Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 35

Akhirnya................ Andai ini sudah suratanNYA, aku pasrah. Aku redha atas ketentuanNYA. Biarlah aku yang berkorban. Telah terlewat untuk aku mengubahnya. Segalanya sudah terlambat. Biarlah aku yang terluka jangan kedua orang tuaku. Aku tidak mampu melihat airmata mama lagi. Andai ini kebahagian mama, aku redha. Aku rela berkorban. Tapi mengapa semua ini terjadi saat ini? Kenapa segala kebenaran terpancar kala ini? Saat segalanya sudah terlewat? Biarlah aku tidak mengetahui kebenarannya kerana ini akan menambahkan luka yang telah sedia ada. Ya ALLAH.................

“Apa yang you fikirkan?” soal Zakuan apabila dia melihat Haikal mendiamkan diri seolah-olah berfikir sesuatu.

“Andai ini keputusan Sherry, I akur. I juga tetap dengan keputusan I. I takkan hampakan family I. Kalau you nak beritahu dia, you beritahulah. I akan berkahwin sebulan setengah dari sekarang. I takkan melukakan kedua orang tua I dengan membatalkan majlis ini hanya kerana hal ini. Semuanya telah siap sedia diuruskan. Tinggal tunggu hari aje. Kalau I batalkan nanti yang malu family I juga. Biarlah, I pasrah,” ujar Haikal akhirnya. Perlahan. Zakuan terdiam. Dia faham situasi Haikal.

“I rasa biarlah ianya terkeluar dari mulut you sendiri. I tak mahu jadi orang tengah. Tapi, I rasa biarlah dia tenangkan fikirannya dulu. Lagipun dia juga sedang terluka. Kalau dia dapat tahu tentang berita ini, takut dia tidak dapat menerimanya pula. Dia terlalu menyayangi you,” cadang Zakuan. Satu keluhan kecil tercetus dibibirnya.

“Terpulanglah.” Jawapan Haikal itu menamatkan perjumpaan tidak rasmi antara mereka.

Setelah Zakuan pulang, Haikal termangu. Rasa bersalah kembali menyelubungi dirinya tika ini. Tidak habis-habis dia mengeluh. Lalu dia mengambil kunci kereta. Dia ingin mencari ketenangan sebentar. Dia perlu keluar dari semua ini seketika.

Dia berlalu tanpa menegur Julia yang termangu-mangu dengan kelakuannya. Kenapa pulak dengan boss aku ni? Dia nak kemana tu? Soalnya sendirian. Namun setiap soalannya tiada jawapan.

Haikal memandu tanpa arah dan tujuan. Dia sendiri tidak tahu hala tujunya. Akhirnya di tersadai dihadapan Dataran Merdeka. Dia memberhentikan kereta dan duduk termangu didalamnya sambil memerhatikan kereta yang lalu lalang disitu. Dia memandang kehadapan dengan pandangan yang kosong. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ini. Akhirnya dia teresak-esak didalam kereta. Dia tidak dapat lagi membohongi dirinya. Hanya Sherry yang dirindui tika dan saat ini.

Kal, minta maaf. Kal, rindukan Sherry. Hanya itu yang mampu diucapkan bersama airmata yang mengalir. Petang menginjak senja. Haikal menghidupkan enjin keretanya. Hanya satu tempat yang terfikir difikirannya saat ini. Masjid. Dia ingin memohon pada ALLAH agar diberi kekuatan dan ketabahan. Dia telah kecundang dalam percintaan.
Azman masih lagi memegang kad undangan perkahwinan antara Sara dan Haikal. Arissa yang menghantar kepadanya. Dia pasti Sara tidak dapat menghubunginya kerana dia telah bertukar kerja malah telah berpindah keKuala Lumpur. Tetapi dia tahu kad undangan itu adalah dari Sara kerana terselit warkah didalamnya. Warkah itu ditatap untuk kesekian kalinya.

Kehadapan Azman yang diingati………………………

Maaf andai kedatangan warkah ini bisa mengganggu situsimu saat ini. Dan maaf juga kerana meminta Ris yang menghantarnya kerana Lisa tak tahu alamat terbaru Man. Mengapa tak beritahu Man dah bertukar kerja? Nasib juga Man ada menghubungi Ris dan memberitahunya alamat terbaru Man. Kalau tidak, Lisa tak tahu bagaimana untuk menghubungi Man. Lisa tahu pemergian Man membawa kelukaan dihati. Lisa juga terluka, Man. Lisa juga menderita dengan perpisahan ini. Jangan anggap Lisa gembira dengan perkahwinan ini. Lisa hanya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.


Man pergi petang itu tanpa sepatah kata. Malah Man tidak menoleh kearah Lisapun. Lisa tersiksa, Man. Lisa telah jelaskan segalanya. Memang Lisa akui segala yang berlaku adalah salah Lisa. Lisa pohon ribuan kemaafan dari Man. Lisa tidak sesekali menyalahkan Man atas segala apa yang telah berlaku. Segalanya Lisa letakkan dibahu ini. Jangan sesekali salahkan diri Man. Tiada kata yang dapat Lisa titipkan lagi buat Man. Cukuplah sampai sini. Lisa doakan semoga kebahagian sentiasa menjadi milik Man. Semoga Man akan berjumpa dengan insan yang dapat memberikan kebahagiaan itu.Terimalah dirinya sebagaimana Lisa belajar untuk menerima insan lain. Jangan terlalu menyiksa diri.

Seandainya ada kelapangan dan jika masih sudi bertemu, hadirkanlah diri pada hari persandingan Lisa nanti. Lisa amat menantikannya dan menghargai. Namun seandainya kedatangan Man hanya menambahkan lagi kelukaan dihati, biarkanlah ia. Anggaplah Man tidak pernah menerima sebarang jemputan dari Lisa.

Diakhir persuratan ini, anggaplah semua yang terjadi sebagai suratan dalam kehidupan. Segalanya telah ditentukan. Sebagaimana Lisa redha menerima ketentuanNYA, Lisa amat berharap Man juga begitu. Antara kita tiada jodoh. Anggaplah ini bingkisan Lisa yang terakhir. Hapuskannya setelah selesai pembacaan Man. Lupakan Lisa. Anggaplah diri ini hanya satu persinggahan dalam kehidupan Man. Maafkan Lisa andai ada yang terkasar bahasa. Halalkan makan dan minum Lisa sepanjang perkenalan kita. Man tetap ada tempat yang istimewa dihati Lisa. Sekian untuk akhiri persuratan kita. Asslamualaikum...........................

Yang merinduimu,
Sara Alyssa......



Sayu hati Azman membaca surat Sara. Memang pemergiannya kali ini membawa hati yang terluka. Pergi untuk membalut luka kerana cinta yang tak kesampaian. Lantas dicapai sekeping kertas dan penanya mula menari-nari.

Berat bebanku meninggalkan mu
Separuh nafas jiwaku......... sirna
Apa dayaku bukan salahmu
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak pada kita

Man harap Lisa hayati bait lagu ini. Walaupun dulu Man ada menyalahkan Lisa, tapi bila Man fikirkan kembali mungkin ini takdir untuk kita. Walaupun hukumannya terlalu pahit tapi kita harus pasrah. Lisa juga jangan terus menyalahkan diri. Walaupun pemergian Man membawa hati yang terluka tapi Man akan cuba membalut kelukaan ini. Insya ALLAH. Man doakan kebahagiaan Lisa dari jauh.

Jangan diucapkan kata maaf kerana dirimu tidak bersalah. Hanya keadaan yang memaksa. Man memahaminya. Tiada siapa yang harus disalahkan dan tiada apa yang harus dimaafkan. Segalanya kehendak yang ESA.

Man tidak dapat menyaksikan persandinganmu sayang kerana tatkala dirimu menerima lembaran ini, Man telahpun meninggalkan bumi Malaysia untuk satu jangka masa yang lama. Biarlah segalanya berlalu dahulu sehingga diri ini benar-benar dapat menerima kenyataan. Sebagaimana Lisa, Man juga akan pasrah. Terimalah kehadirannya walaupun pahit. Man juga akan belajar meneruskan kehidupan tanpa Lisa disisi. Namun, Lisa tetap dihati ini.

Maaf. Warkah terakhir Lisa tetap Man simpan sebagai kenangan terakhir dari Lisa. Izinkan nama Lisa terus berada dihati ini untuk menjadi nadi bagi meneruskan kehidupan ini. Hanya itu yang Man pinta. Izinkanlah sayang. Tiada lain yang Man pinta. Akhir kata, semoga kau berbahagia sayangku. Teruskanlah kehidupanmu dengan gembira. Man sentiasa mendoakan dirimu sayang. Namamu tetap dihati ini.

Salam sayang,
Azman


Sara menangis semahu-mahunya apabila membaca surat Azman. Dia juga tidak turun makan malam seperti kebiasaanya. Malas dia mahu bersoal jawab dengan ibunya. Pasti pembohongan demi pembohongan yang akan dikatakannya. Dia ingin bersendirian kini. Dia perlu memulihkan kembali semangat yang hampir luntur itu. Dia perlu kembalikan keyakinan yang hampir padam.

No comments:

Post a Comment