Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 40

“Ya ALLAH, dah pukul 7.00 pagi! Macamana ni? Alahai malunya.” Teringat pesan ibunya sebelum kakinya melangkah kerumah mentua. Mesti bangun awal. Tapi, aku dah terlajak awal. Gerutunya. Sara bergegas bangun dan segera kebilik air. Tiba-tiba pandangannya gelap. Dup!!!

Diruang makan, Datin Halimah pelik melihat Haikal seorang sahaja. “Mana Sara, Kal? Kau tak kejutkan dia ke?” soal Mamanya. Haikal memandang Mamanya sambil tangannya terus menyuap mee-hoon goreng sarapan pagi itu.

“Dia tidur lagi, Mama. Kesian pulak nak kejutkan dia. Malam tadi letih sangat. Balik aje terus tertidur,” beritahu Haikal.

“Kau pula tidur dimana?” soal Mamanya lagi. Apabila dia bangun pagi tadi, dia terpandang Haikal tertidur disofa ruang tamu mereka. Terkejut Datuk Hisham dengan pertanyaan isterinya. Hasheema dan Hasnida yang pulang bersama suami untuk menghadiri majlis bersejarah abang sulung mereka juga turut terkejut. Semua mata memandang Haikal.

“Kal tertidur diruang tamu. Malam tadi Kal berborak dengan Ryll sampai tak tersedar bila Kal tertidur. Ingatkan Ryll akan kejutkan rupanya dia pun tertidur sama disana. Mama tak perasaan ke Ryll pun ada?” balas Haikal membela dirinya. Datin Halimah terdiam. Memang diakui Hasryll juga tertidur disitu. Apabila dia tersedar, anaknya itu bangun menuju kebilik awal subuh tadi.

“Hmm......... pergilah kejutkan Sara. Kita sarapan sama-sama. Kau tu macam tak ada isteri aje. Boleh makan sorang-sorang disini,” tegur Mamanya. Haikal merengus geram.

“Takkan nak berjemput macam tuan puteri pulak. Dia tak ada kaki ke nak berjalan sendiri?” ngomel Haikal perlahan.

“Abang pun satu. Kak Sara tu manalah biasa lagi dengan keluarga kita. Pergilah jemput dia. Nida dulupun macam tu kan, honey?” soal Hasnida pada suaminya, Adam. Adam hanya mengiakan kata-kata isterinya sambil tersenyum.

“That normal. First experiance,” komen Adam.

Haikal melangkah malas menuju kebiliknya. Malas dia bertengkar dengan Mama dan adik-adiknya. Itu belum dicampur dengan Hasleena, simulut murai. Mahu tercekik dia nanti. Mahu tak mahu dia melangkah juga. Tiba-tiba terdengar jeritan Haikal memanggil Mamanya.

Mereka yang berada diruang makan bergegas menuju kebilik Haikal. Hasleena yang baru keluar dari biliknya juga terkejut dengan jeritan abangnya. Dia segera masuk kedalam bilik itu. Dia terkejut melihat abangnya sedang mendukung kakak iparnya. Segera dia membetulkan cadar katil dan memberi ruang untuk Haikal meletakkan isterinya.

Seisi keluarga gempar apabila mendapati Sara jatuh pengsan. Sara masih tidak sedarkan diri. Hasheema segera menghubungi doktor Othman yang merupakan doktor peribadi keluarga mereka. Tidak sampai sepuluh minit doktor Othman sampai kerumah mereka dan memeriksa Sara. Mujur juga rumah doktor Othman yang berdekatan dan memudahkannya sampai dengan cepat.

Tidak lama kemudian Sara membuka matanya. Dia terkejut bila mendapati semua orang berada didalam biliknya. Dia memandang muka keluarga mentuanya satu per satu. Apa dah jadi ni? Soalnya sendirian. Dia masih terkapai-kapai. Sara cuba bangun tetapi dihalang oleh Mamanya.

“Kenapa ni? Apa dah jadi?” soal Sara sambil memandang Mamanya.

“Sara pengsan tadi. Mujur Haikal jumpa. Sara jatuh dalam bilik air. Mama dah panggilkan doktor Othman. Sara tak ada apa-apa cuma kepenatan. Sara berehatlah dulu. Nanti Mama bawakan sarapan,” beritahu Mamanya.

Dia terkejut. Dia cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku.

“Tak apalah, Mama. Sikit aje. Sara dah okey ni. Tak payahlah susah-susah,” tolak Sara. Dia merasa amat malu dengan kejadian yang tak diduganya.

“Tak apa. Biar Mama atau Mak cik Ainon yang bawakan sarapan untuk you. You jangan bangun dari katil ni. Kalau nak apa-apa, just let me know. Nanti jatuh lagi susah. Nasib baik tak jadi apa-apa.” Haikal bersuara tegas. Sara terkesima mendengar suara suaminya. Dia terdiam. Mengangguk tidak juga menggeleng. Hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong.

Datin Halimah memandang Haikal dengan pandangan yang tajam. Amat kesal dengan kata-kata anaknya itu. Dia tahu Haikal juga bimbang apabila melihat anaknya tadi tidak tentu arah, tapi bukan cara itu untuk memberi nasihat.

“Tak susah Sara. Sara berehat aje. Bimbang Mama kalau Sara terjatuh lagi.” pujuk Datin Halimah pada menantunya apabila melihat Sara berterusan diam membisu.

“Okey........, I’m sorry. I bukannya apa. Bimbang kalau you jatuh lagi. Just let me know, okey.” Haikal mengalah apabila melihat ada airmata yang gugur. Hilang barannya. Sikapnya berubah tiba-tiba. Hatinya segera sejuk apabila melihat airmata itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dengan mudah sahaja dia mengalah. Sebelum ini tidak begitupun.

Sara masih lagi mendiamkan diri. Kemudian dia merebahkan diri tanpa bersuara sepatahpun. Hatinya masih lagi terkilan dengan kata-kata suaminya. Bukan dia minta semua ini terjadi. Dia memejamkan matanya. Tidak mahu diganggu oleh sesiapapun.

“Sudahlah tu. Biarkan Sara berehat dulu. Mungkin dia terlalu letih. Biarkan dia tidur semula,” ujar Datuk Hisham setelah lama mendiamkan diri. Mungkin kesan dari suntikan tadi, akhirnya Sara terlena hingga hari menginjak tengahari. Jam telah menunjukkan pukul 1.30 petang. Sara rasa lega sedikit setelah lena yang panjang.

Setelah membersihkan dirinya dia mendirikan solat zohor. Dia mengagak mungkin suaminya telahpun bersolat. Kemudian dia melangkah keluar bilik. Terasa janggal kakinya melangkah dirumah itu. Malu juga dengan kejadian pagi tadi yang tak terduga.

“Dah bangun Sara?” tegur Datuk Hisham pada menantunya. Sara menoleh. Ternampak keluarga mentuanya sedang berkumpul diruang tamu rumah itu. Sara melangkah kakinya kesana dan melabuhkan dirinya bersebelahan Hasleena dan bertentangan dengan Haikal. Suaminya hanya memandangnya sahaja.

“How do you feel?” soal Datuk Hisham lagi.

“Fine.” Pendek jawapan Sara. Tak tahu apa yang sepatutnya dibualkan. Terasa dirinya serba tak kena. Mungkin kerana dia adalah ahli baru.

“Sara, ibu nak bercakap,” beritahu Mamanya tiba-tiba sambil menghulurkan cordlessphone kepadanya. Memang dari tadi Mamanya bercakap dengan seseorang tapi dia tidak menyangka Mamanya bercakap dengan ibunya.
“Ibu?” soal Sara sebelum menjawab. Mamanya hanya menganggukkan kepalanya. Kini semua mata tertumpu padanya.

“Assalamualaikum...............” ucap Sara. Seperti kebiasaanya, ibunya akan menangis.

“Kenapa ni bu? Ibu tak sihat ke?” soal Sara. Sara panik sebentar.

“Kenapa Sara jatuh pengsan? Kenapa? Sara tak sihat ke?” bertalu-talu soalan yang terkeluar dari mulut ibunya. Sara menarik nafas panjang sebelum melepaskannya dengan satu keluhan.

“Nothing bu. I’m fine.” Itulah jawapannya. Dihujung talian Sara masih lagi mendengar kata-kata ibunya berselang seli dengan tangisan.

“Trust me. Sara tak bohong. Sara sendiri tak tahu macamana boleh jadi macam tu. Bangun pagi tadi terus gelap. Sara cuma sakit kepala. Ubat dah habis. Nanti Sara pergi beli difarmasi. Don’t worry,” pujuk Sara. Memujuk ibunya yang sedang menangis dihujung talian bukanlah perkara mudah. Ibunya terlalu banyak andaian yang akan dibuat.

“Ibu kan tahu I have migrain. So, jangan bimbang. Sara tahu jaga diri, bu. Kalau ibu terus menangis macam ni, Sara lagi bimbang. Ramai dekat sini. Kalau ada apa-apa Sara akan bagi tahu mereka. Ibu janganlah macam ni,” pujuk Sara lagi.

“Okey, kalau ibu tak mahu berhenti menangis, Sara balik sekarang juga. Atau Sara call Mak lang, suruh datang. Mahu?” ugut Sara. Dia bosan. Kepalanya kembali berdenyut. Sara tidak menyedari suaranya sedikit tinggi. Seisi keluarga mentuanya terkejut dan memandangnya.

“Maaf bu. Sara minta maaf. Sara tak bermaksud macam tu. Tapi, bila ibu asyik menangis aje, Sara juga runsing. Sara tak tahu nak jadi macam ni.” Perlahan semula suaranya. Ibunya tidak pernah menganggap anak-anaknya kini telah dewasa. Mungkin juga naluri keibuan sudah begitu. Kedengaran suara ibunya berkata sesuatu dihujung sana.

“Okey, Sara janji. Sara juga akan pastikan ubat Sara ada. Ibu jangan risau. Mama ada. Abang Haikal juga ada. Okey, nanti Sara call Encik Fuad. Tanya apa yang dia mahu. Mungkin pasal kontrak tu. Ibu jangan bimbang. I will take care myself. Ibu juga kena jaga diri. Kalau tak sihat beritahu Sham. Sara dah tinggalkan pesan dekat dia. I love you so much,” pesan Sara mengakhiri perbualan dengan ibunya. Kadangkala pening juga kepalanya dengan karenah ibunya. Tetapi dia mengakui hingga kesaat ini, hanya ibunyalah yang memahami dirinya. Hanya ibunyalah tempat dia mengadu. Dia termenung sebentar dan akhirnya mengeluh.

“Sara okey ke?” Soalan Mamanya apabila mendengar keluhan Sara.

“Okey. Mungkin ibu terlalu risau. Itu sebab Sara tak mahu call dan beritahu dia. Mama tengoklah cara dia. She still thinking I’m her baby,” beritahu Sara perlahan.

“Kalau Mama sendiripun macam tu juga. Lagipun ibu Sara cuma ada anak perempuan seorang. Dah tentulah macam tu penerimaan dia. Mama sengaja call dan beritahu dia. Terkejut kami Sara tiba-tiba pengsan,” ujar Mamanya pula.

“Maafkan Sara. Sara memang ada migrain. Tak sangka pula ubat yang biasa Sara makan dah habis. Tak perasaan. Bangun pagi kepala tadi rasa sakit semacam,” beritahu Sara.

“Tak apalah. Lain kali beritahu kami kalau sakit. Kalau malu beritahu pada Haikal aje,” ujar Datuk Hisham pula. Sara memandang suaminya yang diam dari tadi. Haikal hanya menjadi pemerhati. Sara jadi serba tak kena.

“Kenapa Sara perlu call Encik Fuad?” soal Papanya. Sara baru teringat. Kalau bapa mentuanya tidak mengingatkannya tadi sudah tentu dia terlupa.

“Mengenai kontrak yang Sara uruskan Papa. Dia minta Sara tolong dia hingga kontrak tu ditandatangani,” beritahu Sara.

“Bukankah you dah berhenti kerja?” Soalan pertama yang terkeluar dari mulut Haikal. Dahinya dikerutkan. Setahunya Mama ada memberitahu yang Sara sudah berhenti kerja setelah mereka berkahwin kerana itu juga kehendak Haikal.

“Memang Sara dah berhenti kerja. Tapi, pihak syarikat minta Sara uruskan projek ni sampai habis sebab Sara yang kendalikan dari awal. So, kalau Sara bantu kerjanya lebih mudah. Jadi, Sara nak berbincang. Boleh atau tidak? Lepas habis sain kontrak secara rasminya Sara berhenti dan tak ada apa-apa dengan mereka lagi,” pinta Sara. Haikal mendengus tanda tidak puas hati.

“Betul ni? I tak mahu you mungkir janji pulak, I don’t like it.” Tegas Haikal. Sara menganggukkan kepalanya.

“Okeylah, tapi berapa lama?” soalnya lagi.

“Dua tiga bulan.” Haikal menganggukkan kepalanya memberi keizinan walaupun keberatan.

“Dimana? Dikampung?” soal Haikal semula inginkan kepastian.

“Tak perlu. Kami ada cawangan disini,” beritahu Sara. Dia bersyukur kerana Haikal memberinya keizinan. Mudah kerjanya nanti.

“Kal, bila nak masuk rumah tu? Mama dengan Leen dah kemaskan,” soal Mamanya tiba-tiba.

Pindah rumah? Bisik Sara. Dia terkejut kerana selama ini dia tidak mengetahui tentang rancangan ini. Ibunya kata dia akan tinggal dengan mentuanya.

“Kenapa Sara?” soal Papanya apabila meihat reaksi menantunya yang seolah-olah terkejut.

“Pindah? Kenapa nak pindah?” soal Sara macam orang bodoh.

“Kal kata nak bina rumahtangga dia sendiri. So, mama dengan papa hadiahkan kondo pada korang berdua. Anytime boleh masuk. Mama dah kemaskan,” beritahu Papanya menjawab persoalan menantunya.

“Bukan tinggal disini ke?” soal Sara lagi. Datin Halimah tersenyum.

“Kenapa? Sara nak tinggal dengan Mama?” soalnya semula.

“Tak adalah. Sara mengikut aje,” jawab Sara akhgirnya menutup kegusaran dihatinya. Macamanalah nanti kalau hidup berdua. Sedangkan sehingga saat inipun dia tidak memahami suaminya. Inikan pula kalau berdua. Pasti macam duduk dalam gua. Detik hatinya.

No comments:

Post a Comment