Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 43

Tiga jam kemudian dia sampai dikampungnya. Kepulangannya menambahkan lagi kejutan pada ibunya. Dia diam sahaja apabila ibunya bertanya itu dan ini. Dia malas ingin bersoal jawab. Lantas dia bangun dan masuk kebiliknya. Merebahkan dirinya agar dia dapat bertenang dengan segala yang terjadi. Dia cuba melelapkan mata dan akhirnya dia terlena. Mungkin juga kerana tidak cukup tidur malam tadi menyebabkan dia mudah untuk terlelap.

Sarimah pelik dengan perangai anaknya. Berbagai-bagai soalan ditanya. Namun tiada satupun yang dijawab Sara. Hatinya bertambah gusar. Apa yang terjadi? Soal hatinya. Sara hanya menyuruhnya jangan bimbang. Tapi dengan perlakuannya hari ini, ibu mana yang tak bimbang. Lalu dia memanggil besannya, Datin Halimah. Datin Halimah terkejut dengan cerita yang baru didengarnya. Dia mengucap panjang. Setahunya tiada perbalahan antara anak menantunya. Mereka kelihatan intim sewaktu berkunjung kerumahnya dua hari lepas. Apa pula yang telah terjadi? Soalnya pula.

Datin Halimah menelefon suaminya dipejabat. Kepada suaminya dikhabarkan berita yang baru disampaikan oleh besan mereka. Berkerut dahi Datuk Hisham. Dia menyuruh isterinya jangan bimbang. Khabarkan juga pada besan mereka. Dia sendiri akan bertanya pada Haikal apa yang telah terjadi.

“Karen, call Julia. Ask Haikal to see me now. Ask him to postpone all the meeting. I have very important things to do. And when I and my son have discussion, no phone call for me,” arah Datuk Hisham pada setiausahanya sebaik sahaja dia selesai bercakap dengan isterinya. Datuk Hisham termenung memikirkan rumahtangga anaknya. Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Sara balik kekampung tiba-tiba?

“Masuk!” arah Datuk Hisham apabila pintu biliknya diketuk. Dia tahu Haikal yang datang.

“Assalamualaikum… papa. Apahal yang penting sangat tu sampai Kal kena batalkan semua appointment Kal?” soal Haikal tidak mengerti. Terkejut juga dia apabila Julia memberitahunya arahan papanya sebentar tadi.

“Waalaikumsalam. Duduklah dulu Haikal. Memang papa ada perkara penting yang nak tanya pada Kal,” ujar Datuk Hisham tegas. Haikal yang telah duduk dihadapannya dipandang tajam. Haikal tidak senang duduk.
“Apa halnya, papa?” Soal Haikal lagi.

“Kal, apa yang nak Papa tanya pada Kal ni, Kal jawab dengan jujur. Jangan nak berbohong atau berselindung,” ujar Datuk Hisham menyebabkan Haikal terkesima. Apa yang berlaku ni? Soalnya sendiri.

“Okey.”

“Kal, cuba beritahu pada Papa apa yang terjadi antara Sara dengan Kal?” soal Datuk Hisham. Muka Haikal pucat serta merta. Adakah papa tahu segalanya?

“Apa maksud Papa? Kal tak faham. Antara Sara dengan Kal okey aje. Tak ada apa-apa yang terjadi,” beritahu Kal berhati-hati. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu apa yang terjadi malam tadi terbongkar.

“Kal tahu dimana Sara sekarang?” soal Datuk Hisham lagi. Haikal tertawa mendengar pertanyaan papanya.

“La… tentulah dioffice. Pagi tadi Kal nampak dia pergi kerja. Kal dengan dia bersarapan sama-sama. Papa ni kelakarlah,” jawab Haikal. Datuk Hisham merengus geram.

“Office? Kalau office takkan ibu kamu call Mama beritahu Sara ada dikampung?” sergah Datuk Hisham geram melihat telatah anaknya.

“What? Dikampung? Tak mungkin. Dia sendiri yang minta izin nak pergi kerja pagi tadi. Dan dia juga juga yang cium tangan Kal macam yang selalu dia buat. Tak pulak dia kata nak bali kekampung. Papa jangan nak buat cerita,” jawab Haikal lagi. Sebetulnya dia juga terkejut dengan cerita papanya. Takkan disebabkan hal malam tadi, Sara terus membawa diri?

“Mama call papa baru sekejap tadi. Mama kata ibu kamu call katakan Sara ada dirumah dikampung. Bila ditanya kenapa, dia tak jawab apa pun. Yang dia kata jangan bimbang. Tapi kalau dah balik dengan muka sembab semacam ibu mana yang tak bimbang. Ibu kamu beritahu lagi sebelum Sara sampai kekampung dia pernah telefon. Menangis-nangis. Pelik juga. Kamu bergaduh ke?” soal Datuk Hisham. Haikal bertambah terperanjat dan dia panik.

“Tak papa. Percayalah,” ujar Haikal bersungguh-sungguh.

“Kalau kamu berdua bergaduhpun Haikal, sebagai suami tak mengapa kalau kamu yang mengalah. Tak jatuh ego Kal sebagai lelaki dan suami. Sara tu terlalu sensitif orangnya. Mungkin disebabkan dia anak perempuan tunggal menyebabkan dia manja sedikit. Kal kena tahu tu. Kal pun janganlah ikutkan sangat panas baran Kal tu. Sesekali mengalah apa salahnya,” pujuk Datuk Hisham lagi yang tidak mengetahui situasi sebenar antara mereka.

“Betul pa. Kal dengan dia tak bergaduh. Sepanjang kami kahwin, tak pernah sekalipun Kal meninggikan suara,” beritahu Haikal lagi. Dia mahu papanya percaya dengan setiap patah katanya.

“Papa tak kisahlah Kal. Papa nak sekarang kita balik kekampung dan jemput Sara balik semula kesini. Mama kamu dah bising. Baru dua bulan kahwin dah jadi macam ni. Kal bukannya tak tahu perangai Mama tu. Dah jom ikut papa sekarang,” perintah Datuk Hisham. Haikal tiada pilihan. Dia membuntuti papanya. Fikirannya bercelaru.

Didalam kereta puas dia dileteri Mamanya. Tidak tahu lagi macamana hendak membuatkan mama dan papanya mempercayai kata-katanya. Akhirnya dia mengambil keputusan mendiamkan diri. Biarlah Mamanya sahaja yang berleter. Malas dia mahu melayan leteran Mamanya. Lagi dilayan semakin menjadi-jadi.

No comments:

Post a Comment