Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 34

Masa terus berlalu. Ia terus berdetik dan berdetik tanpa henti. Telah hampir dua minggu Haikal pulang dari US. Kini rutinnya kembali seperti biasa. Hidupnya kini kembali diselubungi kekosongan. Namun dia bersyukur kerana kesibukannya, membuatkan dia terlalai seketika dari memikirkan apa yang telah terjadi padanya. Dia tidak mahu lagi memikirkan apa yang telah terjadi dan akan terjadi. Biarlah keadaan yang menentukan segalanya. Dia berserah pada takdir sepenuhnya.

Mamanya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung sebulan setengah lagi. Semuanya dia serahkan pada keluarga untuk menguruskan. Dia bukannya tidak mahu terlibat secara langsung tetapi tuntutan projek barunya menyebabkan keluarganya yang menguruskan segalanya. Mujur Mamanya faham. Namun riak wajahnya yang tidak ceria kadangkala dia terpaksa bersoal jawab dengan adiknya, Hasleena. Mungkin kerana dua orang lagi adiknya berada diluar negara menyebabkan dia rapat dengan Leen. Tapi setiap soalan Leen disambut dengan gurauan menyebabkan Hasleena menarik muka masam. Keresahan Haikal hilang apabila melihat ketawa adiknya itu.



“Haikal……. Macamana dengan proposal kita untuk sistem yang akan kita propose pada syarikat Telekom tu?” soal Johari ketika melangkah masuk bilik Haikal. Matanya masih melihat fail yang dibawanya. Dia tidak menyedari yang Haikal sedang mengelamun. Apabila dia mengangkat kepalanya, langkahnya terhenti melihat perubahan wajah Haikal yang terkejut dengan kehadirannya.

“Orang kata kalau kita nak kahwin ni seronok, tapi member aku ni kenapa macam ayam berak kapur? Apa yang kau fikirkan, Kal?” soal Johari berjenaka. Dari US dulu ingin dia bertanya tetapi oleh kerana kesibukan mereka yang sering memaksa mereka bergerak cepat, persoalan itu terpendam sahaja. Balik dari US, Haikal sibuk menyudahkan kerja-kerja yang telah tertangguh. Dia pula sibuk dengan projek yang baru diterimanya. Dia tidak sempat untuk berbual panjang dengan Haikal.

“Kenapa kau nak jumpa aku ni?” soal Haikal mengubah topik agar perkara ini tidak akan terus diperbincangkan. Dia cuba menyembunyikan gundah dihatinya agar Johari tidak menyedarinya. Namun siapalah dia untuk terus menyembunyikannya.

“Kal, aku kenal kau bukannya sekejap. Sejak dari kita belajar lagi sampailah sekarang. Kalau nak dibandingkan aku dengan bakal isteri kau ataupun kawan kau yang lain tu, aku rasa akulah yang paling memahami kau. Beritahulah, kau ni kenapa?” soalnya lagi. Haikal tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari sahabatnya yang satu ini.
“Joe, kau rasa betul tak apa yang sedang aku buat ni?” soal Haikal inginkan kepastian dari Johari. Sahabatnya itu mengangkat kedua keningnya.

“Kenapa? Kau rasa kau menyesal dengan apa yang dah kau buat? Dengan apa yang telah kau putuskan?” soal Johari semula.

“Entahlah. Semakin dekat harinya semakin aku tak pasti. Hati aku bercelaru. Kepala aku semakin kusut. Aku semakin takut nak melangkah, Joe,” luah Haikal tentang perasaannya yang semakin kacau bilau.

“Kal, berserahlah pada ALLAH. Jodoh maut semuanya ada ditanganNYA. Pasrahlah dengan apa yang sedang berlaku, Kal. Mungkin ini jodoh kau. Aku tengok Sara tu juga baik orangnya. Secara lahiriahlah. Aku tak tahu kalau sebaliknya. Berdoalah agar apa yang kau hajati tercapai. Semoga kebahagiaan itu milik kau,” nasihat Johari apabila melihat Haikal seperti terkial-kial mencari kepastian yang entah dimana.

“Entahlah Joe. Aku tak ada hati dengan semua ni. Aku lebih senang duduk diam dan memerhati sahaja apa yang sedang dan akan berlaku,” ujar Haikal lagi.

“Jangan macam ni. Hancur hati mama dan papa nanti. Mereka terlalu gembira dengan majlis ini. Jangan kau rosakkan kegembiraan tu, Kal.” Johari mengingatkan Haikal. “Okeylah, Kal. Kita bincang lain kali. Kau berehatlah. Mungkin sebab kau letih sama tu. Jangan layan sangat perasaan kau tu. Nanti merana. Pandang kedepan,” nasihat Johari lagi.

Interkomnya berbunyi. “Encik Haikal, Encik Zakuan ingin berjumpa.” Suara lembut Julia menerjah masuk. Haikal memandang Johari yang telah bersedia untuk keluar.

“Any appointment?” soal Haikal pada setiausahanya.

“Tak ada,” jawab Julia.

“I tak mahu jumpa sesiapa, Jue. Bukankah I dah pesan tadi?” Julia diluar biliknya serba salah. Dia memandang Zakuan yang berdiri tegak dihadapannya.

“Penting katanya. Personal.”

“Okeylah. Suruh dia masuk.” Haikal akhirnya mengalah.

Zakuan melangkah masuk apabila mendapat kebenaran dari Julia. Walaupun hatinya berdebar namun dia bersiap sedia menerima apa jua yang akan terjadi padanya. Dia nekad untuk menemui Haikal untuk merungkaikan segala kekusutan yang melanda antara mereka. Dia harus beritahu apa sebenarnya yang berlaku dan hubungannya dengan Sherry.

Pintu bilik terkuak. Haikal yang telah sedia menanti terkejut menerima tetamu yang tidak diundang itu. Tidak mungkin dia dapat melupakan wajah itu kerana wajah itu yang telah merobek hatinya. Tapi dia harus bersikap profesional. Dia menenangkan dirinya. Cuba menutup kegusaran dihati. Zakuan menghulurkan tangan memperkenalkan dirinya dan disambut dingin oleh Haikal. Dendamnya masih lagi membara. Kala itu mahu saja ditumbuk muka yang kini berada dihadapannya. Biar puas hatinya.

“Nice office,” puji Zakuan ikhlas. Haikal tersenyum sinis. Tentu dia datang kerana Sherry. Bisik hatinya

“Takkan kerana nak puji office, I you sanggup datang sini. Mesti ada sebab lain,” perli Haikal. Zakuan tersenyum dan mengiakan. Wajahnya kembali jatuh kewajah Haikal setelah memerhatikan keadaan sekeliling.

“Okey tell me. I tak ada masa nak layan you lama-lama,” ujar Haikal sinis. Bukan bermaksud untuk menghalau tapi dia takut dia tidak mampu mengawal rasa amarahnya.

“Okey, I shoot. I rasa apa yang you anggap tu salah. Kadangkala apa yang kita nampak tak sama dengan hakikat sebenar. Antara I dengan Sherry tak ada apa-apa hubungan istimewapun. You salah faham,” terang Zakuan satu persatu maksud kedatangannya. Dia tahu Haikal tidak menyukai kedatangannya. Api kemarahan yang cuba dikawal oleh Haikal kembali menyala. Haikal memandang tepat wajah Zakuan.

“You datang kesini semata-mata nak beritahu I yang you tak ada hubungan dengan Sherry? You nak kata mata I ni tipu? Macam tu? You buang masa. Baik you balik. I tak ada masa nak dengar cerita dongeng you all berdua lagi. Apa yang I nampak segalanya dah jelas,” marah Haikal. Matanya merah menyala. Zakuan terkejut dengan perubahan riak wajah Haikal. Tetapi dia cuba bertenang walaupun jantungnya berdebar kuat mendengar amukan Haikal.

“Bertenang dulu Haikal. Dengar dulu apa yang I cuba katakan. Lepas tu you nak marah, marahlah. You nak tumbuk I pun I tak kisah,” ujar Zakuan cuba untuk berdiplomasi. Dia tahu Haikal sedang marah. Akhirnya, Haikal diam sahaja. Dia mendengar sahaja apa yang akan dikatakan oleh Zakuan walaupun tidak berminat lagi.

“Sebenarnya I hanya kawan Sherry. Sherry adalah bekas tunang kepada cousin I. I kenal dia dah lama. Sebelum dia kenal you lagi,” beritahu Zakuan kedudukan sebenarnya. Haikal tersentak dengan penerangan Zakuan. Apa maksudnya?

“Apa? Tunang? Apa yang you cakapkan ni?” soal Haikal inginkan kepastian.

“Itulah yang cuba disembunyikan oleh Sherry dari you.”

Haikal bertambah terkejut.“Apa semuanya ni? I tak faham langsung. Apa yang cuba Sherry sembunyikan dari I?” soal Haikal kebingungan. Dia masih tidak faham apa yang cuba diterangkan oleh Zakuan.

“Bertenang Haikal. Bertenang. I akan ceritakan segalanya,” ujar Zakuan apabila melihat keadaan Haikal yang tidak keruan. Kelam kabut.

Zakuan menceritakan dari detik pertemuan antara Sherry dan Fakhrul hinggalah titik hitam yang menceritakan segala kedukaan yang ditanggung oleh Sherry. Tidak ada satupun yang tertinggal. Biarlah Haikal mengetahui segalanya agar segala kekeruhan dapat dijernihkan semula.

Nasib baik ketika itu Haikal sedang duduk dikerusinya. Kalau tidak mahu dia jatuh terduduk kala itu. Dia benar benar terkejut dengan cerita itu. Haikal termangu sebentar. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Suaranya seolah-olah tersekat dikerongkongnya. Tidak pasti apakah yang patut diluahkan olehnya.

“Itulah sebabnya mengapa Sherry tidak mahu berkahwin sekarang. Bukan hanya kerana dia ingin menjadi seorang model tetapi dia masih lagi dibelenggu kenangan yang hampir meragut nyawanya juga,” tambah Zakuan lagi. Haikal terpana.

“Tapi, kenapa Sherry tak mahu beritahu pada I? Kenapa dia sorokkannya?” soal Haikal yang masih tidak mengerti dengan maksud sebenar Sherry menyembunyikan darinya.

“Yang itu eloklah you tanyakan sendiri pada empunya diri. Biarlah dia nyatakan alasannya. I tak mahu menokok tambah. Nanti akan timbul salah faham lagi. Pergilah sebelum you terlambat,” ujar Zakuan lagi.

“Terlambat? Apa ni? I tak faham.” Haikal bertambah panik.

“Dia akan berlepas ke France jam sembilan malam ni. Pergilah. Sekurang-kurangnya persoalan yang membelenggu you all berdua terjawab. Agar perhubungan you all berdua akan kembali pulih seperti sedia kala. Dia pernah cuba menghubungi you tapi tak berjaya hingga dia jatuh sakit. Discharge aje dari hospital dia terus nak ke France. I tahu dia juga terluka dan tersiksa, Kal,” beritahu Zakuan.

“Dia sakit?” tanya Haikal.

“Ya. Dia jatuh sakit setelah dia diberitahu you tak ada diMalaysia. Dia cuba call you diUS tapi tak dapat ataupun you yang tak mahu jawab call dia,” serkap Zakuan. Manalah tahu kalau tekaannya tidak silap. Memang benar Haikal sedang melarikan diri dari Sherry.

Haikal terdiam. Sesungguhnya dia ke US bukan semata-mata kerana kerja tetapi kerana membawa hatinya yang terluka. Siapakah yang harus disalahkan sekarang ini? Aku atau dia? Aku kerana terlalu cepat menilai sesuatu atau dia kerana menyembunyikan kebenarannya? Apa yang harus aku buat? Jerit hatinya. Perlukah aku pergi menemuinya dan membatalkan perkahwinan aku lantas melukai hati mama dan papa sekali lagi atau meneruskan perkahwinan dengan pilihan Mama? Aku tersepit Ya ALLAH. Segala menjadi semakin rumit. Bersimpang siur. Tiada jalan keluar pada kesesatannya. Dia semakin keliru dan buntu.

Apakah keputusan aku? Keluh Haikal.

No comments:

Post a Comment