dengan cadangan Mama mereka.

Sara rasa sedikit terhibur walaupun hatinya masih lagi terluka dengan kejadian tersebut. Dia bersyukur kehadrat ALLAH. Puasa dan raya tahun ini adalah kali pertama disambut bersama suami. Mujurlah Haikal awal-awal lagi telah menyatakan untuk beraya dirumah ibunya. Cuma raya kedua saja baru mereka pulang ke Kuala Lumpur.

Haikal gembira dengan penerimaan ipar dan ibu mentuanya. Seminggu berada disana dia berasa selesa sekali walaupun pada mulanya dia khuatir tidak boleh duduk lama dikampung. Namun setelah melaluinya, dia berasa lapang tanpa hiruk pikuk manusia dan kenderaan.

Hatinya teramat gembira bila pertama kali dalam sejarah hidupnya, tangannya dikucup oleh seorang wanita yang bergelar isteri. Kata-kata maaf diluahkan oleh Sara walaupun dia menyedari sepatutnya dia yang seharusnya meminta maaf. Barulah dia menyedari betapa bahagiannya menjadi seorang suami. Baru kini dia menikmatinya.

Disamping itu juga dia dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah isterinya. Dia berasa gembira hatinya yang kekosongan telah terisi sedikit demi sedikit. Sifat Sara yang manja dan tegas membuatkan bayangan wajah Sherry semakin kelam dilaut fikirannya.

“Abang seronok sangat berada dikampung. Tak sangka raya dikampung macam tu suasananya. Kalau diKL, macam tak raya. Tak meriah macam kat kampung,” ujar Haikal memecah kebisuan antara mereka sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Sara memandang Haikal. “Seronok ke? Sara rasa macam biasa aje. Semenjak arwah ayah tak ada Sara dah tak rasa meriahnya suasana raya. Macam hari-hari biasa juga. Raya tak raya sama aje,” jawab Sara sayu. Menyembunyi perasaannya yang bergelodak.

“Sara...... tak baik Sara buat macam tu. Sara harus redha dengan pemergiannya. Kita yang tinggal ni sepatutnya mendoakan kesejahteraan rohnya. Bukan meratapi. Sara harus ingat dihujung pertemuan setiap yang bernyawa pastinya perpisahan. Redha ataupun tidak itulah kenyataan. Kalau Sara berterusan begini, Sara turut mengheret ibu dalam kesedihan Sara. Bukan itu yang Sara mahu, betul tak? Kalau Sara ingin ibu gembira, Sara harus gembira juga. Bukannya berpura-pura. Orang boleh perasan perubahan diri Sara walaupun Sara berusaha menyembunyikannya,” nasihat Haikal panjang lebar. Kata-katanya itu lahir dari keikhklasan hatinya.

Dia ada berborak dengan mentuanya lalu ibu menceritakan serba sedikit sikap dan sifat Sara. Dia faham dan mengerti perasaan Sara dengan apa yang ditanggungnya selama ini. Rupanya Sara telah lama menderita apabila kehilangan insan yang paling disayanginya. Sokongnya hampir membawa rebah. Dan dia rasa amat tertekan apabila menambahkan lagi derita Sara. Dalam diam dia berjanji tidak akan mengecewakan lagi sekeping hati itu. Akan kucuba merawatinya. Janjinya.

“Abang tak tahu apa yang Sara alami. Terlalu payah untuk diceritakan. Terlalu perit untuk menanggungnya,” ujar Sara lagi.

“Abang faham dan mengerti. Abang akui abang tak mengalaminya. Jadi, boleh Sara izinkan abang merasainya bersama? Maksud abang apa yang Sara tanggung dan Sara deritai selama ini?” soal Haikal. Dia akui kini sejak kebelakangan ini, dia sering merindui wajah isterinya. Dia tidak mengerti. Baru beberapa bulan hidup bersama, dia sering merindui wajah itu. Adakah dia sudah berubah hati? Soalnya.

“Tak payahlah. Cukuplah abang mengerti. Terima kasih kerana cuba memahaminya. Itu sudah cukup besar buat Sara. Sara terharu. Sara tak mahu mengeheret semua orang dalam kesedihan Sara. Bukannya elokpun. Biarlah Sara seorang aje yang merasai dan mengalaminya.” tolak Sara lembut. Sebenarnya Sara kurang mengerti maksud kata-kata Haikal.

Tidak lama kemudian mereka sampai ke Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Johor untuk beraya dikampung suaminya. Menjadi rutin keluarga suaminya untuk pulang kekampung setelah menyambutnya diKuala Lumpur. Walaupun penat Sara tetap gembira berada dikalangan keluarga suaminya. Tidak terasing walaupun sedikit.
Kini hampir enam bulan usia perkahwinan mereka. Alhamdulillah mereka dapat melaluinya walaupun tidak seperti pasangan lain. Namun sejak akhir-akhir ini Haikal kelihatan gelisah. Sara tidak pasti kenapa cuma dia perasaan perubahan perangai suaminya. Tutur katanya kadangkala membuatkan Sara gementar. Begitu juga dengan tingkah lakunya. Tapi, disebabkan Sara terpaksa menguruskan satu projek baru, dia seringkali pulang lewat. Haikal akan menunggunya walaupun hari telah lewat malam. Setelah itu barulah dia akan beredar kebilik tidurnya. Namun Sara tidak ambil peduli dengan semua itu. Dia tidak mahu memikirkan sangat apa-apa kemungkinan yang akan terjadi.

No comments:

Post a Comment