Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 44

Setelah tiga jam perjalanan mereka sampai kerumah ibu mentuanya. Mentuanya menyambut kedatangan mereka dengan muka yang tegang. Kemudian mereka diberitahu Sara sedang tidur. Mungkin dia kepenatan atau sememangnya dia tidak cukup tidur. Haikal berbicara sendiri.

Kemudian mereka menjamu selera sementara menunggu Sara bangun dari tidur untuk mengetahui perkara sebenar. Hati Haikal berdebar kuat. Bila hari menginjak petang Sara masih lagi tidak bangun. Lantas Sarimah mengejutkannya kerana besannya telah lama menunggu.

“Ada apa, bu?” soal Sara malas sambil mengeliat.

“Hish……. janganlah begini........ tak elok. mama dengan papa Sara ada dibawah tu,” beritahu ibunya. Mata Sara yang masih terpejam kini terbuka luas.



“Mama dengan papa ada disini? Buat apa?” soal Sara terkejut. Dia segera bangun dari pembaringannya.

“Haikal pun ada dibawah tu,” ujar ibunya lagi. Selamba aje.

“Buat apa diaorang semua kemari? Ini mesti ibu beritahu mereka Sara ada disini. Teruklah ibu ni,” rungut Sara pada ibunya.

“Macamana ibu tak beritahu pada mama Sara. Pagi tadi Sara menangis bila call ibu. Tak lama lepas tu, Sara dah sampai sini. Bila ibu tanya kenapa Sara cuma kata jangan bimbang. Ibu mana yang tak bimbang kalau tengok anaknya macam tu. Untuk mendapatkan kepastian, ibu call la mama tanyakan apahalnya. Sara dengan Haikal bergaduh ke? Sara tahu tak, Sara keluar rumah tanpa beritahu pada suami berdosa besar. Ibu tak ajar anak ibu jadi derhaka,” nasihat Sarimah. Sara diam sahaja.

“Tapi, Sara dah cakap dengan dia, bu,” bangkang Sara.

“Sara cakap nak pergi kerja bukannya balik sini,” pintas Sarimah menepis kata-kata Sara.

“Pergilah mandi. Diaorang tengah tunggu Sara tu. Tadi ibu nak kejutkan tapi Haikal kata biarkanlah. Mungkin Sara letih tu katanya,” beritahu Sarimah lagi. Betul ke? Soal Sara.

“Hmm….. okeylah. Ibu beritahulah pada diaorang yang Sara akan turun kejap lagi,” ujar Sara sambil melangkah malas kebilik air.

Lima belas minit kemudian Sara turun mendapatkan keluarga mentuanya termasuklah suaminya, Haikal. Semua mata memandang kepadanya. Ibunya telah menyediakan minuman petang untuk mereka. Sara menarik nafas panjang seolah-olah menyiapkan dirinya untuk menjawab segala macam soalan. Dia mendiamkan diri sahaja. Takut untuk bersuara. Dia tahu dia bersalah kerana membuat semua orang susah hati.

“Sara dengan Haikal bergaduh ke?” Soal Datuk Hisham. Sara hanya menggeleng sahaja.

“Habis tu kenapa tiba-tiba balik kesini?” Soal mamanya pula.

“Sara tak boleh balik kesini ke?” soal Sara semula. Sedikit terkilan dengan pertanyaan mamanya.

“Sara jangan salah faham. Sara bukannya tak boleh balik. Bila-bila masa aje Sara boleh balik. Tapi, Sara balik tak beritahu kami pun. Haikal juga tak tahu. Itupun nasib baik ibu call Mama beritahu. Kalau tidak, tak tahulah dimana kami nak cari Sara. Kalau Sara ada masalah dengan Haikal, beritahu pada papa atau mama. Sekarang ni beritahu pada mama apa sebenarnya yang terjadi. Jangan takut pada Haikal. Cakap aje dengan mama,” ujar Datin Halimah memujuk Sara. Dia tahu menantunya tersinggung.

“Maafkan Sara.” ujar Sara kembali menangis. “Sara tak bermaksud nak buat semua orang susah hati kerana Sara. Sara tak sengaja nak buat macam ni. Sara minta maaf,” pintanya lagi.

“Sebenarnya apa yang telah terjadi?” Soal mamanya semula.

“Sara......... Sara ........... sebenarnya Sara ada hal ditempat kerja. Tender tu tak dapat. Jadi kena marah dengan bos. So, Sara bad mood sikit.” bohong Sara bagi menutup segala yang berlaku antara dia dan Haikal. Entah dimana tiba-tiba idea itu muncul difikirannya.

Haikal yang duduk bersebelahannya memandang tepat wajah Sara. Dia tidak menyangka Sara akan berbohong dan menutup kepincangannya. Dia terharu. Kalau tidak pasti masalah baru akan timbul dan menjadi semakin kusut.

“Kalau ada masalah kenapa tak berbincang dengan kami atau Haikal? Kami semua bimbangkan Sara,” ujar papanya pula.

“Sara minta maaf. Sara tak biasa lagi untuk meluahkan apa yang ada pada orang baru Sara kenali,” jawab Sara.

“Sara tak anggap kami ni mama dan papa Sara ke?” soal Datin Halimah pula. Kini dia pula yang tersinggung.

“Mama janganlah cakap macam tu. Sara tak terniatpun nak anggap mama dengan papa macam tu. Cuma Sara tak biasa lagi. Dengan ibu pun Sara jarang beritahu,” jawab Sara. Dia bangun mendapatkan Datin Halimah. Memeluk mentuanya agar dapat dia merasakan penjelasannya tadi tidak menyinggung sesiapa.

“Betul tu Halimah. Sara memang macam tu. Bukan nak menangkan anak sendiri. Akak ni kalau tak dapat detect ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya, sampai bila-bilapun tak tahu apa yang terjadi pada dia. Semuanya dia nak sorokkkan. Alasannya dia tak mahu menyusahkan semua orang,” sokong ibunya pula. Belas terhadap besannya yang sedikit terkilan dengan kata-kata anaknya. Sekurang-kurangnya kata-katanya tadi dapat menjernihkan semula apa yang telah keruh.

“Lain kali kalau ada apa-apa, beritahu aje pada kami. Kalau Kal pukul Sara atau Sara sakit ke, beritahu aje pada mama atau papa. Haikal ni pun bukannya boleh percaya sangat,” perli Datin Halimah sambil memandang anaknya. Haikal geram dengan kata-kata Mamanya tetapi dia diamkan sahaja. Dalam keadaan ini, dia malas untuk menjawab.

“Abang Kal layan Sara dengan baik, Ma. Tak pernah meninggikan suara apatah lagi nak pukul Sara. Mama janganlah risau,” beritahu Sara. Jawapan Sara itu membuatkan Haikal terkejut. Dia tidak menyangka isterinya akan berkata begitu.

“Jadi, sebab tu ajelah ya? Tak ada sebab lain?” Soal mamanya lagi. Sara hanya menganggukkan kepalanya.

“Kalau macam tu, marilah ikut kami balik sekali. Haikal dengan Sara satu kereta,” usul Mamanya lagi. Sara terkejut lantas menoleh kearah Haikal. Seolah-olah meminta pengertian darinya.

“Mama, Papa. Biarlah Sara disini dulu. Tenangkan fikiran dia. Kalau balik bekerjapun, bukannya boleh tumpukan perhatian. Kal rasa elok dia disini dulu. Kal izinkan,” ujar Haikal yang faham maksud renungan isterinya.

Keizinan Haikal disambut gembira oleh Sara didalam hati. Syukur kerana suaminya seolah-olah faham maksud hatinya. Mentua serta suaminya bertolak balik setelah bersolat maghrib. Pada Sara pelbagai pesanan ditinggalkan. Sara juga berjanji akan pulang pada hari minggu ini. Dia tahu dia tidak sepatutya berbuat begitu.

Sara berehat setelah memberi penjelasan kepada ibunya. Laksana pesalah yang sedang disoal siasat didalam mahkamah lagaknya. Berbagai soalan ditanya untuk kepastian. Teruk Sara menyakinkan ibunya.

Sara berbaring didalam biliknya. Dia memikirkan kembali apa yang telah berlaku kepada rumahtangganya. Dia tidak menyangka yang suaminya juga seperti dirinya. Antara kemahuan diri dan kehendak keluarga, masing-masing terpaksa berkorban. Sungguh tinggi nilai pengorbanan itu. Tapi mengapa dia yang harus membayarnya. Sara akui hatinya tertarik dengan perlakuan suaminya. Dia juga mengakui suaminya kacak. Itu tidak dapat dinafikan. Entahlah mengapa, akhir-akhir ini dia sering merindui wajah itu. Sering terbayang dalam mimpi menjadikan tidurnya tidak lena.

Tatkala rindu ini datang bertamu, mengapa hati ini terasa perit. Merintih agar dirinya ada disisiku, membelai diriku yang kini kesepian. Namun, apalah dayaku. Aku seharusnya melawan perasaan ini agar tidak menjadi semakin parah kerana saat ini dirinya sedang merindui insan lain. Insan yang telah lama bertahta dihatinya. Bisik Sara sendiri.

Sara bersyukur sekurang-kurangnya Haikal masih menghormati dirinya sebagai seorang isteri. Haikal juga berterus terang atas apa yang terjadi. Sehingga kehari ini Haikal bersikap baik padanya. Walaupun penerimaannya agak hambar tetapi Haikal masih menghormatinya.

Sara ingin berehat dan menenangkan fikirannya dikampung tetapi segalanya seakan semakin kusut baginya. Antara hati dan perasaannya, yang mana satu harus menjadi pilihannya. Adakah aku perlu berkorban sekali lagi? Pulang kepangkuannya walaupun hati akan semakin terluka. Perasaaan bertambah sengsara? Perlukah? Ya ALLAH!!! Sara bermunajad. Memohon petunjuk dariNYA sekali lagi.

No comments:

Post a Comment