Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 42

Didalam bilik Sara melepaskan segala kedukaannya. Dia menangis sepuas-puas hati. Hanya itu yang tinggal untuk dia lakukan. Ya ALLAH mengapakah sebegini hebat ujian yang ENGKAU berikan kepada diriku. Ternyata aku silap perhitungan. Aku salah menghitung hari. Aku sangkakan segala yang telah aku deritai akan berakhir rupanya masih ada lagi yang perlu aku tempuhi. Malah lebih pahit dari dulu. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya. Aku semakin lemah. Aku semakin kalah. Rintih Sara.

Sara terduduk dibirai katil. Merenung kembali kata-kata suaminya. Kenapalah semua ini boleh berlaku padaku? Adakah ini nasib diriku ataupun kehendak takdir? Seandainya sudah takdir diriku, betapa berat permainannya kali ini. Terlalu payah untuk aku lalui. Bisik Sara lagi. Pada siapa hendak kucurahkan apa yang ada dihatiku ini? Pada siapa? Pada ibu? Pada mama atau papa? Pada adik-adik? YA ALLAH, susahnya. Sara terus merintih dan merintih.

Sara menangis dan terus menangis tanpa henti. Haikal pula masih lagi termangu disofa. Dia rasa amat bersalah pada Sara. Apa salah isterinya sehingga dia terjebak dalam perkahwinan ini? Terhukum bersama kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Tapi, aku tak dapat menerima dia sepenuh hati. Aku masih lagi menanti kehadiran Sherry. Hanya Sherry dihati ini. Adakah aku terlalu mementingkan diri? Soal Haikal.

Dia ingin mengetuk pintu bilik Sara tetapi terbantut apabila dia terdengar esak tangis Sara. Hatinya diruntun pilu. Maafkan abang Sara. Maafkan abang. Abang terpaksa. Abang tak terniat nak lukakan hati Sara tapi abang tak dapat membohongi diri abang sendiri. Abang juga tidak mahu terus menipu diri Sara. Bisiknya perlahan. Dia masih berdiri diluar bilik Sara.

Tidak lama kemudian dia masuk kedalam biliknya. Didalam bilik Haikal merebahkan dirinya diatas katil. Matanya terkebil-kebil memandang syiling kerana tidak mahu terlelap. Dia masih lagi diselubungi rasa bersalah. Puas dia berpusing kesana kemari namun matanya masih tidak mahu tertutup.
Pagi itu Sara masih sugul dengan peristiwa semalam. Dia amat berharap agar tidak bertemu dengan Haikal. Dia perlukan ketenangan sekarang ini. Dia tidak mahu berbicara langsung tentang apa yang telah berlaku. Dia hanya mampu berserah pada ALLAH. Dia sudah tiada kekuatan untuk menghadapinya lagi.

Setiap langkah Sara begitu cepat pagi itu. Walau apa yang telah terjadi, Sara masih lagi seorang isteri. Tugasnya untuk menjaga kebajikan dan maruah suaminya masih lagi menjadi tanggungjawabnya. Seperti biasa dia akan menyiapkan sarapan pagi kerana Haikal tidak akan bersarapan diluar. Itu yang diberitahu oleh mamanya. Namun disebalik apa yang telah terjadi, dia bersyukur, suaminya tidak pernah bersungut dengan layanannya.



Tiba-tiba pintu bilik Haikal terkuak dari dalam. Sara menoleh. Terkejut dia apabila melihat suaminya belum pergi kerja. Selalunya Haikal akan pergi lebih awal darinya jika terjadi sesuatu atau dia ingin mengelak diri darinya. Sarapan hanya dijamah pada waktu tengahari memandangkan rumah mereka terletak tidak jauh dari pejabat Haikal. Tanpa dipelawa Haikal mengambil tempat dimeja makan. Sara juga begitu. Tidak seperti kebiasaannya, pagi itu mereka ditemani kebisuan. Mereka berdua telah kehilangan kata-kata.

“Sara, abang minta maaf. Betul-betul minta maaf,” ujar Haikal memecah kebisuan antara mereka. Dia tahu dia bersalah. Tapi kebisuan Sara membuatkan dirinya berasa lebih rasa bersalah.

Belum sempat Haikal meneruskan kata-katanya, Sara memotong. “Sara harap abang jangan bangkitkan lagi apa yang telah berlaku. Sara perlukan ketenangan untuk menghadapi semua ini. Sara perlukan kekuatan. Sara perlukan masa,” potong Sara pula. Dia tidak mahu Haikal terus membicarakan perkara ini. Dia tiada hati untuk mengetahui apa-apa lagi kisah suaminya. Hatinya sedang rawan.

“Sara tetap akan jadi isteri abang. Sara boleh minta apa saja dari abang. Itu hak Sara,” balas Haikal.

“Sara bukannya mata duitan. Bukan sebab harta dan wang ringgit abang Sara mengahwini abang. Sara tak mahu semua tu. Tapi, hanya secebis kasih sayang. Tapi, itu juga Sara tak akan menerimanya dari abang. Sara tak pinta abang tatang dan belai Sara. Cuma Sara minta abang hormati diri Sara. Kalau tidak sebagai isteri, sebagai manusiapun tak apa. Sara juga ada hati dengan perasaan,” ujarnya tersekat-sekat. Oh airmata, janganlah engkau mengalir lagi. Cukuplah. Bisik hati Sara.

“Abang tak berani nak berjanji. Tapi, abang akan pastikan hidup Sara sempurna dan tak merasai sedikitpun kekurangannya. Cuma abang perlukan masa untuk menerima kehadiran Sara dan melupakan dirinya. Abang perlukan pengertian dari Sara,” mohon Haikal pula. Mata Sara direnung agar apa yang dipintanya telus kedalam hati Sara. Sara memandang suaminya. Hmm....... mudahnya dia menuturkan kata. Tak tahukah betapa dalamnya luka hatiku. Kau menyiksa diriku tanpa kau sedari. Bisik hati Sara.

“Sara tak minta abang menerima Sara. Cukuplah kalau abang dapat menghormati diri Sara. Sara tak minta banyak cuma itu saja. Dan izinkan Sara terus bekerja. Sara perlukan kesibukan. Abang jangan bimbang, Sara akan menjaga maruah abang sebagai suami kalau itu yang abang khuatirkan. Sara orang Islam yang memegang hukum ALLAH,” pinta Sara lagi. Haikal terkesima dengan permintaan isterinya tetapi dia memahami keadaan Sara. Mungkin benar katanya.

“Baiklah. Abang izinkan cuma abang berharap agar rumahtangga ini tidak terabai,” ujar Haikal beralasan.

“Insya ALLAH. Abang jangan bimbang tentang itu. Selama kita hidup bersama Sara dah lakukan yang terbaik untuk abang. Baiklah, dihadapan orang tua kita, kita tetap pasangan yang paling bahagia. Kita tetap pelakon yang hebat, bang kalau itu yang abang mahukan. Sara akan memainkan watak Sara,” perli Sara sambil bangun.

Haikal terdiam. Rasa tersindir dengan kata-kata isterinya. Seperti hari-hari sebelumnya, sebelum keluar tangan suaminya mesti dikucup. Itu sudah menjadi satu kemestian baginya. Walau apapun yang terjadi, Haikal tetap suaminya. Seperti pesanan ibu, suami harus ditaati.

Haikal cuma memandang isterinya yang berlalu melepasi pintu rumah. Dia masih lagi termangu dimeja makan. Hatinya tidak senang dengan segala kejadian yang berlaku. Dia buntu mencari penyelesaiannya.

Ketika memandu, airmata yang cuba ditahan mengalir laju. Sara menangis tersedu-sedu. Hatinya merintih. Apakah dosaku sehingga aku terhukum begini? Dimanakah kesilapanku? Apakah tiada ruang bahagia untuk aku lagi? Itulah persoalan yang bermain-main dibenak fikirannya sejak malam tadi. Dia pilu apabila mengenang semua ini. Dia memberhentikan keretanya dipinggir jalan. Tidak sanggup lagi untuk dia mneruskan perjalanannya. Tangannya segera mencapai telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum.......... ibu?” ucap Sara menahan sendu. Sarimah yang berada dihujung talian terkejut menerima panggilan telefon dari anaknya apatah lagi diawal pagi begini.

“Sara? Kenapa ni Sara?” soalnya penuh kegusaran. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang telah terjadi pada Sara. Hatinya berdebar.

“Sara rindu pada ibu.” Hanya itu yang termampu diluahkan saat ini. Airmata nya berjuraian jatuh. Didalam telefon dia melepaskan tangisan.

“Kenapa ni? Sara sakit ke?” soal Sarimah lagi. Hatinya semakin bimbang. Tangisan Sara yang tiada kesudahan itu menambahkan lagi kebimbangannya.

“Sara...... “ Sara tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia perlu memikirkan kembali segalanya. Perlukah dia meluahkan segalanya pada ibu? Perlukah ibu mengetahui apa yang sedang terjadi dalam rumahtangganya? Dia terkeliru antara kemahuan hatinya dan kehendak fikirannya.

“Takkan rindukan ibu, Sara menangis sampai macam ni sekali? Cuba cakap terus terang apa sebenarnya yang dah jadi ni? Sara bergaduh dengan Haikal ke?” pujuk Sarimah lagi.

Ya Bu. Andainya Sara berterus terang semua ini takkan terjadi, bu. Takkan terjadi begini. Sara takkan terluka untuk kedua kalinya. Sara takkan merasa kepedihannya lagi. Sara takkan berkahwin dengan orang yang sudah ada kekasih dan merinduinya hingga saat ini. Hati Sara sakit, bu. Sakit sangat. Jerit hati Sara. Tidak mampu dia mengungkapkan kata-kata itu.

“Sara, kenapa diam aje. Cuba bagi tahu ibu apa sebenarnya yang terjadi?” pujuk Sarimah lagi.

“Betul bu. Sara cuma rindukan ibu aje. Antara Sara dengan abang Haikal okey. Tak ada apa-apa yang berlaku. Ibu janganlah bimbang,” bohong Sara menutup kebimbangan ibunya.

“Betul ni?”

“Betul. Okeylah, bu. Sara nak drive semula. Assalamualaikum.” Sara terus mematikan line. Malas untuk dia menjawab pertanyaan ibunya. Dia juga separuh sedar bila masanya dia mendail kekampung.

Segalanya serba tak kena dengannya hari ini. Sara berteleku sebentar didalam kereta. Tidak tahu kemana ingin ditujuinya. Dia malas ingin ke pejabat dalam keadaan dirinya begitu. Akhirnya dia membuat keputusan. Dia memandu ke jalan Duta. Dia ingin balik kekampung untuk menenangkan fikirannya. Dia ingin lari sebentar dari suaminya walaupun masalah itu akan terus mengekorinya.

No comments:

Post a Comment