Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 4

Kemudian dia termangu. Merenung jauh kehadapan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling yang riuh rendah. Gelagat Sara menyebabkan suasana yang bising itu bertukar sepi. Terasa usapan dibelakangnya. Sara mendongak.

“Sara, kenapa ni? Macam orang tak sihat je?” soal ibunya perlahan. Sarimah terkejut melihat airmata yang turun laju dari pipi Sara. “Kenapa ni? Beritahu pada ibu. Apa yang terjadi pada Encik Fuad?” soalnya lagi. Ingin tahu apa yang sedang berlegar difikiran anaknya.

“I don’t know. Kamil in Ipoh Specialist, bu. He has leukemia. Sekarang ni Kak Milah tengah temankan dia. Sara rasa macam tak percaya aje. Dua minggu lepas Sara jumpa dia, bu. Tiba-tiba aje dengar dia sakit. I’m blank. Don’t know what to do. What going on here?” ujar Sara dalam sendu.

“Encik Fuad beritahu tadi?” tanya Sarimah yang juga terkejut dengan berita itu. Sara hanya menganggukkan kepalanya. Tak mampu lagi untuk bersuara.

“That why he’s moody today. He’s got a big problem. Why everybody’s want to leave me? Why? Sara tak sanggup bu. No, no, no. It’s can’t happend again. I can’t accept that,” luah Sara. Lantas dia bangun dan ingin berlalu. Pantas tubuhnya di peluk Sarimah. Tangisannya bergema. Suasana semakin sepi. Tiada suara yang kedengaran. Mereka hanya memerhati apa yang sedang berlaku.

“Siapa yang nak tinggalkan Sara? Ibu dengan adik-adik ada dengan Sara disini. Tak ada sesiapa yang nak tinggalkan Sara lagi.” Pelukannya pada Sara diperkemaskan lagi. Zainab datang menghampiri. Walaupun tak mengetahui hujung pangkalnya, tetapi dia tak sanggup melihat kesedihan Sara. Dia mengusap belakang Sara.

“Kenapa Sara cakap macam tu? Mak Lang ada. Kami semua tak pernah nak tinggalkan Sara. Jangan menangis macam ni. Nanti Sara jatuh sakit lagi. Sarakan baru sembuh.” Sara melepaskan pelukan. Baru dia tersedar yang ada mata-mata yang baru menyaksikan drama spontannya.

“I’m sorry. Sara tak boleh nak berfikir sekarang ni. I need time to rest. I’m tired. No phone call for me tonight. I don’t anybody distrub me tonight. Please, bu,” ujarnya sambil berlalu kebilik. Tidak dipedulikan dengan mata-mata yang memandangnya dengan tandatanya. Sarimah hanya memandang dengan sayu. Dia mengerti perasaan Sara. Biarlah Sara tenangkan dirinya dahulu. Dia tidak mahu mengganggu anaknya tika ini.

Sarimah menarik nafas panjang. Zainab pula masih lagi dalam keadaan tanda tanya seperti tetamu mereka tentang apa sebenarnya yang terjadi.

“Maafkan anak kakak. Persaan dia tak tenang malam ni. Ada sesuatu yang terjadi,” ujar Sarimah pada tetmunya. Dia pasti semua yang berada disitu tertanya-tanya.

“Kenapa Sara, Kak? Pelik sungguh Nab tengok dia. Tak pernah dia macam tu selain masa arwahnya meninggal,” tanya Zainab bagi pihak yang lain.

“Dia kena marah dekat pejabat tadi. Tu yang dia bengang sikit. Bila bosnya call beritahu anaknya sakit, Sara terkejut sikit. Nab bukannya tak tahu Sara rapat dengan si Kamil tu. Sara sedih. Dia masih fobia dengan kenangan lama tu. Dia takut ditinggalkan,” beritahu Sarimah tentang keadaan sebenar. “Maaflah, Sara tu manja sikit. Tapi, dia cepat tenangkan diri. Esok pagi okeylah tu. Selalunya kalau jadi macam ni, biarkan dia tidur dulu. Lepas tu okeylah,” ujarnya lagi.

“Tak apalah kami faham,” balas Datin Halimah mengerti.

“Kakak tak sangka akan jadi macam ni.......”

“Benda dah nak jadi, nak buat macamana. Sara tu dua beradik aje ke?” soal Datin Halimah ingin berkenalan lebih lanjut. Dia sebenarnya mempunyai agendanya sendiri.

“Tak dia ni empat beradik. Dua masih diuniversiti. Satu di Johor, satu diMelaka. Shahrul pulak tinggal diasrama. Tinggallah kami dua beranak. Ni pun mujur Shahrul balik dari asrama. Riuhlah sikit. Main play stationpun boleh bercakar. Tapi, Sara anak perempuan tunggal. Tu yang terlebih manja sikit,” terang Sarimah tentang keluarganya. Datin Halimah tersenyum.

“Samalah kita, kak. Anak-anak sayapun macam tu. Cuma sekarang ni sunyi sikit sebab semuanya dah keluar. Ada yang bekerja, ada yang sambung belajar,” beritahu Datin Halimah ramah.

“Halimah ada berapa orang anak?” soal Sarimah.

“Lima orang semuanya. Dua lelaki tiga perempuan. Yang dua orang di overseas. Satu diAustralia dah kahwin dan menetap dekat sana. Satu lagi buat medic diUK. Tiga orang ada disini.” Lantas Halimah menunjukkan ketiga-tiga orang anaknya lalu diperkenalkan satu persatu. Haikal, Hasleena dan Hasryll.

“Mama, Leen bukannya kepoh tau. Bakal lawyer memanglah macam ni. Kena banyak tanya soalan.” Bantah Hasleena tidak puashati dengan penerangan tentang dirinya oleh Datin Halimah. Dia memuncung. Datuk Hisham dan yang lain tertawa besar melihat gelagat Hasleena.

“Hmm…… lawyer buruk. Cakap dia ni bukannya boleh pakai sangat. Banyak yang tak betul dari fakta sebenar.” sambut Haikal pula menambahkan lagi kemasaman diwajah adiknya itu.

“Abang Kal jangan nak menyampuk. Abang Kal tu lagi teruk,” bentak Hasleena lagi.

“Auntie jangan terasa. Memang dia orang macam ni. Kalau dekat rumah lagi teruk. Pot-pet, pot-pet tak tahu nak berhenti dari bergaduh.” Sampuk Hasryll pula. Terasa sedikit kemesraan terwujud diantara keluarga yang baru ditemuinya. Meraka memang peramah dan tidak sombong. Bisik hati kecil Sarimah. Mendengar kata-kata Hasryll itu, Sarimah dan Zainab tersenyum.

“Hishhh….. korang bertiga ni tak malu pada Auntie ke? Takkan dekat sinipun nak bertekak.” Marah Datuk Hisham pada anak-anaknya.

“Siapa yang mulakan dulu? Abang Kal kan? Bukannya Leen.” Bela Hasleena.

“Sudahlah. Pergilah masuk tidur. Dah lewat malam ni. Esok petang kita nak bertolak balik pulak. Nanti letih.” Arah Datuk Hisham. Akhirnya mereka meminta diri untuk berehat. Sarimah melangkah menuju kebilik anaknya. Pintu bilik terkuak. Sarimah melihat anaknya lena dibuai mimpi. Dia tersenyum.
Jam berdenting sebelas kali. Matanya masih belum mahu lena. Kata-kata anaknya tadi benar-benar menyentap kembali kerinduan pada suaminya. Tatkala itu terbayang wajah suaminya yang pergi menemui Penciptanya. Aku juga merinduinya. Aku juga takut kehilangan lagi. Rintihnya pilu. Terlalu payah membenarkan wajah itu berlalu dari hatinya.

“Kalau abang pergi dulu, abang nak Sari jagalah zuriat abang tu elok-elok. Jangan biarkan mereka semua menderita tanpa kasih sayang. Hanya itulah tanda cinta abang pada Sari. Abang tahu kita kahwin tanpa restu. Tapi, alhamdulillah, kita bahagia juga,” pesan Shariff tiba-tiba sewaktu berbaring diatas katil. Matanya memandanga keatas syiling. Sarimah memandang tepat wajah suaminya. Pelik.

“Kenapa abang mesti cakap macam tu. Macamlah abang nak pergi tinggalkan Sari,” balas Sarimah dalam nada lucu. Dia tidak mahu mengambil serius kata-kata suaminya. Mungkin suaminya ingin menguji dia lagi.



“Hidup mati kita ni mana kita boleh tahu. Manalah abang tahu umur abang ni panjang ataupun pendek. Entah-entah esok abang pergi.” Mulus suara itu menuturkan kata-kata keramat itu.

“Abang!!!” jerit Sarimah. “Abang tahu tak apa yang abang cakapkan ni? Abang sedar tak?” Tinggi suara Sarimah. Dia tahu suaminya tidak bergurau. Dia benar-benar serius. Segera dia duduk dibirai katil. Airmata menitis tanpa disedari. Shariff rasa bersalah menyebabkan isterinya kesedihan.

“Sampai hati abang nak tinggalkan Sari setelah apa yang kita lalui selama ni. Sari tak puas lagi hidup bersama abang. Kalau boleh biarlah Sari yang pergi dulu. Sari tak tahu macamana nak hidup kalau abang tak ada disisi Sari,” ujar Sarimah dalam tangisan. Shariff memeluk isterinya. Dibelai tubuh itu. Kasih sayangnya tertumpah pada wajah bujur sireh itu.

Cintanya pada Sarimah terlalu dalam. Kalau bidalan ada menyatakan lautan api sanggup direnangi kerana cinta, dia pasti melakukannya. Malah dia telahpun buktikan. Tentangan keluarga dari kedua belah pihak terhadap perkahwinannya menjadikan cinta mereka semakin utuh. Mereka sanggup membelakangi keluarga untuk menyatukan dua hati yang dilanda badai asmara. Akhirnya mereka berkahwin tanpa restu dan membawa diri kedaerah ini untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah, walaupun perkahwinan mereka tanpa restu, mereka bahagia juga akhirnya. Buktinya lahir zuriat mereka yang pertama, Sara Ellyssa.

Cuma sejak akhir-akhir ini Shariff berasa tidak selesa. Seolah-olah dia akan pergi kesatu tempat yang terlalu asing buatnya. Itulah gerak hatinya. Entahlah.

“Maafkan abang. Janganlah menangis macam ni. Abang tak bermaksud nak sakitkan hati Sari tapi entahlah. Hati abang ni sentiasa berdebar-debar,” luah Shariff agar isterinya mengerti apa yang sedang dialaminya.
“Jangan diikut rasa hati abang tu sangat. Itu semuanya syaitan yang menggoda. Abang ni bercakap macam tak ada iman pulak.” Marah Sarimah. Suaminya tersenyum.

“Okeylah….. Maafkan abang. Abang takkan cakap macam tu lagi. Marilah kita tidur. Dah lewat malam ni,” ujarnya lantas menarik isterinya dalam dakapannya semula. Sarimah berasa sungguh selesa dalam dakapan suaminya. Terasa krunsingannya sebentar tadi hilang.

Sebagai manusia dan hambaNYA, kita hanya merancang tetapi bukan untuk menentukan segalanya. Kita harus redha dan menerima semua dugaan dengan tabah. Tetapi, tabahkah hati untuk menerima kehilangan orang yang paling disayangi?

Seminggu selepas koma akibat sakit kepala, akhirnya Shariff pergi menemui yang SATU. Terlalu mendadak pemergiannya. Tanpa kata-kata untuk dijadikan azimat. Tanpa pesanan untuk panduan hidup. Meninggalkan dirinya hanyut tanpa kemudi. Hilang arah hilang tujuan. Perginya takkan kembali. Oh hati, tabahkah diriku menerima takdir ini? Hanya kenangan dan tanda cinta yang ditinggalkan untuk menjadi kekuatan padanya.

Berbulan memaksa dirinya untuk menerima kenyatan. Tugas sebagai guru seringkali diabaikan. Kadangkala rasa bersalah menyelimuti diri. Bertahun dia memendam perasaan. Menepis segala tohmahan yang datang. Kadangkala dia hilang pedoman hidup. Airmata menjadi peneman. Kadangkala dia kalah dengan kehidupannya. Dia sedih bila keluarga mentua menuding jari kearahnya seolah-olah dia yang menyebabkan kematian suaminya. Sedangkan semuanya tahu suaminya meninggal kerana barah otak yang dihidapi sekian lama. Tapi mengapa mereka masih menyalahkan dirinya. Sebolehnya dia juga tidak mahu kehilangan suaminya yang selama ini tempat dia bergantung hidup. Dia juga menderita dan merana. Ditinggalkan pergi begitu sahaja.

Nasibnya baik kerana suaminya telah menamakan segala harta mereka keatas namanya dan anak-anak. Kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi bila keluarga mentuanya datang menuntut harta peninggalan arwah. Dia tidak pernah menyangka mereka sanggup berbuat begitu padanya. Rupanya kebaikan yang mereka tunjukkan pada dia sekeluarga hanyalah pura-pura. Cuma yang ada hanyalah seorang untuk dia mengadu nasib dan menumpang teduh.. Itulah Zainab. Dia berbanyak-banyak terima kasih pada Zainab. Kalau bukan kerana sokongan dan dorongan darinya dah lama dia rebah dalam dunia yang mencabar ini.

Kadangkala dia sendiri tidak mengerti dengan sifat dan sikap manusia sekeliling. Sukar dibaca apa yang sedang tersirat didalam hatinya. Namun dia bersyukur dengan segalanya. Dia masih ada anak-anak yang cukup memahami dan menyayanginya. Itu adalah harta yang bernilai baginya. Tanda cinta dia dan suaminya. Dia bersyukur kerana ALLAH masih menyayanginya.

Tiba-tiba lamunannya terhenti. Pintu biliknya terkuak. Sarimah menoleh. Tubuh Sara kelihatan. Dia hairan. Kenapa pulak dengan Sara? Soal hatinya.

“Kenapa Sara?” soalnya pada Sara yang menghampiri katilnya.

“Boleh Sara tidur dengan ibu malam ni? Sara tak boleh tidurlah bu,” ujar Sara. Sarimah tersenyum dengan permintaan anaknya. Dia menepuk tempat disebelah tanda persetujuannya. Sara berbaring disebelah ibunya sambil tubuh kecil itu didakap erat ibunya. Dia berasa selesa dan kembali menutup mata. Dia ingin tidur semula setelah diganggu mimpi ngeri sebentar tadi.

“Sara kena ingat, ibu sentiasa bersama Sara,” bisik Sarimah lembut seolah-olah mengetahui apa yang sedang melanda anak gadisnya. Naluri ibu sentiasa ada kebenaran. Kemudian mereka terlena bersama mimpi yang berbeza.


No comments:

Post a Comment