Friday, March 5, 2010

tiada Noktah Cinta - 39

Seminggu kemudian majlis berlangsung pula dirumah Haikal pula. Majlis yang diadakan tidak kurang meriahnya. Sara sendiri terkejut bila kakinya melangkah masuk bilik peraduannya. Hiasan serba ungu lembut menghiasi bilik itu. Dia terpegun seketika. Mereka disandingkan buat kali kedua dirumah sebelum persandingan kali ketiga pada malam hari di Shangri La hotel.

Seperti yang telah dijadualkan mereka melangkah masuk keballroom untuk persandingan kali ketiga. Dengan berpakaian serba moden, mereka melangkah gagah walaupun keletihan jelas terpancar diwajah masing-masing. Sara dan Haikal keletihan kerana majlis perkahwinan ini. Sara hampir pitam kerana terlalu letih. Namun digagahkan juga demi menghormati tetamunya yang sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Ditaan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba.

“Kenapa? Letih?” soal Haikal apabila melihat Sara asyik memicit kepalanya. Sara mengiakan sahaja. Kepalanya terlalu sakit.



“Why not you take a break? Pergi bilik sebelah dan duduk sekejap. Nanti I panggilkan mama,” usul Haikal lagi apabila menyedari isterinya semakin tidak selesa dengan suasana disitu. Hatinya sedikit bimbang. Sara menggelengkan kepalanya.

Belum sempat Sara menjawab, Johari, Benjamin dan beberapa teman Haikal datang menghampiri mereka.

“Tahniah. Semoga berbahagia seumur hidup,” gurau Johari. Sara tersenyum memandang Johari. Dia amat mengenali sahabat suaminya itu kerana dia jugalah yang menjadi pengiring semasa majlis berlangsung dirumahnya.

“Kenalkan yang ini Benjamin, Luqman, Ajmal.......” Haikal memperkenalkan sahabatnya kepada Sara satu per satu. Sara memberikan senyuman paling manis walaupun ketika itu dia sudah tidak berdaya untuk berbuat begitu.

“Kak, mama panggil sekejap.” Hasleena menyelamatkan keadaan Sara ketika itu. Sara meminta diri sebentar dari mereka semua.

“Cantik your wife. Mana kau dapat? Kali ini betul-betul kau dapat bidadari,” soal Luqman yang memang terkenal dengan mulut lasernya.

“Pilihan Mama.” ringkas jawapan Haikal. Matanya segera melirik kepada isterinya yang sedang diperkenalkan oleh mama kepada saudara mara mereka. Memang dia akui Sara memang cantik. Renungan matanya sahaja boleh meruntun naluri kelakiannya. Dia sendiri hampir kalah pada malam pertama.
“Takkan tak sabar-sabar lagi kot. Kalau ye pun sabarlah sikit. Kami masih ada disini lagi. Layanlah kami dulu,” usik Benjamin apabila menyedari Haikal tidak lepas memandang Sara.

“Takkan lari gunung dikejar,” sambungnya lagi. Haikal tersipu malu. Dia tidak menjawab usikan teman-temannya itu. Badannya yang terlalu letih membuatkannya ingin segera pulang dan tidur.

Majlis yang dijangka selesai pada pukul 10.30 malam berlarutan hingga ketengah malam. Sara yang keletihan terus melelapkan mata apabila kepalanya mencecah bantal tanpa mempedulikan suaminya. Malam itu pula Haikal tertidur diruang tamu.

Pukul 4.00 pagi Sara tersedar kerana kepalanya berdenyut lagi. Segera dia mengambil ‘pain killer’ untuk meredakan sakit kepalanya. Dia memandang keserata bilik mencari suaminya tetapi tidak kelihatan. Dimana dia tidur? Sara rasa bersalah kerana membiarkan sahaja suaminya begitu. Mungkin suaminya tidur dibilik tamu. Bisik hatinya.

Sara kembali merenung dirinya. Suaminya amat baik dengan dirinya. Tutur katanya juga lembut dan sopan menggambarkan dirinya dari golongan atasan. Layanannya juga begitu. Tapi, ada sesuatu yang disembunyikan. Sara dapat merasakan ada sesuatu yang sering mengganggu suaminya. Dia melihat suaminya lebih banyak termenung dan berkhayal seolah-olah memikirkan sesuatu. Tapi, apa yang sedang difikirkan? Soal hatinya lagi. Akhirnya Sara terlelap semula. Mungkin kesan dari ubat yang dia ambil.

Awal pagi Haikal tersedar. Dia memandang sekeliling. Dimana aku ni? Dia bangun dan menyedari dia berada diruang tamu rumahnya. Dia melangkah menuju kedalam bilik. Perlahan-lahan dikuak pintu biliknya agar isterinya tidak terbangun. Dia melihat Sara tidur dengan lenanya.

Haikal mengamati isterinya. Dia akui Sara memang cantik. Dia juga mengaku hampir-hampir kalah dengan nafsunya sendiri bila pertama kali melihat Sara dalam erti kata yang sebenar. Bersopan-santun dan sentiasa tersenyum. Senyumannya itu bisa mencairkan hati lelakinya. Tapi, mengapa hatinya tidak mahu mengakui kewujudan Sara? Mengapa? Adakah kerana sebelum ini telah terisi oleh Sherry?

Sherry, maafkan kal. Maafkan diatas segala yang berlaku. Walau apapun yang berlaku, Sherry tetap Kal sayang. Hanya dirimu, sayang....... dihati ini. Bisiknya sendirian. Haikal tidak dapat mengusir bayangan Sherry berlalu dari hatinya. Akhirnya dia melangkah longlai menuju kebilik air untuk membersihkan diri dan membiarkan Sara dengan lenanya. Selesai mengemaskan diri, Haikal keluar dari biliknya apabila mendengar suara riuh didapur. Haikal segera kemeja makan untuk sarapan pagi.

Didalam bilik Sara terjaga. “Ya ALLAH, dah pukul berapa ni? Letihnya. Sakitnya kepala ni,” rungutnya sambil mengeliat membetulkan urat sarafnya. Tangannya mencapai jam tangan ditepi katil.

No comments:

Post a Comment